Anwar Sadat

Muhammad Anwar al Sadat
محمد أنور السادات
Presiden Mesir ke-3
Presiden Republik Arab Bersatu ke-2
Dalam jawatan
15 October 1970 – 6 October 1981
Didahului olehGamal Abdel Nasser
Digantikan olehHosni Mubarak (untuk masa yang terhad)[1]
Butiran peribadi
Lahir(1918-12-25)25 Disember 1918
Mit Abu al-Kum, Egypt
Meninggal dunia6 Oktober 1981(1981-10-06) (umur 62)
Cairo, Egypt
KerakyatanEgyptian
Parti politikArab Socialist Union
(until 1977)
National Democratic Party
(from 1977)
Pasangan1) Ehsan Madi
2) Jehan Sadat

Anwar Sadat (25 Disember 1918—6 Oktober 1981) merupakan ahli politik Mesir dan Presiden Mesir ke-3 dari 1970 sehingga 1981. Beliau memulakan tugas sebagai Presiden Mesir dari 15 Oktober 1970 sehingga hari pembunuhan beliau pada 6 Oktober 1981 akibat serangan daripada pegawai tentera yang fundamentalis. Selama 11 tahun memerintah, beliau berjaya mengubah arah tuju Mesir dalam hal ekonomi dan politik dengan mengubah beberapa ideologi Nasserism dengan menubuhkan semula sistem pelbagai parti dan polisi ekonomi Infitah.

Beliau merupakan ahli kanan Pegawai Gerakan Pembebasan, pasukan yang menggulingkan Dinasti Muhammad Ali dalam Revolusi Mesir 1952, dan teman rapat kepada Presiden Gamal Abdel Nasser, dimana beliau menggantikan Nasser sebagai presiden pada 1970. Sebagai presiden, beliau membawa Mesir dalam Perang Yom Kippur pada 1973, untuk mengambil semula tanah yang telah dijajah oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967, menjadikan beliau sebagai hero kepada rakyat Mesir, dan mencipta hubungan dingin dengan Dunia Arab. Selepas itu, beliau mengadakan Rundingan Damai Kem David dengan Israel, yang membawa kepada Perjanjian Damai Mesir-Israel. Tindakan beliau itu membawa kepada kemenangan beliau untuk Anugerah Keamanan Nobel dan menyebabkan beliau menjadi tidak pupolar dikalangan negara Arab, penyingkiran Mesir dari Liga Arab dan pembunuhan beliau.

Kehidupan Awal

Anwar Sadat telah dilahirkan pada 25 Disember 1915 di Mit Abu al-Kum, al-Minufiyah, Mesir. Beliau dilahirkan dalam keadaan yang serba kedaifan dan dibesarkan dalam 13 orang abang dan kakak. Bapa beliau berketurunan Nubia Mesir manakala ibunya merupakan Nubia Sudan. Beliau menghabiskan sisa kecilnya bersama neneknya, yang sering bercerita tentang penentangan terhadap penjajahan British melalui gambaran sejarahan awal. Semasa kecil, minat beliau dipengaruhi oleh empat individu:

  • Pertama, Zahran, yang terlibat dalam insiden, dimana beliau menentang penjajahan British melalui protes petani. Menurut cerita, seorang tentera British telah terbunuh, dan Zahran merupakan orang Mesir pertama dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Cerita seperti Balada Si Zahran memperkenalkan Sadat kepada nasionalisme Mesir, nilai yang dibawa sepanjang hidup beliau.
  • Kedua, Mustapha Kemal Atatürk, iaitu bapa perubahan Turki. Sadat meminati cara beliau membuang pengaruh luar dan melakukan perubahan sosial.
  • Ketiga, Mahatma Gandhi, atas dasar anti-kekerasan semasa menghadapi ketidakadilan.
  • Hitler dan Tentera Nazi Jerman, semsa era penjajahan British di Mesir, Sadat terpengaruh dengan stategi ketenteraan beliau yang cepat dalam menentang British.

Beliau tamat pengajian dari Akademi Ketenteraan Diraja di Kaherah pada1938 dan diberi jawatan Signal Corps. Beliau menyertai tentera dengan pangkat leftenan kedua dan ditugaskan ke Sudan (Mesir dan Sudan merupakan satu negara ketika itu) Disana, beliau bertemu Gamal Abdel Nasser, bersama beberapa pegawai bawahan yang membentuk Gerakan Pegawai Pembebasan, yang begitu komited untuk membebaskan Mesir dari cengkaman British dan raja yang korupsi.

Semasa Perang Dunia Kedua, beliau dipenjarakan oleh British atas usaha beliau meraih sokongan daripada Pakatan Paksi dalam menyingkirkan penjajah British. Bersama teman dalam Pergerakan Pegawai Pembebasan, beliau terlibat dalam rampasan kuasa tentera yang membawa kepada Revolusi Mesir 1952 untuk menggulingkan pemerintahan Raja Farouk I pada 23 Julai tahun itu. Sadat diarahkan untuk membuat pengumuman tentang berita revolusi tersebut menerusi siaran radio.

Era Gamal Nasser

Anwar Sadat terbabit dalam rampasan kuasa dalam Revolusi Mesir 1952 yang menggulingkan Raja Farouk I.

Pada 1954 beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada tahun 1969, selepas menjawat banyak jawatan dalam kerajaan Mesir, dia dilantik menjadi timbalan presiden kepada sahabat karibnya Gamal Abdel Nasser. Banyak perkara yang dilakukan oleh Gamal Nasser perlu diperbentulkan demi ekonomi dan politik Mesir. Oleh itu Anwar Sadat melancarkan Revolusi Pembetulan dan membuang segala elemen-elemen sahabatnya Gamal Nasser.

Menjadi Presiden

Apabila Nasser meninggal dunia pada tahun berikutnya, Anwar Sadat menjadi Presiden mulai 15 Oktober 1970. Anwar Sadat menjadi presiden dalam 1970- 1981, selama 11 tahun.

Pada 1971, Soviet menganjurkan Perang Attition di zon Terusan Suez. Anwar Sadat telah menulis surat kepada perunding PBB iaitu Gunnar Jarring untuk mencari jalan damai sepenuhnya dengan Israel. Tetapi rundingan itu gagal kerana AS dan Israel tidak setuju berhubung sempadan baru yang ditetapkan. Selepas Perang Enam Hari 1967, ekonomi Mesir menderita teruk. Rusia membekalkan beribu-ribu penasihat tentera dan peralatan perang. Mesir dan Rusia juga saling tidak mempercayai lagi dan Mesir mahu tentera Rusia keluar daripada Mesir.

Pada 6 Oktober 1973, Hafez al-Assad Syria melancarkan Perang Oktober terhadap Israel. Perang ini dikenali dengan nama Perang Yom Kippur untuk merampas semula Semenanjung Sinai. Pasukan tentera Mesir berjaya masuk hingga 15 km ke dalam Semenanjung Sinai melebihi Garisan Bar Lev. Banyak kereta kebal Israel dimusnahkan oleh Mesir.

Jeneral Ariel Sharon telah mengepung Terusan Suez dan memerangkap tentera ke-3 Mesir. Perjanjian dibuat antara Amerika Syarikat, Mesir dan Rusia agar mematuhi arahan gencatan senjata Majlis Keselamatan PBB menurut Resolusi 338 pada 24 Oktober 1973 .

Melawat Israel

Pada 19 November 1977, Anwar Sadat melawat Jerusalem di atas undangan Perdana Menteri Israel, Menachem Begin yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara Israel dan Mesir. Anwar Sadat telah berucap di Knesset, Jurusalem iaitu parlimen Israel. Beliau memberi cadangan-cadangan bagaimana konflik Arab-Israel boleh dicapai. Jalan damai itu melalui Resolusi PBB 242 dan 338 .

Perjanjian Kem David

Pada tahun 1978, terhasillah Perjanjian Kem David, yang mana Anwar Sadat dan Menachem Begin menerima Hadiah Keamanan Nobel 26 Mac 1979. Perjanjian atas daya usaha Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter. Perjanjian ini dianggap penamat kepada Perang Arab-Israel 1948. Inti perjanjian ini termasuklah Israel keluar dari Semenanjung Sinai, pembebasan Terusan Suez, mengiktiraf Selat Tiran dan Teluk Aqaba sebagai laluan air antarabangsa.

Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia Islam dan dunia Arab terutamanya kumpulan radikal Muslim. Nasser telah menjadikan Mesir ikon nasionalisme Arab. Tindakan Anwar Sadat dilihat sebagai pembelot kepada perpaduan Arab dan mengkhianati pan-Arabism yang dimulakan oleh Nasser.Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa Israel berunding mengenai Palestin, dan Perjanjian Kem David mengenepikan Mesir yang merupakan sebuah negara ketenteraan Arab yang penting daripada kemungkinan ini.

Di Amerika Syarikat, kejayaan Jimmy Carter ini amat dialu-alukan oleh rakyat Amerika. Beliau telah diberi anugerah Prince Peace Award oleh Pat Robertson.

Dari 1979-1989 Liga Arab telah mengeluarkan Mesir ekoran Perjanjian Kem David. Ibu pejabat Liga Arab dipindahkan dari Kaherah ke Tunis di Tunisia. Pada 1989 Msir kembali ke dalam Liga Aran dan ibu pejabat dipindah semula ke Kaherah.

Rusuhan dan keganasan di Mesir

Banyak tunjuk perasaan diadakan oleh puak penentang terhadap rasuah Anwar dan keluarganya. Siri Rusuhan Roti diadakan bagi menentang liberalisasi dan ketiadaan kawalan harga makanan hingga harga makanan naik mendadak. Banyakm kelab malam menjadi sasaran puak radikal Islam. Segelintir radikal Islam ini dilatih oleh pegawai tentera Mesir sendiri.Antaranya ialah Ketua Stratregi El-Jihad ialah Aboud el-Zumar adalah ketua inteligen tentera Mesir. Mereka sedang menyiapkan perintah 'gerakan penggulingan' dengan membunuh pemimpin utama Mesir dan menawan kem tentera, ibu sawat terlefon, radio dan televisyen.

Tentera dan polis Mesir yang menyedari gerakan sulit El-Jihad itu telah mebuat tangkapan besar-besaran.Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan terhadap pertubuhan Islam, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Kubti, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh dunia di atas tindakannya.Antara tahanan itu ialah Leftenan Khalid Islambouli yang berjaya membunuh Anwar pada Oktober 1981. Semua ini ada kaitan dengan 'syeikh buta' yang mengetuai 'Maglis el-Shura' .

Pembunuhan

Pada 6 Oktober 1981, Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan oleh ahli tentera yang merupakan sebahagian daripada Jihad Islam Mesir yang menentang perjanjiannya dengan Israel dan juga tindakan kejamnya dalam tindakan bulan September. Omar Abdel-Rahman adalah 'syeikh buta' yang memberi inspirasi agar Anwar Sadat dibunuh. Omar juga merupakan orang yang memberi kelulusan agar Pengeboman World Trade Center 1993 dilakukan.

Dalam lintas hormat itu, Anwar dikawal oleh 4 lapisan keselamatan. Bagaimanapun ketua pegawai keselamatan bertugas sedang mengerjakan haji di Mekah. Jet pejuang Mirage terbang rendah melakukan lintas hormat di udara sambil Anwar berdiri menerima tabik hormat tersebut, pembunuh mengambil kesempatan ini keluar dari trak-trak tentera dan melontar bom tangan dan melepaskan tembakan selama dua minit. Jurufoto Bill Foley berjaya merakam detik-detik 'senyuman terakhir' itu. Khalid Islambouli menjerit "Matilah kamu Firaun!" sambil melepaskan tembakan bertalu-talu. 7 terbunuh termasuk Duta negara Cuba Jeneral Omani. 28 orang cedera termasuk James Tully, Menteri Pertahanan Ireland dan 4 pegawai tentera Amerika Syarikat.Anwar dikejarkan ke hospital tetapi disahkan mati . Ini adalah sejarah pertama di Mesir, pemimpin negara dibunuh oleh rakyatnya sendiri. Dua penyerang ditembak mati dan lain-lain ditahan oleh polis Mesir. Islambouli didapati bersalah dan dijtuhi hukuman mati pada April 1982.

Sempena pembunuhan itu, satu pemberontakan terjadi di Asyur, utara Mesir. Pemberontak berjaya menawan beberapa hari dan membunuh 68 orang polis dan tentera. Mereka berjaya ditenteramkan sebelum sampai ke Kaherah. Tentera ini dijatuhi hukuman ringan, hanya 3 tahun penjara.

Semasa pengkebumian, tiga presiden dan bekas presiden Amerika Syarikat turut hadir ialah Gerald Ford, Jimmy Carter dan Richard Nixon. Tidak ada pemimpin negara Arab yang hadir kecuali Presiden Sudan, Gaafar Nimeiry. Hanya 2 dari 24 Liga Arab menghantar wakil iaitu Somalia dan Oman.

Pengganti

Anwar Sadat diganti oleh timbalannya Hosni Mubarak (seorang juruterbang), yang selepas pembunuhan Anwar Sadat telah membuat 300 tangkapan, penyiksaan, dan tahanan tanpa perbicaraan dalam usaha untuk menghapuskan kumpulan radikal Islam.

Antaranya ialah Khalid Islambouli,Ayman al-Zawahiri, Omar Abdel-Rahman dan Abd al-Hamid Kishk.Zawahiri dibebaskan dari penjara pada 1984, sebelum pergi ke Afghanistan dan menjadi sekutu rapat Osama Bin Laden.

Talaat al-Sadat mendakwa pembunuhan Anwar Sadat merupakan konspirasi antarabangsa iaitu adanya penglibatan Amerika Syarikat dan Israel .Pada 31 October 2006, dia ditahan dipenjara.

Keluarga

Sadat berkahwin dua kali. Kali pertama Anwar berkahwin dengan Ehsan Madi pada usia 22, dan bercerai beberapa tahun kemudian dan mendapat anak perempuan Camelia. Dia kemudiannya berkahwin Jehan Raouf (kemudian dikenali sebagai Jehan Sadat), yang berusia 16 tahun. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Gamal, dan tiga orang anak perempuan: Lobna, Noha Dan Jehan . Jehan Sadat adalah penerima Anugerah Pearl S Buck 2001. Autobiografi Anwar Sadat bertajuk 'In Search of Identity'dicetak pada 1977 di Amerika Syarikat.Kini, Jehan Sadat menjadi presiden Persatuan Penduduk di University of Maryland di mana kerusi Anwar Sadat ditubuhkan dan dibiayai sepenuhnya pada 1997 untuk menghormati warisan suaminya. Anak saudara lelaki, Talaat Sadat, dikurung dalam penjara pada Oktober 2006 kerana menuduh tentera bersubahat dalam pembunuhan bapa saudaranya itu.

Filem dan media

Pada 1983 filem 'Sadat' diterbitkan .Ia merupakan mini siri kisah kehidupan Anwar Sadat. Filem ini diharamkan oleh kerajaan Mesir sendiri tidak menepati sejarah sebenar. Sebab lain watak Anwar Sadat dilakon oleh lelaki kulit hitam dan amat tidak kena dengan watak Presiden Mesir itu.

Bibliografi

  • Sadat, Anwar (1954). قصة الثورة كاملة (The Full Story of the Revolution) (dalam bahasa Arabic). Cairo: Dar el-Hilal. OCLC 23485697.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Sadat, Anwar (1955). صفحات مجهولة (Unknown Pages of the Revolution) (dalam bahasa Arabic). Cairo: دار التحرير للطبع والنشر،. OCLC 10739895.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Sadat, Anwar (1957). Revolt on the Nile. New York: J. Day Co. OCLC 1226176.
  • Sadat, Anwar (1958). Son, This Is Your Uncle Gamal - Memoirs of Anwar el-Sadat. Beirut: Maktabat al-ʻIrfān. OCLC 27919901.
  • Sadat, Anwar (1978). In Search of Identity: An Autobiography. New York: Harper & Row. ISBN 0060137428.
Jawatan politik
Didahului oleh
Abdul Latif El-Bughadi
Presiden Perhimpunan Rakyat Mesir
1960 – 1968
Diikuti oleh:
Dr. Mohamed Labib Skokeir
Didahului oleh
Gamal Abdel Nasser
Presiden Mesir
1970 – 1981
Diikuti oleh:
Sufi Abu Taleb acting
Didahului oleh
Aziz Sedki
Perdana Menteri Mesir
1973 – 1974
Diikuti oleh:
Abdelaziz Muhammad Hejazi
Didahului oleh
Mustafa Khalil
Perdana Menteri Mesir
1980 – 1981
Diikuti oleh:
Hosni Mubarak
Jawatan parti politik
Didahului oleh
None
Pengerusi Parti National Demokratik Mesir
1978 – 1981
Diikuti oleh:
Hosni Mubarak

Rujukan

  1. ^ "Former acting president of Egypt dies in Malaysia". Reuters Africa. 2008-02-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-03. Dicapai pada 2008-02-22.
  • l
  • b
  • s
Zaman Khadiwiyah
(1878–1914)
Khedivate
Khedivate
  • Nobar
  • Ismail1
  • Tewfik
  • Sherif
  • Tewfik1
  • Riaz
  • Sherif
  • Baroudy
  • Raghib2
  • Sherif
  • Nobar
  • Riaz
  • Fahmy
  • Fakhry
  • Riaz
  • Nobar
  • Fahmy
  • Ghaly
  • Said
  • Roshdy
Zaman Kesultanan
(1914–1922)
Khedivate
Khedivate
  • Roshdy
  • Said
  • Wahba
  • Naseem
  • Yakan
  • Zaman Mamlakah
    (1922–1953)
    Kingdom of Egypt
    Kingdom of Egypt
  • Sarwat
  • Naseem
  • Y. Ibrahim
  • Zaghlul
  • Zeiwar
  • Yakan
  • Sarwat
  • Nahas
  • Mahmoud
  • Yakan
  • Nahas
  • Sedky
  • A. Yahya
  • Naseem
  • Aly Maher
  • Nahas
  • Mahmoud
  • Aly Maher
  • H. Sabry
  • Serry
  • Nahas
  • Ahmed Maher
  • Nokrashy
  • Sedky
  • Nokrashy
  • Hady
  • Serry
  • Nahas
  • Aly Maher
  • Hilaly
  • Serry
  • Hilaly
  • Aly Maher
  • Naguib3
  • Zaman Republik
    (1953–kini)
    Egypt
    Egypt
  • Naguib3
  • Nasser3
  • Naguib3
  • Nasser3,4
  • A. Sabry4
  • Z. Mohieddin4
  • Soliman4
  • Nasser4
  • Fawzi4
  • A. Sedky
  • Sadat
  • Hegazy
  • Salem
  • Khalil
  • Sadat
  • Mubarak
  • A. F. Mohieddin
  • Aly
  • Lotfy
  • A. M. N. Sedky
  • Ganzouri
  • Ebeid
  • Nazif
  • Shafik
  • Sharaf
  • Ganzouri
  • Qandil
  • Beblawi1
  • Mahlab
  • Ismail
  • Madbouly
  • Catatan
    ↑1  interim
    ↑2  Orabi
    ↑3  mengetuai pemerintah berontakan July–September 1882, semasa zaman Raghib
    ↑4  Zaman RAB
    • l
    • b
    • s
    Coat of arms of Egypt
    Coat of arms of Egypt

    Dicondongkan: Presiden interim

    Senarai
    • l
    • b
    • s
    • l
    • b
    • s
    • Negara
    • Pihak Berkuasa
    • Pertubuhan
    Negara dan
    pihak berkuasa utama
    Pertubuhan
    Aktif
    Tidak aktif atau
    tidak lagi aktif
    • Jawatankuasa Tertinggi Arab
    • Tentera Pembebasan Arab
    • September Hitam
    • Haganah
    • Tentera Perang Suci
    • Irgun (Etzel)
    • Tentera Merah Jepun
    • Lehi
    • Palmach
    • Sel Revolusioner
    • Tentera Lubnan Selatan
    Negara-negara lain
    Rentas negara
    Bekas negara
    • l
    • b
    • s
    Pertembungan bersenjata
    1947–1959
    1960–1979
    1980–1999
    • Krisis tebusan Misgav Am (1980)
    • Opera (1981)
    • Perang Lubnan (1982)
    • Peristiwa Bas 300 (1984)
    • Konflik Selatan Lubnan (1985)
    • Kaki Kayu (1985)
    • Intifadah Pertama (1987–1993)
    • Serangan Bas Ibu-Ibu (1988)
    • Pemberontakan Tunisia (1988)
    • Serangan roket Iraq ke atas Israel (1991)
    • Semak Berduri (1992)
    • Serangan berani mati Palestin (1993–2008)
    • Perang Tujuh Hari (1993)
    • Pencerobohan April (1996)
    2000–2021
    • Intifadah Kedua (2000–2005)
    • Serangan roket Palestin ke atas Israel (2001–)
    • Serangan udara Ain Al-Sahib (2003)
    • Pertempuran Penjara Ariha (2006)
    • Hujan Musim Panas (2006)
    • Serangan Israel ke atas Beit Hanun (2006)
    • Perang Lubnan (2006)
    • Konflik Gaza–Israel (2006–kini)
      • Musim Sejuk Hangat (2007–2008)
      • Pertempuran Al-Furqan (2008–2009)
      • Serangan lintas sempadan selatan Israel (2011)
      • Gema Kembali (2012)
      • Batu Lumpur Neraka (2012)
      • Daun Yang Dimakan (2014)
      • Konflik Israel–Palestin (2015–2016)
      • Perarakan Pulang Perdana (2018)
      • Pertembungan Gaza–Israel (2018)
      • Pertembungan Gaza–Israel (2019)
      • Pertembungan Gaza–Israel (2019)
      • Pedang Al-Quds (2021)
      • Fajar Menyinsing (2022)
      • Perisai dan Panah (2023)
      • Taufan Al-Aqsa (2023)
    • l
    • b
    • s
    Diplomasi dan usaha perdamaian
    Sebelum 1948
    • 1914 Protokol Damsyik
    • 1915 Perjanjian awal McMahon–Hussein
    • 1916 Perjanjian Sykes-Picot
    • 1917 Perisytiharan Balfour
    • 1918 Deklarasi Tujuh Orang / Deklarasi Inggeris-Perancis
    • 1919 Perjanjian Faisal–Weizmann
    • 1920 Persidangan San Remo
    • 1922 Kertas Putih Churchill
    • 1937 Suruhanjaya Peel
    • 1939 Kertas Putih MacDonald
    • 1939 Persidangan London
    • 1946 Pelan Morrison-Grady
    • 1947 Pelan Bevin
    • 1946–47 Persidangan London
    • 1947 Pelan Pembahagian PBB
    • 1948 Cadangan peramanahan Amerika
    1948–1991
    • 1948 Resolusi Perhimpunan Agung PBB 194
    • 1949 Perjanjian genjatan senjata / Persidangan Lausanne
    • 1950 Deklarasi Tiga Pihak
    • 1964 Piagam Kebangsaan Palestin
    • 1967 Resolusi Khartoum / Resolusi Majlis Keselamatan PBB 242
    • 1973 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 338 / Resolusi Majlis Keselamatan PBB 339
    • 1974 Perjanjian pengunduran Israel-Syria / Resolusi Majlis Keselamatan PBB 350
    • 1978 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 425 / Perjanjian Kem David
    • 1979 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 446 / Perjanjian damai Mesir-Israel / Resolusi Majlis Keselamatan PBB 452
    • 1980 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 478
    • 1981 Resolusi Majlis Keselamatan PBB 497
    • 1983 Perjanjian Israel-Lubnan
    1991–sekarang
    Tokoh Perang Dingin
    Amerika Syarikat
    Kesatuan Soviet
    United Kingdom
    Jerman Barat
    Republik Rakyat China
    Mao Zedong · Zhou Enlai (Premier) · Hua Guofeng  · Deng Xiaoping · Zhao Ziyang (Setiausaha Agung)
    Perancis
    Itali
    Republik Rakyat Poland
    Eropah Timur
    Timur Jauh
    Kanada
    Amerika Latin
    Timur Tengah
    Afrika
    Garis masa peristiwa · Portal · Kategori
    • l
    • b
    • s
    1901–25
    1926–50
    1951–75
    1976–2000
    2001–kini