Zambry Abdul Kadir

Senator Dato' Seri Diraja Dr.

Zambry bin Abdul Kadir

SPSA, SPMP (Perak); DGSM (Melaka); DPMP (Perak); AMS (Selangor)[1]
Zambry pada tahun 2023
Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia
Penjawat kini
Memegang jawatan
12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Mustapha Sakmud
Didahului oleh Mohamed Khaled Nordin
Menteri Luar Negeri
Dalam jawatan
3 Disember 2022 – 12 Disember 2023
RajaAl-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Timbalan Mohamad Alamin
Didahului oleh Saifuddin Abdullah
Digantikan oleh Mohamad Hassan
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Penjawat kini
Memegang jawatan
3 Disember 2022
Setiausaha Agung
Barisan Nasional
Penjawat kini
Memegang jawatan
8 Jun 2021
Didahului olehTan Sri Annuar Musa
Datuk Seri Haji Ahmad Maslan (dipertikaikan)
Pengerusi
Malaysia Airports Holdings Berhad
Dalam jawatan
12 Ogos 2020 – 3 Disember 2022
Didahului olehTan Sri Zainun Ali
Menteri Besar Perak ke-11
Dalam jawatan
12 Mei 2009 – 12 Mei 2018
RajaSultan Azlan Shah (2009-2014)
Sultan Dr. Nazrin Shah (2014-kini)
Didahului olehDato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin
Digantikan olehDato' Seri Ahmad Faizal Azumu
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Pangkor
Dalam jawatan
4 Mac 2004 – 17 Oktober 2022
Didahului oleh Mohammad Wajdi Ishak[2]
Digantikan oleh Norhaslinda Zakaria
Majoriti1,626 (PRU-14)
5,124 (PRU-13)
5,785 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir (1962-03-22) 22 Mac 1962 (umur 62)
Pulau Pangkor, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PasanganDatin Seri Diraja Saripah binti Zulkifli
Anak-anak3(P), 2(L)
KediamanKampung Masjid Pulau Pangkor, Pulau Pangkor, Negeri Perak[1]
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmizambryperak.com

Senator Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir (lahir 22 Mac 1962) merupakan Menteri Luar Negeri Malaysia yang telah berkhidmat sejak Disember 2022[3]. Beliau merupakan ahli Dewan Negara dari negeri Perak. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih).

Pendidikan

Dr. Zambry mendapat pendidikan awalnya di sekolah kebangsaan dan menengah di Pulau Pangkor sebelum meneruskan pengajian peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar yang terletak di tanah besar.

Beliau memegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemikiran Politik daripada Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995) dengan pengkhususan dalam bidang politik kontemporari selepas menamatkan ijazah peringkat Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang Falsafah Politik Dan Perbandingan Agama di universiti sama pada 1992.[perlu rujukan]

Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana  (kepujian) dalam pengkhususan Pemikiran Islam daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 1991, selepas menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Ekonomi di universiti itu dengan pengkhususan Ekonomi, Pembangunan Ekonomi dan Ekonomi Antarabangsa.

Kerjaya

Dr. Zambry merupakan pakar beliau dalam bidang ekonomi dan politik, pemikiran politik dan politik kontemporari Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Beliau juga merupakan pentadbir yang berpengalaman luas termasuk pengalaman sebagai pengurus dan pentadbir di peringkat universiti, badan pemikir, organisasi pemberi khidmat nasihat dan pejabat politik.

Pengalaman lain termasuk sebagai pembantu Professor di Jabatan Sains Politik (UIAM) sehingga Ogos 2000, pengarah eksekutif Centre for Leadership & Development Studies (CELDES) daripada 1996 hingga Ogos 2000, ketua Pembangunan Kurikulum Dan Islamisasi  di Jabatan Sains Politik UIAM pada  tahun 1999, ketua panel konsultansi, program Khidmat Sosial Negara, Kementerian Belia dan Sukan (1997) serta Ahli Perunding, Agenda Melayu Abad ke 21 (1998). Beliau juga merupakan pengerusi konferensi Pelajar Malaysia di Amerika Syarikat pada tahun 1994,  pengarah Pertemuan Intelektual Asia Tenggara (SEAM) di Amerika Syarikat pada tahun 1994, Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia di Amerika Syarikat(1994-1995), Pengarah Diskusi Intelektual UIA-IIIT untuk kakitangan UIA di Amerika (1993), coordinator kursus bagi Pusat Matrikulasi UIA (1988-1989), Ahli Jawatankuasa Rayuan (MATRIC)  bagi tahun 1989 – 1990, Fellow bagi Kolej Pelajar (1993-1994), Ahli Diskusi Intelektual, Institut Perkembangan Minda (INMIND) tahun 1995, konsultan bagi program kepimpinan pelajar Malaysia di Amerika dan menjadi tamu intelek bagi program yang dianjurkan oleh Kerajaan Jepun (2002).

Beliau ialah Professor Adjung di Jabatan Sains Politik, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM berkuatkuasa pada 1 November 2015 hingga 31 Oktober 2017. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Prof Adjung Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada 14 Ogos 2020 lalu.[4]

Kerjaya politik

Dr. Zambry bergiat aktif dalam bidang politik sejurus setelah kembali daripada Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Perjalanan politik beliau bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pangkor sebelum dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut. Beliau kemudiannya memenangi kerusi EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (2000-2003) sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.

Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak.[5]

Pada tahun 2004, beliau telah bertanding dalam pilihanraya umum bagi kerusi DUN Pangkor and berjaya mempertahankan kerusi tersebut dalam PRU 2008 dan 2013. Beliau kini menyandang tanggungjawab sebagai ADUN Pangkor untuk penggal ketiga dan memegang tampuk pemerintahan Negeri Perak sebagai YAB Menteri Besar untuk penggal kedua.

Dr. Zambry juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak dan Ketua UMNO Bahagian Lumut. Namun perjalanan politik beliau bukanlah semudah yang disangkakan malah beliau pernah ditahan di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) pada tahun 1998.

Pilihan raya umum ke-14

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berjaya mempertahankan kerusinya DUN Pangkor dalam Pilihanraya Umum Ke-14 dengan memperolehi majoriti undi sebanyak 1,626. Zambry telah mengalahkan calon PKR, Nordin Ahmad Ismail (6,752 undi) dan calon PAS, Zainal Abdin Saad (3,638 undi). Walau bagaimanapun, Zambry hanya tewas tipis dengan majoriti undi 400 dengan calon PKR, Mohd Hatta Md Ramli di Parlimen Lumut

Tahanan ISA

Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pengarang

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[6] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Sebagai seorang ahli akademik, Dr. Zambry banyak menghabiskan masa beliau sebagai seorang penulis sejak bergelar seorang pelajar. Beliau menulis puisi, karangan dan pelbagai artikel di dalam media tempatan dan antarabangsa.

Beliau telah menulis beratus-ratus artikel dalam  Utusan Malaysia, Berita Harian, Dewan Masyarakat, Dewan Budaya, Dakwah, Risalah, Al-Islam, Mastika, dan PEMIKIR, disamping pelbagai buku.

Di antara buku hasil pena beliau bertajuk UMNO dan Jiwa Merdeka (CELDES KL 1998), Pemuda UMNO Menebus Maruah, Menuju Arah (Mei, 2000) dan Islam Malaysia & Amerika. Puisi beliau kini terdapat di dalam kompilasi antologi bertajuk Suara Pelaut.

Beliau turut menghasilkan beberapa kertas akademik dalam majalah dan jurnal. Antaranya bertajuk Politics In Malaysia, A Changing Scenario (2000), Belia dan Cabaran Politik Pascakolonial (1999), Festival Islam Organisasi Islam di Malaysia (Encyclopedia of Malaysiana, 1998), Politik Malaysia dan Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) dan Peranan dan Cabaran Ulama’ Dalam Era Pasca-Modernisme (kertas kerja untuk ‘The Asian Renaissance’ di Pekan Baru, Riau, 1997).

Beliau juga merupakan pengarang kepada beberapa penerbitan termasuk Pendidikan dan Pembangunan untuk  Nurin Enterprise, K.L (1980),  Business Administration in Islam, Hizbi (1991), dan Memperkasa Kepimpinan Merentgas Masa Depan, CELDES, KL (1991).

Beliau turut memegang jawatan sebagai Ketua Pengarang Imbas Gemilang KBS 1998,  sebuah penerbitan Kementerian Belia dan Sukan.

Selain menjadi penyunting dan penulis, Dr. Zambry juga merupakan penterjemah yang disegani. Di antaranya termasuk karya yang bertajuk Faces of Islam (Berita Publishing, 1990), Qur’anic Sciences (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) dan Islamic Legal Philosophy (Dewan Bahasa dan Pustaka, Oktober, 2000).

Beliau sentiasa meluangkan masa yang ada untuk membaca beberapa buku sekaligus. Antara pilihan beliau yang terbaru adalah karya yang bertajuk Too Many Bosses Too Few Leaders oleh Rajeev Peshawaria, Focus: The Hidden Driver of Excellence oleh Daniel Goleman, dan Political Philosophy: A Historical Introduction tulisan Michael J. White.

Anugerah

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[6] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Dr. Zambry telah menerima pelbagai anugerah diatas jasa beliau di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Diantaranya adalah Anugerah Khas Global Islamic Finance Awards 2014 (GIFA 2014) di Dubai, UAE pada 27 Oktober 2014. Anugerah tersebut diberikan atas komitment dan kejayaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sosial Islam di Negeri Perak. Anugerah GIFA merupakan pengiktirafan kepada tokoh dan organisasi atas kejayaan dan amalan terbaik dalam sektor Kewangan Islam.

Beliau turut diberikan anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award oleh Akademi Kesenian dan kebudayaan Dunia (WACC) sempena Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pulau Pangkor pada  22 Oktober 2013 kerana penglibatannya dalam bidang sastera.

Sehingga hari ini, hanya tiga pemimpin negara lain yang menerima anugerah tersebut. Mereka adalah Presiden India Dr Abdul Kalam (2006), bekas Presiden Slovakia, Dr. Michael Kovac (2008) dan bekas Presiden Republic Czwch (2009).

WAAC juga telah menganugerahkan “Doctorate of Literature” kepada Dr. Zambry di majlis yang sama.

Pada tahun 2010, Dr. Zambry telah menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam bidang Sains Perikanan kerana aspirasi dan komitmen beliau sebagai anak nelayan tradisional yang berjaya.

Pengiktirafan lain yang diterima oleh Dr. Zambry termasuk Geran Penyelidikan Temple Universiti (1993), Anugerah WAMY sempena majlis Penyampaian Ijazah UIA (1987) , Anugerah Kebangsaan (tempat pertama) bagi kategori Penulisan Agama (1982) dan Anugerah Negeri (tempat pertama) bagi Karangan Hari Kebangsaan (1982).

Sebagai anak Pangkor yang dibesarkan berdekataan dengan Pengkalan Tentera Laut, Dr. Zambry mempunyai hubungan yang istimewa dengan Tentera Laut. Sebagai tanda hubungan baik itu, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menganugerahkan Laksamana Pertaman (kehormat) kepada beliau pada tahun 2010.

Sebelum itu, pada tahun 2005, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menganugerahkan Komander (Kehormat) TLDM. Beliau merupakan antara yang pertama dikalangan ahli politik di Malaysia untuk menerima anugerah tersebut.

Pada 4hb Disember 2014, KDYYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agong XIV telah berkenan menganugerahkan pingat Pahlawan Angkatan Tentera (PAT) kepada beliau. Pingat tersebut merupakan anugerah ke-tiga tertinggi di dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Dilantik sebagai Yang DiPertua Negeri Perak, Majlis St. John Ambulans Malaysia mulai 12 Mac 2014 hingga 11 Mac 2017.

Dr. Zambry juga telah menerima Anugerah Gavel Kehormat daripada  Executive Committee of Crane Summit 21st Century International Forum di Kongres Penyair Sedunia ke-35 yang telah diadakan di Hualien, Taiwan, Republik China., pada 6hb November 2015. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada individu kerana sumbangannya dalam bidang kesusasteraan antarabangsa. Anugerah tersebut juga diberikan atas jasa dan sumbangan Kerajaan Negeri menjadi penganjur Kongres Penyair Sedunia (WCP) ke-33 di Pangkor pada Oktober 2013.  Ini merupakan augerah kedua yang diterimanya selepas anugerah The Crane Summit Supreme Honour Crown Medallion Award daripada Akademi Kesenian dan Kebudayaan Dunia (WACC) pada tahun 2013.

Pada tahun yang sama, beliau turut diangkat sebagai Duta Keamanan (Ambassador for Peace) oleh Universal Peace Federation di atas usaha beliau memperjuangkan nilai moral yang universal, kerjasama antara agama, keharmonian sejagat serta budaya mencintai keamanan tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Manakala Dewan Persekutuan Majlis Kerjasama Teluk (FGCCC) dan Pertubuhan Kemajuan Kepimpinan Amerika (ALDA) pula telah memberi pengiktirafan kepada Kerajaan Negeri Perak di bawah kepimpinan Dr. Zambry sebagai negeri terbaik untuk pelaburan antarabangsa dalam majlis Anugerah Kepimpinan Perniagaan Asia Barat ke-6 pada bulan November  2015 di Dubai.

Pada 16 Februari 2016, Prof Abul Hasan M. Sadeq, Naib Canselor Asian University of Bangladesh telah menyampaikan Anugerah Khas kepada Dr. Zambry di atas usaha beliau menangani kemiskinan di negeri Perak. Award of Meritorius Distinction for Leadership in Eradicating Poverty ini diberikan atas tokoh kepimpinan beliau melaksanakan initiatif melalui Yayasan Bina Upaya (YBU).

Kelulusan

Tahun Pendidikan Kelulusan
1987 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia B Econs (Kepujian)
1991 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia MA (Pemikiran Islam)
1992 Universiti Temple, Amerika Syarikat MA (Falsafah Politik dan Perbandingan Agama)
1995 Universiti Temple, Amerika Syarikat Ph.D (Pemikiran Politik)

Kontroversi

Krisis perlembagaan Perak 2009

Selepas krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[7]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[8] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[9]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[10]

Laporan dokumen palsu

Pada 7 Februari 2011, Datuk Azhar Ahmad selaku pegawai khas Datuk Dr Zambry membuat laporan polis di Balai Polis Pantai Remis dan Balai Polis Sungai Senam, Ipoh berhubung dua surat palsu. Surat bertarikh 13 Januari 2011 itu, kononnya ditandatangani oleh Dr Zambry bagi kelulusan 400 hektar tanah kerajaan di Pengkalan Hulu untuk projek pertanian.[11]

Rujukan

  1. ^ a b "Profil Zambry Abdul Kadir". Dicapai pada 2009-02-06.
  2. ^ Keputusan Pilihan Raya ke-11 di Perak
  3. ^ "FOREIGN MINISTER - CV". Ministry of Foreign Affairs Malaysia. December 2022.
  4. ^ TERKINI: Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik Prof Adjung USAS
  5. ^ "Zambry to be sworn in today" (Rencana). The Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  6. ^ a b "Zambry's meteoric rise from Umno Youth" (Rencana). The New Straits Times. 6 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-06.
  7. ^ Zanariah Abdul Mutalib (11 Mei 2009). "Nizar kembali MB Perak selepas 96 hari". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-27. Dicapai pada 11 Mei 2009.
  8. ^ Teoh, Shannon (2009-05-12). "Nizar reports for work". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-13. Dicapai pada 2009-05-12.
  9. ^ "Rayuan Zambry Dan Permohonan Nizar Didengar Khamis". Bernama. 2009-05-15. Dicapai pada 2009-05-22.[pautan mati kekal]
  10. ^ "Hakim: Zambry MB sah Perak". Malaysiakini. 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-22.
  11. ^ Zambry aide lodges reports over forgeries

Pautan luar

  • Laman sesawang Pangkor Today
  • l
  • b
  • s
  1. Tunku Abdul Rahman (1957-1959)
  2. Ismail Abdul Rahman (1959-1960)
  3. Tunku Abdul Rahman (1960-1970)
  4. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  5. Tengku Ahmad Rithauddeen (1975-1981)
  6. Muhammad Ghazali Shafie (1981-1984)
  7. Tengku Ahmad Rithauddeen (1984-1986)
  8. Rais Yatim (1986-1987)
  9. Abu Hassan Omar (1987-1991)
  10. Abdullah Ahmad Badawi (1991-1999)
  11. Syed Hamid Albar (1999-2008)
  12. Rais Yatim (2008-2009)
  13. Anifah Aman (2009-2018)
  14. Saifuddin Abdullah (2018-2020)
  15. Hishammuddin Hussein (2020-2021)
  16. Saifuddin Abdullah (2021-2022)
  17. Zambry Abdul Kadir (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Ahli semasa Dewan Negara mengikut kekananan
Yang di-Pertua: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB) • Timbalan Yang di-Pertua: Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  1. Aknan Ehtook (Bersatu)
  2. Paul Igai (PDP)
  3. Sarawak Nuing Jeluing (PBB)
  4. Jaziri Alkaf Abdillah Suffian (Bersatu)
  5. Melaka Koh Nai Kwong (MCA)
  6. Sabah Bobbey Ah Fang Suan (Gagasan Rakyat)
  7. John Ambrose (Gagasan Rakyat)
  8. Teo Eng Tee (Gerakan)
  9. Ti Lian Ker (MCA)
  10. Kelantan Wan Martina Wan Yusoff (PAS)
  11. Pahang Ajis Sitin (UMNO)
  12. Pahang Juhanis Abd Aziz (UMNO)
  13. Perlis Aziz Ariffin (UMNO)
  14. Perlis Seruandi Saad (UMNO)
  15. Razali Idris (Bersatu)
  16. Md Nasir Hashim (Bersatu)
  17. Terengganu Husain Awang (PAS)
  18. Putrajaya Mohd Hisamudin Yahaya (UMNO)
  19. Arman Azha Abu Hanifah (UMNO)
  20. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan)
  21. Nelson Renganathan (MIC)
  22. Sabah Noraini Idris (UMNO)
  23. Perak Shamsuddin Abd Ghaffar (UMNO)
  24. Zurainah Musa (UMNO)
  25. Azhar Ahmad (UMNO)
  26. Mohamad Fatmi Che Salleh (UMNO)
  27. Negeri Sembilan Kesavadas Achyuthan Nair (DAP)
  28. Johor Lim Pay Hen (MCA)
  29. Sarawak Ahmad Ibrahim (PBB)
  30. Negeri Sembilan Ahmad Azam Hamzah (Keadilan)
  31. Mohamed Haniffa Abdullah (MIC)
  32. Ros Suryati Alang (UMNO)
  33. Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (UMNO)
  34. Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  35. Saifuddin Nasution Ismail (Keadilan)
  36. Mohd Na'im Mokhtar (BEBAS)
  37. Fuziah Salleh (Keadilan)
  38. Saraswathy Kandasami (Keadilan)
  39. Terengganu Hussin Ismail (PAS)
  40. Pulau Pinang Lingeshwaran R. Arunasalam (DAP)
  41. Pulau Pinang Amir Md Ghazali (Keadilan)
  42. Anifah Aman (PCS)
  43. Awang Sariyan (BEBAS)
  44. Low Kian Chuan (BEBAS)
  45. Mohd Hatta Ramli (AMANAH)
  46. Sivarraajh Chandran (MIC)
  47. Mohd Hasbie Muda (AMANAH)
  48. Manolan Mohamad (Keadilan)
  49. Abun Sui Anyit (Keadilan)
  50. Isaiah Jacob (Keadilan)
  51. Noorita Sual (DAP)
  52. Roderick Wong Siew Lead (DAP)
  53. Kedah Abd Nasir Idris (PAS)
  54. Kedah Musoddak Ahmad (PAS)
  55. Perak Mujahid Yusof (AMANAH)
  56. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  57. Nur Jazlan Mohamed (UMNO)
  58. Melaka Mustafa Musa (UMNO)
  59. Susan Chemerai Anding (PBB)
  60. Kelantan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri

Kerajaan: (40) Barisan Nasional (24) Gabungan Parti Sarawak (6) Pakatan Harapan (5) Gabungan Rakyat Sabah (2) BEBAS (3)
Pembangkang: (11) Perikatan Nasional (12)

Bekas Ahli Dewan Negara: 1 ke-2 ke-3 ke-4 ke-5 ke-6 ke-7 ke-8 ke-9 ke-10 ke-11 ke-12 ke-13 ke-14
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Mohammad Zahir Abdul Khalid (UMNO) (Bukan Ahli Dewan Negeri) • Timbalan Yang di-Pertua: Khalil Yahaya (PAS)
Ketua Majlis: Saarani Mohamad (UMNO) • Ketua Pembangkang: Abdul Aziz Bari (DAP)
  1. Pengkalan Hulu: Aznel Ibrahim (UMNO)
  2. Temenggor: Salbiah Mohamed (UMNO)
  3. Kenering: Mohd Tarmizi Idris (UMNO)
  4. Kota Tampan: Saarani Mohamad (UMNO)
  5. Selama: Mohd Akmal Kamarudin (PAS)
  6. Kubu Gajah: Khalil Yahaya (PAS)
  7. Batu Kurau: Muhammad Amin Zakaria (UMNO)
  8. Titi Serong: Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (BEBAS)
  9. Kuala Kurau: Abdul Yunus Jamhari (BERSATU)
  10. Alor Pongsu: Sham Mat Sahat (UMNO)
  11. Gunong Semanggol: Razman Zakaria (PAS)
  12. Selinsing: Mohamad Noor Dawoo (UMNO)
  13. Kuala Sepetang: Mohd Kamaruddin Abu Bakar (UMNO)
  14. Changkat Jering: Ahmad Saidi Mohamad Daud (UMNO)
  15. Trong: Jamilah Zakaria (UMNO)
  16. Kamunting: Muhd Fadhil Nuruddin (AMANAH)
  17. Pokok Assam: Leow Thye Yih (DAP)
  18. Aulong: David Nga Kor Ming (DAP)
  19. Chenderoh: Zainun Mat Noor (UMNO)
  20. Lubok Merbau: Jurij Jalaluddin (UMNO)
  21. Lintang: Mohd Zolkafly Harun (UMNO)
  22. Jalong: Loh Sze Yee (DAP)
  23. Manjoi: Asmuni Awi (AMANAH)
  24. Hulu Kinta: Muhamad Arafat Varisai Mahamad (PKR)
  25. Canning: Jenny Choy Tsi Jen (DAP)
  26. Tebing Tinggi: Abdul Aziz Bari (DAP)
  27. Pasir Pinji: Howard Lee Chuan How (DAP)
  28. Bercham: Ong Boon Piow (DAP)
  29. Kepayang: Ko Chung Sen (DAP)
  30. Buntong: Sivasubramaniam Athinarayanan (PBM)
  31. Jelapang: Cheah Pou Hian (DAP)
  32. Menglembu: Chaw Kam Foon (DAP)
  33. Tronoh: Paul Yong Choo Kiong (PBM)
  34. Bukit Chandan: Maslin Sham Razman (UMNO)
  35. Manong: Mohamad Zuraimi Razali (UMNO)
  36. Pengkalan Baharu: Abd Manaf Hashim (UMNO)
  37. Pantai Remis: Wong May Ing (DAP)
  38. Astaka: Teoh Yee Chern (DAP)
  39. Belanja: Khairudin Abu Hanipah (UMNO)
  40. Bota: Khairul Shahril Mohamed (UMNO)
  41. Malim Nawar: Leong Cheok Keng (PBM)
  42. Keranji: Chong Zhemin (DAP)
  43. Tualang Sekah: Nolee Ashilin Mohammed Radzi (BERSATU)
  44. Sungai Rapat: Mohammad Nizar Jamaluddin (AMANAH)
  45. Simpang Pulai: Tan Kar Hing (PKR)
  46. Teja: Sandrea Ng Shy Ching (PKR)
  47. Chenderiang: Ahmad Faizal Azumu (BERSATU)
  48. Ayer Kuning: Samsudin Abu Hassan (UMNO)
  49. Sungai Manik: Zainol Fadzi Paharudin (BERSATU)
  50. Kampong Gajah: Wan Noorashikin Nordin (UMNO)
  51. Pasir Panjang: Yahaya Mat Nor (AMANAH)
  52. Pangkor: Zambry Abdul Kadir (UMNO)
  53. Rungkup: Shahrul Zaman Yahya (UMNO)
  54. Hutan Melintang: Khairuddin Tarmizi (UMNO)
  55. Pasir Bedamar: Terence Naidu (DAP)
  56. Changkat Jong: Mohd Azhar Jamaluddin (UMNO)
  57. Sungkai: Sivanesan Achalingam (DAP)
  58. Slim: Mohd Zaidi Aziz (UMNO)
  59. Behrang: Aminuddin Zulkipli (AMANAH)

Kerajaan: (36) Barisan Nasional (25) Perikatan Nasional (7) Parti Bangsa Malaysia (3) BEBAS (1) Pembangkang: (23) Pakatan Harapan (23)

Keanggotaan Ahli Dewan Negeri dan Dewan Ahli Undangan Negeri di Malaysia mengikut bilangan Parlimen

1ke-2ke-3ke-4ke-5ke-6ke-7ke-8ke-9ke-10ke-11ke-12ke-13ke-14

Dewan Negeri dan Dewan Undangan Negeri di Malaysia
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Wahab Abdul Aziz (1948-1957)
  2. Mohamed Ghazali Jawi (1957-1960)
  3. Shaari Shafie (1960-1964)
  4. Ahmad Said (1964-1970)
  5. Kamaruddin Mohd Isa (1970-1974)
  6. Mohamed Ghazali Jawi (1974-1977)
  7. Wan Mohamed Wan Teh (1977-1983)
  8. Ramli Ngah Talib (1983-1999)
  9. Tajol Rosli Ghazali (1999-2008)
  10. Mohammad Nizar Jamaluddin (2008-2009)
  11. Zambry Abdul Kadir (2009)
  12. Mohammad Nizar Jamaluddin (2009)
  13. Zambry Abdul Kadir (2009-2018)
  14. Ahmad Faizal Azumu (2018-2020)
  15. Ahmad Faizal Azumu (2020)
  16. Saarani Mohamad (2020-2022)
  17. Saarani Mohamad (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional, Kerajaan Keluarga Malaysia dan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan dan
Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional di peringkat Negeri Sabah
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha Agung
Zambry Abdul Kadir (UMNO)
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Wakil Parti
UMNO
MCA
MIC
PBRS
Pengarah Komunikasi
Setiausaha Eksekutif
Mohamad Sahfri Ab Aziz (UMNO)
Jawatankuasa Penyelaras Negeri
Pengerusi
Parti Komponen
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Nurul Amal Mohd Fauzi
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Presiden
Timbalan Presiden
Setiausaha Agung
Naib Presiden
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Bendahari Agung
Pengerusi Biro Penerangan
Chan Quin Er
Kongres India Malaysia (MIC)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Rajasekaran Thiyagarajan
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Mohana Muniandy Raman
Bendahari Agung
Amrit Kaur Manjeet Singh
Ketua Penerangan
Gunalan Velu
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Pemuda
Edwin Laimin
Ketua Wanita
Zainon Kayum Khan
Bendahari Agung
Edward Yong Set Fung
Ketua Penerangan
Freddie Sua
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
  • Zambry Abdul Kadir (UMNO)
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Aziz Ariffin (UMNO) - Seruandi Saad (UMNO)
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Mantan Perdana Menteri
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Zambry Abdul Kadir (UMNO)
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Mantan Menteri Besar
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Parti Politik
Parti Komponen
Gabungan
Parti Sokongan
Didahului oleh
Parti Perikatan (1952-1973)
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Parti komponen Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi (Dipilih)
Ahli Majlis Tertinggi (Dilantik)
Abdul Rahman Mohamad - Rosni Sohar - Arman Azha Abu Hanifah - Yaakub Khan - Norliza Abdul Rahman - Mohd Rais Mohd Yasin - Nurul Amal Mohd Fauzi - Mohd Puad Zarkashi - Johan Abd Aziz - Shaik Hussein Mydin - Yakubah Khan - Mohd Razlan Rafii - Rizam Ismail
Perhubungan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Parlimen Malaysia
Dewan Negara
Penjawat Dewan
Timbalan Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Lantikan Agong
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Lantikan Agong
Lantikan Negeri
Pahang
Perlis
Johor
Melaka
Kedah
Dewan Rakyat
Anggota Kerajaan
Persekutuan
Perdana Menteri
Menteri Kanan
Menteri
Timbalan Menteri
Penyokong Kerajaan
Ketua Whip
Dewan Undangan Negeri
Pahang
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perlis
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
  • Nurulhisham Yaakob
  • Rozieana Ahmad
  • Hamizan Hassan
  • Azizan Sulaiman
  • Siti Berenee Yahaya
  • Asmaiza Ahmad
  • Ruzaini Rais
Penyokong Kerajaan
Melaka
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Timbalan Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Ketua Menteri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Johor
Penjawat Dewan
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Perak
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Ketua Majlis
Anggota Kerajaan
Negeri
Menteri Besar
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Sabah
Penjawat Dewan
Yang di-Pertua
Anggota Kerajaan
Negeri
Timbalan Ketua Menteri
Menteri
Pembantu Menteri
Penyokong Kerajaan
Dipilih
Dilantik
Kedah
Anggota Kerajaan
Negeri
Ahli Majlis Mesyuarat
Penyokong Kerajaan
Kelantan
Penyokong Kerajaan
Terengganu
Penyokong Kerajaan
Negeri Sembilan
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Selangor
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Pulau Pinang
Pembangkang
Ketua Pembangkang
Gabungan Politik
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Barisan Nasional (2013-2015)
Parti yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Dewan Tertinggi
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Dewan Tertinggi
Setiausaha Eksekutif
Badan Penyelaras Negeri
Pengerusi Badan Penyelaras Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
  • Zambry Abdul Kadir
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sarawak
Sabah
Kerajaan Persekutuan
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri
Timbalan Menteri
Kabinet Malaysia
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (2013-2016)
Sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional yang membentuk Kerajaan Barisan Nasional
Majlis Tertinggi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Puteri
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Ahli Majlis Tertinggi
Dipilih
Dilantik
Turut Hadir
Majlis Perhimpunan Agung
Pengerusi Tetap
Timbalan Pengerusi Tetap
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti
Pengerusi Lembaga Disiplin
Pengerusi Tribunal Disiplin
Pengerusi Panel Rayuan
Setiausaha Kerja
Badan Perhubungan Negeri
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri
Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak
  • Zambry Abdul Kadir
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Kelantan
Terengganu
  • Ahmad Said
Sabah
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Belanda