Rungus

Rungus merupakan salah satu kaum di Sabah dan juga merupakan penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]. Diperkirakan jumlah Rungus 74 000 orang yang hanya terdapat di Sabah.

Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR.

Pada hari ini,secara politiknya semua suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.


Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.

Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa kawasan ini mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.

Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:

  • Rungus Kirangavan (Kg Motunggung-Kg Kirangavan)
  • Rungus Pilzapazan (Kg Garau-Kg Pinavantai)
  • Rungus Gandahon
  • Rungus Gonsomon (Kg Marabahai-Kg Pinorat)
  • Rungus Nulzuw (Kg Rampai- Kg Tinutudan)
  • Rungus Kirapak (Kg Bonduk-Kg Dahi)
  • Rungus Duduvon (Kg Vingolon-Kg Tamburulan)
  • Rungus Tupak atau Rungus Melobong (Pitas)

Momogun Rungus di luar daerah seperti yang disebutkan diatas adalah dikenali sebagai:

  • Rungus Piromitan
  • Rungus Tindal-Sondot

sosial and pendidikan

setakat tahun 2023 ada seramai 12 orang Rungus bergelar Dokter dalam pelbagai bidang.

Nota kaki

  1. ^ Agama & Kepercayaan Kaum Rungus
  2. ^ http://www.sabah.edu.my/itls07013/taburanpenduduk.html
  3. ^ http://www.sabah.edu.my/itls07013/agamadankepercayaan_labus.html
  • l
  • b
  • s
Bendera Sabah Sabah Negeri Di Bawah Bayu Lambang Sabah
Topik
  • Indeks
  • Sejarah
  • Perlembagaan
  • Pilihan raya
  • Kerajaan
  • Geografi
    • Pulau
  • Muzik
  • Orang Sabah
  • Lambang
    • Lagu
    • Jata
    • Bendera
  • Tarikan pelancong
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik

  • l
  • b
  • s
Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah