Daerah Kota Belud

Daerah Kota Belud
Daerah di Sabah
Pekan Kota Belud
Pekan Kota Belud
Etimologi: Kota yang bermaksud kubu pertahanan manakala Belud bermaksud bukit
Lokasi Daerah Kota Belud
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Pusat PentadbiranPekan Kota Belud
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Kota Belud
 • Pegawai daerahDiyanah Abdullah
Keluasan
 • Jumlah1,391 km2 (537 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah107,243
 • Kepadatan77/km2 (200/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
SK
Laman sesawangmdkotabelud.sabah.gov.my

Kota Belud merupakan sebuah daerah di utara Bahagian Pantai Barat, timur laut negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kota Belud. Daerah Kota Belud juga terkenal dengan nama jolokan "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Etimologi

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, iaitu "Kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "Belud" pula bermaksud bukit. Oleh itu, Kota Belud boleh diertikan sebagai kubu pertahanan di atas bukit.

Sejarah

Daerah Kota Belud mula dibentuk pada tahun 1951 apabila Majlis Daerah Kota Belud mula ditubuhkan. Majlis Daerah Kota Belud juga merupakan antara kerajaan tempatan terawal di negeri Sabah.[2]

Geografi

Daerah Kota Belud terletak di utara negeri Sabah dan berkeluasan 1,391 kilometer persegi. Daerah ini bersempadan dengan Daerah Tuaran di barat, Daerah Ranau di tenggara, Daerah Kota Marudu di timur dan Laut China Selatan di utara. Bentuk muka bumi daerah Kota Belud kebanyakannya merupakan dataran tinggi dan berbukit di bahagian selatan manakala di kawasan selatan dan pesisir pantai, bentuk muka buminya merupakan dataran rendah dan rata.

Pentadbiran

Daerah Kota Belud ditadbir oleh Majlis Daerah Kota Belud dan berpusat di Pekan Kota Belud. Daerah ini juga terbahagi kepada 20 buah mukim dan 159 buah kampung.[3]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200075,568—    
201091,272+20.8%
2020107,243+17.5%
Sumber: [4]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kota Belud ialah seramai 107,243 orang dengan kepadatan penduduk 77 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana.[5] Majoriti penduduk di daerah Kota Belud merupakan Bumiputera termasuklah etnik Iranun, Bajau, Kadazandusun, Murut dan Melayu.[6][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 2,093
Bumiputera lain 98,816
Cina 1,804
India 78
Lain-lain 379
Bukan warganegara - 4,073
Jumlah 107,243

Agama

Di daerah Kota Belud, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 65 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 34 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan

Daerah Kota Belud dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 57 buah sekolah rendah, sembilan buah sekolah menengah, dua buah balai polis, sebuah balai bomba, sebuah hospital daerah dan 18 buah klinik di sekitar daerah.

Rujukan

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Latar Belakang". Majlis Daerah Kota Belud. Dicapai pada 16 April 2024.
  3. ^ "PENCAPAIAN DAN IMPAK KOMUNITI PINTAR KOTA-BELUD" (PDF). mcmc.gov.my. Dicapai pada 16 April 2024.
  4. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik