Kad antara muka rangkaian

Kad kawalan antara muka rangkaian Ethernet yang menyambungkan papan induk melalui bas ISA yang kini lapuk.

Kad antara muka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian. Ia bertindak sebagai antara muka fizikal atau penyambung di antara komputer anda dengan kabel rangkaian. Antara muka rangkaian ini ada yang berbentuk kad dan ada yang berupa komponen dalam papan induk komputer.

Kad rangkaian ini juga menerima data input dari kabel dan menterjemahkannya kepada byte yang difahami oleh unit pemprosesan pusat komputer. Kad rangkaian mengandungi perkakasan dan program firmware (aturcara rutin yang tersimpan dan ROM) yang mengimplemen fungsi-fungsi logikal link control (LLC) dan media access control (MAC) pada lapisan pautan data model OSI.

Fungsi

Fungsi kad antara muka rangkaian ialah:

  • Menyediakan data dari komputer untuk kabel rangkaian
  • Menghantar data ke komputer yang lain
  • Mengawal aliran data di antara komputer dan sistem kabel penyambung

Penyediaan data

Sebelum data dalam rangkaian boleh dihantar ke destinasi tertentu, kad rangkaian perlu menukarkannya kepada bentuk yang boleh bergerak dalam kabel rangkaian.

Dalam kabel rangkaian, data bergerak dalam rentetan bit tunggal. Apabila data bergerak dalam kabel rangkaian ia dikatakan bergerak sebagai transmisi siri kerana satu bit yang bergerak akan diekori oleh bit yang lain. Dengan kata lain kabel ini merupakan laluan sehala. Data dalam laluan ini sentiasa bergerak dalam satu arah sahaja iaitu sama ada ia menghantar atau menerima data.

Kad rangkaian mengambil data yang bergerak secara selari dalam satu kelompok dan menstrukturkannya semula supaya ia boleh dialirkan melalui laluan siri 1-bit pada kabel rangkaian. Ini boleh dilaksanakan dengan menterjemahkan isyarat digital komputer kepada isyarat yang boleh bergerak dalam kabel rangkaian iaitu isyarat elektrik dan isyarat optik. Komponen yang bertanggungjawab menukarkan bentuk isyarat ini dikenali sebagai tranceiver (transmitter/receiver).

  • iconPortal Sains komputer
  • l
  • b
  • s
Rangkaian komputer
Jenis
Rangkaian kawasan persendirian (PAN) • Rangkaian kawasan setempat (LAN) • Rangkaian kawasan kampus (CAN) • Rangkaian kawasan metropolitan (MAN) • Rangkaian kawasan luas (WAN) • Rangkaian kawasan global (GAN)
Peralatan
Penghala • Kad antara muka rangkaian • Penguat • Hab • Jambatan • Modem • DSL • ADSL • Suis • 8P8C • Brouter
Kabel
Sepaksi • Pasangan berlingkar • Gentian optik
Protokol
Model OSI • Model DoD • Penghalaan • Unicast • Alamat IP • Protokol Internet versi 4 Protokol Internet versi 6 Rakan-ke-rakan Rangkaian pensuisan paket
Kaedah sambungan
Ethernet Wayarles WiMAX Wi-Fi Hotspot Talian pajak • Pensuisan litar Pensuisan mesej • Pensuisan paket Geganti sel
Medium penyambungan
Jalur asas Jalur lebar Jalur sempit
Internetwork
Intranet Extranet • Internet
Topologi
Komputer
Komputer pelayan Komputer pelanggan
Kelajuan
Syarikat pengeluar
  • l
  • b
  • s
Papan induk
Unit pemprosesan pusat (CPU) • Ingatan capaian rawak (RAM) • Ingatan baca sahaja (ROM) • BIOS PCI • PCI Express • USB HyperTransport • CSI • AGP • ISA • EISA • VLB • Papan induk
Pengawal storan
IDE SATA • RAID SCSI • CD-ROM CD-RW • DVD-ROM DVD-R • DVD-RAM • DVD-RW • Perakam DVD BD-ROM • Perakam BD
Pengawal video/bunyi
Pengawal bas
Port selari Port bersiri USB FireWire
Pengawal lain
Media
CD DVD BD Cakera liut Cakera keras HD DVD Pemacu kilat USB Kad ingatan Pemacu Zip • Pemacu pita • Ingatan kilat
Rangkaian
Modem Kad antara muka rangkaian • Bilik pelayan Ladang pelayan
Peranti masukan
Papan kekunci • Tetikus Bebola jejak Kayu ria Pengimbas
Peranti keluaran
Perkakasan lain