Tentang Hati Dia

  • Drama
  • Cinta
  • Konflik
  • Keluarga
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Kapcai Girl vs Encik Superbike karya Bunga AmaniDitulis olehFarhana FauriPengarahAmor Rizan
Dibintangi oleh
  • Aliff Aziz
  • Trisha Ooi
  • Nafiz Muaz
Lagu pembukaan"Cintamu Yang Satu" - Ning BaizuraLagu penutup"Milik Kita" - Adira SuhaimiNegara asalMalaysiaBahasaMelayuBilangan episod28PenerbitanTempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn BhdPenyiaranSaluran asalTV3 & IQIYIFormat gambar
  • 480i (SDTV)
  • 1080i (HDTV)
Format audioDolby DigitalSiaran asal3 Julai 2023 – 9 Ogos 2023KronologiMengikutiBukan Hanya Sekadar CintaDiikuti olehRajuk Karina

Tentang Hati Dia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Amor Rizan, dibintangi oleh Aliff Aziz, Trisha Ooi dan Nafiz Muaz.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 3 Julai 2023 menggantikan Bukan Hanya Sekadar Cinta. [2]

Drama ini juga boleh ditonton di platform penstriman IQIYI. [3][4]

Sinopsis

Tiara adalah seorang anak gadis berasal dari kampung yang diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda. Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid. Fatimah, ibu Tiara, marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pembelajarannya di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina. Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon tambahan

  • Nurussaadah Kamarudin
  • Noraziemah Mohamad
  • Noraini Yusoff
  • Jafzur Aufar
  • Raja Mohd Shafiq
  • Suzana Yaakob
  • Nur Mellysya Qistina Lia
  • Mohd Suhayle Muhammed Yusof
  • Muhd Ridzki Ramly
  • Nur Afiyahdalisya
  • Rahmat Redhuan
  • Badrul Sham bin Harun
  • Amyraz Aznim
  • Zuliana Ernie Aznon
  • Al-Rayyan Ho
  • Saiful Arzuan
  • Alyah Fadzil
  • Rosnah Idris
  • Muhammad Fathul

Runut bunyi

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r "Drama Tentang Hati Dia". Myinfotaip. 1 Julai 2023. Dicapai pada 2 Julai 2023.
  2. ^ "Hidangan drama Hebat". Harian Metro. 1 Julai 2023. Dicapai pada 2 Julai 2023.
  3. ^ Senarai Episod Tentang Hati Dia di IQiyi
  4. ^ "Tentang Hati Dia". aimanabdullah.com.
  • l
  • b
  • s
Siri drama TV3
1980-an
1990-an
2000-an
2010-an
2020-an
1Slot yang ditamatkan.