Nutrien

Nutrient cycle in the oceans

Nutrien adalah bahan kimia yang organisma perlukan untuk hidup dan membesar atau bahan digunakan dalam metabolisme organisma yang perlu diambil dalam bentuk persekitarannya.[1] Ia digunakan untuk membina dan membaiki tisu, mengawalatur proses badan dan ditukarkan serta digunakan sebagai tenaga. Kaedah pengambilan nutrien berbeza, dengan haiwan dan protis memakan makanan yang dihadam oleh sistem penghadaman dalaman, tapi kebanyakan tumbuhan serap nutrien secara terus dari tanah melalui akar atau dari atmosfera.

Jenis organisma yang berlainan mempunyai nutrien penting yang berbeza. Asid askorbik sangat penting, yang bermaksud ia mesti dikonsumsi dalam jumlah yang cukup, untuk manusia dan beberapa spesies haiwan lain, tetapi beberapa haiwan dan tumbuhan dapat mensintesisnya.

Jenis

Makronutrien

Makronutrien ditakrifkan dalam pelbagai cara.[2]

  • unsur kimia yang dimakan manusia dalam kuantiti besar ialah karbon, hidrogen, nitrogen, oksigen, fosforus, dan sulfur, diringkaskan sebagai CHNOPS.
  • Sebatian kimia yang diambil oleh manusia dalam kuantiti besar dan membekalkan tenaga pukal dikelaskan sebagai karbohidrat, protein, dan lemak. Air mesti juga diambil dalam kuantiti yang banyak, tetapi tidak memberikan nilai kalori.
  • Ion-ion kalsium, natrium, kalium, magnesium, dan klorida, bersama-sama dengan fosforus dan sulfur, disenaraikan sebagai makronutrien kerana ia diperlukan dalam kuantiti yang banyak berbanding dengan mikronutrien, iaitu, vitamin dan mineral lain, yang terakhir ini sering digambarkan sebagai mineral surih.[3]

Makronutrien membekalkan tenaga:

Biomolekul Kilokalori per 1 gram[4]
Protein 4
Karbohidrat 4
Lemak 9

Mikronutrien

Mikronutrien mendukung metabolisme.[perlu rujukan]

  • Nutrient pemakanan secara amnya ialah unsur surih, garam atau ion seperti kuprum dan besi. Sebahagian daripada mineral ini penting dalam metabolisme manusia.
  • Vitamin ialah sebatian organik yang penting untuk badan. Mereka biasanya bertindak sebagai koenzim atau kofaktor untuk pelbagai protein dalam badan.

Rujukan

  1. ^ Whitney, Elanor and R. Sharon. 2007. Understanding Nutrition. 11th edition. Wadsworth Publishing ISBN 978-0495116868
  2. ^ Kern M (12 Mei 2005). CRC desk reference on sports nutrition. CRC Press. m/s. 117–. ISBN 978-0-8493-2273-0. Dicapai pada 12 Oktober 2010.
  3. ^ 2020-08-16 "31.1C: Nutrien Penting untuk Tumbuhan" Check |url= value (bantuan). Biology LibreTexts. 2018-07-16.
  4. ^ "Chapter 3: Calculation Of The Energy Content Of Foods – Energy Conversion Factors". Food and Agriculture Organization of the United Nations. Dicapai pada 30 March 2017.
  • l
  • b
  • s

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.