Pengkalan Kubor


Pengkalan Kubor ialah sebuah Bandar Sempadan dan Daerah di dalam Jajahan Tumpat . Terletak di Utara Negeri Kelantan Bersempadan dengan Negara Thailand Tak Bai, Narathiwat sebelah barat dan utara (Kuala Tabal) 'Pengkalan' bermaksud tempat kapal ,sampan , bot , feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. 'Kubor' ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk setempat , Pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubor orang Melayu satu ketika dahulu. Daerah Pengkalan Kubor meliputi lapan mukim Penghulu iaitu Mukim Tanjong [12 buah kampung], Mukim Ketil [2 buah kampung], Mukim Tebing [6 buah kampung], Mukim Geting [12 buah kampung], Mukim Simpangan [ 5 buah kampung], Mukim Bendang Pak Yong [13 buah kampung] , Mukim Jubakar Darat [ 2 buah kampung] dan Mukim Jejulok[ 2 buah kampung]. Daerah Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Negara Thailand ialah sepanjang 14 KM bermula dari Kuala Tabal hingga ke Kg. Kuala Jambu, Tumpat ( sepanjang Jalan KASBAN) . Keluasan Daerah Pengkalan Kubor ialah 29.6 km persegi dengan jumlah penduduk lebih kurang 30,000.00 orang.Penduduk di dalam Daerah Pengkalan Kubor ini terdiri daripada orang Melayu (90% ), orang siam (8%) dan orang cina serta India (2%) Terdapat Pejabat Kerajaan ( Pusat Pentadbiran Daerah ) yang diketuai oleh seorang penjawat awam yang dikenali sebagai ' Penggawa ' [ Penghulu bagi istilah di luar daripada Negeri Kelantan] dan dibantu oleh seorang Pembantu Penggawa dan Penghulu-Penghulu Mukim, Pejabat Penggawa Daerah Pengkalan Kubor terletak di Chabang Tiga Geting, Geting, Tumpat . Di peringkat ini hanya terdapat beberapa jabatan dan perbadanan awam yang mempunyai cawangan masing-masing. Peranan utama seorang Penggawa ialah untuk membantu Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi-agensi kerajaan lain menjalankan program dan projek pembangunan serta menyelaraskan kegiatan-kegiatan kampung-kampung dibawah jagaannya. Penggawa dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri berdasarkan kepada kewibawaan, kebolehan dan kelayakan akademik . Terdapat lima (5) buah masjid mukim dan sub-mukim dalam daerah Pengkalan Kubor iaitu Masjid Mukim Ketil ( Masjid Al-Huda), Masjid Mukim Geting ( As-Somadi), Masjid Mukim Simpangan, Masjid Mukim Bendang Pak Yong dan Masjid Sub-Mukim Kubang Sawa. Wat Siam bagi orang beragama Buddha juga terletak dalam Daerah ini iaitu masing-masing satu (1) di Kg. Jubakar Darat ( Wat Phikul Yai) dan satu (1) di Kg. Mentua ( Wat Siklaloy).Juga terdapat tiga (3) buah Balai Polis iaitu Balai Polis Pengkalan Kubor, Balai Polis Simpangan dan Balai Polis Kuala Jambu. Lima (5) buah sekolah rendah juga terdapat dalam daerah ini, sebuah sekolah menengah dan sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Terdapat tempat-tempat menarik dalam Daerah Pengkalan Kubor ini iaitu Infogaleri Tengku Anis Sg. Golok yang terletak di muara Sg. Golok ( Kuala Tabal) dan Pantai Geting serta Kawasan Perdagangan Bebas Cukai di Pekan Pengkalan Kubor. Kegiatan ekonomi utama penduduk dalam Daerah Pengkalan Kubor ialah Nelayan, Petani, Berniaga, Kakitangan Awam, kakitangan Swasta dan bekerja sendiri.


Dua kerakyatan

Malaysia dan Thailand dipisahkan oleh Sungai Golok yang lebarnya di sini kira-kira 500 meter. Ramai penduduk sebelah menyebelah sempadan ini mempunyai tali persaudaraan dan sama-sama berugama Islam atau Buddha. Ramai juga penduduk sempadan yang memiliki dua pasport dan 2 kerakyatan. Pejabat imigresen akan memeriksa pasport mereka yang hendak melintasi sempadan. Penduduk yang lahir di negeri Kelantan , Perak, Perlis dan Kedah boleh mendapatkan pas sempadan dalam masa satu hari sahaja . Mereka yang lain, kenalah membuat parport antarabangsa, termasuk kanak-kanak - yang boleh siap satu hari di pejabat imigresen.

Kawasan bebas cukai

Pengkalan Kubor mempunyai kawasan bebas cukai yang menjual barang-barang, terutamanya pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur pada harga yang amat berpatutan dan telah menarik banyak pengunjung ke sini. Kawasan bebas cukai ini sebesar padang bola sepak. Ia terletak di tepi muara sungai. Namun kawasan bebas cukai di Rantau Panjang lebih besar , meriah dan lebih murah. Jarak dari Pengkalan Kubor ke Rantau Panjang kira-kira 30 KM (Melalui Jalan KASBAN) sahaja.

Pemeriksaan Polis

Pemeriksaan polis di Pengkalan Kubor

Pengkalan Kubor mempunyai pos pemeriksaan Imigresen yang membolehkan kemasukan dan keluar orang ramai di antara Malaysia dan Thailand. Di siang hari, perkhidmatan feri membawa penumpang menyeberangi sungai ke Tak Bai dengan dikenakan tambang 50 sen. Jalan di antara Pengkalan Kubor ke Kota Bharu melalui kawasan perkampungan tradisional di Kelantan. Pengunjung yang berkereta api dari Kuala Lumpur atau singapura terpaksa turun di Stesen keretapi Tumpat. Dari stesen ini, mereka bolehlah menaiki kereta sewa, teksi atau kereta sapu ke Pengkalan Kubor. Di sepanjang ke sini ada beberapa peperiksaan polis untuk memastikan tiada penyeludupan senjata api,gula, beras, minyak masak, barang baram dan lain-lain.

Pejabat Imigresen Pengkalan Kubor Kompleks Imigresen 16080 Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan Telephone: 09-7211300 Fax: 09-7211218

N 01 Pengkalan Kubor

Dun Pengkalan Kubor merupakan sebuah Kerusi Dun yang terletak di dalam Parlimen Tumpat,Kelantan,Malaysia,Dan Adun Pengkalan Kubor kini iaitu YB Wan Roslan Wan Hamat dari PAS.

Rujukan

  • Pengkalan Kubor
  • Senarai Kod Mukim / Daerah di Kelantan Diarkibkan 2011-06-27 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Jajahan
Bandar
Zon Khas
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P019 Tumpat
N01 Pengkalan Kubor
N02 Kelaboran
N03 Pasir Pekan
N04 Wakaf Bharu

P020 Pengkalan Chepa
N05 Kijang
N06 Chempaka
N07 Panchor

P021 Kota Bharu
N08 Tanjong Mas
N09 Kota Lama
N10 Bunut Payong

P022 Pasir Mas
N11 Tendong
N12 Pengkalan Pasir
N13 Meranti

P023 Rantau Panjang
N14 Chetok
N15 Gual Periok
N16 Apam Putra

P024 Kubang Kerian
N17 Salor
N18 Pasir Tumboh
N19 Demit

P025 Bachok
N20 Tawang
N21 Pantai Irama
N22 Jelawat

P026 Ketereh
N23 Melor
N24 Kadok
N25 Kok Lanas

P027 Tanah Merah
N26 Bukit Panau
N27 Gual Ipoh
N28 Kemahang

P028 Pasir Puteh
N29 Selising
N30 Limbongan
N31 Semerak
N32 Gaal

P029 Machang
N33 Pulai Chondong
N34 Temangan
N35 Kemuning

P030 Jeli
N36 Bukit Bunga
N37 Air Lanas
N38 Kuala Balah

P031 Kuala Krai
N39 Mengkebang
N40 Guchil
N41 Manek Urai
N42 Dabong

P032 Gua Musang
N43 Nenggiri
N44 Paloh
N45 Galas


Ikon tunas

Rencana berkaitan geografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s