Stesen LRT Pandan Indah

ڤندن ايندهcode: ms is deprecated
LokasiStesen Pandan Indah, Off Jalan Pandan Indah 20, Pandan Indah, 55100 Ampang Jaya, Selangor, MalaysiaKoordinat3°8′5″N 101°44′48″E / 3.13472°N 101.74667°E / 3.13472; 101.74667Koordinat: 3°8′5″N 101°44′48″E / 3.13472°N 101.74667°E / 3.13472; 101.74667Dimiliki olehPrasarana MalaysiaLaluan3 Laluan AmpangPlatform2 platform sisiTrek2PembinaanJenis strukturAtas TanahTemplat letak kenderaan277 petak parkirKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen AG15 SejarahDibuka16 Disember 1996Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   Rapid KL   Stesen berikutnya
menghala ke Sentul Timur
Laluan Ampang
Cempaka
menghala ke Ampang
LokasiMap

Stesen LRT Pandan Indah ialah stesen LRT yang terletak di Ampang, Selangor, Malaysia di mana perkhidmatan Laluan Ampang berkhidmat di stesen ini. Stesen ini dinamakan sempena lokasi stesen yang terletak di kawasan perumahan Pandan Indah. Stesen ini dibuka kepada awam pada 16 Disember 1996.[1] Jajaran LRT ini antara Chan Sow Lin dengan Ampang menggunakan jajaran KTM lama antara Ampang Junction dengan Ampang. Jajaran KTM ini sepanjang 3.8 batu (6.1 km) pada asalnya dibuka pada 1 Mei 1914.[2]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Sungai Kerayong, Pandan Indah, Selangor. Di sebelah barat laut stesen adalah Flat Taman Bakti manakal di sebeah tenggar stesen adalah Pangsapuri Inai. Juga terletak berhampiran stesen adalah pusat membeli-belah Axis Atrium, kondominium Axis Residences, kawasan perumahan Pandan Indah, Taman Bakti, Taman Cempaka, pangsapuri Pandan Mas dan Dewan MPAJ Taman Cempaka.

Pelan stesen

G Bangunan stesen Pintu masuk/keluar, mesin tiket, pagar tambang, pusat khidmat pelanggan, tempat letak kenderaan, hentian teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU
G
Platform
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU
AG Arah Selatan 3 Laluan Ampang menghala ke Sentul Timur (Pandan Jaya)
AG Arah Utara 3 Laluan Ampang menghala ke Ampang (Cempaka)
Platform sisi, pintu tren dibuka di sebelah kiri Akses OKU

Stesen ini adalah stesen atas tanah dimana aras platform terletak di atas tanah. Stesen ini mempunyai dua platform sisi untuk perkhidmatan Laluan Ampang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai dan lif.[3] Selain itu, terdapat sebuah kawasan parkir terbuka yang menempatkan 277 petak parkir kereta — 2 petak parkir disediakan khas untuk warga OKU.[4]

Rujukan

  1. ^ David White. "Kuala Lumpur's new LRT line" (PDF). Sydney Tramway Museum (dalam bahasa Inggeris). m/s. 12-13. Dicapai pada 5 Jan 2020.
  2. ^ Mohamed, Alias (1985). Malayan Railway: 100 years, 1885-1985. AMW Communications Management. m/s. 56. Dicapai pada 27 Mei 2019.
  3. ^ Kevin Tan (23 Jul 2011). "LRT stations to have disabled-friendly facilities". THE Star Online (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Jun 2019. Dicapai pada 11 Jun 2019.
  4. ^ "Park N' Ride - Rapid KL". myrapid (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogo 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Nov 2018. Dicapai pada 28 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s