Hussein Onn

حسين عونcode: ms is deprecated
Malaysia Perdana Menteri Malaysia ke-3Digelar sebagai
Bapa PerpaduanDalam jawatan
15 Januari 1976 – 16 Julai 1981RajaSultan Yahya Petra (1975 - 1979)
Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)TimbalanTun Dr. Mahathir Mohamad (1976 - 1981)Didahului oleh Tun Abdul Razak HusseinDigantikan oleh Tun Dr. Mahathir MohamadTimbalan Perdana Menteri Malaysia ke-3Dalam jawatan
13 Ogos 1973 – 15 Januari 1976RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (1970 - 1975)
Sultan Yahya Petra (1975 - 1979)Perdana MenteriTun Abdul Razak HusseinDidahului olehTun Dr. Ismail Abdul RahmanDigantikan olehTun Dr. Mahathir Mohamad Butiran peribadiLahirHussein bin Onn
(1922-02-12)12 Februari 1922
Johor Bahru, Johor, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia)Meninggal dunia29 Mei 1990(1990-05-29) (umur 68)
San Francisco, California, Amerika SyarikatSebab kematianSerangan jantungTempat persemadianMakam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala LumpurKewarganegaraanMalaysiaKerakyatanMelayuParti politik UMNO
Barisan Nasional
UMNOPasanganTun Suhailah Tan Sri Mohamed Noah (k. 1948)Anak-anakDatin Roquaiya Hanim
Puan Sri Dr. Suraiya Hani
Rozia Hanis
Dato' Seri Hishammuddin
Dr. Rozita Halina
Dato' Haris OnnIbuDatin Halimah HusseinBapaDato' Onn JaafarHubunganDato' Jaafar Haji Muhammad (datuk)
Tan Sri Mohamed Noah Omar (bapa mentua)
Tun Abdul Razak Hussein (biras)
Tun Rahah Mohamed Noah (adik ipar)
Tan Sri Dato' Mohd Ghazali Mohd Seth (adik ipar)
Tun Dr. Awang Hassan (besan)
Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz (sepupu)
Tan Sri Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (sepupu)
Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Alatas (sepupu)
Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang (menantu)
Datuk Onn Hafiz Ghazi (cucu)KediamanSeri TamanPendidikanEnglish College Johor BahruAlma materMaktab Tentera Sandhurst, Dehradun, India
Lincoln's Inn, LondonPekerjaanMenteri, Ahli PolitikProfesionPeguam

Tun Hussein bin Dato' Onn (Jawi: حسين بن عونcode: ms is deprecated ; 12 Februari 1922 – 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada Dato' Onn Jaafar yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya bernama Datin Halimah Hussein.

Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan. Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin, Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.

Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia) pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa. Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Politik

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak. Beliau kembali ke politik untuk menyertai UMNO pada tahun 1968 selepas dipujuk oleh Tun Abdul Razak yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri Pelajaran oleh Abdul Razak Hussein. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Ismail Abdul Rahman. Apabila Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ketiga dari 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981.

Hussein Onn menghembuskan nafas terakhir pada 29 Mei 1990, sewaktu berumur 68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung dan disemadikan pada 1 Jun di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Garis masa

  • 1922: Dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari.
  • 1942: Terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin dan Iraq.
  • 1945: Pulang ke tanah air dan dilantik sebagai Komandan Polis Johor Bahru.
  • 1946: Menyertai ayahandanya dalam bidang politik apabila Dato’ Onn bin Jaafar menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
  • 1950: Dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama; juga dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan disamping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri Johor.
  • 1951: Menyertai ayahandanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent of Malaya Party (IMP) dan kemudiannya Parti Negara.
  • 1958: Mendapat ijazah undang-undang di Lincoln's Inn, England.
  • 1964: Menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak, Yang DiPertua UMNO
  • 1969: Dilantik sebagai ahli jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO) pada Jun.
  • 1970: Menjadi Menteri Pelajaran pada September.
  • 1972: Dipilih sebagai Naib Presiden UMNO
  • 1973: Dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden pada 8 Ogos oleh Majlis Tertinggi UMNO berikutan kematian Ismail. Juga dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos dan memegang portfolio Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
  • 1976: Disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO berikutan kematian Tun Razak. Menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 15 Januari.
  • 1981: Menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri dari kepimpinan negara. Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri negara pada Julai 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh Mahathir Mohamad.
  • 1990: Pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung.
  • l
  • b
  • s
Hussein Onn
Keluarga
Ibu bapa
Onn Jaafar (bapa) dan Halimah Hussein (ibu)
Isteri
Suhailah Mohamed Noah
Anak
Roquaiya Hanim • Suraiya Hanim • Rozia Hanis • Hishamuddin • Rozita Halina • Haris Onn
Cucu
Saudara
Jawatan disandang
Didahului: Abdul Razak Hussein • Digantikan: Mahathir Mohamad
Buku Wikipedia Buku
Jawatan
Rencana berkenaan Hussein Onn
  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
  1. Kedah Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957-1970)  
  2. Pahang Abdul Razak Hussein (1970-1976)  
  3. Johor Hussein Onn (1976-1981)  
  4. Kedah Mahathir Mohamad (1981-2003)  
  5. Pulau Pinang Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)  
  6. Pahang Najib Razak (2009-2018)  
  7. Kedah Mahathir Mohamad (2018-2020)  
  8. Johor Mahiaddin Md Yasin (2020-2021)  
  9. Pahang Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Pulau Pinang Anwar Ibrahim (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Pahang Abdul Razak Hussein  (1957-1970)
  2. Johor Ismail Abdul Rahman  (1970-1973)
  3. Johor Hussein Onn  (1973-1976)
  4. Kedah Mahathir Mohamad  (1978-1981)
  5. Johor Musa Hitam  (1981-1986)
  6. Melaka Abdul Ghafar Baba  (1986-1993)
  7. Pulau Pinang Anwar Ibrahim  (1993-1998)
  8. Pulau Pinang Abdullah Ahmad Badawi  (1999-2003)
  9. Pahang Mohd Najib Abdul Razak  (2004-2009)
  10. Johor Mahiaddin Md Yasin  (2009-2015)
  11. Perak Ahmad Zahid Hamidi  (2015-2018)
  12. Selangor Wan Azizah Wan Ismail  (2018-2020)
  13. Pahang Ismail Sabri Yaakob  (2021)
  14. Perak Ahmad Zahid Hamidi  (2022-kini)
  15. Sarawak Fadillah Yusof  (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Henry Lee Hau-shik (1957-1959)
  2. Tan Siew Sin (1959-1974)
  3. Hussein Onn (1974-1976)
  4. Tengku Razaleigh Tengku Hamzah (1976-1984)
  5. Abdul Daim Zainuddin (1984-1991)
  6. Anwar Ibrahim (1991-1998)
  7. Mahathir Mohamad (1998-1999)
  8. Mustapa Mohamed (1998-1999)
  9. Abdul Daim Zainuddin (1999-2001)
  10. Mahathir Mohamad (2001-2003)
  11. Jamaluddin Mohd Jarjis (2002-2004)
  12. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2008)
  13. Nor Mohamed Yakcop (2004-2009)
  14. Mohd Najib Abdul Razak (2009-2018)
  15. Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (2009-2016)
  16. Johari Abdul Ghani (2016-2018)
  17. Lim Guan Eng (2018-2020)
  18. Tengku Zafrul (2020-2022)
  19. Anwar Ibrahim (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Razak Hussein (1957-1970)
  2. Hamzah Abu Samah (1973-1974)
  3. Mustapha Harun (1974)
  4. Abdul Razak Hussein (1974-1976)
  5. Hussein Onn (1976-1978)
  6. Abdul Taib Mahmud (1978-1979)
  7. Hussein Onn (1979-1981)
  8. Mahathir Mohamad (1981-1986)
  9. Abdullah Ahmad Badawi (1986-1987)
  10. Mohd Najib Abdul Razak (1990-1995)
  11. Syed Hamid Albar Syed Jaafar Albar (1990-1995)
  12. Mohd Najib Abdul Razak (1999-2008)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (2008-2009)
  14. Ahmad Zahid Hamidi (2009-2013)
  15. Hishammuddin Hussein (2013-2018)
  16. Mohamad Sabu (2018-2020)
  17. Ismail Sabri Yaakob (2020-2021)
  18. Hishammuddin Hussein (2021-2022)
  19. Mohamad Hasan (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Razak Hussein (1955-1957)
  2. Mohamed Khir Johari (1957-1960)
  3. Abdul Rahman Talib (1960-1962)
  4. Abdul Hamid Khan (1962-1964)
  5. Abdul Rahman Talib (1964-1965)
  6. Mohamed Khir Johari (1965-1969)
  7. Abdul Rahman Ya'kub (1969-1970)
  8. Hussein Onn (1970-1973)
  9. Mohamed Yaacob (1973-1974)
  10. Mahathir Mohamad (1974-1978)
  11. Musa Hitam (1978-1981)
  12. Sulaiman Daud (1981-1984)
  13. Abdullah Ahmad Badawi (1984-1986)
  14. Anwar Ibrahim (1986-1991)
  15. Sulaiman Daud (1991-1995)
  16. Mohd Najib Tun Abdul Razak (1995-1999)
  17. Musa Mohamad (1999-2004)
  18. Hishammuddin Hussein (2004-2009)
  19. Muhyiddin Yassin (2009-2015)
  20. Idris Jusoh (2013-2015)
  21. Mahdzir Khalid (2015-2018)
  22. Maszlee Malik (2018-2020)
  23. Mohd Radzi Md Jidin (2020-2022)
  24. Fadhlina Sidek (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
  1. Tan Siew Sin (1957-1959)
  2. Ismail Abdul Rahman (1959)
  3. Mohamed Khir Johari (1959-1962)
  4. Lim Swee Aun (1962-1969)
  5. Ismail Abdul Rahman (1973)
  6. Hussein Onn (1973-1974)
  7. Hamzah Abu Samah (1974-1977)
  8. Mahathir Mohamad (1978-1981)
  9. Tengku Ahmad Rithauddeen (1981-1984)
  10. Tengku Razaleigh Hamzah (1984-1987)
  11. Rafidah Aziz (1987-2008)
  12. Muhyiddin Yassin (2008-2009)
  13. Mustapa Mohamed (2009-2018)
  14. Ong Ka Chuan (2015-2018)
  15. Darell Leiking (2018-2020)
  16. Mohamed Azmin Ali (2020-2022)
  17. Tengku Zafrul (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Kepimpinan Islam Peringkat Persekutuan di Malaysia
Ketua Agama Islam Peringkat Persekutuan : Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
  1. Tunku Abdul Rahman (1968-1970)
  2. Abdul Razak Hussein (1970-1976)
  3. Hussein Onn (1976-1981)
  4. Mahathir Mohamad (1981-2003)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009)
  6. Najib Razak (2009-2018)
  7. Mahathir Mohamad (2018-2020)
  8. Muhyiddin Yassin (2020-2021)
  9. Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)
  10. Sultan Sharafuddin Idris Shah (2022-kini)
Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Asri Muda (1973-1976)
  2. Mohamed Nasir (1978-1982)
  3. Abdullah Ahmad Badawi (1982-1984)
  4. Abdul Ajib Ahmad (1986-1987)
  5. Mohd Yusof Noor (1987-1990)
  6. Abang Abu Bakar Abang Mustapha (1990-1995)
  7. Abdul Hamid Othman (1995-1999)
  8. Abdul Hamid Zainal Abidin (2001-2004)
  9. Abdullah Md. Zin (2004-2008)
  10. Ahmad Zahid Hamidi (2008-2010)
  11. Jamil Khir Baharom (2010-2018)
  12. Mujahid Yusuf Rawa (2018-2020)
  13. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2020-2021)
  14. Idris Ahmad (2021-2022)
  15. Mohd Na'im Mokhtar (2022-kini)
Timbalan Menteri
Portfolio Agama Islam
  1. Wan Abdul Kadir Ismail (1973-1974)
  2. Kamaruddin Mohamed Isa (1974-1982)
  3. Anwar Ibrahim (1982-1983)
  4. Mohd Yusof Noor (1984-1987)
  5. Abdul Hamid Othman (1990-1995)
  6. Mashitah Ibrahim (2008-2013)
  7. Asyraf Wajdi Dusuki (2015-2018)
  8. Fuziah Salleh (2018-2020)
  9. Ahmad Marzuk Shaary (2020-2022)
  10. Zulkifli Hasan (2023 - kini)
Ketua Hakim Syarie
  1. Sheikh Ghazali Abdul Rahman (1998-2009)
  2. Ibrahim Lembut (2009-2017)
  3. Mukhyuddin Ibrahim (2017-2019)
  4. Mohd Na'im Mokhtar (2019-2022)
  5. Mohd Amran Mat Zain (2023 - kini)
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Pengerusi Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
  1. Abdul Jalil Hassan (1970-1990)
  2. Abdul Halim Othman (1991-1992)
  3. Tajudin Abdul Rahman (1994-1999)
  4. Ismail Ibrahim (2000-2005)
  5. Abdul Shukor Husin (2005-2017)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2017-2022)
  7. Nooh Gadut (2022-kini)
Mufti Wilayah Persekutuan
  1. Abdul Mohsein Salleh (1971-1984)
  2. Othman Ibrahim (1986-1991)
  3. Abdul Kader Talip (1991-1997)
  4. Md Hashim Yahaya (1997-2003)
  5. Mohammad Yusoff Hussain (2003-2006)
  6. Wan Zahidi Wan Teh (2006-2014)
  7. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2014-2020)
  8. Luqman Abdullah (2020-kini)
Imam Besar Masjid Negara
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Jerman
  • Amerika Syarikat
Lain-lain
  • Aplikasi Berfaset Terminologi Subjek