Bandar Penawar

Bandar Penawar

Bandar Penawar merupakan sebuah bandar baru di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Antara lokasi berdekatan ialah Kota Tinggi, Desaru dan Tanjung Balau.

Sejarah awal

Bandar Penawar merupakan sebuah kawasan bandar baru yang terletak di bahagian selatan negeri Johor, iaitu berkedudukan di tengah-tengah Wilayah Kecil Pengerang.Nama Bandar Penawar diambil bersempena dengan nama sebuah tanjung iaitu Tanjung Penawar , 2 km dari kawasan Bandar Penawar. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian - kelapa sawit.

Kawasan Bandar Penawar mula diteroka pada tahun 1972, oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara atau singkatannya KEJORA yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen 75/1972 dan Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972. Dengan keluasan 1,314.333 hektar, kawasan bandar baru Bandar Penawar ini merupakan sebahagian daripada 300,364 hektar iaitu 16% daripada keluasan Negeri Johor yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk dibangunkan di bawah KEJORA.

Sewaktu diambil alih oleh KEJORA, sebahagian besar dari kawasan ini masih diliputi oleh hutan. Namun begitu, sudah terdapat juga beberapa buah petempatan FELDA berhampiran yang telah dibina lebih awal iaitu pada akhir tahun 1960-an, seperti Felda Sungai Mas, Felda Papan Timur, Felda Semencu, Felda Gugusan Lok Heng,Felda Gugusan Waha dan Felda Gugusan Air Tawar, serta beberapa perkampungan tradisional dan pekan kecil di sepanjang pantai dan Sungai Johor.

Infrastruktur

Sebagai sebuah bandar baru yang kian berkembang pesat, Bandar Penawar kini telah cukup dilengkapi oleh hampir semua kemudahan awam dan infrastruktur asas. Penyediaan kemudahan awam dan infrastruktur asas ini telah disediakan lebih awal lagi di kawasan ini dan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa oleh Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT).

Di antara kemudahan-kemudahan awam yang ada di Bandar Penawar adalah seperti masjid, surau, dewan serbaguna, balai raya, kompleks sukan, perhentian bas dan teksi, sekolah, balai bomba, balai polis, pejabat pos, poliklinik kesihatan, medan selera dan perpustakaan awam. Dua bank, iaitu Bank Islam Malaysia dan Bank Simpanan Nasional telah membuka Cawangan di Bandar Penawar bagi kemudahan perbankan.

Satu lagi kemudahan sosial yang telah dibina adalah Perpustakaan Awam. Pembinaan perpustakaan ini yang telah diambilalih pengurusan sepenuhnya oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor pada 28 Mac 2005 dan mampu menarik lebih ramai penduduk ke Bandar Penawar untuk mencari bahan rujukan dan sumber ilmu.

Bagi kemudahan riadah dan rekreasi penduduk juga tidak dilupakan. Taman Tasik Penawar yang dibina di bawah program pengindahan bandar dan penempatan merupakan di antara kawasan rekreasi yang cukup menarik untuk dikunjungi di Bandar Penawar.


Bandar ini mempunyai sekolah yang terkenal iaitu Sekolah Menegah Kebangsaan Agama Bandar Penawar Diarkibkan 2014-03-28 di Wayback Machine, Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (dulu Sekolah Sukan Bandar Penawar) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar. Di samping itu Kolej Profesional MARA, Kolej Komuniti Bandar Penawar dan Institut Kemahiran Belia Negara turut menyediakan peluang pembelajaran bagi memperolehi sijil kemahiran dan peringkat diploma.

Jaringan Pengangkutan

Terminal Bas dan Teksi Penawar

Bandar Penawar adalah destinasi yang amat mudah dikunjungi. Dengan infrastruktur jalan raya yang lebih baik, penduduk dari luar hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu setengah jam sahaja untuk sampai, menggunakan laluan Johor Bahru-Kota Tinggi.

Manakala penduduk dari Singapura pula boleh menggunakan feri yang berpengkalan di Kompleks Terminal Feri Tanjung Belungkur. Kompleks Terminal Feri ini telah mula beroperasi pada Mei, 1993. Dengan laluan Tanjung Belungkur-Changi, pelancong dari Singapura dapat sampai ke Bandar Penawar dalam tempoh anggaran 1/2 jam sahaja.

Sehingga akhir tahun 1993, dicatatkan bilangan pelancong yang telah menggunakan feri dari kompleks terminal feri ini adalah seramai 23,454 orang, yang mana kebanyakannya adalah pelancong dari Singapura.

Lebuhraya Senai-Desaru merupakan laluan alternatif yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ke Bandar Penawar dan Desaru yang hanya perlu mengambil masa kira-kira hampir satu jam sahaja untuk sampai.

Tarikan Pelancongan

Bandar ini juga terletak berdekatan dengan pusat pelancongan terkenal iaitu Desaru , Tanjung Balau dan Batu Layar. Tempat ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Pantainya menghadap Laut China Selatan bersih dan halus. Ombak kuat pada musim tengkujuh iaitu pada bulan November - Disember - Januari. Pelbagai hotel dan chalet disediakan untuk penginapan.

Lihat juga

  • Bandar Penawar
  • l
  • b
  • s
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup