Sejarah Sabah

Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s

Sejarah Negeri Sabah di bawah bayu boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negara ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-15 ketika era Kesultanan Brunei.[1] Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.[2] Bahagian timur Negara Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber mengatakan ianya tidak pernah diserahkan kerana tentera sulu tidak turut serta dalam perang tersebut dan di katakan hanya tiba ketika perang telah tamat. Tetapi sultan sulu menuntut bahagian itu dri sultan brunei.[3] Sehingga Sekarang .

Asal usul nama Sabah

Asal-usul nama ‘Sabah’ dipercayai berasal daripada sejenis tanaman iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis buah pisang yang dipanggil " SAING SABBAH " atau "SAPPAH" oleh masyarakat tempatan yang sangat popular. Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai 'jaba' oleh masyarakat Bajau di negara tersebut. Kini 'pisang saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.

Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpulannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi. Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut sebagai Api-Api.

Setelah negara Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara' secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama 'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentukan Malaysia.

Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Prapancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'. Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo, Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin merujuk kepada Brunei.

Sejarah awal

Sebelum abad ke-16, Sabah mempunyai pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik ketua bebas.

Kurun ke-5 hingga ke-15

Kesultanan Brunei. Pada waktu sebelum abad ke-10, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaan Brunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.

Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pengaruhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.

Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagangan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.

Sekitar tahun 1609, putera bongsu Sultan Muhammad Hasan, Sultan Brunei ke-9, yang bernama Pangiran Shahbandar Maharajalela atau Raja Bongsu telah dihantar ke Sulu untuk mengantikan mamandanya Sultan Betara Shah Tengah (Pangiran Tindig) ibni Sultan Buddiman Ul-Halim yang lindung tanpa zuriat. Sultan Betara Shah Tengah ini adalah saudara kepada Bonda Raja Bongsu yang bernikah dengan Sultan Muhammad Hassan.

Sebagai bukti Raja Bongsu ini adalah berdarah dari Keluarga Diraja Brunei, beliau telah membawa bersama simbol diraja beliau yang dipanggil "Sepong Janggi" (Panggilan di Brunei) dan "Pulau Janggi" (Panggilan di Sulu). Raja Bongsu ini menaiki takhta Kesultanan Sulu pada 1610 - 1650 dengan gelaran Sultan Mawalil-Wasit-I. Simbol diraja baginda ini telah diamanahkan disimpan oleh Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda- Keturunan Sultan Bantilan Muizuddin ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri kedua Sultan Badaruddin-I, seorang Puteri Tidung, anak penguasa Kerajaan Tidung di Tanah Borneo). Tidak diamanahkan kepada Pewaris Pertama Kesultanan Sulu (Keluarga Kiram atau Keluarga Shakiraullah - Keturunan Sultan Azimuddin-I @ Datu Lagasan ibni Sultan Badaruddin-I, melalui isteri pertama Sultan Badaruddin-I, seorang gadis dari Soopeng, Sulawesi). Pengamanahan simbol diraja ini kepada Pewaris Kedua, adalah sebagai penyataan maksud bahawa Pewaris Kedua Kesultanan Sulu (Keluarga Maharajah Adinda) adalah juga mempuyai Hak yang sama kea atas kesultanan Sulu sepertimana hak Pewaris pertama. Disamping itu sebagai satu usaha kerajaan Kesultanan Sulu agar tidak semudahnya boleh termansuh kerajaan Kesultanan Sulu, kerana Kesultanan Sulu dipunyai oleh "Dua Pewaris" yang sah. Pewaris Keluarga Maharajah Adinda yang sah ini, ada tercatat rekod nya di Muzium muzium Brunei di Bandar Sei Begawan, kearana penghantaran simbol diraja "Pulau Janggi" tersebut pada tahun 1978.

Dunia menerima hakikat bahawa Kesultanan Sulu telah "LUPUS" kerana Sultan Jamalul Kiram II telah "Menandatangan" Penyerahan Hak Kuasa @ Perjanjian Carpenter dengan USA pada 1915 dan pada 1936, Sultan Jamalul Kiram II telah mangkat dan tiada meninggalkan waris. Namun dunia terlupa yang Kesultanan Sulu TIDAK MENGAMALKAN "JALUR TERUS @ LINEAR PATTERN" dalam amalan kenaikan ke atas takhta Kesultanan Sulu ( Rujuk: Majul, Muslims in the Philippines, page 398 ) Takhta Sulu perlu "Digilirkan" diantara 2 Waris Kesultanan Sulu, iaitu;

Pewaris Pertama Kesultanan Sulu ( waris dari isteri Pertama Sultan Badaruddin I, wanita Bugis dari Soopeng, Sulawesi, - Datu Lagasan @ Sultan Alimuddin l ibni Sultan Badaruddin I ) dan Pewaris Kedua ( waris dari Isteri kedua Sultan Badaruudin I, seorang Puteri Kerajaan Tidung di Wilayah Tenggara, Tanah Borneo - Datu Pangiran Bantilan @ Sultan Bantilan Muizuddin & Puteri Meria - Ibu Datu Teteng @ Tating ). Maka takhta Kesultanan Sulu sememangnya perlu "Digilirkan" diantara kedua Waris Kesultanan Sulu ini.

Dengan menandatangani Perjanjian Carpenter pada 1915 oleh Sultan Jamalul Kiram II dan dengan kemangkatan baginda tanpa waris pada 1936, maka hak Pewaris Pertama Kesultanan Sulu telah berakhir dan Lupus. Maka waris-warisnya seperti Keluarga Kiram dan Keluarga Shakiraullah, TIDAK BERHAK lagi untuk membuat apa-apa tuntutan lagi ke atas Hak-hak Kesultanan Sulu kini.

Namun Hak Warisan Keluarga Pewaris Kedua, tetap wujud sehingga kini, kerana keluarga Pewaris Kedua, TIADA terlibat dalam menandatangani apa-apa perjanjian menyerahkan Hak seperti Perjanjian Carpenter 1915 itu. Maka, dengan Kemangkatan Sultan Jamalul Kiram II pada 1936, takhta Kesultanan Sulu sepatutnya diserahkan kepada Keluarga Pewaris Kedua Kesultanan Sulu, kerana mereka adalah "Pewaris DAN Penyambung" ( the heirs AND Successors) kepada Kerajaan Kesultanan Sulu, maka itu lambang pusaka diraja Kesultanan Sulu ( Pulau Janggi @ 1/3 keratan buah benih Coco de mer DAN Tanduk Datu Teteng @ Tating ) sekian lamanya telah diamanahkan disimpan oleh Keluarga Pewaris Kedua ini sahaja, dan bukanya oleh Pewaris Pertama. Ini sebagai "Bukti fizikal yang sahih" bahawa Pewaris Kedua mempunyai hak ke atas Hak Kesultanan Sulu, sebagaimana hak Pewaris Keluarga Pertama Kesultanan Sulu. Maka penyelesaian ke atas apa-apa Hak Kesultanan Sulu kini, adalah ditangan Keluarga Diraja Pewaris Kedua @ Maharajah Adinda Sultan Mohammad Aranan / Adana Puyo sahaja, bukan nya di bawah Keluarga Diraja Pertama Sulu lagi.

-Wassalam

1521-1890

Kedatangan pendatang Eropah

  • 1521: Antonio Pigafetta, seorang penulis sejarah Ferdinand Magellan tiba di Brunei dan telah disambut secara besar-besaran
  • 1526: Orang Portugis yang diketuai oleh Menezes melawat Brunei
  • 1577: Kuasa Sepanyol telah menakluk Filipina dan juga menyerang Brunei. Kesultanan Sulu juga ditakluk oleh Sepanyol.[5]
  • 1609: Belanda telah mendirikan pangkalan dagangan di Batavia (Jakarta), Jawa.
  • 1665: Kapten Cowley telah melawat Borneo dan beliau merupakan orang Inggeris pertama yang melakukan lawatan ke Borneo.

Balambangan

Dalam tahun 1761, Alexander Dalrymple seorang pegawai dari Syarikat Hindia Timur Inggeris di Madras, India telah membuat satu perjanjian dengan Sultan Sulu yang membenarkan beliau membuka satu pangkalan perdagangan di kawasan Borneo Utara. Beliau telah memilih Pulau Balambangan kira-kira 20 batu nautika dari utara bandar Kudat. Pada tahun 1763, Dalrymple telah mengibarkan bendera British di Balambangan dan menamakan pulau itu ' Felecia'. Kemudian seorang pegawai iaitu John Herbert dihantar untuk mendirikan penempatan di Felecia (Balambangan). Namun begitu penempatan ini menghadapi masalah sejak ia dimulakan. Kepincangan urusan pentadbiran, rompakan di laut dan kemusnahan kebakaran telah membawa kehancuran kepada pangkalan dagangan ini pada akhir 1775. Satu usaha untuk menyusun semula pangkalan ini telah dilakukan pada 1803 oleh General Gabenor India, Lord Arthur Wellesley melalui pegawainya Robert J. Farquhar, Residen di Amboina. Dalam usaha ini Felicia telah dijadikan stesen ketenteraan tetapi usaha tersebut gagal dan stesen ini ditinggalkan pada November 1805. Perhatian British kemudian beralih kepada kawasan lain di gugusan pulau Melayu.

Labuan

Minat British terhadap Borneo Utara dihidupkan semula selepas tempoh 40 tahun khususnya Labuan, sebuah pulau yang terletak di sebelah barat laut Borneo. Pada 1844, James Brooke berunding dengan Sultan Brunei tentang penyerahan pulau Labuan untuk digunakan oleh British sebagai tempat melombong batu arang di samping menjadikan satu pangkalan untuk membenteras kegiatan lanun serta meningkatkan perdagangan.

Pada 18 Disember 1846, satu perjanjian telah ditandatangani yang menyebabkan Pulau Labuan dan pulau-pulau kecil yang berhampiran diserahkan buat selamanya oleh Sultan Brunei Sultan Omar Ali Saifuddin II kepada pihak British.[6] Brooke telah menjadi Gabenor Labuan yang pertama dan Konsul Besar di Borneo. William Napier dilantik menjadi Timbalan Gabenor, Sir Hugh Low sebagai Setiausaha Kolonial dan Spencer St. John sebagai setiausaha sulit kepada Brooke. Labuan tidak mampu berkembang seperti mini Singapura atau Pulau Pinang, seperti yang diharapkan oleh pengasasnya.

Iklim yang tidak memuaskan, serangan malaria dan kekurangan kemudahan asas telah menjadi faktor penghalang kepada pembangunan pulau tersebut. Rentetan sejarah Labuan boleh dilihat daripada pelbagai perubahan pentadbirannya. Pada tahun 1890, Labuan telah diletakkan di bawah pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Pada 1907, ia diletakkan di bawah kerajaan Negeri-negeri Selat. Selepas Perang Dunia Kedua, Labuan menjadi sebahagian daripada jajahan Borneo Utara. Kemudian pada 16 April 1984, Labuan telah menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Malaysia.

1881-1963

Syarikat Perdagangan Amerika

Pada 1865, seorang konsul Amerika di Brunei, Claude Lee Moses telah berjaya menyewa Borneo Utara dari Sultan Brunei untuk tempoh 10 tahun. Kemudian beliau menjualnya kepada Syarikat Perdagangan Amerika (American Trading Company) yang dimiliki oleh J.W.Torrey, T.B. Harris dan beberapa orang pedagang Cina. Torrey memilih Kimanis, satu kawasan di barat daya Borneo Utara sebagai pangkalannya dan memulakan pembinaan penempatan lalu dinamakan 'Ellena'. Usaha mencari bantuan kewangan bagi membiayai pembangunan penempatan tersebut gagal lalu ditinggalkan. Dengan hampir menjelangnya tamat tempoh sewaan wilayah tersebut, Torrey berhasil menjual haknya kepada konsul Austria-Hungary di Hong Kong iaitu Baron Gustavus von Overbeck. Overbeck berjaya memperbaharui tempoh sewaan tersebut untuk 10 tahun dari Temenggong Brunei. Selain itu, Overbeck berhasil mendapatkan bantuan kewangan dari Dent bersaudara (Dent brothers - Alfred and Edward) bagi menampung perbelanjaan rancangan yang dirancang untuk Borneo Utara. Harris meninggal dunia pada tahun 1866 dan Torrey pulang semula ke Amerika Syarikat pada tahun 1877. Beliau meninggal di Boston, Massachusetts pada Mac 1884.

Alfred Dent dan sewaan

Bendera Borneo Utara

Akhirnya, Overback bersama Count Montgelas, dari Kedutaan Austro-Hungarian di London dan A.B. Mitford, seorang ahli politik kemudiannya telah bersetuju memberi hak-hak mereka kepada Alfred Dent.

Sebelum itu, Overback juga berminat untuk menduduki bahagian timur laut Borneo Utara, yang mana ketika itu diperintah oleh Kesultanan Sulu. Oleh itu, suatu perjanjian bersama antara Overback dan Sultan Sulu telah diadakan bagi mengambil wilayah tersebut pada 22 Januari 1878. Sebagai balasan daripada Overback kepada Senyediakan bantuan pertahanan kepada Sultan bagi melawan golongan "spaniards" dan memberikan (RM 5,300 setahun, nilai dalam dollar Mexico yang mana pada ketika itu bersamaan dengan nilai emas). Pajakan ini berterusan sehinggalah Sabah mengecapi kemerdekaan bersama Malaysia pada tahun 1963, bersama-sama dengan Singapura, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sehingga kini, dikatakan kerajaan Malaysia masih membayar pajakan kepada Kesultanan Sulu.[7][8]

Selepas kekecewaan British terhadap Labuan, minat British terhadap Borneo Utara pudar sehinggalah pada bulan Julai 1881, apabila Alfred Dent dan adiknya menubuhkan British North Borneo Provisional Association Ltd dan mendapat status Charter pada 1 November 1881. Pada Mei 1882, sebuah syarikat perdagangan baharu pimpinan Alfred Dent, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British mula mentadbir Borneo Utara. SBUB menggelarkan Sabah sebagai "Tanah di bawah bayu". Sir Rutherford Alcock dilantik sebagai Presiden pertama, dan Alfred Dent sebagai Pengarah urusan syarikat.

Protokol Madrid 1885

Pada 1885, perjanjian Protokol Madrid antara Britain, Jerman dan Sepanyol dimeterai untuk mengiktiraf kedaulatan Sepanyol ke atas Arkipelago Sulu dan pengaruh Sepanyol hanya terhad di bahagian itu. Artikel 3 khususnya mengesahkan Sepanyol melepaskan semua tuntutan ke atas Borneo; kepunyaan atau bekas kepunyaan Sultan Sulu (Jolo) juga dilepaskan termasuk semua kepulauan di bawah pentadbiran SBUB. Ketiga-tiga negara juga berjanji untuk berdagang sesama sendiri tanpa sekatan di Arkipelago dan Borneo Utara.[9]

Syarikat Berpiagam Borneo Utara British

Pada 1888, Borneo Utara telah menjadi negara naungan British di mana kerajaan British akan melindungi Borneo Utara di bawah pengaruh British. Pemerintahan Syarikat ini terhadap Borneo Utara telah memberi banyak pembangunan di kawasan ini. Borneo Utara diperintah melalui satu sistem secara hairaki (tidak langsung). Pada amnya pentadbiran berjalan dengan aman, namun begitu terdapat juga beberapa penentangan kecil. Penentangan yang serius termasuklah Perang Mat Salleh dari tahun 1894-1900 diikuti oleh penentangan Rundum yang dilakukan oleh suku Murut dalam tahun 1915.

Pihak SBUB berupaya memerintah Borneo Utara sehingga 1942, selama 60 tahun apabila Perang Dunia Kedua tercetus. Tentera Jepun mendarat di Labuan pada 1 Januari dan menduduki Borneo Utara sehingga ia dibebaskan oleh askar dari ‘9th Division Australian Imperial Forces (A.I.F)’ pada tahun 1945. Selepas Perang Dunia Kedua, Borneo Utara telah ditadbir oleh Pentadbiran Ketenteraan British (British Military Administration) sehingga 15 Julai 1946 apabila kerajaan sivil disambung semula.

Tanah Jajahan Mahkota British

Bacaan lanjut: Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara

Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara diletakkan di bawah Tanah Jajahan Mahkota British kerana SBUB tidak mampu membina semula kemusnahan Borneo Utara selepas Perang Dunia Kedua. Kemusnahan teruk yang dialami oleh bandar Sandakan telah menyebabkan Jesselton dipilih sebagai ibu negara selepas era Perang Dunia Kedua dan status ini kekal ke hari ini. Sistem pentadbiran penjajahan selepas perang adalah sama dengan sistem pentadbiran pada era SBUB. Pembinaan semula dan pembangunan negara Borneo Utara menjadi fokus utama para pentadbir.

Persekutuan Malaysia

Pada amnya keadaan negara Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.[10] Borneo Utara telah memperolehi hak pentadbiran sendiri pada 31 Ogos 1963 di Keningau, ia diikuti dengan transisi penggabungan dengan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. [11]Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi sebuah negara mahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.

Penglibatan negara Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Sabah mengalami pembangunan yang perlahan berbanding tanah Malaya dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah

President Diosdado Macapagal ketika berada di atas kapal USS Oklahoma City pada tahun 1962

Filipina telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia selepas Sabah disatukan dengan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perkara ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.[12] Sehingga sekarang, Malaysia terus menolak ajakan Filipina untuk menyelesaikan masalah tuntutan Filipina keatas Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[13] Lanjutan dari itu, Sabah melihat isu tuntutan ke atas Sabah untuk dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang dibuat oleh Pemimpin Moro Filipina iaitu Nur Maisuri sebagai bukan isu, maka tuntutan tersebut tidak diendahkan. [14]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ Rozan Yunos (21 September 2008). "How Brunei lost its northern province". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2013. Dicapai pada 28 Oktober 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ James W. Gould (1969), The United States and Malaysia. - Cambridge, Mass.: Harvard Univ. Press, American Foreign Policy Library, Harvard University Press, m/s. 71, ISBN 0674926153, 9780674926158 Check |isbn= value: invalid character (bantuan), dicapai pada 2012-12-28
  3. ^ Rozan Yunos (7 Mac 2013). "Sabah and the Sulu claims". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Oktober 2013. Dicapai pada 20 September 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ Graham E. Saunders (2002), A History of Brunei, RoutlegdeCurzon, m/s. 45, ISBN 9780700716982, dicapai pada 2009-10-05
  5. ^ Palawan Tourism Council: History of Palawan di Internet Archive. Dicapai 27 Ogos 2009.
  6. ^ Rozan Yunos (7 September 2008). "Loss of Labuan, a former Brunei island". The Brunei Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-28. Dicapai pada 29 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ (Inggeris) Malaysia soldiers attack armed Filipino clan in Borneo. BBC News Asia.
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-21. Dicapai pada 2015-08-05.
  9. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-10-29. Dicapai pada 2012-08-18.
  10. ^ "No.10760: Agreement relating to Malaysia" (pdf). United Nations Treaty Collection. United Nations. 1963. Dicapai pada 2012-08-01. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  11. ^ Frans Welman. Borneo Trilogy Volume 1: Sabah. Booksmango. m/s. 159–. ISBN 978-616-245-078-5. Dicapai pada 28 May 2013.
  12. ^ [1], Come clean on Sabah, Sulu sultan urge gov't. Accessed March 1, 2008.
  13. ^ [2], Philippines' Claim To Sabah. Accessed February 28, 2008.
  14. ^ The Star (May 29, 2008). [3]. The Star.

Bibliografi

  • Jabatan Muzium Sabah (1992). Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik