Acer Inc.

Acer Inc.
宏碁股份有限公司
Ibu pejabat di Taipei Baru, Taiwan
Nama asli宏碁股份有限公司
Nama dahuluMultitech (1976–1987)
Jenis/bentuk sahAwam
Didagangkan sebagaiTWSE: 2353
LSE: ACID
ISINTW0002353000 Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkakasan komputer
Elektronik
Ditubuhkan1 Ogos 1976; 47 tahun yang lalu (1976-08-01)
PengasasStan Shih
Carolyn Yeh
George Huang
Ibu pejabatXizhi, Taipei Baru, Taiwan
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Stan Shih (Pengerusi kehormat)
  • George Huang (Pengerusi)
  • Jason Chen (CEO dan Presiden)
KeluaranDesktops, laptops, netbooks, servers, smartphones, tablet computers, storage, handhelds, monitors, televisions LED, LCD & Plasma, video projectors, e-business
Hasil NT$237.275 billion (2017)[1]
Pendapatan kendalian NT$3.670 bilion (2017)
Pendapatan bersih NT$2.797 bilion (2017)
Jumlah aset NT$157.613 bilion (2017)
Jumlah ekuiti NT$57.319 bilion (2017)
Bilangan kakitangan7,967 (2015)[2]
Anak syarikatGateway, Inc. (now-defunct)
Packard Bell
eMachines (now-defunct)
Escom (now-defunct)
Tapak webwww.acer.com
Facebook: Acer Twitter: Acer Instagram: acerglobal LinkedIn: acer Youtube: UCEMyzN5qerPhb-epGMeiwFw Youtube: acertaiwan Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Acer (LSE: ACID) ialah sebuah syarikat Taiwan yang mengeluarkan komputer meja dan komputer peribadi bimbit (komputer riba), pelayan dan storan, peranti paparan, persisian, serta juga penyelesaian e-perniagaan untuk sektor-sektor perniagaan, kerajaan, pendidikan, dan pengguna rumah. Ia memiliki Acerland, rantaian kedai runcit komputer francais yang terbesar di Taiwan.[3] Ibu pejabat dunianya berpusat di Bandaraya Hsichih, Taiwan.

Sejarah ringkas

Acer pada asalnya diasaskan dengan nama Multitech oleh Stan Shih, isterinya Carolyn Yeh, dan lima orang yang lain. Syarikat itu bermula pada tahun 1976 dengan 11 orang pekerja dan modal sebanyak AS25,000. Pada asalnya, Multitech terutamanya merupakan sebuah pengedar bahan-bahan elektronik dan perunding dalam penggunaan teknologi mikropemproses. Ia kemudian dinamai semula sebagai Acer pada tahun 1987.

Pada tahun 2000, Acer mengasingkan operasi pengilangannya (sebagai Perbadanan Wistron) untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan penjenamaan. Dalam membuat keputusan untuk mendukung penjualan barisan-barisan keluarannya melalui kegiatan-kegiatan pemasaran yang khusus dan penggunaan saluran-saluran pengedarannya dengan paling cekap, Acer berkembang di seluruh dunia sementara tenaga buruhnya mengecut.

Misalnya pada tahun 2002, Kumpulan Acer menggaji 39,000 orang yang mendukung para peniaga dan pengedar di melebihi 100 buah negara. Hasilnya mencapai AS$12.9 bilion pada tahun itu. Menjelang tahun 2005, jumlah pekerja Acer di seluruh dunia telah turun sehingga 7,800 sementara rangkaian penjualan dan perkhidmatan sejagatnya dikekalkan. Hasilnya adalah AS$4.9 bilion pada tahun 2003 [4] dan AS$11.31 bilion pada tahun 2006. Bahagian pasaran Acer di Amerika Utara telah merosot pada beberapa tahun kebelakangan ini, manakala bahagian pasaran Eropahnya meningkat.[5]

Di Eropah pada tahun 2001, Acer menjalin sebuah hubungan yang amat menonjolkan dengan pasukan Formula Satu Ferrari serta juga dengan Prost Grand Prix, bekas pasukan F1. Selain daripada mengeluarkan sebarisan komputer riba premium dengan jenama Ferrari, Acer baru-baru ini juga memperluas ruang lingkup hubungannya dengan Ferrari melalui penajaan pasukan Formula Satu Ferrari sehingga tahun 2008. Selain itu, Acer baru-baru ini juga memperkenalkan barisan keluaran Ferrarinya ke Amerika Utara, dan mengeluarkan sebarisan peranti pembantu digital peribadi (PDA) yang berjenama Ferrari.

Acer kini ditempatkan sebagai penjual komputer peribadi berjenama yang ketiga terbesar di dunia, dan baru-baru ini juga mengatasi Lenovo.[6]

Penajaan

Acer menjadi penaja untuk pasukan Formula Satu BAR-Honda pada tahun 2000.[7] Pada tahun 2001, Acer menjadi peneja untuk Prost Grand Prix, dan enjin yang digunakan oleh mereka, iaitu Ferrari, dinamakan semula sebagai Acer.

Lihat juga

  • ACC
  • ALi, dahulunya Acer Laboratories Incorporated
  • AOpen, dahulunya AcerOpen
  • BenQ, dahulunya Acer CM
  • Senarai pengilang sistem komputer
  • Senarai syarikat di Taiwan

Rujukan

  1. ^ https://static.acer.com/up/Resource/AcerGroup/Investor_Relations/Annual_Reports/20180529/2017_Acer_AnnualReport_EN.pdf
  2. ^ "Forbes Global 2000 #1131: Acer". Fortune. April 2016. Dicapai pada 14 July 2016.
  3. ^ "Tentang Acer - Peristiwa-peristiwa Penting". Acer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-08. Dicapai pada 2007-07-07.
  4. ^ "Gianfranco Lanci dilantik sebagai Presiden Acer Inc., mulai dari Januari 2005" (PDF). Acer. 2004-09-01. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-04-03. Dicapai pada 2007-04-27.
  5. ^ "Pasaran komputer peribadi yang berkembang dengan mendadak pada tahun 2005 akan menjadi stabil pada tahun 2006". cnet. 2006-01-18. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-12. Dicapai pada 2007-07-07.
  6. ^ "Daya usaha pemasaran yang terkini oleh pembuat-pembuat komputer riba". The National Post. 2007-06-08. Dicapai pada 2007-07-07.
  7. ^ "About Acer – News Release". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-24. Dicapai pada 2013-05-12.

Pautan luar

  • (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: Acer Incorporated secara ringkas[pautan mati kekal]
  • Laman web rasmi Acer
  • Forum Cari: Profil Korporat Acer Sales & Services Sdn Bhd[pautan mati kekal]
  • l
  • b
  • s
Syarikat teknologi maklumat utama
Perisian
Adobe · Apple · CA · Compuware · Corel · IBM · Idealab · Intuit · Microsoft · Oracle · PTC · Red Hat · SAP · Sun Microsystems
Perkakasan
Rangkaian
Dot Com
Amazon · AOL · eBay · Google · Yahoo!
Paparan
Acer · BenQ · LG · Samsung · Sharp · Sony · Toshiba · Trident Microsystems · ViewSonic
Permainan
Activision Blizzard · Capcom · EA · Infogrames · Microsoft · Nintendo · Sega · Sony · Take-Two Interactive · Valve Corporation
Keselamatan
AVG Technologies · ESET · F-Secure · Kaspersky · McAfee · SOFTWIN · Sophos · Symantec · Trend Micro
Perkakasan celular
  • l
  • b
  • s
Syarikat peranti mudah alih utama
Syarikat dengan hasil tahunan sebayak AS$3 bilion
Lihat juga
Syarikat IT terbesar
Kategori:Syarikat teknologi mudah alih
Kategori:Pengilang telefon bimbit
  • l
  • b
  • s
Syarikat perkakasan kerangka utama, pelayan dan komputer peribadi utama
Syarikat dengan hasil tahunan sebanyak AS$3 bilion
Komputer peribadi
dan pelayan
Pelayan sahaja
Kerangka utama
Lihat juga
Syarikat IT terbesar
Senarai pengilang perkakasan komputer
Kategori:Syarikat pengilang perkakasan komputer rumah
Kategori:Perkakasan pelayan
Kategori:Komputer kerangka utama
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat