Api Pecah Gedung

Api Pecah Gedung
اڤي ڤچه ݢدوڠ
TarikhSyawal 1300 H (Ogos 1883 (1883-08) M[1])
LokasiKuala Terengganu, Kesultanan Terengganu
Koordinat5°20′05″N 103°08′15″E / 5.33472°N 103.13750°E / 5.33472; 103.13750Koordinat: 5°20′05″N 103°08′15″E / 5.33472°N 103.13750°E / 5.33472; 103.13750
Harta benda rosak
1,600 buah rumah

Peristiwa Api Pecah Gedung (Jawi: اڤي ڤچه ݢدوڠcode: ms is deprecated ) merupakan sebuah kebakaran yang berlaku pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1299 H/1881 M – 1337 H/1918 M) pada pertengahan bulan Ogos 1883 M bersamaan bulan Syawal 1300 H di Kuala Terengganu. Kebakaran ini yang merupakan terbesar dalam sejarah Terengganu telah memusnahkan sebanyak 1,600 buah rumah. Nama "Api Pecah Gedung" diambil sempena banyaknya gedung simpanan ubat bedil yang musnah terbakar. Kebakaran ini turut memusnahkan istana kesultanan Terengganu ketika itu iaitu Istana Hijau.

Istana Hijau antara bangunan yang musnah dalam kebakaran.

Tindak balas

Khabar kebakaran ini telah disampaikan oleh seorang nakhoda Melayu pada hari Rabu, 29 Ogos 1883 serta disahkan oleh Kapten Hide yang dimaklumkan akan kebakaran tersebut ketika kapal beliau dikunjungi seorang nelayan di luar persisiran laut di timur Terengganu semasa salah sebuah pelayaran beliau.[1]

Kerajaan Siam telah memberi bantuan berupa wang sebanyak 30 kati (bersamaan 1,440 dolar) melalui Konsulat Siam iaitu Kapitan Tan Kim Ching [en] (陳金鐘; 16 Oktober 1829 – 27 Februari 1892).[2] Gabenor Singapura pula bersetuju memberi sumbangan sebanyak 2,000 dolar kepada mangsa kebakaran setelah menerima sepucuk surat daripada baginda sultan Terengganu yang menerangkan keadaan serta kerugian akibat kebakaran tersebut.[3] Baginda Sultan Zainal Abidin III telah memberi bantuan berupa wang dan pakaian kepada pembesar dan kerabat DiRaja.

Rujukan

  1. ^ a b "Tidak betajuk". The Straits Times. 31 Ogos 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
  2. ^ "Tidak bertajuk". The Straits Times. 15 September 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.
  3. ^ "Shorthand Report of the Legislative Council". Straits Times Weekly Issue. 11 Oktober 1883. Dicapai pada 30 November 2020 – melalui NewspaperSG.

Buku

  • l
  • b
  • s
Bendera Terengganu Terengganu Darul Iman Lambang Terengganu
Daerah
Kuala Terengganu • Hulu TerengganuBesutSetiuMarangDungunKemamanKuala Nerus
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Api Pecah Gedung
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih

Ikon tunas

Rencana sejarah ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s