Majlis Perbandaran Batu Pahat

Logo Majlis Perbandaran Batu Pahat
Majlis Perbandaran Batu Pahat

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ( Jawi: مجليس ڤربندرن باتو ڤاهت ) adalah Pihak Berkuasa tempatan yang bertanggungjawab memajukan bandar dan daerah Batu Pahat di Johor, Malaysia.

Yang Di Pertua Batu Pahat

bil Nama Lahir & Meninggal Tempoh
Pertama Tuan Hj. Hamman Bin Hj. Abdul Hamid 1921 - 2016 1982 - 1986
Ke-2 Tuan Hj. Mahek Bin Hj. Abdul Majid Lahir 1939 1986 - 1990
Ke-3 Tuan En. Hashim Bin Tuan Hj. Amban Lahir 1957 1990 - 1992
Ke-4 Tuan Hj. Lokman Bin Hj. Abdul Halim Lahir 1942 1992 - 1997
Ke-5 Tuan En. Karman Bin Tuan Hj. Abdul Sami Lahir 1964 1997 - 2004
Ke-6 Tuan Hj. Ghazaly Bin Hj. Makarim Lahir 1933 2004 - 2014
Ke-7 Hj. Abdul Jawad Bin Hj. Taib Lahir 1952 2014 - 2015
Ke-8 En. Abdul Rashid Bin Hj. Ismail Lahir 1979 2015 - Kini

Sejarah Batu Pahat سجاره باتو ڤاهت

Menurut sejarah, asal usul nama Batu Pahat ialah dari sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera Siam ketika dalam perjalanan hendak menyerang kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456. Perigi ini lah yang dinamakan perigi Batu Pahat.Perigi ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lebih lima abad. Ia terletak di Kuala Sungai Batu Pahat, iaitu Kampung Minyak Beku.

Dato’ Bentara Luar iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha membangunkan Bandar Batu Pahat pada tahun 1893. Dengan persetujuan oleh DYMM Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim untuk membuka Bandar Batu Pahat, satu upacara perasmian telah dilakukan pada 1 Januari 1894. Satu lagi majlis pengishtiharan diadakan sempena menamakan Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Penggaram pada 1 Disember 1984.

Asal usul Majlis Perbandaran Batu Pahat اصل اصول

Majlis Perbandaran Batu Pahat pada awalnya dikenali sebagai Lembaga Bandaran Penggaram yang ditubuhkan pada tahun 1912 di bawah pemerintahan DYMM Sultan Johor sehingga tahun 1932. Lembaga Bandaran Penggaram telah dinaiktarafkan sebagai Majlis Bandar Penggaram pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Kerajaan Negeri telah menubuhkan Majlis Tempatan Parit Raja, Rengit, Semerah, Senggarang, dan Sri Gading. Majlis Bandar Penggaram adalah penguasa tempatan dalam negeri Johor berautonomi kewangan. Ia merangkumi 5.42 batu persegi, dengan jumlah penduduk seramai 54,000 orang.

Dalam mesyuarat pada 10 Ogos 1976, kerajaan Negeri Johor telah mengambil keputusan mengambil tarikh 1 November 1976 sebagai tarikh pelancaran menyusun semula penguasa-penguasa tempatan di Daerah Batu Pahat. Oleh itu daerah ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu Majlis Daerah Batu Pahat Barat dan Majlis Daerah Batu Pahat Timur.

Pada 1 November 1976, Majlis Bandaran digabungkan bersama Majlis-Majlis Tempatan Parit Raja, Rengit, Semerah, Senggarang, Sri Gading dan Tongkang Pechah dan dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat (MDBPB).

Kecekapan perkhidmatan dan pengurusan Majlis Daerah Batu Pahat Barat telah memberi langkah kepadanya untuk dinaik tarafkan. Tanggal 1 Januari 2001, setelah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan Malaysia dan dengan persetujuan Setiausaha Pesuruhjaya Pilihanraya, maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah bersetuju menaiktarafkan Majlis Daerah Batu Pahat Barat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).Bandar Batu Pahat boleh dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan menggunakan susur keluar Ayer Hitam (20 km ke timur Batu Pahat) Kluang yang terletak 53 kilometer ke timur Batu Pahat merupakan stesen kereta api yang terdekat.

Kawasan pentadbiran كاوسن ڤنتادبيران

Majlis Perbandaran Batu Pahat merupakan kerajaan tempatan bagi:

  • Zon utara di bandar Batu Pahat :
  • Taman Peserai
  • Peserai
  • Kampung Muhibbah
  • Simpang Lima
  • Parit Besar (Bagan)
  • Semerah


  • Zon selatan di bandar Batu Pahat:
  • Taman Kemajuan
  • Taman Mewah
  • Taman Kenanangan
  • Taman Bahagia
  • Taman Bukit Mutiara
  • Taman Bukit Mutiara 2
  • Taman Flora Height
  • Taman Bandar
  • Taman Bukit Banang
  • Ayam Suloh
  • Senggarang
  • Rengit


  • Zon tengah di bandar Batu Pahat:
  • Taman Pegawai
  • Kampung Merdeka
  • Taman Limpoon
  • Taman Dato Abdul Rahman
  • Taman Batu Pahat
  • Taman Sejahtera
  • Taman Damai
  • Taman Damai 2
  • Taman Emas
  • Taman Emas 2
  • Taman Bukit Perdana
  • Taman Bukit Perdana 2
  • Taman Perdana
  • Taman Inang
  • Bandar Penggaram Batu Pahat


  • Zon timur di bandar Batu Pahat:
  • Taman Banang
  • Taman Bukit Pasir
  • Taman Setia Jaya
  • Taman Setia Jaya 2
  • Taman Maju
  • Taman Tasek
  • Taman Puteri
  • Taman Puteri Indah
  • Taman Flora Utama
  • Taman Koperasi Bahagia
  • Taman Flora
  • Parit Besar
  • Taman Pelangi
  • Taman Berlian
  • Taman Gembira
  • Kampung Istana
  • Hill View Apartment
  • Taman Budaya
  • Taman Sentosa
  • Pura Kencana, Sri Gading
  • Sri Gading
  • Bandar Universiti Parit Raja
  • Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)
  • Parit Raja


  • Zon barat bandar Batu Pahat:
  • Taman Banang Ria
  • Banang Height
  • Taman Ampang Jaya
  • Taman Ampuan
  • Taman Joseph
  • Taman Sri Pantai
  • Taman Pantai
  • Taman Pantai Baru
  • Taman Masjid Tanah
  • Taman Dagang
  • Taman Zamrud
  • Taman Soga
  • Taman Soga 2
  • Kampung Satey
  • Kampung Petani
  • Sungai Suloh
  • Kampung Minyak Beku
  • Perigi Batu Pahat

Rujukan رجوكن

Pautan luar

  • Portal MPBP
  • l
  • b
  • s
Pihak Berkuasa Tempatan dan Bandar di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak