Pulau Sibu

Pulau Sibu

Pulau Sibu sepanjang 6 km, merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut Cina Selatan di persisiran laut Johor, Malaysia. Antara pulau berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.

Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Pulau ini juga dikelilingi dengan beberapa kelompok terumbu karang yang cantik dan menarik. Merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan pelancong untuk tujuan aktiviti air. Para pemancing juga menjadikan lokasi ini sebagai antara pilihan terbaik. Ini antara lain disebabkan ia mengadap ke laut lepas serta kaya dengan sumber laut. Di diami oleh sekitar 40 keluarga dan mempunyai kemudahan asas antaranya balai polis, klinik kerajaan, sekolah rendah, masjid, hotel peranginan dan kedai.

Pulau Sibu juga mempunyai jeti moden sepanjang 300 meter. Mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan menggunakan bot laju ke Jeti Tanjung Leman. Namun begitu masa perjalanan ini amat bergantung kepada jenis bot yang dinaiki, keadaan angin serta ombak laut yang sentiasa berubah-ubah mengikut bulan dan cuaca semasa.

Rujukan

  • Malaysia Travel Guide: Sibu Island
  • Sea Gypsy Village Resort & Dive Base on Pulau Sibu
  • Rimba Resort


  • l
  • b
  • s
ECER di Kelantan
Gua Musang • Kota Bharu • Pengkalan Chepa • Rantau Panjang • Lebuhraya Timur-Barat • Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra • Taman Negara • Universiti Malaysia Kelantan • Pengkalan Kubor Lebuhraya Pantai Timur • Pelabuhan Kemasin
ECER di Terengganu
Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Chenih Bahru • Bandar Ketengah Jaya • Jambatan Angkat Terengganu • Taman Tamadun IslamTasik KenyirKuala TerengganuPakaPulau PerhentianRantau AbangPulau RedangKertehKemamanLebuhraya Pantai Timur • Lebuhraya Timur-Barat Kedua • Lapangan Terbang Sultan MahmudUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Sultan Zainal AbidinTaman NegaraPulau WarisanPelabuhan Kerteh
ECER di Pahang
ECER di Johor
EndauTaman Negara Endau-RompinMersing • Pulau Sibu