Casablanca

Casablanca
  • الدَّار الْبَيْضَاءcode: ar is deprecated  (Arab)
  • ⵜⴰⴷⴷⴰⵔⵜ ⵜⵓⵎⵍⵉⵍⵜcode: ber is deprecated  (bahasa-bahasa Barbar)
Dari atar, kiri ke kanan:
Katedral Hati Kudus, United Nations Square, Arab League Park, Casablanca Tramway
Bendera Casablanca
Mohor rasmi Casablanca
Logo rasmi Casablanca
Nama panggilan: Casa
Casablanca is located in Bumi
Casablanca
Casablanca (Bumi)
Koordinat: 33°32′N 7°35′W / 33.533°N 7.583°W / 33.533; -7.583
Negara Maghribi
KawasanCasablanca-Settat
Mula diselesaikanabad ke-7 SM
reconstructed1756
Diasaskan olehMohammed III
Pentadbiran
 • Datuk BandarNabila Rmili
Keluasan
 • Bandar Raya220 km2 (80 batu persegi)
 • Metro
20,166 km2 (7,786 batu persegi)
Aras
0 hingga 150 m (0 hingga 492 ft)
Penduduk
 (2014)[2]
 • Bandar Raya3,359,818
 • PemeringkatanPertama di Maghribi
 • Metro
4,270,750[1]
DemonimBaydawi atau Bidawi
Zon waktuUTC+1 (CET)
Poskod
20000-20200
Laman sesawangwww.casablancacity.ma

Casablanca atau Dar al-Baidak (Arab: الدَّار الْبَيْضَاء, rumi: ad-Dār al-Baydhāʾcode: ar is deprecated , [adˈdaːru ɫbajdˤaːʔ], Bahasa Barbar: ⴰⵏⴼⴰ, translit.: anfa) ialah bandar raya terbesar di Maghribi terletak di dataran pantai Chaouia pesisir lautan Atlantik bahagian tengah baratnya. Bandar raya ini berpendudukan kira-kira 3.71 juta orang di kawasan bandar, dan lebih 4.27 juta orang di Casablanca Raya menjadikannya bandar raya paling ramai penduduk di kawasan Maghreb, dan kelapan terbesar dalam dunia Arab. Casablanca boleh dianggap sebagai pusat perniagaan dan ekonomi Maghribi menyampingi peranan Rabat sebagai kota pusat pemerintahan dan politik negara tersebut. Syarikat-syarikat utama Maghribi dan banyak perbadanan antarabangsa mengadakan kegiatan perniagaan mereka di negara ini mempunyai ibu pejabat dan prasarana industri utama di Casablanca. Bancian perindustrian terkini menunjukkan Casablanca memegang kedudukannya tersendiri sebagai zon perindustrian utama dalam negara. Casablanca ialah pelabuhan utama Maghribi, dengan Pelabuhan Casablanca menjadi satu daripada pelabuhan buatan terbesar di dunia,[3] dan kedua terbesar di Afrika Utara.[4] Casablanca juga menempatkan pangkalan laut utama bagi Tentera Laut Diraja Maghribi.

Etimologi

Nama Latin bandar tersebut merupakan perkataan bahasa Sepanyol yang bererti "Rumah Putih" (blancacode: es is deprecated "putih", casacode: es is deprecated "rumah"). Bandar ini kini digelar Casa oleh ramai orang tempatan.

Nama asal bahasa Berber, Anfa (bererti: "bukit" [5]), digunakan oleh orang tempatan, dan penutur Berber, penduduk bandar sehingga tentera penjajahan Perancis memasuki bandar tersebut pada tahun 1907 dan mengambil pakai nama Sepanyol, Casablanca. "Anfa" kini merujuk kepada penempatan bandar lama asal bagi Casablanca.

Secara perundangan, Maghribi mengganggap Anfa sebagai prefektur (daerah) dengan setengah juta penduduk bandar, dan dengan itu sebahagian dari Grand Casablanca.

Sejarah

Casablanca dilihat melalui Satelit Spot

Sejarah awal

Kawasan yang masa kini dikenali sebagai Casablanca mula diduduki oleh orang-orang Berber seawal kurun ke-7 BC.[6] Ia digunakan sebagai pelabuhan oleh orang Phoenicia dan kemudiannya oleh orang Rom.[7] Dalam bukunya “Wasf Afriquia”, Hassan Al Wazan merujuk pada Casablanca silam sebagai "Anfa", bandar besar yang diasaskan oleh kerajaan Berber Barghawata pada 768 AD. Dia percaya bahawa Casablanca telah menjadi bandar paling berkembang di persisiran pantai Atlantik disebabkan tanahnya yang subur."[8] Sebuah kerajaan berdaulat ditubuhkan di situ sekitar 768 AD, dan berterusan sehingga ia ditakluk oleh Almoravid pada 1068.

Casablanca pada tahun 1572, ketika masih digelar Anfa


Demografi

Penduduk Casablanca direkodkan seramai 3,359,818 orang dalam bancian Maghribi 2014.[2] Kira-kira 98% tinggal di kawasan bandar. Anggaran 25% daripada populasi berusia bawah 15 tahun, dan 9% berusia lebih 60 tahun. Populasi bandar raya ini merangkumi kira-kira 11% daripada jumlah populasi keseluruhan Maghribi. Casablanca Raya juga ialah kawasan bandar terbesar di wilayah Maghreb. 99.9% populasi Maghribi ialah Muslim berbangsa Barbar dan Arab.[9] Semasa Maghribi menjadi naungan Perancis, Kristian Eropah membentuk lebih separuh populasi Casablanca. Sejak kemerdekaan Maghribi pada 1956, jumlah penduduk berbangsa Eropah menurun. Bandar raya ini juga masih lagi menjadi tempat tinggal komuniti kecil Kristian Maghribi, sama juga bagi kumpulan kecil penduduk asing yang bermazhab Roman Katolik dan Protestan.[10][11]

Bandar kembar

Casablanca dikembarkan dengan:[12]

Casablanca juga mempunyai perjanjian kerjasama dengan:[12]

Galeri

  • Twin Center, Boulevard Mohamed Zerktouni, Casablanca
    Twin Center, Boulevard Mohamed Zerktouni, Casablanca

Dalam budaya popular

Casablanca, an American romantic drama film directed by Michael Curtiz
  • Sebuah filem tahun 1942, Casablanca (dibintangi oleh Ingrid Bergman dan Humphrey Bogart) sepatutnya diadakan di Casablanca, walaupun ia difilemkan keseluruhannya di Los Angeles dan tiada kemunculan seorang watak pun berbangsa Arab atau Afrika Utara yang boleh bercakap.[14] Filem ini menggambarkan Casablanca sebagai babak pergelutan kuasa antara pelbagai kuasa luar, yang menyebabkan banyak perkara perlu dilakukan dengan Tangier pada waktu itu.[15] Filem ini terkenal di seluruh dunia sejak ia ditayangkan. Ia tercalon dalam lapan Anugerah Akademi, dan menang tiga.
  • A Night in Casablanca (1946) ialah filem ke-12 Marx Bersaudara. Filem ini dibintangi oleh Groucho Marx, Chico Marx, dan Harpo Marx. Ia diarahkan oleh Archie Mayo dan ditulis oleh Joseph Fields dan Roland Kibbee. Filem ini mengandungi lagu "Who's Sorry Now?", yang dihasilkan oleh Ted Snyder, manakala lirik oleh Bert Kalmar dan Harry Ruby.
  • Bandar ini muncul dalam The Mysterious Caravan (1975), episod 54 dalam siri asal Hardy Boys.
  • Casablanca juga menjadi latar tempat bagi beberapa bab dalam Doubleshot, sebuah novel James Bond pada tahun 2000, karya Raymond Benson. Dalam novel tersebut, salah satu watak menyebut bahawa filem Casablanca tahun 1942 dibuat di Hollywood bukan di bandar raya ini.
  • Casablanca menjadi lokasi utama dalam permainan video tahun 2006, Dreamfall, dan ia menempatkan watak protagonis uatama permainan ini, Zoë Castillo, menetap. Walaupun bandar ini digambar pada tahun 2219, ia diinpirasikan daripada seni bina semasa.
  • Casablanca menjadi latar tempat bagi aksi pertama dalam filem triler romantik Perang Dunia kedua yang diterbitkan tahun 2016, Allied dibintangi Brad Pitt dan Marion Cotillard.
  • Casablanca menjadi judul sebuah lagu bahasa Arab dan Melayu di Malaysia pada tahun 2022, dinyanyikan oleh Naufal Azrin dan Nuha Bahrin. Lagu dihasilkan oleh Daqmie dan Wan Saleh, manakala lirik oleh Daqmie dan seorang warga Syria, Abdulkarim Al Ali [16].

Rujukan

  1. ^ "HCP : Le Grand Casablanca compte 4.270.750 habitants". aujourdhui.ma (dalam bahasa Perancis). 5 Mei 2015. Dicapai pada 25 April 2020.
  2. ^ a b "POPULATION LÉGALE DES RÉGIONS, PROVINCES, PRÉFECTURES, MUNICIPALITÉS, ARRONDISSEMENTS ET COMMUNES DU ROYAUME D'APRÈS LES RÉSULTATS DU RGPH 2014" (dalam bahasa Arab dan Perancis). High Commission for Planning, Morocco. 8 April 2015. Dicapai pada 29 September 2017.
  3. ^ Kjeilen, Tore (April 2020). "Casablanca - LookLex Encyclopaedia". looklex.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Disember 2010. Dicapai pada 14 April 2020.
  4. ^ "Discovering Casablanca". Africa-ata.org. Dicapai pada 17 April 2011.
  5. ^ Miller, Catherine (2007). Arabic in the City: Issues in Dialect Contact and Language Variation. Routledge. m/s. 100. ISBN 978-0-415-77311-9. Dicapai pada 22 April 2012.
  6. ^ "''Casablanca''". Jewishvirtuallibrary.org. Dicapai pada 17 April 2011.
  7. ^ Tore Kjeilen. "Casablanca - LookLex Encyclopaedia". Lexicorient.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 17 April 2011.
  8. ^ "Museum of History & Holocaust Education: Creating Community Collaboration". Kennesaw.edu. Dicapai pada 17 April 2011.
  9. ^ "Religious Composition by Country" (PDF). Pewforum.org. 2012.
  10. ^ "MOROCCO 2018 INTERNATIONAL RELIGIOUS FREEDOM REPORT" (PDF).
  11. ^ "Pope Francis' Visit to Morocco Raises Hopes for Its Christians". The New York Times.
  12. ^ a b "Jumelages". casablanca.ma (dalam bahasa Perancis). Casablanca. Dicapai pada 2021-07-21.
  13. ^ "List of Sister Cities". busan.go.kr. Busan Metropolitan City. Dicapai pada 2021-07-21.
  14. ^ Epstein, Julius J.; Epstein, Philip G.; Koch, Howard; Burnett, Murray; Alison, Joan; Edeson, Arthur; Steiner, Max; Curtiz, Michael; Bogart, Humphrey; Bergman, Ingrid; Henreid, Paul (2015). Casablanca. Menart Records. OCLC 922863437.
  15. ^ "When Tangier Was Casablanca: Rick's Café & Dean's Bar". Tangier American Legation (dalam bahasa Inggeris). 2011-10-21. Dicapai pada 2019-05-21.
  16. ^ Wartawan MalaysiaGazette (2 Julai 2022). "Nuha, Naufal bersatu dalam Casablanca". Malaysia Gazette. Dicapai pada 14 Julai 2022.

Pautan luar

  • flagPortal Maghribi
  • Official web site of Casablanca
  • Official Casablanca Tourism Website Diarkibkan 2011-05-12 di Wayback Machine (Perancis)
  • Casablanca entry in Lexicorient Diarkibkan 2005-04-25 di Wayback Machine
  • Casablanca photo gallery (buildings and other landmarks with a history dating back to the French Protectorate)

Koordinat: 33°32′N 7°35′W / 33.533°N 7.583°W / 33.533; -7.583

Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Sepanyol
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
  • Republik Czech
  • Yunani
  • Croatia
  • Poland
  • Sweden
Lain-lain