Ketumbar

Ketumbar
Pengelasan saintifik
Alam:
Plantae
(tanpa pangkat):
Angiosperma
(tanpa pangkat):
Eudikota
(tanpa pangkat):
Asterida
Order:
Apiales
Keluarga:
Apiaceae
Genus:
Coriandrum
Spesies:
C. sativum
Nama binomial
Coriandrum sativum
L.
Daun ketumbar mentah
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 95 kJ (23 kcal)
Karbohidrat 4 g
- Serabut diet 3 g
Lemak 0.5 g
Protein 2 g
Vitamin A setara 337 μg (42%)
Vitamin C 27 mg (33%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.

Ketumbar (Jawi: كتومبرcode: ms is deprecated , nama saintifik: Coriandrum sativum) ialah sejenis tumbuhan herba semusim yang tergolong dalam famili Apiaceae. Ketumbar berasal dari Eropah Selatan, Afrika Utara dan Asia Barat Daya. Ketumbar adalah tumbuhan lembut dan tidak berbulu yang boleh bertumbuh hingga ketinggian 50 cm [20 inci]. Daun-daunnya berbagai-bagai bentuknya, yaitu bercuping luas pada tapak tumbuhan, dan lembut lampai pada aras batang berbunga yang lebih tinggi. Bunga-bunganya dibawa dalam umbel kecil berwarna putih atau merah jambu pudar, tak bersimetri, kelopak-kelopaknya yang menjauhi pusat umbel lebih panjang (5-6 mm) berbanding kelopak-kelopak yang tumbuh ke arah umbel (1-3 mm). Buahnya merupakan skizokarpa kering berbentuk bulat yang berdiameter 3-5 mm.

Kegunaan

Semua bahagian tumbuhan ketumbar boleh dimakan, terutamanya daun segar dan benih keringnya yang sering dijadikan bahan masakan. Ketumbar menjadi ramuan biasa dalam masakan Timur Tengah, Asia Tengah, Mediterranean, Asia Selatan, Mexico, Texas, Amerika Latin, Cina, Afrika dan Asia Tenggara. Ketumbar juga digunakan untuk membuat minuman keras witbier dari Belgium.[1]

Daun

Daun ketumbar lain rasanya dari benihnya, yaitu lebih banyak rasa sitrus. Ada orang yang menjauhi daun ketumbar kerana rasa "bersabun" atau bau hamis. Kepercayaan bahawa perasaan ini ditentukan secara genetik mungkin timbul dari kelainan genetik pencerapan rasa kimia sintetik phenylthiocarbamide; namun, tiadanya hubungan terperinci antara ketumbar dan gen pencerapan rasa pahit yang dapat disahkan.[2]

Daun ketumbar segar dijadikan ramuan untuk pembuatan pelbagai masakan Asia Selatan (khususnya catni), hidangan Cina dan juga salsa dan guacamole yang khusus dari Mexico. Daun ketumbar mentah yang dicincang dijadikan hiasan masakan seperti dal dan kari sejurus sebelum disajikan kerana jika dimasak, haba akan cepat mengurangkan rasa ketumbar. Dalam resipi India dan Asia Tengah, daun ketumbar digunakan dalam bilangan besar dan dimasak hingga hilang rasanya.[3]) Daun ketumbar cepat rusak apabila dipetik dari tumbuhan, dan hilang baunya apabila dikeringkan atau dibekukan.

Buah ketumbar kering.
Biji ketumbar.

Buah

Buah ketumbar kering dipanggil biji ketumbar. Biji ketumbar apabila dihancurkan rasanya seperti limau karena hadirnya terpena linalool dan pinena. Biji ketumbar bersifat hangat, kekacangan, berempah, dan macam oren.

Biji ketumbar biasanya didapati dalam bentuk penuh dan kisar. Biji ketumbar penuh boleh dipanggang atau dipanaskan dalam kuali kering untuk seketika, kemudian dikisar untuk menguatkan dan mengubah baunya. Biji ketumbar kisar cepat hilang rasanya apabila disimpan, oleh itu lagi segar lagi bagus.

Biji ketumbar dijadikan rempah (Hindi: धनियाcode: hi is deprecated dhania) dalam membuat garam masala dan kari India yang selalu banyak menggunakan biji kisar bersama jintan putih. Biji ketumbar ini berperanan sebagai bahan pemekat. Biji ketumbar panggang atau dhana dal juga dijadikan makanan ringan, di samping dijadikan ramuan utama dua masakan India Selatan iaitu sambhar (Tamil: சாம்பார்code: ta is deprecated ) dan rasam (இரசம்code: ta is deprecated ). Biji ketumbar direnih dengan air dan diminum sebagai ubat bersin tradisional.

Di luar Asia, biji ketumbar digunakan untuk menjeruk sayur, dan membuat sosej di Jerman dan Afrika Selatan (lihat boerewors). Di Rusia dan Eropah Tengah, biji ketumbar adalah ramuan yang sekali-sekala digunakan dalam roti rai sebagai pengganti jintan.

Biji ketumbar digunakan untuk menyediakan beberapa jenis bir yang tertentu, khususnya bir gandum di Jerman. Biji ketumbar ini digunakan bersama kulit oren untuk menambahkan rasa sitrus.

Akar

Akar ketumbar.

Akar ketumbar lebih kuat rasanya berbanding daunnya.[4] Akar ketumbar digunakan untuk memasak berbagai hidangan Asia, terutamanya masakan kuah dan pes kari Thai.

Rujukan

  1. ^ http://www.samueladams.com/world_of_beer.aspx
  2. ^ Wooding S (2006). "Phenylthiocarbamide: A 75-Year Adventure in Genetics and Natural Selection". Genetics. 172 (4): 2015–2023.[1]
  3. ^ http://www.uni-graz.at/~katzer/engl/Cori_sat.html#disc Diarkibkan 2010-11-30 di Wayback Machine uni-graz.at
  4. ^ http://everything2.com/e2node/coriander
  • l
  • b
  • s
Ikon tunas

Rencana mengenai tumbuhan ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Herba dan rempah

Adas cina · Angelica · Aroda · Balm lemon · Basil Holy · Boldo · Boraj · Cerebil · Cicely · Danggui barat · Daun kari · Elsholtazia ciliata · Epazot · Eryngium foetidum (ketumbar panjang) · Hem · Hoja santa · Hanyir ikan (giấp cá· Hisop/zufa · Kemanggi · Ketumbar · (Ketumbar Bolivia · Ketumbar Vietnam (rau răm· Kucai · Lavender · Limnophila aromatica · Marjoram · Mirtel lemon · Mitsuba · Oregano · Parsli · Perilla (shiso· Pudina · Rosmari · Savori · Salam · Serai · Sej · Selada · Selasih · Taragon · Taim · Tersak · Verbena lemon · Woodruff

Adas manis · Andaliman · Ajwain · Akar manis · Allspice · Amchur (serbuk m/bacang) · Halia aromatik · Asam jawa · Kapur barus · Bawang putih · Beri arar · Bijan/lenga · Biji buah delima (anardana· Biji ketumbar · Bunga lawang · Biji saderi · Buah pala · Buah pelaga · Caruli · Cassia · Chenpi · Cili · Cengkih · Garam · Golpar · Halba · Halia · Habbatussauda · Inggu · Jintan hitam · Jintan manis · Jintan putih · "biji syurga/Kekulah jantan· Bijian Selim · Kacang tonka · Karawai · Kaskas/madat · Kayu manis · Kemukus · Kencur · Kokam · Koma-koma · Kunyit · Lada Halab · Lada Brazil · Lada cayenne · Lada hitam · Lada panjang · Lada Peru · Lada Sichuan (huājiāo, sansho· Lada Tasmania · Lengkuas · Limau kering · Lobak kuda · Litsea cubeba · Mahlab · Malabathrum (tejpat· Morhabsyi · Nigella (kalonji· Paprika · Pelaga hitam · Radhuni · Mawar Damsyik · Sarsaparila · Sassafras · Sawi hitam · Sawi perang · Sawi putih · Sumak · Temu kunci · Vanila · Wasabi · Kunyit putih · Zereshk · Zest

Adjika · Advieh · Rempah sapu Afghan · Baharat · Berbere · Bouquet garni · Buknu · Chaat masala · Chaunk · Serbuk cili · Crab boil · Serbuk kari · Fines herbes · Pancarempah · Garam masala · Garam bawang putih · Gochujang · Harisah · Herbes de Provence · Jerk spice · Khmeli suneli · Lada lemon · Masala · Masala tanduri · Mitmita · Perasa Old Bay · Panch phoron · Persillade · Rempah campuran · Rempah pai labu · Qâlat Daqqa · Quatre épices · Rempah penghulu kedai · Recado rojo · Sharena sol · Shichimi · Tabil · Zatar

Senarai herba dan rempah
Senarai herba dan rempah Australia · Herba Cina · Senarai rempah India · Senarai rempah Pakistan · Senarai herba dan rempah masak-memasak
Topik berkait
Pemerapan · Rempah sapu
Kawalan kewibawaan: Perpustakaan negara Sunting ini di Wikidata
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat