Shah Alam

Shah Alam
Bandaraya Shah Alam
Transkripsi Lain-lain
 • Jawiشاه عالم
Mohor rasmi Shah Alam
Mohor
Nama panggilan: Bandaraya Anggerik
Cogan kata: Indah Bestari
Lokasi di dalam daerah Petaling, daerah Klang dan negeri Selangor
Lokasi di dalam daerah Petaling, daerah Klang dan negeri Selangor
Negara Malaysia
Negeri Selangor
Ditubuhkan1963
Diberikan status ibu negeri Selangor7 Disember 1978
Pentadbiran
 • Datuk BandarDr. Nor Fuad bin Abdul Hamid
 • Parlimen
Shah Alam
Sungai Buloh
Kota Raja
YB Khalid bin Abdul Samad
YB Sivarasa K. Rasiah
YB Mohamad Sabu
Keluasan
 • Jumlah290.3 km2 (112.1 batu persegi)
Penduduk
 • Jumlah646 890 [1]
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)Tidak terpakai
Laman sesawangMajlis Bandaraya Shah Alam

Shah Alam adalah ibu negeri bagi Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Shah Alam mendapat pengiktirafan dan dirasmikan menjadi bandar raya pada tahun 2000. Shah Alam hampir dengan bandar raya Kuala Lumpur, hanya dipisahkan oleh Petaling Jaya iaitu sekitar 27 kilometer jaraknya. Jumlah penduduknya adalah 646 890 orang [1] dan dijangka meningkat menjadi 700 000 orang pada 2014 setelah siapnya beberapa projek perumahan dan sub-bandar di sekitar Shah Alam.

Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya pula ialah burung undan. Secara rasmi Bandar raya ini digelar dengan gelaran 'Bandar Raya Anggerik'. Pada suatu masa dahulu, Shah Alam pernah terkenal dengan jolokan 'Bandar Perindustrian' kerana tertubuhnya kawasan-kawasan perindustrian yang menempatkan sejumlah kilang multinasional sekaligus banyak menyediakan peluang pekerjaan dan ekonomi hingga mempercepatkan pertambahan bilangan penduduk dan kepesatannya.

Sejarah awal

Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai Batu 3/Sungei Renggam, terletak di dalam dua daerah iaitu Petaling dan Klang, pada suatu ketika dahulu adalah sebuah ladang kelapa sawit dan dikenali sebagai Sungai Renggam. Sungai Renggam dan Batu Tiga mula berkembang setelah British membina laluan kereta api dari Port Swettenham (kini Pelabuhan Klang) ke Bukit Kuda di Klang dan menghubungkannya dengan Kuala Lumpur pada tahun 1886.

Kedudukan Sungai Renggam adalah strategik kerana terletak di antara Petaling Jaya dan Bandar Diraja Klang serta dihubungkan melalui satu-satunya lebuh raya pada ketika itu iaitu Lebuhraya Persekutuan dan lokasinya yang berhampiran dengan laluan-laluan utama seperti Lebuhraya Persekutuan dan Jalan Klang Lama. Pembangunannya dilakukan di atas nasihat V. Antolic, Penasihat Perancangan Bandar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Shah Alam yang pada ketika itu hanyalah ladang kelapa sawit dan hutan mula dibuka pada tahun 1963 bagi dimajukan untuk dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Selangor yang baru bagi menggantikan Kuala Lumpur yang beralih kedudukannya sebagai pusat kerajaan persekutuan.[2] Kuala Lumpur menjadi Wilayah Persekutuan secara rasmi pada tanggal 1 Februari 1974 lalu kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan negeri Selangor yang sebelumnya berpusat di Bangunan Sultan Abdul Samad[3] mula berpindah ke Shah Alam, terutamanya setelah siapnya Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Pada 7 Disember 1978, atas perkenan DYMM Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Shah Alam diisytiharkan sebagai ibu negeri Selangor yang baharu. Malah nama 'Shah Alam' sendiri dipilih atas perkenan baginda.[2]

Shah Alam pada mulanya diletakkan di bawah pentadbiran Shah Alam Town Board, sebuah agensi di bawah naungan PKNS. Setelah diisytiharkan menjadi ibu negeri, Shah Alam Town Board diserap menjadi Majlis Perbandaran Shah Alam dengan keluasan pentadbiranya pada ketika itu hanyalah 41.69 km persegi. Shah Alam mula berkembang dan mengalami beberapa siri perluasan kawasan sehinggalah yang terakhir berlaku pada 1 Januari 1997 (Melalui Pelan Warta 1190) yang menjadikan keluasannya bertambah menjadi 290.3 km persegi meliputi sehingga ke sebahagian Sungai Buloh. Ia dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri bagi menyusun semula persempadanan Majlis Daerah Petaling yang pada ketika itu akan dinaiktaraf menjadi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Bahagian zon selatan iaitu bermula dari Seksyen 26 hingga 28 yang berada dalam daerah Petaling serta dari Seksyen 25, 29 hingga 36 (Pelan Warta 1994) yang merupakan bahagian dalam daerah Klang diambil alih dari Majlis Perbandaran Klang manakala Kampung Bukit Lanchong dan Subang Hi-Tech Industrial Park (beserta sebahagian Batu Tiga) diserah kepada MPSJ.

Perluasan Kawasan

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaui beberapa pelan pembangunan bagi perluasan kawasan seperti berikut:[4]

  • Pelan Perancangan Pembangunan 1963: membabitkan kawasasan seluas 19.68 km persegi (Sungai Renggam Estate menjadi Seksyen 1 -16).
  • Pelan Struktur 1979: membabitkan kawasasan seluas 41.69 km persegi - pembangunan infrastruktur besar-besaran dan menyeluruh melibatkan perancangan untuk pembinaan Masjid Negeri, Taman Tasik. Pembinaan lebih banyak perumahan dan perluasan kawasan perindustrian (Seksyen 1- 16 dan Seksyen 17 -24).
  • Pelan Perluasan 1984: membabitkan kawasasan seluas 53.3 km persegi (Seksyen 1 - 24) - pembesaran Seksyen 17 - 24 . Tidak tersenarai dalam Pelan: Seksyen 25 (MPK) dan Seksyen 26 - 28 (MDP).
  • Pelan Warta 1994: mewartakan beberapa kawasan sekitar yang menggunakan dan tidak menggunakan poskod Shah Alam kedalam seliaan MPSA termasuk sebahagian kecil daerah Klang, membabitkan kawasasan seluas 261.7 km persegi (Seksyen 1 - 24, 29 - 36 dan U1 - U16).
  • Pelan Warta 1190, 1997: menyusun semula persempadanan PBT melibatkan pertukaran kawasan Subang Jaya dari MPPJ ke MDP dalam daerah Petaling. Perluasan kawasan MPSA di utara dari MDP dan di selatan Shah Alam dari MPK. Pentadbiran oleh MPSA dari 1997 hingga kini membabitkan kawasasan seluas 290.3 km persegi (Seksyen 1 -28, 29 -36 dan U1 - U20).

Pengisytiharan Sebagai Bandaraya Shah Alam

Kepesatan pembangunan Shah Alam telah membawa kepada kenaikan taraf daripada Perbandaran kepada Bandaraya meskipun baru hanya 21 tahun dibuka. Pada 10 Oktober 2000, Shah Alam mencatakan sejarah setelah diisytiharkan secara rasmi sebagai Bandaraya dan Majlis Perbandaran Shah Alam bermula dari saat itu dikenali sebagai Majlis Bandaraya Shah Alam. Upacara gilang-gemilang dengan mengekalkan adat istiadat Melayu dilangsungkan penuh kemeriahan di Dataran Shah Alam. Y. Bhg. Dato' Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar yang pertama.[5]

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan taraf Shah Alam sebagai sebuah Bandaraya setelah Bandar ini memenuhi kriteria – kriteria yang ditetapkan iaitu :

  • Bandar ibu negeri.
  • Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang.
  • Menjadi pusat pentadbiran, perniagaan dan perdagangan.
  • Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM 100 juta.​

Susunan dan struktur

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dilihat dari Shah Alam Lake Gardens.
Pusat Khidmat Pelancongan Shah Alam
Litar Shah Alam
Gedung membeli-belah SACC
Seksyen-seksyen di bandar raya Shah Alam
Pandangan panorama Forest of Lights di i-City, Shah Alam

Shah Alam mempunyai susunan dan struktur bandar yang serupa dengan Petaling Jaya atau Subang Jaya dengan kawasan perumahan memenuhi kebanyakan kawasan bandar raya (55.2 km²) dan pusat-pusat komersial bertebaran di sekitar 'seksyen' yang berbeza. Shah Alam mempunyai sejumlah 56 seksyen. Umumnya Shah Alam boleh dibahagikan kepada utara, tengah, selatan dan sebahagian Sungai Buloh. Shah Alam utara terdiri dari 18 Seksyen termasuklah Seksyen U1, U2, Kampung Melayu Subang dan banyak lagi. Ia mengandungi kawasan coklat di sisi sebelah peta. Shah Alam Tengah adalah bahagian 'utama' di Shah Alam. Ia mengandungi Seksyen 1 sehingga Seksyen 24 yang dilihat dalam peta sebagai warna kuning. Dalam kawasan inilah di mana semua bangunan pentadbiran dan agensi terletak terutamanya di Seksyen 14 (Pusat Bandar Shah Alam) dan Seksyen 5 (Pusat pentadbiran kerajaan negeri). Bagaimanapun pembangunan yang dirancang khas untuk sekitar Seksyen 14 masih belum siap dan sedang rancak berjalan, ia dilaksanakan mengikut pelan pembangunan yang dirancang pada tahun 1996 oleh PKNS dan MBSA. Shah Alam selatan pula mengandungi 12 Seksyen termasuklah Seksyen 25(Sri Muda), Seksyen 30 (Jalan Kebun), Seksyen 31 (Kota Kemuning) dan Seksyen 32 (Bukit Rimau). Di kawasan ini juga ditempatkan beberapa buah kawasan perindustrian yang utama di Shah Alam terutamanya di Seksyen 26 yang menempatkan kilang milik Proton. Di dalam peta, Shah Alam selatan dilihat pada kawasan yang ditandai ungu muda.

Bandar raya ini mempunyai sebilangan pusat membeli belah (Plaza Alam Sentral, (juga dikenali sebagai PAS atau nama dahulu adalah Kota Francais [6]), SACC Mall, Plaza Shah Alam (dulu dikenali sebagai Shah Alam Mall,juga dikenali sebagai Plaza Masalam), Ole-Ole Seksyen 18, Anggerik Mall, Kompleks PKNS dan AEON Mall Shah Alam(Jusco) yang baru sahaja dibuka pada awal tahun 2016 di seksyen 13) dan ia mempunyai banyak sekolah, kedai, bank, kedai makan, kafe, hotel, pusat perbuatan, klinik, pasar raya besar (terutamanya AEON Big (seksyen 23), Giant dan Tesco Extra)(Seksyen 13) dan kawasan rekreasi. Kebanyakan kawasan komersial yang terang terletak di pusat bandar raya terutamanya (Seksyen 14), Seksyen 13 dan Seksyen 9.

Semua jalan utama di Shah Alam termasuklah kota perbandaran baru seperti Setia Alam dan Kota Kemuning mempunyai tanda-tanda jalan dalam tulisan Rumi dan tulisan Jawi.

Pengangkutan

Shah Alam mempunyai sistem jalan raya dan pengangkutan yang terancang dan teratur. Shah Alam dihubungkan dengan lebuh raya-lebuh raya utama di Lembah Klang seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara (NKVE), Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Shah Alam dihubungkan dengan sistem rel keterapi melalui sistem KTM Komuter. Terdapat tiga stesen Komuter di Shah Alam, iaitu stesen Batu Tiga, Shah Alam (stesen utama, terletak di Seksyen 19) dan Padang Jawa. Sistem ini menghubungkan Shah Alam dengan hub pengangkutan utama di stesen KL Sentral di Kuala Lumpur.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak 40 km di selatan Shah Alam dan boleh dihubungi dengan melalui Lebuhraya ELITE. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang juga terletak berdekatan dengan Shah Alam. Pelabuhan utama Malaysia, Pelabuhan Klang juga dihubungkan dengan Shah Alam melalui Lebuhraya Persekutuan dan jalan keretapi.

Terdapat banyak perhentian bas dan teksi yang terletak di jalan-jalan utama di bandaraya Shah Alam. Perkhidmatan bas dikendalikan oleh syarikat RapidKL dan beroperasi di kawasan-kawasan di seluruh Lembah Klang. Shah Alam juga mempunyai teksi yang beridentitikan imej bandaraya itu sendiri, iaitu teksi Perodua Kenari yang berwarna biru. Perhentian bas yang utama ialah di Kompleks PKNS dan di Seksyen 17.

Walaupun Shah Alam mempunyai sistem pengangkutan yang bagus, perkhidmatan Teksi dan kereta sewa juga masih menjadi pilihan terutama bagi mereka yang tinggal atau pelajar-pelajar universiti awam di Shah Alam seperti Universiti Teknologi Mara dan lain-lain. Perkhidmatan Teksi akan terus menjadi pilihan berdasarkan kepada keadaan semasa.

Kesihatan

Klinik

Shah Alam mempunyai banyak klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan yang boleh didapati hampir di setiap bahagian. Klinik-klinik ini kebanyakkannya terletak berdekatan dengan kawasan tempat tinggal penduduk. Klinik kesihatan kerajaan terletak di Seksyen 7 dan dikenali sebagai Poliklinik Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Polyclinic).

Hospital

Hospital kerajaan Shah Alam ini terletak berhampiran dengan klinik kerajaan di Seksyen 7. Pembinaan hospital kerajaan ini siap pada tahun 2016 dan mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk 300 katil pada satu-satu masa.

Selain itu, terdapat beberapa hospital swasta di Shah Alam. Pada masa kini, kebanyakkan penduduk Shah Alam mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta sementara menunggu siapnya hospital kerajaan di Shah Alam. Antara hospital swasta yang terdapat di Shah Alam :

  1. KPJ Selangor Specialist Hospital (juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Selangor)
  2. Avisena Specialist Hospital (dahulu dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre (DEMC))
  3. Salam Medical Centre (Shah Alam Specialist Hospital)
  4. Columbia Asia Medical Centre
  5. Hospital Shah Alam

Pecahan seksyen

Setiap seksyen di Shah Alam mempunyai tema dalam penamaan nama bagi jalan-jalan yang terdapat di seksyen tersebut. Berikut adalah senarai seksyen-seksyen dan tema masing-masing.

  • Seksyen 1 (Universiti Teknologi Mara) - pendidikan
  • Seksyen 2 - jenis bunga
  • Seksyen 3 - jenis pokok
  • Seksyen 4 - jenis buah-buahan
  • Seksyen 5 (Pusat Pentadbiran Negeri Selangor) - pentadbiran
  • Seksyen 6 - jenis burung
  • Seksyen 7 (Universiti Selangor (pendidikan) / i-City) - jenis permata dan galian
  • Seksyen 8 - bentuk muka bumi
  • Seksyen 9 - Sultan/permaisuri Kesultanan Melayu Selangor
  • Seksyen 10 - jenis pakaian
  • Seksyen 11 - kebudayaan dan kesenian
  • Seksyen 12 - gelaran menteri pentadbiran kerajaan Melayu dahulu
  • Seksyen 13 - sukan
  • Seksyen 14 (Pusat Bandaraya) - bidang-bidang korporat
  • Seksyen 15 - alatan tangan
  • Seksyen 16 - perlombongan bijih timah
  • Seksyen 17 - jenis ikan
  • Seksyen 18 - tumbuhan di kawasan pantai
  • Seksyen 19 - jenis pekerjaan/peralatan di kawasan pantai
  • Seksyen 20 - nama haiwan
  • Seksyen 21 (tanah perkuburan) - perkuburan, (perusahaan) kilang Panasonic, Pos Malaysia
  • Seksyen 22 - perusahaan (Taman Industri Subang Utama), perumahan (Alam Prima, Alam Idaman, Alam Sanjung, Residensi Hijauan dan Indah Alam), perkampungan (Kampung Kebun Bunga/Batu 3)
  • Seksyen 23 - istilah dalam kewangan
  • Seksyen 24 - jenis sayur-sayuran
  • Seksyen 25 (Taman Sri Muda, perumahan di Jalan Bukit Kemuning) - nilai-nilai murni
  • Seksyen 26 (Taman Perindustrian Hicom, Taman Bukit Saga) - daerah dan nama tempat di Kuala Selangor, (Kampung Baru Hicom) Bunga Melor, Tanjung
  • Seksyen 27 (Taman Bunga Negara) - nama tempat-tempat di sekitar daerah Hulu Langat, Petaling dan Gombak, (Kota Harmoni) Jalan Kota Harmoni
  • Seksyen 28 (Taman Alam Megah) - nama tempat-tempat di sekitar daerah Kuala Langat, Sepang dan Klang, (Kampung Lanchong Jaya) Bunga Raya, Bunga Siantan
  • Seksyen 29 dan 30 (Kampung Jalan Kebun) - nama-nama Ketua Lorong di Jalan Kebun, (perumahan baharu) nama Tanjung yang terdapat di Selangor.
  • Seksyen 31 (Kota Kemuning) - bunga anggerik sebagai Bunga Rasmi Shah Alam
  • Seksyen 32 (Bukit Rimau, Bukit Naga) - nama Sungai yang terdapat di Selangor, (Kemuning Utama) nama taman Kemuning Indah, Damai, Prima)
  • Seksyen 33 (Kampung/Perumahan Bukit Kemuning/Taman Alam Indah Seksyen 33) - nama alatan muzik, (Kemuning Utama) nama taman Kemuning Bayu, Harmoni, Palma, Permai)
  • Seksyen 34 (Taman Industri Desa Kemuning, Taman Industri Bukit Kemuning) - jenis bahagian dalam kereta
  • Seksyen 35 (Taman Desa Kemuning, Alam Impian) - negarawan/pemimpin Melayu tersohor.
  • Seksyen 36 (perumahan dan Kampung Sungai Kandis, Kampung Teluk Menegun dan Kampung Bukit Badak) - jenis Kuih, (Desa Latania) bunga Nagasari, (Taman Perindustrian Ringan AMJ) Jalan Teluk Batu
  • Seksyen U1 (Glenmarie) - kerjaya
  • Seksyen U2 (Taman TTDI Jaya) - kesusasteraan
  • Seksyen U3 (Subang Skypark - Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah) - aeroangkasa, (Taman Subang Perdana) - matawang, (Desa Subang Perantau) - Jalan Jati/Ikhlas
  • Seksyen U4 (Kwasa Damansara dan Depoh MRT Sungai Buloh) (Taman Subang Delima) - Jalan Tasik Raja Lumu
  • Seksyen U5 (Bandar Pinggiran Subang, Subang MahSing, Nusa Subang, Subang Murni, Puteri Subang, Mutiara Subang, Subang Bestari, Subang Pelangi/Kampung Taman Segar - nama planet/alam semesta
  • Seksyen U6 (Kampung Melayu Subang/Taman Subang Baru/Taman Setia Warisan) - jenis pokok dan bunga, (Desa Perdagangan Subang Permai/Taman Subang Permata/Taman Perindustrian Sunway Subang) abjad fonetik NATO, (Desa Subang Permai) nama perumahan
  • Seksyen U7 (TUDM) - telekomunikasi
  • Seksyen U8 (Bukit Jelutong) - bahagian-bahagian dalam rumah
  • Seksyen U9 (Kelab Golf Monterez, Kayangan Heights, Sunway Kayangan, Cahaya SPK) - warna
  • Seksyen U10 (Alam Budiman, Puncak Perdana, Sunway Alam Suria) - nama pulau yang terdapat di negeri Selangor
  • Seksyen U11 (Bukit Bandaraya, Kampung Orang Asli Bukit Kuning) - nama gunung yang terdapat di Selangor
  • Seksyen U12 (Desa Alam, Cahaya Alam) - ulam-ulaman
  • Seksyen U13 (Setia Alam) - setia
  • Seksyen U14 (Kampung Budiman, Laman Budiman) - nama ketua kampung
  • Seksyen U15 (Kampung Bukit Cherakah) nilai murni, (Desa Tropika) Jalan Kelip Kelip, (Lembah Budiman) Jalan U15/5, U15/6, U15/11, U15/12, (Persiaran Mokhtar Dahari, Empangan Tasik Subang), (Elmina Valley 4) Jalan Hopea
  • Seksyen U16 (Taman Bukit Subang, Elmina, Denai Alam) - sains fizik dan biologi, (Elmina) Jalan Eserina
  • Seksyen U17 (Taman Bukit Jugra/Aman Putri/Desa Moccis/Sri Adjua) - nama perumahan, (Kampung Kubu Gajah) - Jalan Gajah, (Kampung Merbau Sempak) - nombor lorong, (Elmina) Jalan Cassia, Shorea, Casuarina
  • Seksyen U18 (Kampung Paya Jaras Hulu/Hilir/Tengah) Zon Delima, Teratai, Zon Cempaka, Zon Mawar, Zon Anggerik, (Taman Sri Buloh) Jalan U19/1-U19/12,
  • Seksyen U19 (Kampung Paya Jaras Dalam) - Zon Tempayan Emas, pemimpin kampung, (Kampung Baru Sungai Buloh)
  • Seksyen U20 (Bandar Baru Sungai Buloh, Kelab Rahman Putra Malaysia, Bukit Rahman Putra Seksyen 1-6) Jalan BRP

Semua jalan di bandar raya ini mempunyai papan tanda dengan nama jalan terpapar dalam Bahasa Melayu dengan kedua-dua aksara tulisan Rumi dan Jawi.

Pusat Pendidikan

Universiti Teknologi MARA (UiTM, dahulunya dikenali sebagai Institut Teknologi MARA atau ITM sehingga pada tahun 1996) yang terletak dekat dengan pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC), Malaysia, dimana pelajarnya perlu menempuhi program persediaan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. INTEC UiTM adalah satu-satu kampus UiTM yang menerima pengambilan pelajar bukan bumiputra.

Selain itu, terdapat juga beberapa institusi pengajian tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah kampus kota Universiti Selangor (universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor) yang terletak di Seksyen 7, Management and Science University (MSU), dan kolej kerjasamanya, Kolej PTPL. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam (atau Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), CIAST, and ADTEC.

Di Shah Alam disediakan pelbagai jenis sekolah rendah dan menengah. Adakalanya, ianya melebihi populasi daripada penduduk setempat. Sebagai contoh, berdasarkan senarai dibawah, di Taman Alam Megah, Taman Bunga Negara and Taman Bukit Saga yang berada di Seksyen 27 dan Seksyen 28, terdapat tiga buah sekolah menengah dan tujuh buah sekolah rendah. Manakala, di Seksyen 16 dan 17, sekolah menengah yang ada hanyalah SMK Seksyen 16. Pada masa kini, Shah Alam sudah mempunyai 19 buah sekolah menengah, 1 buah sekolah teknik, 1 buah sekolah vokasional. Dibawah adalah senarai sekolah-sekolah yang ada di Shah Alam.

Sekolah Menengah

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Seksyen 2
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7
  3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11
  5. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16
  6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 18
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 19
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24
  9. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 24 (2)
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27
  12. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Seksyen 28 Taman Alam Megah
  13. Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah 2, Seksyen 28 Taman Alam Megah
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 30 Kampung Jalan Kebun
  15. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning, Seksyen 31 Kota Kemuning
  16. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya, Seksyen U2 Taman TTDI Jaya
  17. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari, Seksyen U5 Subang Bestari
  18. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Seksyen U6 Kampung Melayu Subang
  19. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jelutong, Bukit Jelutong
  20. Sekolah Menengah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen U8 Bukit Jelutong Timur
  21. Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Alam, Seksyen U13 Setia Alam
  22. Sekolah Menengah Kebangsaan Denai Alam, Seksyen U16 Denai Alam (bakal dibina)
  23. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Seksyen U19 Kampung Sungai Plong
  24. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen U20 Sungai Buloh
  25. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Seksyen U20 Bukit Rahman Putra

SEKOLAH AGAMA MENENGAH SABK (SAM)

  1. Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ), Seksyen 11
  2. Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Seksyen 30 Kampung Jalan Kebun

SEKOLAH KHAS

  1. SM Pendidikan Khas Vokasional
  2. Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Selangor, Seksyen 18

SEKOLAH RENDAH

  1. Sekolah Kebangsaan Raja Muda (Integrasi), Seksyen 4
  2. Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik, Seksyen 6
  3. Sekolah Kebangsaan Seksyen 6
  4. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
  5. Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 (Sekolah Berprestasi Tinggi), Seksyen 9
  6. Sekolah Kebangsaan Seksyen 13
  7. Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16
  8. Sekolah Kebangsaan Padang Jawa, Kampung Padang Jawa Klang
  9. Sekolah Kebangsaan Seksyen 17
  10. Sekolah Kebangsaan Seksyen 18
  11. Sekolah Kebangsaan Seksyen 19
  12. Sekolah Kebangsaan Seksyen 20
  13. Sekolah Kebangsaan Seksyen 24
  14. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 Taman Sri Muda
  15. Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2, Seksyen 25 Taman Sri Muda
  16. Sekolah Kebangsaan HICOM, Seksyen 27 Taman Bunga Negara
  17. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1), Seksyen 27 Taman Bunga Negara
  18. Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (2), Seksyen 27 Taman Bunga Negara
  19. Sekolah Kebangsaan Taman Alam Megah, Seksyen 28 Taman Alam Megah
  20. Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua, Seksyen 28 Taman Alam Megah
  21. Sekolah Kebangsaan Alam Megah (3), Seksyen 28 Taman Alam Megah
  22. Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun, Seksyen 30 Kampung Jalan Kebun
  23. Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning, Seksyen 31 Kota Kemuning
  24. Sekolah Kebangsaan Kota Kemuning 2, Seksyen 31 Kota Kemuning
  25. Sekolah Kebangsaan Bukit Rimau, Seksyen 32 Bukit Rimau
  26. Sekolah Kebangsaan Bukit Naga, Seksyen 32 Kampung Bukit Naga
  27. Sekolah Kebangsaan Teluk Menegun, Seksyen 35 Kampung Teluk Menegun
  28. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya, Seksyen U2 Taman TTDI Jaya
  29. Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Seksyen U3 Taman Subang Perdana
  30. Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Seksyen U5 Subang Bestari
  31. Sekolah Kebangsaan Subang Bestari 2, Seksyen U5 Subang Bestari
  32. Sekolah Kebangsaan Subang, Seksyen U6 Kampung Melayu Subang
  33. Sekolah Kebangsaan TUDM, Seksyen U7 Pangkalan Udara Subang
  34. Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Seksyen U8 Bukit Jelutong
  35. Sekolah Kebangsaan Puncak Perdana, Seksyen U10 Sunway Alam Suria
  36. Sekolah Kebangsaan Setia Alam, Seksyen U13 Setia Alam
  37. Sekolah Kebangsaan Setia Alam 2, Seksyen U13 Setia Alam (bakal dibina)
  38. Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Subang, Seksyen U16 Taman Bukit Subang

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)

  1. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Midlands Seksyen 7
  2. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Renggam, Seksyen 18
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) HICOM, Seksyen 27
  4. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua, Seksyen 31 Kota Kemuning
  5. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Khe Beng, Seksyen 33 Kemuning Utama
  6. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Glenmarie, Seksyen U1
  7. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Subang, Seksyen U6 Pekan Subang
  8. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pin Hwa 1 Klang, Seksyen U13 Setia Alam
  9. Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sungai Buloh, Seksyen U20 Kampung Baru Sungai Buloh
  10. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Klang, Seksyen 36 Desa Latania

SEKOLAH RENDAH AGAMA

  1. Sekolah Rendah Agama Seksyen 3
  2. Sekolah Rendah Agama Intergasi Dato' Mufti Yusof Sahabuddin, Seksyen 7
  3. Sekolah Rendah Agama Seksyen 16
  4. Sekolah KAFA Integrasi Al-Irsyadiah, Seksyen 17
  5. Sekolah Agama Rakyat Al-Amin, Seksyen 17
  6. KAFA Integrasi Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18
  7. Sekolah Rendah Agama Padang Jawa Klang
  8. Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 19
  9. KAFA Integrasi Fastabiqul Khairat, Seksyen 22 Kampung Kebun Bunga Batu 3
  10. Sekolah Rendah Agama Seksyen 24
  11. Sekolah Rendah Agama (KAFA Integrasi) Masjid Proton, Seksyen 27 Taman Bunga Negara
  12. Sekolah Rendah Agama (KAFA Integrasi) Masjid Al-Munawwarah, Seksyen 27 Taman Alam Megah
  13. Sekolah Rendah Agama Jalan Kebun, Seksyen 30 Kampung Jalan Kebun
  14. Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Integrasi Al-Hijrah, Seksyen 31 Kota Kemuning
  15. Sekolah Rendah Agama Bukit Naga, Seksyen 32 Kampung Bukit Naga
  16. Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis, Seksyen 36 Kampung Sungai Kandis
  17. Sekolah Rendah Agama Taman Tun Dr Ismail Jaya, Seksyen U2 Taman TTDI Jaya
  18. Sekolah Rendah Agama Bukit Jelutong, Seksyen U8 Bukit Jelutong
  19. Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu Subang, Seksyen U6 Kampung Melayu Subang
  20. KAFA Integrasi Bukit Bandaraya, Seksyen U11 Bukit Bandaraya
  21. KAFA Integrasi Setia Alam, Seksyen U13 Setia Alam
  22. Sekolah Rendah Agama Denai Alam, Seksyen U16 Denai Alam
  23. Sekolah Rendah Agama Merbau Sempak, Seksyen U17 Kampung Merbau Sempak
  24. Sekolah Rendah Agama Paya Jaras, Seksyen U19 Kampung Paya Jaras Tengah

Tingkatan 6/Kolej

  1. Kolej Tingkatan Enam Shah Alam
  2. Kolej Vokasional Shah Alam, Seksyen 22

Ekonomi

Kilang utama PROTON, pembuat kereta nasional, terletak di Shah Alam. Banyak syarikat lain, tempatan dan luar negara, yang juga menempatkan kilang utama mereka di kawasan perindustrian Shah Alam. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Shah Alam telah memajukan ekonomi bandaraya ini dan menjadikannya sebuah bandaraya perindustrian yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Karangkraf, dan Toyota. Kilang Gardenia juga berada di Seksyen 23,Shah Alam. Di Shah Alam ada Butik Ibu dan Bayi yang terkenal iaitu Butik The Baby Store yang terdapat di Seksyen 22.

Lihat juga

Pautan luar

  • Laman web rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam Diarkibkan 2014-06-25 di Wayback Machine
  • Koleksi peta-peta berkaitan dengan Shah Alam

Rujukan

  1. ^ a b Laman Sesawang Rasmi MBSA : maklumat awan [1], dicapai pada 11 November 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "popSA" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Cardosa, Elizabeth (Feb 2, 2023). "Shah Alam - Selangor's Capital City" (Temu ramah). Ditemuramah oleh Haniff Baharuddin. BFM 89.9.
  3. ^ Portal Rasmi Kerajaan Selangor : Sejarah Pejabat Setiausaha Kerajaan [2], dicapai pada 5 Februari 2014.
  4. ^ Rancangan Tempatan 2020 MBSA
  5. ^ Laman Sesawang Rasmi MBSA : Penubuhan MBSA [3], dicapai pada 10 Januari 2014.
  6. ^ [4]
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Shah Alam
Topik umum
Topik
Sosial
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
  • Pengangkutan
Bahagian
pentadbiran
9 Daerah dan 12 Kerajaan tempatan (3 Bandar, 8 Perbandaran, 1 Daerah)
Zon khas: Bandar gabungan Lembah Klang · Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia)
Majlis Bandaraya
Petaling Jaya
(Daerah Petaling)
Shah Alam
(Daerah Petaling dan Klang)
Subang Jaya
(Daerah Petaling)
Majlis Perbandaran
Kajang
(Daerah Hulu Langat)
Ampang Jaya
(Daerah Hulu Langat dan Gombak)
Klang
(Daerah Klang)
Selayang
(Daerah Gombak)
Hulu Selangor
Sepang
Kuala Langat
Kuala Selangor
Majlis Daerah
Sabak Bernam
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P092 Sabak Bernam
N01 Sungai Air Tawar
N02 Sabak

P093 Sungai Besar
N03 Sungai Panjang
N04 Sekinchan

P094 Hulu Selangor
N05 Hulu Bernam
N06 Kuala Kubu Baharu
N07 Batang Kali

P095 Tanjong Karang
N08 Sungai Burong
N09 Permatang

P096 Kuala Selangor
N10 Bukit Melawati
N11 Ijok
N12 Jeram

P097 Selayang
N13 Kuang
N14 Rawang
N15 Taman Templer

P098 Gombak
N16 Sungai Tua
N17 Gombak Setia
N18 Hulu Kelang

P099 Ampang
N19 Bukit Antarabangsa
N20 Lembah Jaya

P100 Pandan
N21 Pandan Indah
N22 Teratai

P101 Hulu Langat
N23 Dusun Tua
N24 Semenyih

P102 Bangi
N25 Kajang
N26 Sungai Ramal
N27 Balakong

P103 Puchong
N28 Seri Kembangan
N29 Seri Serdang

P104 Subang
N30 Kinrara
N31 Subang Jaya

P105 Petaling Jaya
N32 Seri Setia
N33 Taman Medan
N34 Bukit Gasing

P106 Damansara
N35 Kampung Tunku
N36 Bandar Utama
N37 Bukit Lanjan

P107 Sungai Buloh
N38 Paya Jaras
N39 Kota Damansara

P108 Shah Alam
N40 Kota Anggerik
N41 Batu Tiga

P109 Kapar
N42 Meru
N43 Sementa
N44 Selat Klang

P110 Klang
N45 Bandar Baru Klang
N46 Pelabuhan Klang
N47 Pandamaran

P111 Kota Raja
N48 Sentosa
N49 Sungai Kandis
N50 Kota Kemuning

P112 Kuala Langat
N51 Sijangkang
N52 Banting
N53 Morib

P113 Sepang
N54 Tanjong Sepat
N55 Dengkil
N56 Sungai Pelek

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori