Pantai Rhu Sepuluh

Fail:Pantai Rhu Sepuluh Pantai Penarik Setiu Terengganu.jpeg
Panorama di Pantai Rhu Sepuluh yang masih dipenuhi dengan pokok kelapa yang tumbuh meliar.

Pantai Rhu Sepuluh atau dikenali juga dengan nama Pantai Penarik adalah sebuah pantai peranginan yang terletak di persisiran Laut China Selatan di daerah Setiu, Terengganu. Pantai ini adalah agak popular dikalangan pengguna jalan alternatif Kuala Terengganu-Kota Bharu (Laluan Pantai) dari Kelantan ke Terengganu kerana mempunyai banyak gerai jualan dan restoran yang menjual makanan laut. Pantai Rhu Sepuluh adalah syurga bagi bekalan segar tangkapan hasil laut yang ditangkap oleh nelayan tempatan yang dijual dengan harga berpatutan di sebuah bazar jualan hasil laut yang disediakan kerajaan disini.

Fail:Sotong Celup Tepung Pantai Rhu Sepuluh Pantai Penarik Setiu Terengganu.jpeg
Pantai Rhu Sepuluh sentiasa dikunjungi penggemar makanan laut terutamanya bagi menikmati Sotong celup tepung.

Terletak hanya 400 meter dari Kampung Penarik yang menempatkan sebuah jeti pendaratan nelayan, maka Pantai Rhu Sepuluh terkenal di Terengganu untuk industri pemprosesan makanan laut sehinggalah ke gerai dan restoran makanan laut yang mudah didapati disini. Rata-rata pengunjung yang datang ke sini adalah untuk menikmati ikan dan sotong goreng celup tepungnya yang masyhur. Selain itu, disini juga terdapat banyak chalet dan rumah penginapan bagi mereka yang ingin bercuti atau berbulan madu menikmati keindahan suasana di perkampungan nelayan. Terdapat lapan buah homestay disediakan di kawasan pantai tersebut bagi pelancong luar yang ingin bermalam. Terdapat juga program pelancongan bagi pelancong luar yang datang, misalnya mereka boleh melihat penternakan ikan dalam sangkar oleh penduduk setempat di bawah bimbingan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Selain itu, pelancong juga boleh melihat sendiri cara-cara penetasan udang dilakukan di sini.

  • l
  • b
  • s
Bendera Terengganu Terengganu Darul Iman Lambang Terengganu
Daerah
Kuala Terengganu • Hulu Terengganu • Besut • Setiu • Marang • Dungun • Kemaman • Kuala Nerus
Bandaraya
Kuala Terengganu (ibu negeri)
Bandar
Ajil • Bandar Al-Muktafi Billah Shah • Bandar Ketengah Jaya • Bandar Permaisuri • Bandar Seri BandiBatu RakitBukit BesiChukaiGong KedakJaburJerangauJertehKemasikKertehKijalKuala BesutKuala BerangKuala DungunMarangMerchangPakaPasir RajaRantau AbangRasau KertehSeberang TakirTeluk KalungWakaf TapaiPutera JayaSeri LangkapGong Badak
Jambatan
Pantai
Pantai Air TawarPantai Batu BurukPantai Batu Pelanduk • Pantai Batu Rakit • Pantai Bukit KeluangPantai KelulutPantai Kemasik • Pantai Kuala Ibai • Pantai Mengabang Telipot • Pantai Lembah Bidong • Pantai Merang • Pantai Pandak • Pantai Penarik • Pantai Penunjuk Kijal • Pantai Rantau Abang • Pantai Kuala Abang • Pantai Rusila • Pantai Tanjung Jara • Pantai Teluk Bidara • Pantai Teluk Gadung • Pantai Teluk Kalong • Pantai Teluk Ketapang • Pantai Teluk Lipat • Pantai Teluk Mak Nik • Pantai Tok Jembal
Pulau
Istana
Hospital
Empangan
Peristiwa
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Terengganu Bahagian pilihan raya di Terengganu
   

P033 Besut
N01 Kuala Besut
N02 Kota Putera
N03 Jertih
N04 Hulu Besut

P034 Setiu
N05 Jabi
N06 Permaisuri
N07 Langkap
N08 Batu Rakit

P035 Kuala Nerus
N09 Tepuh
N10 Buluh Gading
N11 Seberang Takir
N12 Bukit Tunggal

P036 Kuala Terengganu
N13 Wakaf Mempelam
N14 Bandar
N15 Ladang
N16 Batu Buruk

P037 Marang
N17 Alur Limbat
N18 Bukit Payung
N19 Ru Rendang
N20 Pengkalan Berangan

P038 Hulu Terengganu
N21 Telemung
N22 Manir
N23 Kuala Berang
N24 Ajil

P039 Dungun
N25 Bukit Besi
N26 Rantau Abang
N27 Sura
N28 Paka

P040 Kemaman
N29 Kemasik
N30 Kijal
N31 Cukai
N32 Air Putih