Kerteh

Persimpangan Kerteh di Lebuhraya Pantai Timur

Kerteh atau Kertih merupakan sebuah mukim yang terdapat di daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia.

Terdapat beberapa buah kampung didalam Mukim Kerteh iaitu Kg Labohan,Kg Tengah,Kg Telaga Papan,Kg Gelugor,Kg Kuala Opis(Bandar Baru sekarang),Kg Baru(mula didiami dalam tahun awal 1970'an melalui pemberian tanah kepada penduduk dizaman Dato' Sulong Mahmood menjadi wakil rakyat), Kg Chabang, Kg Pengkalan Ranggon, Kg Bukit Pahang, Kg Batu Puteh, Kg Darat Kolam, Kg Mat Ikal, Kg Lama (Ditepi pantai dihadapan Stesen Minyak ESSO Kerteh, terdapat kubur penduduk Kg Lama yang berpagar ditepi jalanraya), Rasau Kerteh dan KETENGAH JAYA.

Kerteh membangun hasil daripada adanya 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.Kerteh menjadi salah satu kawasan tumpuan penting di daerah Kemaman kerana kepadatan penduduk dan juga kemudahan yang lengkap. Kerteh juga sering dipanggil sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.

Pelbagai bentuk pembangunan telah dibangunkan di Kerteh. Antaranya ialah Bandar Seri Kerteh, Lapangan Terbang Kerteh, Kawasan Perindustrian Petronas, Pelabuhan Kerteh, Loji Penapis Minyak Terengganu, Rantau Petronas, Sekolah Rantau Petronas, Rantau Mall Kerteh, Stadium Mini Kerteh, Kelab Desa Rantau Petronas, Padang Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak pembangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.

Asal-usul nama

  • Dahulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Sememangnya kawasan ini adalah kawasan paya. Selepas itu, kawasan paya ini kering dan bertukar menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' mengikut dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.
  • Kisah seorang lelaki yang mempunyai isteri bernama kik Teh. Ketika mereka membuat huma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab ' Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.
  • Dikampung pada suatu masa banyak dihuni oleh Kera Puteh, jadi digabungkan dan dipendekkan menjadi KERTEH

Sempadan

Sempadan Mukim Kerteh adalah bermula dari selepas Sekolah Men Badrul Alam Shah,Kemasek, sehingga ke persimpangan selepas Kawasan Perindustian Petroleum Petronas.

Penduduk Asal

Penduduk asal Kerteh adalah dari Kg Telaga Papan hingga Kg Labohan. Penduduk yang mendiami kampung lain kebanyakannya dari pehijrahan ke Kerteh untuk bekerja di Estate Kerteh yang bermula tinggal di Kuala Opis.Kebanyakan penduduk Kuala Opis sekarang telah berpindah ke Kg Baru. Ramai penduduk Kuala Opis adalah berasal dari sekitar Kuala Terengganu dan lain-lain negeri juga.

Pantai

  • Pantai Paloh - disekitar KDRP
  • Pantai Seberang Penarik - Dikawasan PLKN
  • Pantai Teluk Air Tawar - sebelahan Pantai Seberang Penarik
  • Pantai Ma' Daerah - di Kg Labohan
  • Pantai Cagar Hutan - bersebelahan Petronas Carigali (Resak OGT)

Selepas kegiatan petroleum dan gas aktif di Kerteh, bilangan penyu yang mendarat telah berkuranngan dari tahun ke tahun.

Sejarah

Asalnya ramai penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja buatan tangan. Penangkapan ikan hanya dibuat secara kecil-kecilan dan untuk kegunaan rumah sahaja. Mereka hanya menggunakan sampan kolek sahaja ketika menangkap ikan. Tapak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.

  • 1920-an : Telah wujud industri membuat belacan, ikan kering dan budu. Bot nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.Dahulu Kerteh adalah pusat perdagangan kerana menjadi tempat persinggahan perahu besar

Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tapak bagi pembinaan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran paip gas, dan stesen kajicuaca.

Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka menjumpai kesan tapak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika kerja-kerja ukur tanah. Jambatan yang merentangi sungai tidak ada ketika itu dan kaedah yang harus digunakan ialah berenang.

  • 1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
  • 1970-an : Pantai Laut China Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
  • 1980-an : Perubahan cukup pesat di Kerteh. Istilah petroringgit, pelantar minyak, minyak mentah , gas petroleum cair digunakan.

Sungai

  • Sungai Kerteh adalah sungai utama yang berpunca dari Sungai Mat Ikal, Sungai Chabang dan Sungai Batu Puteh.


Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal daripada nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih

  • l
  • b
  • s
ECER di Kelantan
ECER di Terengganu
ECER di Pahang
ECER di Johor