Fujian

Fujian
Cina : 福建省
Fújiàn
Singkatan: code: zh is deprecated   (Pinyin: Mǐn)
Fujian (in Mandarin) is highlighted on this map
Asal-usul nama code: zh is deprecated fú - Fuzhou
code: zh is deprecated jiàn - Jian'ou
Jenis pentadbiran Wilayah
Pusat pentadbiran
(dan bandaraya terbesar)
Fuzhou
Setiausaha Jwk CPC Lu Zhangong
Gabenor Huang Xiaojing
Luas 121,400 km2 (46,900 bt2) (23)
 - Latitud {{{Latitude}}}
 - Longitud {{{Longitude}}}
Penduduk (2004)
 - Kepadatan
35,110,0001 (18)
[convert: needs a number] (14)
KDNK (2004)
 - per kapita
CNY 605.3 bilion (11)
CNY 17,200 (7)
HDI (2005) 0.784 (sederhana) (9th)
Bangsa-bangsa utama Han - 98%
She - 1%
Hui - 0.3%
Peringkat prefektur 9 bahagian
Peringkat daerah 851 bahagian
Peringkat perbandaran 11071 bahagian
ISO 3166-2 CN-35
Laman web rasmi
http://www.fujian.gov.cn
(Cina) Templat:Addrow 1Ini merupakan perangkaan rasmi PRC. Quemoy disertakan sebagai sebuah mukim dan Matsu saebagai sebuah perbandaran.
Sumber untuk data penduduk dan GDP:
《中国统计年鉴—2005》code: zh is deprecated Buku Tahunan Statistik China 2005
ISBN 7503747382
Sumber untuk data bangsa-bangsa:
《2000年人口普查中国民族人口资料》code: zh is deprecated Perangkaan bangsa-bangsa banci populasi China 2000
ISBN 7105054255
*Seperti pada 31 Disember, 2004
Templat ■ Perbincangan ■ ProjekWiki China

Mengenai audio iniFujian (bantuan·maklumat) (Bahasa Cina: 福建code: zh is deprecated ; pinyin: Fújiàn; Ejaan peta pos: Fukien, Foukien; transliterasi tempatan Hokkien dari Min Nan atau bahasa Taiwan Hok-kiàn) ialah salah sebuah wilayah di pesisiran pantai tenggara China. Fujian bersempadan dengan Zhejiang di utara, Jiangxi di barat, dan Guangdong di selatan. Pulau Taiwan terletak di timurnya, menyeberangi Selat Taiwan. Nama Fujian dicipta sewaktu Dinasti Tang, berasal daripada gabungan Fuzhou dan Jian'ou, dua buah kota di Fujian.

Kebanyakan tanah Fujian ditadbir oleh Republik Rakyat China (PRC). Sementara itu, kepulauan Kinmen (dahulunya dikenali sebagai Quemoy) (Bahasa Cina: 金門code: zh is deprecated ; pinyin: Jīnmén) dan Matsu (Bahasa Cina: 馬祖code: zh is deprecated ; pinyin: Măzŭ) di bawah kawalan Republik China (ROC) yang bertapak di Taiwan. Maka, secara de facto terdapat dua wilayah yang sama nama (dari segi pertubuhan kerajaan). Nama kedua-dua pihak ini dipaparkan dalam sistem perumian bahasa Mandarin yang berbeza. Pihak PRC mengeja nama wilayah ini dalam Hanyu Pinyin, iaitu "Fujian", manakala pihak ROC mengejanya dalam Tongyong Pinyin, Wade-Giles dan ejaan peta pos, iaitu masing-masing "FuJian", "Fuchien" dan "Fukien".

Kewujudan dua kerajaan wilayah Fujian yang selari ini merupakan satu kesan Perang Saudara China. Setelah kehilangan tanah besar China (termasuk kebanyakan kawasan Fujian) kepada pihak komunis pada tahun 1949, Republik China (ROC) berundur ke Taiwan sambil mengekalkan kuasanya terhadap sebilangan kecil pulau-pulau luar pesisir Fujian. Sejak itu, pihak PRC (tanah besar) dan ROC (Taiwan) selama ini mengekalkan kerajaan wilayah yang berasingan untuk Fujian. Rencana ini lebih cenderung kepada kawasan Fujian di bawah pentadbiran PRC; lihat Fujian (Republik China) untuk meklumat lanjut mengenai wilayah Fujian ROC.

Fuzhou merupakan ibu wilayah Fujian di bawah kawalan PRC manakala Kinmen dijadikan pusat pentadbiran wilayah Fujian ROC, namun secara amali kebanyakan kuasa di Fujian kawalan ROC ditugaskan kepada daerah-daerah Kinmen dan Kepulauan Matsu.

Pembahagian pentadbiran

Republik Rakyat China mengawal kebanyakan kawasan wilayah ini, dan membahagikannya kepada sembilan bahagian peringkat prefektur, kesemuanya bandaraya peringkat prefektur:

  • Fuzhou (Cina Ringkas: 福州市code: zh is deprecated ; Hanyu Pinyin: Fúzhōu Shì)
  • Xiamen (厦门市code: zh is deprecated Xiàmén Shì)
  • Zhangzhou (漳州市code: zh is deprecated Zhāngzhōu Shì)
  • Quanzhou (泉州市code: zh is deprecated Quánzhōu Shì)
  • Sanming (三明市code: zh is deprecated Sānmíng Shì)
  • Putian (莆田市code: zh is deprecated Pútián Shì)
  • Nanping (南平市code: zh is deprecated Nánpíng Shì)
  • Longyan (龙岩市code: zh is deprecated Lóngyán Shì)
  • Ningde (宁德市code: zh is deprecated Níngdé Shì)

Kesemua bandaraya peringkat prefektur kecuali Longyan, Sanming, dan Nanping terletak di sepanjang pantai.

Kesemua sembilan bahagian peringkat prefektur dibahagikan kepada 85 bahagian peringkat daerah (26 daerah, 14 perbandaran peringkat daerah, dan 45 mukim), dan dibahagikan lagi kepada 1107 bahagian peringkat bandar (605 bandar, 328 perbandaran, 18 perbandaran etnik, dan 156 subdaerah). Peringatan: inilah merupakan perangkaan rasmi PRC. Maka, Quemoy termasuk sebagai salah satu daripada 45 mukim dan Matsu sebagai salah satu daripada 334 perbandaran.

Mukim Quemoy dikawal oleh bandaraya peringkat prefektur Quanzhou atas nama, tetapi sebenarnya sedang ditadbir secara keseluruhan oleh Republik China di Taiwan. Mukim Lianjiang yang ditadbir PRC di bawah perundangan bandaraya peringkat prefektur Fuzhou, merangkumi Kepulauan Matsu atas nama, tetapi Matsu sebenarnya dikawal Republik China di Taiwan yang mentadbir Matsu sebagai Mukim Lienchiang (nama yang sama tetapi berbeza perumiannya).

Pautan luar

  • Galeri Foto Gunung Wuyi
  • Galeri Foto Xiamen
  • Galeri Foto Fu Zhou
  • Galeri Foto Pulau Mei Zhou, Pu Tian
  • Galeri Foto De Hua
  • Galeri Foto Nan An
  • Galeri Foto Quan Zhou
  • Galeri Foto Zhang Zhou
  • Galeri Foto Kampung Nanjing, Nanjing (wilayah Fujian)
  • (Cina)Kerajaan Wilayah Rakyat Fujian PRC
  • Fujian International: Laman web niaga dengan pengenalan kepada wilayah ini
  • Guide to Fujian Province
  • Guide to Boxspringbett