Majlis Daerah Tangkak

Majlis Daerah Tangkak
مجليس دايره تڠكاق

MDT
Jenis
Jenis
Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Yang Dipertua (YDP)
Ezahar bin Abu Sairin
Tempat persidangan

Peti Surat No.63,
84907 Tangkak,
Ledang, Johor Darul Ta'zim
Laman sesawang
www.mdtangkak.gov.my
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Daerah Tangkak merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mentadbir Daerah Tangkak, Johor Darul Ta'zim. Pada asalnya, nama daerah yang baru diwujudkan di negeri ini ialah daerah Ledang. Nama tersebut telah diambil bersempena dengan nama sebuah gunung iaitu Gunung Ledang, gunung tertinggi di negeri Johor. Kemudian, pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah memberi perkenan nama "Tangkak" bagi menggantikan nama daerah Ledang [1].

Sejarah

Majlis Daerah Tangkak ditubuhkan pada 1hb Ogos 1976 merupakan gabungan 9 buah Majlis Tempatan iaitu Tangkak, Kebun Baru, Sagil, Bukit Kangkar, Sungai Mati, Serom, Bukit Gambir, Grisek dan Kundang Ulu.

Lembaga Pengurus Tangkak

Lembaga Kesihatan Tangkak

Lembaga Bandaran Tangkak

Majlis Bandaran Tangkak

Majlis Daerah Tangkak

Pada 01hb Januari 2009 Mukim Kesang telah diambil oleh Majlis Daerah Tangkak daripada Majlis Perbandaran Muar hasil daripada Majlis Daerah Muar Selatan persempadanan semula kawasan. Ini menjadikan Majlis Daerah Tangkak kini terdiri daripada gabungan 6 Mukim dan 10 buah Majlis Tempatan.

Pusat pentadbiran Majlis Daerah Tangkak terletak di Tangkak iaitu kira-kira 203 km dari Barat Laut Johor Bahru (30 km dari utara Bandar Muar).Pentadbirannya meliputi kawasan seluas 97,991.99 hektar dengan jumlah pegangan dianggarkan sebanyak 31,627 pada tahun 2015.

Statistik terkini jumlah penduduk Majlis Daerah Tangkak adalah seramai 132,778 iaitu meliputi juga seluruh Daerah Tangkak yang berkeluasan 242,142.50 ekar atau 97,991.99 hektar.

Rujukan

  1. ^ Berita Harian 7 Disember 2015, Sultan Johor isytihar Iskandar Puteri nama baharu Nusajaya

Pautan luar

  • Portal Rasmi Majlis Daerah Tangkak
  • l
  • b
  • s
Pihak Berkuasa Tempatan dan Bandar di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak