Orang Sungai

Orang Sungai
Busana Adat Suku-suku Orang Sungai di Pesta Damas 2019
Jumlah penduduk
80,000-120,000 (Negeri Sabah)
Kawasan ramai penduduk
Daerah KinabatanganMajoriti
Daerah RanauMinoriti
Daerah TelupidMajoriti
Daerah SandakanMinoriti
Daerah PitasMajoriti
Daerah Lahad DatuMinoriti
Daerah BeluranMajoriti
Daerah Kota MaruduMinoriti
Daerah TongodMajoriti
Agama
Islam (majoriti), Kristian, Animisme
Kumpulan etnik berkaitan
Kadazandusun, Murut, Ida'an

Orang Sungai adalah merupakan salah satu gelaran bagi suku kaum asli tinggal di tepian Sungai-sungai utama di Negeri Sabah, Malaysia. "Orang Sungai" adalah istilah bangsa atau etnik yang dicipta secara politik dan mula di popularkan selepas Kemerdekaan.

Sejarah Orang Sungai

Berdasarkan sejarah awal, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan berkebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan.

Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan panggilan "THE RIVER PEOPLE". Selepas peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC)/ Syarikat Borneo Utara British (SBUB) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan, bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian. Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai

Populasi dan Budaya

Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Makiang, Rumanau, Mangkaak, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).

Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.

i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang sama kerana menggunakan dialek Paitanik. Contoh ayat :

- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk ) - “yuk” atau “ yuu’ “ merujuk kepada nama sapaan kepada kawan atau kenalan rapat lelaki.

ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Bukit Garam, Kuamut, Segama dan daerah Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yang saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yang ketara dan berbeza. Contoh ayat :

- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yang juga bermaksud Orang dalam bahasa Dusun, tapi dalam dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu".

iii) Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud dan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kawasan kampung persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. contoh ayat :

- Mbah suruu kau ? (Pergi mana kau ). - Panakai (tiada) - Mengan pi (makan kita)

Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yang boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Karantikung, Mangalai Abai, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Peralatan muzik yang digunakan terdiri daripada Gabang Kayu, Kulintangan, Kapung dan Gong (ada yang diperbuat daripada besi dan kayu). Kesenian dan kebudayaan Orang Sungai juga sudah mula diperkenalkan melalui program-program kesenian dan kebudayaan iaitu termasuklah dari segi pertandingan tarian (Folklore Festival) dan juga program "Cultural Exchange" ke luar negara. Malahan, tarian suku kaum Sungai, iaitu tarian Mangalai Abai telah memperolehi pengiktirafan dalam pertandingan Piala Dunia Tarian di Sitges, Barcelona pada tahun 2018 yang telah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan tarian antarabangsa tersebut.

Perayaan suku kaum sungai juga dikenali dengan nama "Pesta Damas". Walaupun suku kaum Sungai tergolong dalam kategori "Kadazandusun", perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada simbolik perayaan yang mana kebanyakan kaum Kadazandusun dilihat lebih mengetengahkan "Penuaian padi" sebagai simbolik perayaan manakala suku kaum Sungai pula terkenal dengan simbolik perayaan yang berkait dengan "Sungai" terutama sekali sungai Kinabatangan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan ratu cantik (Olingkat Rora'ah), perahu berhias, pertandingan nyanyian dan pertunjukkan perahu berhias. Pesta Damas selalu diadakan di dataran utama Sukau, Kinabatangan.

Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yang lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman. Orang Sungai juga tinggal bersama dengan suku kaum Bajau, Bugis dan Suluk (Tausug) memandangkan penduduk tempatan di kawasan pantai timur majoritinya didiami oleh suku kaum ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkongsian budaya di antara suku kaum tersebut.

Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Pangiran Galpam pernah menetap di Kampung Lanut, Suan Lamba. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.

Kawasan Daerah Tongod terdiri daripada etnik Makiang, Sinabu, Milian, Saguon, Rumanau, Pinangah dan ada beberapa lagi etnik.

setiap etnik mempunyai dialek yang berbeza. contohnya etnik;

1. Rumanau, Sinabu, "ulun" (orang)

2. Makiang, saguon, Pinangah, Milian "labu" atau “lobu”(orang)

Namun etnik-etnik dikawsan Daerah Tongod sudah biasa mendengar perkataan tersebut dan sudah memahaminya. Bila orang bertutur dengan dialeknya kita dapat membezakan orang tersebut, "oh ini dari etnik sekian".

Untuk pengetahuan anda, etnik-etnik yang disebutkan tadi adalah etnik yang berada dikawasan Daerah Tongod, dan Majoriti di daerah ini beragama Kristian.


CONTOH PENGGUNAAN BAHASA SUNGAI:

Soalan : Anu abar mu? = Apa khabar kamu?

Jawapan : Awarong = Baik

Soalan : Ombo kiat mu? =  Kamu dari mana?

Jawapan : Kiat aku dii’ waloi  =  Aku dari  rumah

Soalan : Nakaa kan koyo? =  Kamu sudah makan?

Jawapan : Oo’ nakaa kano  =  Sudah makan

Soalan : Ada' inakan mu? =  Kamu makan apa?

Jawapan : Akanon om sansam  =   Nasi  dan sayur

Penerangan:

Mangakan - makan ( sedang  makan, akan makan )

Contoh :

Mangakon kayo - marilah makan kita

Inakan - dimakan ( perbuatan yang telah berlalu )

Contoh :

Ada' inakan muyu? - kamu makan apa?

Nangakan - makan, sedang  makan

Contoh :

Nangakan nasiro - mereka sedang makan ( sedang makan, menceritakan perihal perbuatan orang lain)

Nangakan  aku akanon - aku makan nasi ( perbuatan yang telah berlalu )

Nakaa kan - sudah makan

Contoh :

Nakaa kan aku yo - aku sudah makan ( sudah berlalu )

Nakaa kan koyo? - kamu sudah makan? ( ayat tanya )

Contoh:

Ohh langu’ .. muli’ kayo ki - Oh ipar .. kami balik dulu ya

Asuang marong situh - ini banyak sangat

Wang ku mugat suab-suab - saya ingin jalan pagi -pagi

Otongoh boh - janganlah/tidak perlulah

Diapit koyo si akak mu noh - dihantar kau oleh abangmu

Wang ku monosop - saya ingin minum

Apodok marong loloying situh - kecil sangat budak ini

Maayo’ marong ungau mu noh - kucing kamu sangat besar

Una-ei’ oku tumayi’/sumabu - temankan saya buang air besar/kencing



Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Topik
Masyarakat
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografik (Kumpulan etnik)
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Bahagian
Bandar utama
Daerah
Pekan
Pulau
Pulau Bai Pulau Bait Pulau Balambangan Pulau Banggi Pulau Batik Kulambu Pulau Billean Pulau Bohayan • Pulau Boheydulang Pulau Bum Bum • Pulau Gaya Pulau Jambongan Pulau Kalumpang • Pulau Kapalai Pulau Lankayan Pulau Larapan • Pulau Libaran Pulau Ligitan Pulau Mabul Pulau Maiga Pulau Malawali Pulau Maliangin Besar • Pulau Maliangin Kecil • Pulau Mataking Pulau Mantabuan Pulau Mantanani • Pulau Menampilek • Pulau Nusa Tengah • Pulau Omadal Pulau Pababag Pulau Pom Pom Pulau Sakar • Pulau Sebatik Pulau Selingaan Pulau Sepanggar Pulau Si Amil Pulau Sibuan Pulau Silawa • Pulau Silumpat • Pulau Sikarindingan • Pulau Sipadan Pulau Sipanggau • Pulau Tabawan Pulau Tegaipil Pulau Tiga Pulau Tigabu • Pulau Timbun Mata
Teluk
Teluk Agal • Teluk Cowie Teluk Darvel • Teluk Kimanis Teluk Labuk • Teluk Marchesa • Teluk Marudu Teluk Padas • Teluk Paitan • Teluk Sandakan Teluk Sepanggar Teluk Schomburgk Teluk Tambak
Sungai
Sungai Atling • Sungai Kalabakan • Sungai Kinabatangan Sungai Labuk Sungai Liwagu Sungai Mulau • Sungai Padas Sungai Paitan • Sungai Papar Sungai Pegalan • Sungai Segama Sungai Sugut Sungai Tuaran
Konflik Spratly
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P.167 Kudat
N.01 Banggi
N.02 Bengkoka
N.03 Pitas
N.04 Tanjong Kapor

P.168 Kota Marudu
N.05 Matunggong
N.06 Bandau
N.07 Tandek

P.169 Kota Belud
N.08 Pintasan
N.09 Tempasuk
N.10 Usukan
N.11 Kadamaian

P.170 Tuaran
N.12 Sulaman
N.13 Pantai Dalit
N.14 Tamparuli
N.15 Kiulu

P.171 Sepanggar
N.16 Karambunai
N.17 Darau
N.18 Inanam

P.172 Kota Kinabalu
N.19 Likas
N.20 Api-Api
N.21 Luyang

P.173 Putatan
N.22 Tanjong Aru
N.23 Petagas
N.24 Tanjung Keramat

P.174 Penampang
N.25 Kapayan
N.26 Moyog

P.175 Papar
N.27 Limbahau
N.28 Kawang
N.29 Pantai Manis

P.176 Kimanis
N.30 Bongawan
N.31 Membakut

P.177 Beaufort
N.32 Klias
N.33 Kuala Penyu

P.178 Sipitang
N.34 Lumadan
N.35 Sindumin

P.179 Ranau
N.36 Kundasang
N.37 Karanaan
N.38 Paginatan

P.180 Keningau
N.39 Tambunan
N.40 Bingkor
N.41 Liawan

P.181 Tenom
N.42 Melalap
N.43 Kemabong

P.182 Pensiangan
N.44 Tulid
N.45 Sook
N.46 Nabawan

P.183 Beluran
N.47 Telupid
N.48 Sugut
N.49 Labuk

P.184 Libaran
N.50 Gum-Gum
N.51 Sungai Manila
N.52 Sungai Sibuga

P.185 Batu Sapi
N.53 Sekong
N.54 Karamunting

P.186 Sandakan
N.55 Elopura
N.56 Tanjong Papat

P.187 Kinabatangan
N.57 Kuamut
N.58 Lamag
N.59Sukau

P.188 Lahad Datu
N.60 Tungku
N.61 Segama
N.62 Silam
N.63 Kunak

P.189 Semporna
N.64 Sulabayan
N.65 Senallang
N.66 Bugaya

P.190 Tawau
N.67 Balung
N.68 Apas
N.69 Sri Tanjong

P.191 Kalabakan
N.70 Kukusan
N.71 Tanjung Batu
N.72 Merotai
N.73 Sebatik

  • l
  • b
  • s
Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Semenanjung Malaysia
Sarawak
Sabah