Rempah sapu

Rempah sapu ialah campuran rempah kisar yang bertujuan untuk disapu pada makanan mentah sebelum dimasak. Rempah itu membentuk lapisan pada makanan tersebut. Makanan itu boleh diperapkan dan dibiarkan supaya rasa rempah dapat diserapkan ke dalam makanan atau ia boleh dimasak sebaik sahaja makanan itu disapu. Rempah sapu juga boleh ditinggalkan pada makanan itu atau dikeluarkan sebahagiannya sebelum memasak. Rempah biasanya tidak dikisar sehingga halus. Selain daripada rempah, garam dan gula kekadang juga ditambah ke dalam rempah sapu, dengan garam bertujuan untuk memberikan rasa dan gula untuk menghasilkan karamel. Rempah sapu juga boleh mempunyai bahan-bahan yang lain seperti herba, bawang putih hancur, atau minyak yang ditambah untuk menjadikan pes. Rempah sapu yang paling sederhana terdiri hanya daripada lada hitam kisar kasar, misalnya Steak au poivre.

Rempah sapu digunakan terutamanya untuk menyediakan daging dan ikan. Terdapat banyak resipi rempah sapu yang berbeza, dengan kebanyakannya menyasarkan jenis makanan yang tertentu. Campuran rempah yang dapat menghasilkan rempah sapu yang baik bagi sesuatu makanan berbeza-beza antara kawasan dan antara budaya.

Kaedah memasak

Memasak dengan menggunakan rempah sapu hampir selalu dilakukan menerusi kaedah haba kering, dengan hampir tiada cecair berasaskan air digunakan untuk memasak. Menggril merupakan kaedah memasak yang paling popular untuk menyediakan makanan berempah sapu. Selain daripada Membakar dan memanggang, kaedah pemasakan haba kering yang lain juga merangkumi pemasakan secara saute, khususnya jika rempah sapunya terdiri daripada tepung atau serbuk roti. Jika air digunakan untuk memasak menerusi kaedah haba kering, ia biasanya dibubuh hanya selepas makanan itu dimasak sebahagiannya.

Rempah sapu dan kebudayaan

Dalam sesetengah budaya, rempah sapu amat sangat peribadi dan kekadang merupakan resipi yang sangat berahsia. Pakar gril di Amerika Syarikat Selatan menjaga rahsia resipi mereka dengan baik dan biasanya mempunyai satu bahan rahsia yang tidak akan didedahkan kepada sesiapa pun.

Dalam sesetengah budaya yang lain, resipi untuk membuat rempah sapu dan bagaimana menggunakannya diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan, dengan setiap keluarge mempunyai resipi yang sedikit berbeza. Akibat kekurangan masa untuk memasak dalam kebanyakan masyarakat yang moden, rempah sapu kini dapat dibeli dari kedai runcit dan kedai gourmet, dengan sesetengah jenama mendapatkan sambutan yang amat baik.

Lihat juga

  • Barbeku
  • Espresso sapu
  • Gril
  • Kelainan barbeku kawasan
  • Memasak
  • Rempah
  • Rempah sapu Afghan

Pautan luar

  • Laman PBS: Video rempah sapu


  • l
  • b
  • s
Herba dan rempah

Adas cina · Angelica · Aroda · Balm lemon · Basil Holy · Boldo · Boraj · Cerebil · Cicely · Danggui barat · Daun kari · Elsholtazia ciliata · Epazot · Eryngium foetidum (ketumbar panjang) · Hem · Hoja santa · Hanyir ikan (giấp cá· Hisop/zufa · Kemanggi · Ketumbar · (Ketumbar Bolivia · Ketumbar Vietnam (rau răm· Kucai · Lavender · Limnophila aromatica · Marjoram · Mirtel lemon · Mitsuba · Oregano · Parsli · Perilla (shiso· Pudina · Rosmari · Savori · Salam · Serai · Sej · Selada · Selasih · Taragon · Taim · Tersak · Verbena lemon · Woodruff

Adas manis · Andaliman · Ajwain · Akar manis · Allspice · Amchur (serbuk m/bacang) · Halia aromatik · Asam jawa · Kapur barus · Bawang putih · Beri arar · Bijan/lenga · Biji buah delima (anardana· Biji ketumbar · Bunga lawang · Biji saderi · Buah pala · Buah pelaga · Caruli · Cassia · Chenpi · Cili · Cengkih · Garam · Golpar · Halba · Halia · Habbatussauda · Inggu · Jintan hitam · Jintan manis · Jintan putih · "biji syurga/Kekulah jantan· Bijian Selim · Kacang tonka · Karawai · Kaskas/madat · Kayu manis · Kemukus · Kencur · Kokam · Koma-koma · Kunyit · Lada Halab · Lada Brazil · Lada cayenne · Lada hitam · Lada panjang · Lada Peru · Lada Sichuan (huājiāo, sansho· Lada Tasmania · Lengkuas · Limau kering · Lobak kuda · Litsea cubeba · Mahlab · Malabathrum (tejpat· Morhabsyi · Nigella (kalonji· Paprika · Pelaga hitam · Radhuni · Mawar Damsyik · Sarsaparila · Sassafras · Sawi hitam · Sawi perang · Sawi putih · Sumak · Temu kunci · Vanila · Wasabi · Kunyit putih · Zereshk · Zest

Adjika · Advieh · Rempah sapu Afghan · Baharat · Berbere · Bouquet garni · Buknu · Chaat masala · Chaunk · Serbuk cili · Crab boil · Serbuk kari · Fines herbes · Pancarempah · Garam masala · Garam bawang putih · Gochujang · Harisah · Herbes de Provence · Jerk spice · Khmeli suneli · Lada lemon · Masala · Masala tanduri · Mitmita · Perasa Old Bay · Panch phoron · Persillade · Rempah campuran · Rempah pai labu · Qâlat Daqqa · Quatre épices · Rempah penghulu kedai · Recado rojo · Sharena sol · Shichimi · Tabil · Zatar

Senarai herba dan rempah
Senarai herba dan rempah Australia · Herba Cina · Senarai rempah India · Senarai rempah Pakistan · Senarai herba dan rempah masak-memasak
Topik berkait
Pemerapan · Rempah sapu