Sukan Olimpik Musim Panas 1980

Sukan Olimpik XXII
Hos BandarMoscow, Kesatuan Soviet
Negara80
Atlet5,138 (4,114 lelaki, 1,114 wanita)
Acara203 acara dalam 21 sukan
Pembukaan19 Julai 1980
Penutupan3 Agustus 1980
Dibuka oleh
 Leonid Brezhnev
Kawah Obor
Sergey Belov
StadiumStadium Lenin
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 1980


Sukan Olimpik Musim Panas 1980 (bahasa Inggeris: 1980 Summer Olympicscode: en is deprecated , Rusia: Летние Олимпийские игры 1980code: ru is deprecated ) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXII (bahasa Inggeris: Games of the XXII Olympiadcode: en is deprecated ), merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Moscow, Kesatuan Republik Sosialis Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) dari 19 Julai hingga 3 Ogos 1980. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di sebuah negara Eropah Timur, negara berbahasa Slavik dan negara komunis. Rusia akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 manakala China akan menjadi negara komunis kedua yang menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Lapan puluh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah menyertai edisi Sukan Olimpik ini, bilangan yang terrendah sejak 1956. Hal ini adalah disebabkan oleh pemboikotan yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disertai oleh 66 negara disebabkan oleh Perang Soviet di Afghanistan. Sebilangan atlet dari negara-negara memboikot telah menyertai Sukan Olimpik 1980 di bawah Bendera Olimpik. Kesatuan Soviet pula akan memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1984 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Pemboikotan

65 negara telah memboikot edisi Sukan Olimpik ini disebabkan oleh Serangan Soviet terhadap Afghanistan. Pemboikotan ini diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat pada masa tersebut, Jimmy Carter. Beliau telah mengeluarkan ultimatum pada 20 Januari 1980 yang mengatakan bahawa AS akan memboikot Sukan Olimpik 1980 sekiranya tentera Kesatuan Soviet tidak diundurkan dari Afghanistan dalam tempoh sebulan.[1][2] Walaupun Iran merupakan musuh Amerika, negara tersebut turut memboikot Sukan Olimpik 1980 setelah Persidangan Islam mengutuk serangan Soviet.[3] Qatar tidak dijemput untuk menyertai kerana JOK negara tersebut tidak sempat untuk mendapat pengiktirafan IOC dan sebaliknya bersedia untuk Sukan Olimpik Musim Panas 1984 di Los Angeles, Taiwan pula enggan menyertai temasya tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Resolusi Nagoya, di mana mereka hendaklah bertanding di bawah nama "Taipei Cina". Atlet Australia, Andorra, Denmark, Ireland dan Puerto Rico pula menyokong pemboikotan tersebut dengan bertanding di bawah Bendera Olimpik.[2]

Temasya

Acara sukan

Jadual pingat

Jadual Pingat Sukan Olimpik Musim Panas 1980

Penyertaan

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang menyertai
  •  Afghanistan (11 atlet)
  •  Algeria (59)
  •  Andorra (2)
  •  Angola (13)
  •  Australia (126)
  •  Austria (89)
  •  Belgium (61)
  •  Benin (17)
  •  Botswana (7)
  •  Brazil (109)
  •  Bulgaria (295)
  •  Burma (2)
  •  Cameroon (26)
  •  Republik Congo (23)
  •  Costa Rica (30)
  •  Cuba (216)
  •  Cyprus (14)
  •  Czechoslovakia (216)
  •  Denmark (63)
  •  Republik Dominika (6)
  •  Ecuador (11)
  •  Habsyah (41)
  •  Finland (124)
  •  Perancis (125)
  •  Jerman Timur (362)
  •  Great Britain (231)
  •  Yunani (42)
  •  Guinea (9)
  •  Guyana (8)
  •  Hungary (279)
  •  India (74)
  •  Iraq (44)
  •  Ireland (48)
  •  Itali (163)
  •  Jamaica (18)
  •  Jordan (6)
  •  Korea Utara (50)
  •  Kuwait (58)
  •  Laos (20)
  •  Liberia (7)Note[›]
  •  Lubnan (17)
  •  Lesotho (5)
  •  Libya (32)
  •  Luxembourg (3)
  •  Madagaskar (11)
  •  Mali (7)
  •  Malta (8)
  •  Mexico (45)
  •  Mongolia (43)
  •  Mozambique (14)
  •  Nepal (11)
  •  Belanda (86)
  •  New Zealand (4)
  •  Nicaragua (5)
  •  Nigeria (44)
  •  Peru (30)
  •  Poland (320)
  •  Portugal (11)
  •  Puerto Rico (3)
  •  Romania (243)
  •  San Marino (17)
  •  Senegal (32)
  •  Seychelles (11)
  •  Sierra Leone (14)
  •  Sepanyol (159)
  •  Sri Lanka (4)
  •  Sweden (148)
  •  Switzerland (84)
  •  Syria (69)
  •  Tanzania (41)
  •  Trinidad dan Tobago (9)
  •  Uganda (13)
  •  Kesatuan Soviet (506) (Tuan rumah)
  •  Venezuela (38)
  •  Vietnam (35)
  •  Yugoslavia (164)
  •  Zambia (40)
  •  Zimbabwe (46)

^ Note:  Liberia dengan 7 atlet, menarik diri selepas berarak majlis perasimian dan mengambil bahagian di dalam pemboikoitan.

Lihat juga

  • iconPortal Olimpik

Rujukan

  1. ^ "The Olympic Boycott, 1980". state.gov. U.S. Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2010. Dicapai pada 7 December 2015.
  2. ^ a b "Partial Boycott – New IOC President". Keesing's Record of World Events. 26: 30599. December 1980.
  3. ^ Freedman, Robert O.; Moscow and the Middle East: Soviet Policy since the Invasion of Afghanistan, p. 78 ISBN 0-521-35976-7
Didahului oleh
Montreal
Sukan Olimpik Musim Panas
Moscow

Sukan Olimpik XXII (1980)
Diikuti oleh:
Los Angeles


  • l
  • b
  • s
Olimpik Musim Panas
Athens 1896  • Paris 1900  • St. Louis 1904  • 19061  • London 1908  • Stockholm 1912  • 19162  • Antwerp 1920  • Paris 1924  • Amsterdam 1928  • Los Angeles 1932  • Berlin 1936  • 19402  • 19442,3  • London 1948  • Helsinki 1952  • Melbourne 1956  • Rom 1960  • Tokyo 1964  • Bandar Raya Mexico 1968  • Munich 1972  • Montreal 1976  • Moscow 1980  • Los Angeles 1984  • Seoul 1988  • Barcelona 1992  • Atlanta 1996  • Sydney 2000  • Athens 2004  • Beijing 2008  • London 2012  • Rio de Janeiro 2016  • Tokyo 2020  • Paris 2024  • Los Angeles 2028 • Brisbane 2032
Olimpik Musim Sejuk
Kategori Kategori  Portal Portal