Les Invalides

Hôtel des Invalides
Pandangan Les Invalides dari atas
Map
Nama alternatifLes Invalides, Musée de l'Armée
Maklumat umum
JenisMuzium, gereja, hospital, rumah persaraan, makam
Gaya seni bina
Baroque
LokasiParis, Perancis
Pembinaan bermula1671
Disiapkan pada
1706
Dirasmikan pada
1678
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekLibéral Bruant, Jules Hardouin-Mansart

Les Invalides (Sebutan bahasa Perancis: [lezɛ̃valid]), secara rasminya Hôtel national des Invalides, juga dikenali sebagai Hôtel des Invalides (secara harfiahnya, "Rumah orang kurang upaya") merupakan sebuah kompleks bangunan di Daerah 7, Paris. Bangunan tersebut mempunyai beberapa muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan Perancis, serta mengekalkan peranan asalnya sebagai sebuah hospital dan rumah persaraan bagi veteran. Bangunan tersebut juga menempatkan Musée de l'Armée, muzium tentera bagi Tentera Perancis, Musée des Plans-Reliefs, dan Musée d'Histoire Contemporaine. Kompleks tersebut turut memiliki sebuah gereja kecil bagi veteran (Saint-Louis-des-Invalidescode: fr is deprecated yang kini merupakan Katedral Kebangsaan Tentera Perancis dan di sebelahnya, bekas Gereja Kecil Diraja (Dôme des Invalidescode: fr is deprecated atau Église du Dômecode: fr is deprecated ) yang merupakan bangunan gereja tertinggi di Paris dengan ketinggian sebanyak 107 meter.[1] Dôme des Invalides kini dijadikan sebagai satu tempat suci bagi beberapa tokoh ketenteraan Perancis, antaranya termasuklah makam Napoleon.[2]

Sejarah

Dôme des Invalides yang bertinggi 107 meter (351 ka) dan dihiaskan dengan daun emas yang berberat 12.65 kilogram (27.9 lb), merupakan tanda mercu yang penting di Paris.

Louis XIV ingin membantu askar-askar yang bercacat dalam angkatan tenteranya seperti yang dilakukan oleh pendahulunya, Henry II, Henry III[3] dan Henry IV[4]. Namun selain merupakan tanda kemanusiaan, keputusan tersebut juga dibuat atas pertimbangan politik. Askar-askar cacat ini, yang kebanyakannya berasal dari Perang Tiga Puluh Tahun, sering melepak dan terlibat dalam pergaduhan jalanan di Pont Neuf. Ramai penduduk telah mengadukan isu ini dan hal ini telah menjejaskan imej Louis XIV dan imej tentera Perancis. Dengan rancangan penaklukannya semakin ketara, baginda terpaksa memulihkan imej tenteranya dalam kalangan penduduk serta imejnya dalam mata tenteranya.[5]

Pada tahun 1659, selepas Perjanjian Pyrenees, Louis XIV mengambil idea Richelieu yang telah mengubah Château de Bicêtre kepada sebuah pertubuhan bagi tentera yang kurang upaya ("Commanderie Saint-Louis") pada tahun 1634. Projek itu tidak menjadi kenyataan sehingga sebelas tahun kemudian apabila baginda memulakan projek ini dengan sebuah titah bertarikh 24 November 1670, sebagai satu rumah persaraan dan hospital bagi tentera yang sudah tua atau bercacat (invalidecode: fr is deprecated ).[6] Penubuhan ini dikecualikan daripada cukai dan ditadbir oleh gabenor. Kos sara hidup askar-askar cacat pula disokong oleh dana yang diambil daripada pendapatan biara Kristian.[7]

Arkitek asal Les Invalides ialah Libéral Bruant selepas ideanya dipilih oleh Louis XIV daripada lapan cadangan yang diterima. Ketika itu, tapak tersebut merupakan sebuah dataran (plaine de Grenelle) di daerah subbandar Gros Caillou. Setelah diperluaskan beberapa kali, muka bangunan yang berhadapan dengan Seine berluas 196 meter (643 ka) apabila disiapkan pada 1676 dan kompleks tersebut juga mempunyai 15 halaman, dengan halaman terbesarnya cour d'honneur bertujuan untuk mengadakan perarakan tentera. Projek pembinaan telah berlangsung dari Mac 1671 hingga Februari 1674, dengan batu asasnya diletakkan pada 30 November 1671. Bangunan ini dirasmikan oleh Louis XIV pada Oktober 1674. Namun, pembinaan gereja masih belum bermula ketika ini.[8]

Kompleks gereja Invalides direka bentuk oleh Jules Hardouin-Mansart dari 1676. Beliau mengambil ilham daripada reka bentuk bapa saudara moyangnya François Mansart bagi Chapelle des Bourbons yang dirancang untuk dibina di belakang Basilika Saint-Denis. Reka bentuk Dôme des Invalides mempunyai persamaan dengan projek François Mansart dari segi seni bina dan hubungannya dengan gereja yang bersebelahan dengannya. Sejarahwan seni bina Allan Braham telah membuat hipotesis bahawa Dôme des Invalides asalnya dirancang untuk menjadi tempat persemadian baharu bagi Dinasti Bourbon, namun projek tersebut tidak dilaksanakan.[9] Sebaliknya, Dôme des Invalides telah menjadi gereja kecil raja agar baginda boleh menghadiri perkhidmatan gereja tanpa perlu bergaul dengan tentera kurang upaya. Bangunan itu jarang digunakan untuk kegunaan tersebut. Dôme des Invalides kekal sebagai salah satu contoh seni bina Perancis Baroque yang terbaik serta simbol ikonik bagi monarki mutlak Perancis.

Bahagian dalaman kubah dilukis oleh pengikut Le Brun, Charles de La Fosse. Lukisan tersebut merupakan lukisan siling ilusionistik bergaya Baroque dan disiapkan pada 1705.[10]

Sementara itu, Hardouin-Mansart membantu Bruant yang sudah berusia dengan pembinaan gereja Saint-Louis-des-Invalides, serta menyiapkannya mengikut reka bentuk asal Bruant selepas kematian beliau pada 1697. Veteran perlu menghadiri perkhidmatan gereja di situ pada setiap hari. Tidak lama selepas gereja kecil veteran tersebut bermula, Louis XIV telah mengarahkan Mansart untuk membina sebuah gereja kecil diraja yang berpisah (Dôme des Invalides). Gereja kecil itu telah disiapkan pada 1706.

  • Projek François Mansart's bagi Chapelle des Bourbons di Saint-Denis
    Projek François Mansart's bagi Chapelle des Bourbons di Saint-Denis
  • Louis XIV menitah pembinaan Les Invalides
    Louis XIV menitah pembinaan Les Invalides
  • Projek Jules Hardouin-Mansart dengan esplanad selatan yang tidak dapat direalisasikan
    Projek Jules Hardouin-Mansart dengan esplanad selatan yang tidak dapat direalisasikan
  • Visit of Louis XIV to Les Invalides. Lukisan oleh Pierre-Denis Martin
    Visit of Louis XIV to Les Invalides. Lukisan oleh Pierre-Denis Martin
  • Portret Hardouin-Mansart oleh Hyacinthe Rigaud yang menunjukkan Dpme, Louvre
    Portret Hardouin-Mansart oleh Hyacinthe Rigaud yang menunjukkan Dpme, Louvre
  • Napoleon I melawati infirmari di Les Invalides
    Napoleon I melawati infirmari di Les Invalides

Disebabkan lokasinya dan kepentingannya, Invalides telah menjadi latar tempat bagi beberapa peristiwa penting dalam sejarah Perancis. Semasa Revolusi Perancis, pada 14 Julai 1789, bangunan tersebut telah diserang oleh perusuh Paris untuk merampas meriam dan sanampang lantak yang disimpan di bilik bawah tanahnya untuk digunakan untuk melawan tentera di penjara Bastille pada hari yang sama. Napoleon telah dikebumikan di Dôme des Invalides dengan upacara yang besar-besaran pada 1840.

Pemisahan antara kedua-dua gereja telah diperkasakan pada abad ke-19 dengan pembinaan makam Napolean, dua mazbah yang berbeza dan sebuah dinding kaca yang terletak di antara dua gereja tersebut.

Bangunan tersebut mengekalkan fungsi utamanya sebagai sebuah rumah persaraan dan hospital bagi veteran (invalides) sehingga awal abad-20. Pada 1872, Musée d'Artillerie (Muzium Artileri) telah dipindahkan ke dalam bangunan ini dan diikuti dengan Musée Historique des Armées (Muzium Sejarah Tentera) pada 1896. Kedua-dua institusi ini telah digabungkan untuk membentuk Musée de l'Armée pada 1905. Pada masa yang sama, veteran yang menetap di bangunan ini telah dipindah ke pusat-pusat yang lebih kecil di luar Paris kerana perlaksanaan tentera keraan selepas 1872 bermakna bilangan veteran yang layak masuk ke Hôpital des Invalides (berkhidmat sebagai tentera selama 20 tahun atau lebih) telah berkurang. Kompleks tersebut masih mempunyai kemudahan yang menempatkan kira-kira seratus bekas tentera tua atau bercacat.

Apabila Muzium Tentera di Les Invalides telah ditubuhkan pada 1905, gereja kecil veteran telah diletakkan di bawah kawalan pemerintahn tadbir dan kini merupakan katedral bagi Keuskupan Angkatan Bersenjata Perancis, secara rasminya dikenali sebagai Cathédrale Saint-Louis-des-Invalides.[11] Muzium ini dibuka setiap hari dari 10:00 pagi hingga 6:00 petang.[12]

Seni bina

Pelan Les Invalides
Pelan Les Invalides
  Dôme des Invalides
  Katedral Saint-Louis-des-Invalides
  Musée des Plans-Reliefs
  Musée de l'Ordre de la Libération
  Institution nationale des Invalides
  Gouverneur des Invalides
  Gouverneur militaire de Paris
  Chancellerie de l'Ordre de la Libération
  Office national des anciens combattants et victimes de guerre
  • 1. Cour d'honneur
  • 2. Cour d'Angoulème
  • 3. Cour d'Austerlitz
  • 4. Cour de la Victoire
  • 5. Cour de la Valeur
  • 6. Cour de Mars
  • 7. Cour de Toulon
  • 8. Cour de Nismes
  • 9. Cour de Metz
  • 10. Cour de l'Infirmerie
  • 11. Cour d'Oran
  • 12. Cour de la Paix
  • 13. Cour d'Arles
  • 14. Cour d'Alger
  • 15. Cour Saint-Louis
  • 16. Cour Saint-Joseph
  • 17. Cour Saint-Jacques
Muka utara Invalides: Kubah Hardouin-Mansart di atas bangunan utama Bruant

Di muka utara Les Invalides, Dôme des Invalides yang dibina oleh Hardouin-Mansart telah mendominasi muka bangunan yang panjang itu, namun kubah itu masih berharmoni dengan pintu Bruant yang berada di bawah pedimen lengkung. Ke arah utara, halaman (cour d'honneur) telah dipanjangkan oleh sebuah esplanad awam yang megah (Esplanade des Invalides) di mana kedutaan Austria dan Finland terletak bersebelahan dengan bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Perancis, kesemuanya membentuk satu ruang terbuka yang besar di tengah-tengah Paris. Di hujungnya, Pont Alexandre III telah menghubungkan ruang terbuka ini dengan Petit Palais dan Grand Palais. Pont des Invalides puls terletak lebih jauh sedikit di hilir Sungai Seine.

Bangunan tersebut masih menempatkan Institution Nationale des Invalides,[13] sebuah institusi kebangsaan untuk veteran kurang upaya. Institusi tersebut terdiri daripada:

  • sebuah rumah persaraan
  • sebuah pusat perubatan dan pembedahan
  • sebuah pusat untuk konsultasi perubatan luar.

Galeri

  • Pandangan Les Invalides dari atas
    Pandangan Les Invalides dari atas
  • Muka utara kompleks tersebut yang berhadapan dengan esplanad
    Muka utara kompleks tersebut yang berhadapan dengan esplanad
  • Portal utara kompleks tersebut, dengan ukiran Louis XIV di atas kuda pada pedimennya
    Portal utara kompleks tersebut, dengan ukiran Louis XIV di atas kuda pada pedimennya
  • Halaman cour d'honneur di Invalides
    Halaman cour d'honneur di Invalides
  • Arca dan tingkap lonteng di cour d'honneur
    Arca dan tingkap lonteng di cour d'honneur
  • Arca Napoleon di halaman
    Arca Napoleon di halaman
  • Jambatan Alexander III yang dibina sejajar dengan Les Invalides
    Jambatan Alexander III yang dibina sejajar dengan Les Invalides
  • Pandangan kompleks tersebut dan Paris dari atas kubah
    Pandangan kompleks tersebut dan Paris dari atas kubah
  • Bahagian atas pintu pagar di esplanad utara
    Bahagian atas pintu pagar di esplanad utara
  • Pandangan dari Menara Montparnasse
    Pandangan dari Menara Montparnasse
  • Lukisan keretan Dôme des Invalides
    Lukisan keretan Dôme des Invalides
  • Pintu gangsa tersergam dan bersejarah di Dôme des Invalides
    Pintu gangsa tersergam dan bersejarah di Dôme des Invalides
  • Pelan Dôme des Invalides
    Pelan Dôme des Invalides
  • Mercu Dôme des Invalides
    Mercu Dôme des Invalides
  • Seni bina dalaman Les Invalides
    Seni bina dalaman Les Invalides
  • Lantainya diliputi oleh penatahan marmar polikrom dari abad ke-17
    Lantainya diliputi oleh penatahan marmar polikrom dari abad ke-17
  • Makam Napoleon di tengah-tengah Dôme des Invalides
    Makam Napoleon di tengah-tengah Dôme des Invalides
  • Kubah kecil Dôme des Invalides
    Kubah kecil Dôme des Invalides
  • Salah satu daripada empat kubah kecil di sisi
    Salah satu daripada empat kubah kecil di sisi
  • Mengikut satu tradisi lama, kekubah Katedral Saint-Louis-des-Invalides dihiaskan dengan hiasan kenang-kenangan
    Mengikut satu tradisi lama, kekubah Katedral Saint-Louis-des-Invalides dihiaskan dengan hiasan kenang-kenangan
  • Baju zirah Maharaja Qianlong di Musée de l'Armée

Rujukan

  1. ^ "Paris facts". Paris Digest. 2018. Dicapai pada 2018-09-19.
  2. ^ "Les tombeaux et monuments funéraires" (PDF). Musée de l'Armée.
  3. ^ Gustav Adolph Ackermann (1855). Ordensbuch, Sämtlicher in Europa blühender und erloschener Orden und Ehrenzeichen (dalam bahasa Jerman). Annaberg. m/s. 211. ISBN 9783826201004. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  4. ^ François Frédéric Steenackers (1868). Histoire des ordres de chevalerie et des distinctions honorifiques en France (dalam bahasa Perancis). Paris: Librairie Internationale. m/s. 239-243. ISBN 9781294481171. Dicapai pada 27 Mei 2022.
  5. ^ Templat:Cite books
  6. ^ "The Paris Army Museum – Hôtel des Invalides". citibreak.fr. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Februari 2015. Dicapai pada 29 September 2016.
  7. ^ Labatut, Jean-Pierre (1984). Louis XIV, roi de gloire (dalam bahasa Perancis). Paris: Imprimerie nationale. m/s. 155. ISBN 9782110808059. OCLC 11708882.
  8. ^ Muratori-Philip, Anne. Histoire des invalides (dalam bahasa Perancis). Perrin. m/s. 20. ISBN 9782262018245. Unknown parameter |yera= ignored (bantuan)
  9. ^ Allan J. Braham (Julai–Disember 1960), "L'Eglise du Dome", Journal of the Warburg and Courtauld Institutes, The Warburg Institute, 23:3/4 (3/4): 216–224, JSTOR 750592
  10. ^ "Apotheosis of Saint Louis – Musée de l'Armée". www.musee-armee.fr (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2017-01-27.
  11. ^ Cathedral of Saint-Louis des Invalides (online), dicapai pada 16 Oktober 2015
  12. ^ "Les Invalides in Paris". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2022.
  13. ^ "Institution Nationale des Invalides". Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Ogos 2011.

Koordinat: 48°51′36″N 02°18′43″E / 48.86000°N 2.31194°E / 48.86000; 2.31194

Pautan luar

  • Tapak web rasmi
  • Model 3D bagi dalaman Les Invalides
  • l
  • b
  • s
Zon Grand Paris
Zon Pusat Paris
Zon Versailles
Kawasan lain
Stadium bola sepak
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Mercu tanda
Muzium
(senarai)
Bangunan keagamaan
Hôtels particulier
dan istana
Jambatan, jalan,
kawasan, dataran
dan jalan air
Taman dan kebun
Tempat sukan
Kubur
Région parisienne
Budaya dan acara
Lain
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
Lain-lain