Jambatan Sultan Mahmud

Jambatan Sultan Mahmud
جمبتن سلطان مهمود
Gambar yang diambil pada tahun 2017
Koordinat5°19′28″N 103°07′28″E / 5.32438°N 103.124572°E / 5.32438; 103.124572Koordinat: 5°19′28″N 103°07′28″E / 5.32438°N 103.124572°E / 5.32438; 103.124572
MembawaKenderaan bermotor, basikal
MenyeberangiSungai Terengganu
Lokasi Jalan Tengku Mizan,
Kuala Terengganu
Nama rasmiJambatan Sultan Mahmud
Nama lainJambatan Duyung, Jambatan Pulau Duyong, Jambatan Sungai Terengganu
Dinamakan sempenaSultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
PenyelenggaraJabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Kuala Terengganu
Ciri-ciri
Reka bentukbox girder
BahanKonkrit
Panjang keseluruhan13 km (2047.149 batu)[1]
Boleh dilalui?Ya
Bilangan lorong4
Sejarah
Pereka bentukKerajaan Persekutuan Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Dibina olehJabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Dirasmikan11 Mac 1990[2]
Perangkaan
TolDimansuhkan pada tahun 1999
Lokasi
Map
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Jambatan Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai Jambatan Duyong merupakan sebatang jambatan yang terletak di tengah-tengah Sungai Terengganu di Terengganu, Malaysia.

Jambatan ini dikenali sebagai Jambatan Duyong kerana ia merentasi Pulau Duyong, Taman Tamadun Islam (TTI) dan replika 'ALLAH SELAMATKAN TERENGGANU' di atas Bukit Besar dapat dilihat ketika merentasi jambatan ini.

Jambatan ini merupakan sebahagian daripada Laluan Persekutuan Malaysia 65 serta mempunyai dua laluan sehala.[4]Terdapat plaza tol di bahagian tengah jambatan tersebut namun telah dihentikan operasinya pada tahun 2000. Jambatan ini juga terletak di bahagian barat daya Istana Maziah.[5]

Jambatan Sultan Mahmud mempunyai 3 bahagian iaitu pertama, Jambatan Selatan yang menghubungkan kawasan tebing selatan Sungai Terengganu hingga ke Pulau Duyong. Kedua, Jambatan Utara No.1 menghubungkan kawasan Pulau Besar dan tebing utara Sungai Terengganu dan yang ketiga pula, Jambatan Utara No.2 menghubungkan kawasan Pulau Duyong dan Pulau Besar.[6]

Had laju Jambatan Sultan Mahmud ialah 90 kilometer sejam (km/j).[7] Tambahan pula, jambatan itu dilengkapi dengan papan maklumat LED. Selain itu, jambatan ini juga menjadi tempat tumpuan untuk sebarang acara tahunan seperti Larian Jambatan Sultan Mahmud 2012.

Sejarah

Pada asalnya, jambatan ini ingin dibina di antara Tanjung dan Seberang Takir. Tetapi, apabila mengambil kira faktor kemudahan penduduk terutama penduduk di Pulau Duyong yang tidak dihubungkan dengan jalanraya maka jambatan tersebut dianjak untuk menghubungkan Padang Hiliran ke Seberang Tuan Chik melalui Pulau Duyong.

Sebelum jambatan tersebut dibina, para penduduk Pulau Duyong meletakkan kenderaan mereka di sekitar Pasar Besar Kedai Payang dan Kedai Binjai dan menaiki bot penambang ke kampung halaman mereka.[8]

Kadar tol sebelum dimansuhkan ialah 50 sen sehala bagi kereta dan van, RM1 bagi lori dan bas sementara lori berganda RM2. Beberapa pekerja tol masih lagi menjaga lalulintas di situ kerana berlaku kesesakan yang berpunca dari orang ramai yang belum mengetahui berita pemansuhan tol tersebut. Majoriti pemandu yang melalui kedua-dua belah laluan plaza tol itu membunyikan hon kenderaan masing-masing serta mengangkat tangan sebagai tanda bagus dan perasaan gembira di atas pemansuhan kutipan tol.

Pada permulaannya, kutipan tol itu hanya dikenakan kepada kenderaan yang bergerak dari arah pekan Batu Enam menghala ke bandar Kuala Terengganu. Bagaimanapun, bayaran tol di jambatan itu ditambah bagi kedua-dua laluan iaitu Batu Enam-Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu-Batu Enam pada 1993.[9]

Tol Jambatan Sultan Mahmud telah dihapuskan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) selepas beberapa minggu memerintah Terengganu pada tahun yang berlangsungnya Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU 1999).[10]

JKR Terengganu merupakan pengendali terdahulu Jambatan Sultan Mahmud FT65 disebabkan ianya merupakan projek kerajaan Negeri Terengganu. Jambatan tersebut diwartakan semula sebagai Jalan Persekutuan selepas pemansuhan tol jambatan tersebut oleh kerajaan baharu Terengganu pimpinan PAS pada pasca PRU 1999 tanpa mengambil kira status hutang jambatan itu.[11]

Rujukan

  1. ^ Panjang jambatan
  2. ^ Pulau Duyong dan Sejarahnya
  3. ^ Penyata Rasmi Parlimen 1989
  4. ^ Jambatan Sultan Mahmud di Google Maps
  5. ^ "Sultan Mahmud Bridge". Mapcarta. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  6. ^ Tol Di Jambatan Kuala Terengganu
  7. ^ Had laju Jambatan Sultan Mahmud
  8. ^ Facebook Friends Of JKR
  9. ^ Tol dihapuskan - BERNAMA
  10. ^ "DAP Disaran Tiru Cara PAS Urus Tol Terengganu". Malaysia Today. 26 Januari 2017. Dicapai pada 13 Mei 2024.
  11. ^ Nostalgia Jambatan Sultan Mahmud FT65 1989

Pautan luar

  • Gambar jambatan hampir siap dibina yang diambil pada tahun 1989
  • Sambutan Penduduk Duyong Ketika Perasmian Jambatan Sultan Mahmud
  • Gambar Sambutan Penduduk Pulau Duyong Semasa Perasmian Jambatan Sultan Mahmud 1990
  • l
  • b
  • s
Daerah
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih