Stesen LRT Damansara Idaman

Stesen sebelumnya Stesen seterusnya
Tropicana
menghala ke Bandar Utama
Laluan Shah Alam
Perkhidmatan akan datang
SS 7
menghala ke Johan Setia
LokasiMap

Stesen LRT Damansara Idaman ialah stesen transit aliran ringan (LRT) akan datang, di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Stesen LRT ini menyediakan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam (SAL) yang menuju ke Bandar Utama dan Johan Setia. Kedudukan stesen ini terletak di antara Stesen LRT Tropicana dan Stesen LRT SS 7 serta mempunyai kod stesen iaitu SA05.[1] Stesen LRT Damansara Idaman merupakan sebahagian daripada projek Sistem Transit Bersepadu Lembah Klang di Malaysia,[1] dan akan dibuka rasmi menjelang bulan Mac tahun 2023.[2][3][4]

Sejarah

Projek membina LRT Laluan Shah Alam telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos tahun 2016. Ia telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Najib Razak.[5] Pakej pemberian tender-tender untuk pembinaan LRT Shah Alam juga telah dilakukan pada awal tahun 2016.[6] Stesen LRT Damansara Idaman dilabel sebagai stesen kedua dalam jajaran Laluan Shah Alam (pada ketika itu dikenali sebagai Laluan Bandar Utama–Klang).[7] Sebelum dikenali sebagai Damansara Idaman, stesen ini dikenali sebagai Dataran Prima.

Mengikut pelan asal pembukaan stesen, sepatutnya Stesen LRT Damansara Idaman dibuka pada Hari Kemerdekaan Malaysia, iaitu 31 Ogos tahun 2020,[6] namun sebaliknya ia ditunggakkan sehingga bulan Februari 2024.[2][8][9] Walaupun begitu, pada Julai 2023, Menteri Pengangkutan Malaysia ketika itu, Anthony Loke mengumumkan bahawa keseluruhan stesen dan laluan dalam jajaran LRT Shah Alam termasuk stesen ini bakal dibuka untuk orang awam secara rasmi pada 1 Mac 2025 memandangkan tarikh kedua itu, Februari 2024 tidak kesampaian. Hai ini secara tidak langsung telah menambah lebih banyak kelewatan untuk pembukaan LRT Shah Alam sepenuhnya.[2][3][4] Kelewatan ini disebabkan oleh kekangan kerja ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan 2021.[10]

Ciri-ciri stesen

Perkhidmatan

Stesen LRT Damansara Idaman menyediakan perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh Rapid Rail melalui Laluan Shah Alam. Stesen LRT ini terletak di antara stesen Tropicana dan stesen SS 7. Kod stesen bagi stesen LRT Damansara Idaman ialah SA05.[1]

Lokasi stesen

Stesen LRT Damansara Idaman terletak di dalam kawasan bidang kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).[9] Dalam pelan stesen yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia, Stesen LRT Damansara Idaman terletak di bawah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE). Stesen LRT Damansara Idaman teletak di dalam kawasan Damansara Idaman (Seksyen PJU 1A).[11][12][13] Mercu tanda yang terletak berhampiran dengan stesen LRT ini ialah kawasan perniagaan Dataran Prima dan Aman Suria; kawasan perumahan Taman Bukit Mayang Emas, Damansara Idaman, Taipan Ara Damansara dan Ara Damansara; bangunan kondominium Maison Residence, Kondominium Mutiara Oriental, Cantara Residences, dan Maison Residence; Sekolah Menengah Kebangsaan Arrows (Arrows International Secondary School) dan stesen minyak Shell dan Petron cawangan NKVE arah utara.[11][12][13]

Rujukan

  1. ^ a b c "Klang Valley Integrated Transit Map" [Peta Transit Berintegrasi Lembah Klang] (PDF). MyRapid (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. 2023. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ a b c Izwaashura Sadali (5 Julai 2023). "LRT Laluan Shah Alam dijadualkan mula beroperasi Mac 2025, 86% siap setakat ini – Menteri MoT". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  3. ^ a b "LRT3 to start operation in March 2025 – Anthony Loke" [LRT3 bakal mula beroperasi menjelang Mac 2025] (dalam bahasa Inggeris). Pertubuhan Berita Nasional Malaysia. 4 Julai 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  4. ^ a b Ruwaida Md Zin (4 Julai 2023). "LRT3 dijangka beroperasi 1 Mac 2025". New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  5. ^ Dawn Chan; Zafira Anwar; Fernando Fong (24 Ogos 2016). "PM Najib launches LRT3 project, set to benefit two million people by 2020 [VIDEO]" [PM Najib melancarkan projek LRT3, memanfaatkan kepada dua milion orang menjelang 2020]. New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times Press. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  6. ^ a b "Jangka Masa Projek". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  7. ^ "Peta & Profil Jajaran". lrt3.com.my. Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2015. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  8. ^ Izwaashura Sadali (5 Ogos 2021). "LRT3 kini dikenali sebagai LRT Laluan Shah Alam". paultan.org. Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  9. ^ a b Danny Tan (20 Julai 2020). "LRT3 line now 33% done, expected to complete in 2024" [Laluan LRT3 sekarang 33% siap, dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024]. paultan.org (dalam bahasa Inggeris). Paul Tan's Automotive News. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  10. ^ Azmizam Zaman Huri, Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang (2022). "Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022 Sesi 1: Projek LRT3". Perbahasan Parlimen (Hansard). Kerajaan Negeri Selangor: Dewan Negeri Selangor. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2023. Dicapai pada 28 Disember 2023.
  11. ^ a b Google (29 Disember 2023). "Stesen LRT Damansara Idaman (Peta)". Google Maps (dalam bahasa Inggeris). Google. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  12. ^ a b "Damansara Idaman LRT Station" [Stesen LRT Damansara Idaman]. mrt.com.my (dalam bahasa Inggeris). 29 Disember 2023. Dicapai pada 29 Disember 2023.
  13. ^ a b "Pelan Setiap Stesen". Prasarana Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-22. Dicapai pada 2015-05-17.

Pautan luar

  • Laman web rasmi LRT3
  • l
  • b
  • s
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • B1
11 Laluan Shah Alam
  • Bandar Utama
  • Kayu Ara
  • BU 11
  • Tropicana
  • Damansara Idaman
  • SS 7
  • Glenmarie 2
  • Temasya
  • Kerjaya
  • Stadium Shah Alam
  • Persiaran Hishamuddin (dibatalkan)
  • Dato' Menteri
  • Raja Muda
  • UiTM Shah Alam
  • Seksyen 7 Shah Alam
  • Bukit Raja Selatan
  • Bandar Baru Klang
  • Pasar Klang
  • Jalan Meru
  • Pasar Jawa
  • Taman Selatan
  • Seri Andalas
  • Klang Jaya
  • Bandar Bukit Tinggi
  • Bandar Botanik
  • Johan Setia
13 Laluan MRT Lingkaran
  • Bukit Kiara Selatan
  • Bukit Kiara (simpanan)
  • Sri Hartamas
  • Mont Kiara
  • Bukit Segambut
  • Taman Sri Sinar
  • Dutamas
  • Jalan Kuching
  • Titiwangsa
  • Kampung Puah
  • Jalan Langkawi
  • Danau Kota
  • Setapak
  • Rejang
  • Setiawangsa
  • AU2
  • Taman Hillview
  • Tasik Ampang
  • Kampung Pandan
  • Pandan Indah
  • Taman Kencana
  • Taman Cheras
  • Taman Midah
  • Jalan Yaacob Latif
  • Sri Permaisuri
  • Salak Selatan
  • Salak Jaya (simpanan)
  • Kuchai
  • Jalan Klang Lama
  • Pantai Dalam
  • Pantai Permai
  • Universiti
  • Universiti Malaya
Stesen ditandakan dalam condong masih dalam pembinaan, belum dibuka, atau dalam perancangan.