Murut

Murut
Seorang pemuda Murut yang sedang memakai pakaian Tradisi di Kampung Budaya Monsopiad, Penampang, Sabah.
Jumlah penduduk
190,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
Sabah termasuk Labuan: 120,631 (2020)[1]
Sarawak: 10,500 (1980)[2]

 Indonesia
Kalimantan:57 513 (2015),
 Brunei
Temburong
Bahasa
Bahasa Murut, Bahasa Melayu Bahasa Indonesia
Agama
Kristian (80%), Islam (18%), Animism
Kumpulan etnik berkaitan
Dayak, Tidung, Kelabit, Kayan, Kenyah, Melanau, Lun Bawang, Bidayuh, Penan, Punan, Ida'an, Kadazandusun, Orang Ulu

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.

Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan, Tawau (Merotai dan Kalabakan), Tongod (Pinangah dan Inarad) dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, memburu dan menangkap ikan di sungai. Mereka juga menjalani kehidupan dengan memungut hasil hutan seperti(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang bekerja di perkhidmatan dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.

Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan, Beaufort dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung atau Tirong, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung, Murut Agabag atau Ahavah,Tanggara atau Tanggala, Kolor atau Kolod atau Akolod, Murut Nabai, Murut Gana atau Hana dan Murut Lundayeh[3]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.

Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.

Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Adat istiadat

Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh dan Bului masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.[4] Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan.

Adat perkahwinan kaum Murut sebenarnya adalah unik kerana keluarga pasangan pengantin akan selalu bantu membantu apabila menghadapi masalah. Pihak keluarga pengantin lelaki harus membantu keluarga pihak pengantin perempuan apabila mereka memerlukan pertolongan dari segi kewangan, harta benda dan tenaga dan begitu juga sebaliknya. Bantuan diberikan kepada keluarga pihak pengantin perempuan dari segi tenaga ialah, pertama apabila berlaku kematian ahli keluarga pengantin perempuan, pihak keluarga pengantin lelaki harus membantu dari segi tenaga, kewangan, dan harta benda. Dari segi tenaga, pihak pengantin lelaki sebagai tumakin (menantu lelaki) haruslah membantu keluarga pihak pengantin perempuan untuk menggali kubur dan membuat keranda sebagai tempat simpan si mati (dahulu, keranda perlu dibuat sendiri, kalau tiada keranda maka Vangkalan (tajau besar) juga digunakan sebagai tempat simpan orang mati sebelum dikebumikan). Dari segi kewangan pula, tumakin perlu membantu keluarga pengantin perempuan untuk membeli pakaian, keranda (zaman sekarang) dan alat untuk membuat kuburan si mati. Harta benda pula ialah pihak tumakin perlulah membawa gong besi (ahung basi); gong tersebut akan dipalu semasa upacara sebelum pengembumian si mati. Hal yang sama juga harus dilakukan oleh keluarga pihak pengantin perempuan (inuot)[nota 1] apabila keluarga pihak tumakin mempunyai masalah kematian ahli keluarga. Bentuk bantuan pada asasnya adalah sama. Tetapi spesifik bantuan yang diberikan adalah sedikit berbeza. Dari segi kewangan pihak keluarga pengantin perempuan haruslah memberi bantuan kewangan kepada anak perempuan mereka untuk membeli barang makan dan peralatan dapur. Selain itu, pihak keluarga inuot juga akan membawa tapai, jeruk, beras, sayur-sayuran, dan daging binatang hasil buruan sebagai bekalan makanan untuk dihidangkan kepada orang yang datang dari kampung lain yang membantu berjaga siang malam sebelum si mati dikebumikan serta yang datang memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Dari aspek tenaga, pihak keluarga inuot haruslah membantu pihak keluarga pengantin lelaki memasak, dan melakukan kerja-kerja dapur bagi yang perempuan. Tugas keluarga pengantin perempuan yang lelaki pula ialah menjaga hidangan bersama tapai dan memanaskannya untuk keselesaan orang yang minum tapai tersebut (hidangan bersama tapai-"pusas" seperti sup panas, jeruk dan daging bakar). Pemberian yang dimaksudkan ini ialah bantuan yang bertimbal balas, saling membantu antara satu sama lain untuk membantu meringankan beban masalah yang ditanggung antara keluarga pasangan pengantin. Kerjasama inilah yang selalu disalah tafsir oleh sestengah pihak sebagai "berian sampai mati Murut".[perlu rujukan]

Kepercayaan

Dahulu mereka mempercayai amalan angkapio iaitu suatu yang telah menjadi amalan seseorang atau kelompok masyarakat, selain itu mereka juga mempercayai akan konsep amamahun iaitu ada makhluk lain yang mendiami kehidupan lain seperti pada suatu kawasan, pokok atau haiwan lain contohnya :- timbolong, induluyon, panggaangon dan banyak lagi . Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno atau nama lainnya aki kaulung dan juga disebutkan pada suku lain kinapuuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang.[5] Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.

Tarian tradisional

  • Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. [6] Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).

Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.[7]

Pakaian tradisional

[8]

Pakaian wanita

Pinongkolo

Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.[9]

Pipirot

Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.

Salupai

Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.

Sinikot

Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.

Rarangkol

Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.

Holong

Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.

Pakaian lelaki

Babaru puputul [10]

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.

Aba puputul

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.[11]

Tupi'sinulatan

Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.[12]

Motif

Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:[8]

  • Sinusu'
    Bulu burung merak.
  • Inimburu
    Corak berbentuk lintah.
  • Inakaang
    Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
  • Sinuli
    Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
  • Kalayam manuk
    Corak berbentuk kaki ayam.
  • Sinusulou
    Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
  • Mato nu orou
    Corak berbentuk matahari.

Nota kaki

  1. ^ Inuot bermaksud menantu perempuan manakala lalaing ruandu ialah panggilan kepada anak perempuan yang sudah berkahwin. Tumakin pula bermaksud menantu lelaki, manakala lalaing ungkuyon merupakan anak lelaki yang sudah berkahwin. Panggilan lalaing ruandu dan lalaing ungkuyon juga sering digunakan untuk menyatakan jantina anak walapun belum berkahwin.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 October 2012. Dicapai pada 17 June 2012. p. 107
  2. ^ William W. Bevis (1995). Borneo Log: The Struggle For Sarawak's Forests. University of Washington Press. m/s. 152. ISBN 0-2959-7416-8.
  3. ^ "Dunia unik Lundayeh". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-07. Dicapai pada 2013-08-26.
  4. ^ Adat Tinauh Murut Tagul[pautan mati kekal]
  5. ^ Master Dengan Komik, Pelangi Publishing Group Bhd .
  6. ^ "Tarian Magunatip". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-12. Dicapai pada 2013-04-12.
  7. ^ Pelangi Publishing Group Bhd Amazon.com MPH, Sejarah murut memuja semangat padi, By Nadira Yusop & Azizah Abu Chik
  8. ^ a b An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah, disunting oleh Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, terbitan Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd dengan kerjasama Jabatan Muzium Sabah, 1997
  9. ^ Ethnics Profile: The Murut - Costume of Women
  10. ^ PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MURUT
  11. ^ Murut
  12. ^ BUSANA SABAH[pautan mati kekal]</ref]
  • Borneo Trilogy Volume 2: Sabah, Volume 2

Pautan luar

  • Kaum Murut di Sapulut, Sabah Julai 2009
  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik

  • l
  • b
  • s
Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah

https://www.facebook.com/Lets-speak-Murut-111327377814299/