Perundingan Menghadkan Senjata Strategik

Perundingan Menghadkan Senjata Strategik merujuk kepada dua perundingan antara dua pihak berkenaan perjanjian antarabangsa di antara Amerika Serikat dan Kesatuan Soviet, dua buah kuasa besar semasa Perang Dingin berkenaan isu-isu pengawalan senjata. Terdapat dua rundingan dan persetujuan iaitu: SALT I dan SALT II. Perjanjian selepasnya dikenali sebagai START.

Perundingan bermula di Helsinki, Finland, pada tahun 1969 dan memfokuskan kepada menghadkan simpanan senjata nuklear bagi dua negara ini. Perjanjian-perjanjian ini telah membawa kepeda START (Strategic Arms Reduction Treaty) atau "Perjanjian Mengurangkan Senjata Strategik". START I (satu perjanjian antara Amerika dan Soviet pada tahun 1991) dan START II (satu perjanjian antara Amerika Serikat dan Rusia pada tahun 1993) telah meletakkan had tertentu bagi kedua buah negara berkenaan jumlah persenjataan nuklear.

SALT I

SALT I adalah nama biasa untuk Perjanjian Rundingan Menghadkan Senjata Strategik, juga dikenali sebagai Perjanjian Menghadkan Senjata Strategik. SALT I telah mengurangkan jumlah pelancar peluru berpandu strategik kepada jumlahnya kini, dan membenarkan penambahan baru pelancar peluru berpandu lancaran kapal selam dilakukan hanya setelah pelancar lama peluru berpandu balistik antara benua dan lancaran kapal selam dikurangkan dalam jumlah yang sama.

Gerald Ford dan Leonid Brezhnev sedang menandatangani perjanjian bersama SALT di Vladivostok, pada 23 November, 1974

. Ciri kekuatan strategik nuklear di Soviet dan Amerika Syarikat telah berubah pada tahun 1968. Jumlah peluru berpandu A.S. ditetapkan pada tahun 1967 sebanyak 1,054 buah ICBM dan 656 buah SLBM, akan tetapi terdapat peningkatan jumlah bagi peluru berpandu dengan kepala peledak kenderaan masuk semula boleh sasar berbilang bebas (MIRV) yang telah diatur gerak. MIRV boleh membawa kepala peledak berbilang, kadang kala membawa pengumpan bagi mengelirukan sistem peluru berpandu anti-balistik, menjadikan pembangunan sistem peluru berpandu anti balistik semakin sukar dan mahal.

Rundingan telah berlangsung bermula dari 17 November, 1969 sehingga Mei 1972 dengan siri-siri mesyuarat yang bermula di Helsinki, dengan delegasi A.S diketuai oleh Gerard C. Smith, pengarah bagi Agensi Pelucutan dan Kawalan Senjata. Sesi-sesi berikutnya digilirkan antara Vienna dan Helsinki. Selepas kebuntuan yang panjang, keputusan pertama bagi SALT I diperolehi pada Mei 1971, apabila persetujuan dicapai bagi Sistem Anti-Peluru Berpandu Balistik. Perbincangan selanjutnya membawa kepada penamatan rundingan pada 26 Mei, 1972 di Moscow apabila Richard Nixon dan Leonid Brezhnev menandatangani Perjanjian Anti-Peluru Berpandu Balistik dan Perjanjian Sementara antara Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Kesatuan Soviet bagi beberapa kaedah pengukuran berkenaan Menghadkan Senjata Serangan Strategik. Sejumlah kenyataan persetujuan juga dibuat. Ini telah meningkatkan hubungan di antara A.S dan Kesatuan Soviet.

Jimmy Carter dan Leonid Brezhnev menandatangani perjanjian SALT II, pada 18 Jun 1979, di Vienna.

SALT II

Ia merupakan satu ujian rundingan kontroversi di antara Jimmy Carter dan Leonid Brezhnev bermula pada tahun 1972 sehingga 1979 di antara A.S. dan Soviet, yang mana cuba menghadkan pengeluaran senjata nuklear strategik. Ia adalah kelangsungan daripada rundingan-rundingan SALT I. SALT II adalah perjanjian senjata nuklear pertama yang dianggap pengurangan sebenar kuasa strategik kepada 2,250 buah kenderaan pengangkut dalam semua kategori bagi kedua buah negara. SALT II telah membantu A.S. untuk tidak menggalakkan Soviet daripada membekalkan generasi ketiga peluru berpandu antara benua yang terdiri daripada SS-17, SS-19 dan SS-18.

Persetujuan bagi perjanjian ini telah dicapai di Vienna pada 18 Jun, 1979, dan telah ditandatangani oleh Leonid Brezhnev dan Jimmy Carter. Sebagai tindak balas terhadap keengganan Kongres Amerika Syarikat untuk meratafikasikan perjanjian ini, seorang senator muda dari Jawantankuasa Hubungan Luar Senat, Senator Joseph Biden dari Delaware, telah berjumpa dengan Menteri Luar Soviet Andrey Gromyko, "educated him about American concerns and interests" dan berjaya mendapat beberapa perubahan yang mana kedua-dua Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Presiden Jimmy Carter tidak berjaya memperolehinya.

Enam bulan selepas menandatangani perjanjian ini, tentera Soviet telah diaturgerak ke Afghanistan, dan pada bulan September tahun yang sama, beberapa senator termasuk Henry M. Jackson dan Frank Church telah menemui apa yang dipanggil sebagai "jambatan Soviet" di Cuba. Disebabkan kejadian-kejadian ini, perjanjian ini tidak pernah diratafikasikan secara rasmi oleh Dewan Senat Amerika Syarikat. Meskipun begitu, terma-termanya dipatuhi oleh kedua-dua negara sehingga tahun 1986 apabila pentadbiran Reagan Administration menarik diri daripada SALT II selepas menuduh Soviet melanggar pakatan ini.

Perbincangan selanjutnya berlaku di bawah Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik (START) dan Perjanjian Halangan Ujian Komprehensif yang mana menamatkan Perang Dingin.

Lihat juga

Pautan luar

  • Text of SALT I
  • Text of SALT II
  • Text of SALT II (cont.)
  • Text of the treaty from the U.S. Department of State
  • NuclearFiles.org Text of SALT II 1979
  • Arms Control Today: U.S.-Soviet/Russian Nuclear Arms Control Diarkibkan 2008-01-13 di Wayback Machine, June 2002.
  • Annotated bibliography on the SALT treaties from the Alsos Digital Library Diarkibkan 2012-01-18 di Wayback Machine
Peserta   NATO · Pakatan Warsaw · SEATO
1940-an
Persidangan Yalta · Operasi Unthinkable · Persidangan Potsdam · Hal ehwal Gouzenko · Krisis Iran 1946 · Perang Saudara Yunani · Penyataan semula Dasar tentang Jerman · Perang Indochina Pertama · Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Darurat Tanah Melayu · Rampasan kuasa Czechoslovakia 1948 · Perpecahan Tito–Stalin · Pengepungan Berlin · Pengkhianatan Barat · Tirai Besi · Blok Timur · Perang Saudara Cina (pusingan kedua)
1950-an
Perang Korea · Rampasan kuasa Iran 1953 · Pemberontakan 1953 di Jerman Timur · Rampasan kuasa Guatemala 1954 · Pemecahan Vietnam · Krisis Selat Taiwan Pertama · Persidangan Kemuncak Geneva (1955) · Bantahan Poznań 1956 · Revolusi Hungary 1956 · Krisis Suez · Krisis Sputnik · Krisis Selat Taiwan Kedua · Revolusi Cuba · Perdebatan Dapur · Persidangan Asia–Afrika · Pindaan Bricker · McCarthyisme · Operasi Gladio · Doktrin Hallstein
1960-an
Krisis Congo · Perpecahan China-Soviet · Peristiwa U-2 1960 · Serangan Teluk Babi · Krisis Peluru Berpandu Cuba · Konfrontasi Indonesia-Malaysia · Tembok Berlin · Perang Vietnam · Rampasan kuasa Brazil 1964 · Pendudukan Amerika Syarikat 1965 di Republik Dominika · Perang Sempadan Afrika Selatan · Peralihan Tertib Baharu · Teori domino · Deklarasi ASEAN · Perang Saudara Laos · Junta tentera Yunani 1967–1974 · Revolusi Budaya · Perang China-India · Peristiwa Musim Bunga Praha · Komunisme Goulash · Konflik sempadan China-Soviet
1970-an
Pengenduran ketegangan · Perjanjian Larangan Pengembangan Senjata Nuklear · September Hitam di Jordan · Perang Saudara Kemboja · Diplomasi Ping Pong · Perjanjian Empat Kuasa tentang Berlin · Lawatan Nixon ke China 1972 · Rampasan kuasa Chile 1973 · Perang Yom Kippur · Perundingan Menghadkan Senjata Strategik · Perangan Saudara Angola · Perang Saudara Mozambique · Perang Ogaden · Perang Kemboja–Vietnam · Perang China-Vietnam · Revolusi Iran · Operasi Condor · Perang Pembebasan Bangladesh  · Penerbangan 902 Sistem Penerbangan Korea
1980-an
Perang Soviet di Afghanistan · Boikot Sukan Olimpik Musim Panas 1980 · Solidarność · Contras · Krisis Amerika Tengah · RYAN · Penerbangan 007 Sistem Penerbangan Korea · Able Archer 83 · Inisiatif Pertahanan Strategi · Serangan terhadap Grenada · Bantahan Dataran Tiananmen 1989 · Serangan terhadap Panama · Keruntuhan Tembok Berlin · Revolusi 1989 · Glasnost · Perestroika
1990-an
Lihat juga
Pengintipan Soviet dan Rusia di Amerika Syarikat · Hubungan Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat · Hubungan NATO–Rusia
Pertubuhan
ASEAN · CIA · Comecon · Komuniti Eropah · GCHQ · KGB · Stasi
Perlumbaan
Perlumbaan senjata · Perlumbaan senjata nuklear · Perlumbaan Angkasa
Ideologi
Kapitalisme · Demokrasi liberal · Komunisme · (Stalinisme · Trotskyisme · Maoisme · Juche · Castroisme · Guevarisme · Titoisme)
Propaganda
Langkah aktif · Pravda · Radio Free Europe/Radio Liberty · Ketakutan Merah · Voice of America · Voice of Russia
Dasar asing
Doktrin Truman · Rancangan Marshall · Pembendungan · Doktrin Eisenhower · Teori domino · Doktrin Kennedy · Hidup bersama secara aman · Ostpolitik · Doktrin Johnson · Doktrin Brezhnev · Doktrin Nixon · Doktrin Ulbricht · Doktrin Carter · Doktrin Reagan · Gulung balik
Garis masa peristiwa · Portal · Kategori