Hubei

Wilayah Hubei
湖北省code: zh is deprecated
Wilayah
Transkripsi Nama
 • Bahasa Cina湖北省code: zh is deprecated (Húběi Shěng)
 • SingkatanHB / code: zh is deprecated (pinyin: È)
Pemandangan Gaung Xiling
Pemandangan Gaung Xiling
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Peta menunjukkan lokasi Wilayah Hubei
Koordinat: 31°12′N 112°18′E / 31.2°N 112.3°E / 31.2; 112.3Koordinat: 31°12′N 112°18′E / 31.2°N 112.3°E / 31.2; 112.3
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Wuhan
Pembahagian pentadbiran13 prefektur, 102 daerah, 1235 bandar
Pentadbiran
 • Setiausaha (CPC)Ying Yong
 • GabenorWang Xiaodong
Keluasan
 • Jumlah185,900 km2 (71,800 batu persegi)
 • Pemeringkatanke-13
Aras tertinggi
3,105 m (10,187 ft)
Penduduk
 (2015)[3]
 • Jumlah58,500,000
 • Pemeringkatanke-9
 • Kepadatan310/km2 (820/batu persegi)
  • Pemeringkatanke-12
Demografi
 • Kumpulan EtnikHan: 95.6%
Tujia: 3.7%
Miao: 0.4%
 • Bahasa dan dialekMandarin Barat Daya, Mandarin Jianghuai, Gan, Xiang
Kod ISO 3166CN-HB
KDNK (2017)CNY 3.65 trilion
USD 540.94 bilion [4] (ke-7)
 • per kapitaCNY 61,971
USD 9,179 (ke-11)
HDI (2014)0.754[5] (tinggi) (ke-13)
Laman sesawangwww.hubei.gov.cn
(Tulisan Cina Ringkas)

Mengenai audio iniHubei (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 湖北code: zh is deprecated ; pinyin: Húběi; Ejaan peta pos: Hupeh) ialah sebuah wilayah di kawasan pedalaman Republik Rakyat China. Singkatannya ialah code: zh is deprecated (pinyin: È), iaitu satu nama kuno yang berkaitan dengan bahagian timur wilayah ini sejak Dinasti Qin. Nama Hubei bermaksud "utara tasik", iaitu kedudukan Hubei di utara Tasik Dongting. Ibu wilayah Hubei ialah Wuhan.

Hubei bersempadan dengan Henan di utara, Anhui di timur, Jiangxi di tenggara, Hunan di selatan, Chongqing di barat, dan Shaanxi di barat laut. Empangan Tiga Gaung yang terkenal terletak di Yichang, di bahagian barat Hubei, dan begitu juga Universiti Tiga Gaung.

Satu nama tidak rasmi yang popular untuk Hubei ialah Chu (Bahasa Cina: code: zh is deprecated ; pinyin: Chǔ), bersempena Negara Chu perkasa yang pernah wujud di sini ketika Dinasti Zhou Timur.

Pembahagian pentadbiran

Hubei terbahagi kepada 13 bahagian peringkat wilayah (iaitu 12 bandaraya peringkat prefektur dan satu prefektur autonomi), serta tiga bandaraya peringkat daerah yang ditadbir secara langsung dan satu kawasan perhutanan peringkat daerah yang ditadbir secara langsung.

Bandaraya separa peringkat prefektur:

Bandaraya peringkat prefektur:

  • Ezhou (鄂州市code: zh is deprecated Èzhōu Shì)
  • Huanggang (黄冈市code: zh is deprecated Huánggāng Shì)
  • Huangshi (黄石市code: zh is deprecated Huángshí Shì)
  • Jingmen (荆门市code: zh is deprecated Jīngmén Shì)
  • Jingzhou (荆州市code: zh is deprecated Jīngzhōu Shì)
  • Shiyan (十堰市code: zh is deprecated Shíyàn Shì)
  • Suizhou (随州市code: zh is deprecated Suízhōu Shì)
  • Xiangfan (襄樊市code: zh is deprecated Xiāngfán Shì)
  • Xianning (咸宁市code: zh is deprecated Xiánníng Shì)
  • Xiaogan (孝感市code: zh is deprecated Xiàogǎn Shì)
  • Yichang (宜昌市code: zh is deprecated Yíchāng Shì)

Prefektur autonomi:

  • Enshi Tujia and Miao Autonomous Prefecture (恩施土家族苗族自治州code: zh is deprecated Ēnshī Tǔjiāzú Miáozú Zìzhìzhōu)

Tiga buah bandaraya peringkat daerah pentadbiran langsung yang lebih tepat dihuraikan sebagai bandaraya peringkat sub-prefektur:

  • Tianmen (天门市code: zh is deprecated Tiānmén Shì)
  • Qianjiang (潜江市code: zh is deprecated Qiánjiāng Shì)
  • Xiantao (仙桃市code: zh is deprecated Xiāntáo Shì)

Kawasan perhutanan peringkat daerah:

  • Shennongjia (神农架林区code: zh is deprecated Shénnóngjià Línqū)

Ekonomi

Hubei sering digelar "Tanah Ikan dan Beras" (Bahasa Cina: 鱼米之乡code: zh is deprecated ; pinyin: yú mǐ zhī xiāng). Keluaran pertanian terpenting di Hubei termasuk kapas, beras, gandum, dan teh, manakala perindustriannya termasuk kereta, metalurgi, jentera, janaan kuasa, tekstil, makanan dan komoditi teknologi tinggi.

Sumber galian yang banyak didapati di Hubei termasuk boraks, hongsyiit, wolastonit, garnet, batu napal, besi, fosforus, tembaga, gipsum, rutil, garam batu, paduan emas, mangan dan vanadium. Simpanan arang boleh pulih di wilayah ini berada pada 548 juta ton, iaitu dianggap sederhana berbanding wilayah-wilayah lain di China.

Sebaik sahaja disiapkan, Empangan Tiga Gaung di Hubei barat akan menyediakan kuasa hidroelektrik yang kuat, dengan penghasilan kuasa tahunan dijangka pada 84,700 Gwh. Stesen hidroelektrik sedia ada termasuk Gezhouba, Danjiangkou, Geheyan, Hanjiang, Duhe, Huanglongtan, Bailianhe, Lushui dan Fushui.

Ekonomi Hubei adalah yang ke-12 terbesar di negara dan KDNK nominalnya untuk tahun 2006 ialah 749.7 bilion yuan (AS$96.9 bilion) dan per kapita 13,169 yuan (AS$1,709).

Rujukan

  1. ^ "Hubei--Survey" (dalam bahasa Inggeris). Ministry Of Commerce - People's Republic Of China. 25 April 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2013. Dicapai pada 8 April 2018. Hubei {...} an area of 185,900 square km.
  2. ^ 湖北 [Hubei] (dalam bahasa Cina). The Central People's Government of the People's Republic of China. 26 March 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 July 2016. Dicapai pada 7 June 2016. 全省国土总面积18.59万平方公里code: zh is deprecated
  3. ^ "Communiqué of the National Bureau of Statistics of People's Republic of China on Major Figures of the 2010 Population Census [1] (No. 2)" (dalam bahasa Inggeris). National Bureau of Statistics of China. 29 April 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 July 2013. Dicapai pada 4 August 2013.
  4. ^ 湖北省2017年国民经济和社会发展统计公报 [Statistical Communiqué of Hubei on the 2017 National Economic and Social Development] (dalam bahasa Cina). Statistical Bureau of Hubei. 2018-02-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-22. Dicapai pada 2018-06-22.
  5. ^ "China National Human Development Report 2016" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. m/s. 146. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2017-01-07. Dicapai pada 2017-12-05.

Pautan luar

  • (Inggeris) Pusat maklumat Internet China
  • Peta besar Hubei Diarkibkan 2006-02-10 di Wayback Machine
  • Bercuti di Tasik Liangzi
  • Kompleks Binaan Purba di Pergunungan Wudang dalam Senarai Warisan Dunia Unesco

Koordinat: 30°58′04″N, 112°13′53″E