Krisis Suez

Krisis Suez
Serangan Tiga Pihak
Perang Sinai
(Konflik Arab-Israel)
Tarikh29 Oktober 1956 - Mac 1957
Lokasi
Mesir, (zon Sinai dan Terusan Suez)
Keputusan Kemenagan tentera gabungan British-Perancis-Israel.
Gencatan senjata PBB.
Pendudukan pasukan UNEF di Sinai.
Pihak yang terlibat
 United Kingdom
 Perancis
 Israel
Mesir Mesir
Komandan dan pemimpin
United Kingdom Anthony Eden
United Kingdom Charles Keightley
Perancis Pierre Barjot
Israel Moshe Dayan
Mesir Gamal Abdel Nasser
Mesir Abdel Hakim Amer
Kekuatan
45,000 British
34,000 Perancis
175,000 Israel
70,000
Kerugian dan korban
56 British (mati)
91 British (cedera)
10 Perancis (mati)
43 Perancis (cedera)
197 Israel (mati)
1,650 (mati) [1]
4,900 (cedera)
6,185 (ditawan)
  • l
  • b
  • s
Konflik Arab-Israel

Rusuhan Jerusalem (1920) – Rusuhan Jaffa (1921) – Rusuhan Palestin(1929) – Pemberontakan Arab (1936–1939) – Perang Saudara (1947–1948) – Perang Arab-Israel (1948–1949) – Operasi Pembalasan (1951-1966) – Krisis Suez (1956) – Perang ke atas Air (1964–1967) – Perang Enam Hari (1967) – Perang Pengurangan (1967–1970) – Kemurkaan Tuhan (1972–1979) – Perang Yom Kippur (1973) – Konflik Selatan Lubnan (1978) – Perang Lubnan (1982) – Konflik Selatan Lubnan (1982–2000) – Intifada Pertama (1987–1993) – Intifada Kedua (2000–2005) – Konflik Ladang Shebaa (2000-2006) – Perang Lubnan (2006) – Perang Gaza (2008–2009)

Krisis Suez, yang juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak,[1] (Arab: أزمة السويس - العدوان الثلاثيcode: ar is deprecated ; Perancis: Crise du canal de Suezcode: fr is deprecated ; Ibrani: מבצע קדשcode: he is deprecated Kempen Kadesh, atau מלחמת סיני Perang Sinai) adalah satu serangan ketenteraan ke atas Mesir oleh Britain, Perancis, dan Israel yang bermula pada 29 Oktober 1956.[2][3] Serangan dilakukan berikutan keputusan Mesir pada 26 Julai 1956 untuk memilik-negarakan Terusan Suez selepas penarikan balik tawaran oleh Britain dan Amerika Syarikat bagi membiayai pembinaan Empangan Aswan.[4]

Sejarah

Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869. Pembinaannya telah dibiayai oleh kerajaan Perancis dan Mesir.[5] Secara teknikal, kawasan terusan terletak di dalam wilayah berdaulat Mesir, dan syarikat pengurusannya iaitu Universal Company of the Suez Maritime Canal (Syarikat Terusan Suez) adalah sebuah syarikat berkanun , yang pada asalnya adalah sebahagian Empayar Uthmaniyyah.

Terusan ini mempunyai kepentingan strategik kepada Britain, dan juga kepada kuasa-kuasa Eropah yang lain. Bagi Britain, terusan ini merupakan jaringan laut dengan tanah jajahannya di India, Timur Jauh, Australia dan New Zealand. Disebabkan kepentingan strategik terusan ini, begitu juga keadaan kawasan di sekitarnya. Oleh itu, pada tahun 1875, kerajaan Benjamin Disraeli Britain telah membeli saham milik Mesir dalam syarikat pengurusan, memperolehi sebahagian kawalan terhadap operasi terusan dan mengongsinya dengan pelabur persendirian Perancis. Pada 1882, semasa serangan dan pendudukan ke atas Mesir, United Kingdom secara de facto telah mengawal harta benda, kewangan dan operasi terusaan.

Konvesyen Constantinople (1888) telah mengistiharkan terusan ini sebagai zon berkecuali di bawah perlindungan Britain.[6] Bagi mengesahkannya, Empayar Uthmaniyyah telah bersetuju untuk membenarkan syarikat perkapalan antarabangsa bebas melalui terusan ini, pada masa perang dan aman.[7]

Terusan Suez telah membuktikan kepentingan strategiknya semasa Perang Jepun-Rusia apabila Jepun membuat persetujuan dengan Britain. Jepun telah melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Rusia yang berpangkalan di Pelabuhan Arthur. Apabila Rusia menghantar pasukan tambahan dari Baltik, Britain tidak membenarkan Rusia untuk menggunakan terusan ini. Ini memaksa armada Rusia mengelilingi benua Afrika, dan telah memberi masa kepada tentera Jepun untuk berkumpul semula dan memperkukuhkan kedudukan mereka di kawasan ini.

Kedudukan strategik terusan ini juga sangat ketara dalam kedua-dua perang dunia. Semasa Perang Dunia I, Britain dan Perancis telah menutup terusan ini kepada kapal-kapal dari bukan negara Bersekutu, dan dalam Perang Dunia II, terusan ini telah dipertahankan secara habis-habisan dalam Kempen Afrika Utara.

Pada 1948, pemerintahan Britain di Palestin telah tamat, angkatan tentera Britain berundur dari Palestin dan Israel telah mengistiharkan kemerdekaan di kawasan yang dibahagikan oleh UNSCOP (Jawatankuasa Khas PBB ke atas Palestin) untuk negara Yahudi. Liga Arab telah mengistiharkan penolakan mereka dan enggan untuk mematuhi resolusi PBB terhadap penyelesaian dua negara berasingan, dan menyokong penyelesaian satu negara yang diketui oleh majoriti Arab, yang merangkumi kawasan Yahudi dan Arab. Ini telah membawa kepada Perang Arab-Israel 1948 yang mana Israel telah berjaya mengalahkan negara-negara Arab, termasuk Mesir. Kegagalan rundingan damai selepas perang, bercampur dengan pertikaian sempadan di antara Israel dengan jirannya pada tahun-tahun berikutnya, telah membantu memupuk kebencian Arab-Israel.

Lihat Sejarah Israel, Sejarah Mesir.

Rujukan

  1. ^ Krisis Suez juga dikenali sebagai Perang Suez atau Perang 1956, biasanya dikenali di dunia Arab sebagai Serangan Tiga Pihak; nama-nama lain termasuk Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israeli 1956, Perang Arab-Israel Kedua, Kempen Suez, Kempen Sinai, Operasi Kadesh dan Operasi Musketeer
  2. ^ Damien Cash "Krisis Suez" The Oxford Companion to Australian History. Ed. Graeme Davison, John Hirst and Stuart Macintyre. Oxford University Press, 2001.
  3. ^ Roger Owen "Suez Crisis" The Oxford Companion to the Politics of the World, Second edition. Joel Krieger, ed. Oxford University Press Inc. 2001.
  4. ^ "Krisis Suez" The Concise Oxford Dictionary of Politics. Ed. Iain McLean and Alistair McMillan. Oxford University Press, 2003.
  5. ^ Suez 1956: Perang Minyak Pertama. Turner, Barry. m/s.21-4
  6. ^ "Suez Canal". Egyptian State Information Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-11. Dicapai pada 2021-09-30. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  7. ^ Howard M. Sachar. A History of Israel from the Rise of Zionism to Our Time. Published by Alfred A. Knopf (New York). 1976. ISBN 0-394-28564-5.

Pautan luar

  • Israel's Second War of Independence, essay in Azure magazine.
  • Sinai Campaign 1956
  • July 2006, BBC, Suez 50 years on
  • July 2006, The Economist, An affair to remember
  • Suez and the high tide of Arab nationalism International Socialism 112 (2006)
  • Detailed report on the Suez campaign by Ground Forces Chief of Staff General Beaufre, French Defense Ministry archive Diarkibkan 2006-11-25 di Wayback Machine (French)
  • Bodleian Library Suez Crisis Fiftieth anniversary exhibiiton
  • Royal Engineers Museum Diarkibkan 2008-06-16 di Wayback Machine - Royal Engineers and Suez 1956
Peserta   NATO · Pakatan Warsaw · SEATO
1940-an
Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua)
1950-an
Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein
1960-an
Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet
1970-an
Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh  · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea
1980-an
Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika
1990-an
Lihat juga
Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia
Pertubuhan
ASEAN · CIA · Comecon · Komuniti Eropah · GCHQ · KGB · Stasi
Perlumbaan
Perlumbaan senjata · Perlumbaan senjata nuklear · Perlumbaan Angkasa
Ideologi
Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme)
Propaganda
Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia
Dasar asing
Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Perpustakaan negara
  • Perancis (data)
    • 2 (data)
  • Jerman
  • Israel
  • Amerika Syarikat
    • 2
  • Jepun
  • Republik Czech
Lain-lain