Sejarah Nusantara

Sejarah Nusantara ialah peristiwa-peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang berdiri di Nusantara sebelum penubuhan Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, dan Republik Indonesia. Umumnya, sejarah rantau ini dibahagikan kepada zaman purba atau prasejarah, zaman kerajaan Hindu Buddha, zaman kerajaan Islam dan akhirnya zaman kolonial. Selepas zaman kolonial, Nusantara berpecah kepada beberapa negara iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia,Singapura dan Timor Timur.Tiada perkataan Melayu pada Abad dan kurun yang akan dinyatakan dalam petikan di bawah ini,

Zaman prasejarah

Penghijrahan manusia purba masuk ke wilayah Nusantara terjadi antara 100,000 – 160,000 tahun yang lalu sebagai sebahagian penghijrahan "keluar dari Afrika". Selanjutnya, kira-kira Abad ke-20 SM, 2000 SM, penghijrahan besar-besaran masuk ke Kepulauan Nusantara dilakukan oleh ras (keturunan) Austronesia dari Yunnan dan mereka menjadi nenek moyang kepada suku-suku di wilayah Nusantara barat. Mereka datang dalam dua gelombang, iaitu sekitar tahun 2500 SM dan 1500 SM.

Bangsa nenek moyang ini telah memiliki peradaban yang cukup baik. Mereka faham akan cara bertani yang lebih baik, ilmu pelayaran bahkan astronomi. Mereka juga sudah memiliki sistem tata pemerintahan sederhana serta memiliki pemimpin (raja kecil). Kedatangan pendatang-pendatang dari India pada abad-abad akhir sebelum masihi memperkenalkan sistem tata pemerintahan yang lebih maju (kerajaan) kepada mereka.

Kerajaan Hindu/Buddha (0-1500)

Fail:Nusantara hindu buddha.JPG
Kerajaan-kerajaan Hindu Buddha utama di Nusantara.
Candi Borobudur di pulau Jawa merupakan bukti kekuasaan kerajaan-kerajaan Dharma di Nusantara.

Ketika awal tarikh Masihi, Nusantara diperintah oleh beberapa kerajaan Buddha dan Hindu. Agama-agama dharma ini disebarkan oleh pedagang-pedagang India yang belayar ke Nusantara. Kerajaan Hindu pertama di Nusantara, mengikut catatan pedagang India ialah kerajaan Jawa Dwipa di pulau Jawa yang wujud sekitar 200 SM. Manakala, mengikut Prasasti Yupa, kerajaan tertua di nusantara ialah Kerajaan Kutai[1] yang bertarikh 400 SM.

Pada kurun ke-7 hingga kurun ke-14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaan Srivijaya dan kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Hal ini diikuti dengan kerajaan Majapahit dari Jawa. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke-14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra.

Sumatera
  1. Kerajaan TambayungPulau Bintan abad Pertengahan 6 -7
  2. Kerajaan Srivijaya Pertama Gunung Dempo
  3. Kerajaan Keritang
  4. Kerajaan Melayu Jambi/Kerajaan Dharmasraya/Kerajaan Melayu Lama - Jambi
  5. Kerajaan Sekala Brak
Semenanjung Melayu
  1. Kerajaan Gangga Negara
  2. Kerajaan Langkasuka
  3. Kerajaan Pan Pan
  4. Kerajaan Kedah Tua
  5. Kerajaan Chi Tu/Kerajaan Tanah Merah


Jawa
  1. Kerajaan Salakanagara
  2. Kerajaan Tarumanagara
  3. Kerajaan Sunda Galuh
  4. Kerajaan Isyana
  5. Kerajaan Kalingga
  6. Kerajaan Mataram Kuno (Hindu)
  7. Kerajaan Medang
  8. Kerajaan Kahuripan
  9. Kerajaan Kediri
  10. Kerajaan Kanjuruhan
  11. Kerajaan Janggala
  12. Kerajaan Jawa Dwipa
  13. Kerajaan Singhasari
  14. Kerajaan Majapahit
  15. Kerajaan Pajajaran
  16. Kerajaan Blambangan
  17. Kerajaan Sailendra
  18. Kerajaan Wijaya Kusuma di Kepulauan Karimunjawa
  19. Kerajaan Sanjaya
Borneo
  1. Kerajaan Kutai
  2. Kerajaan Po Ni
  3. Kerajaan Banjar
  4. Kerajaan Negara Daha
  5. Kerajaan Negara Dipa
  6. Kerajaan Tanjung Puri
  7. Kerajaan Nan Sarunai
  8. Kerajaan Kuripan
Vietnam
  1. Kerajaan Champa

Kerajaan Islam (1500 - sekarang)

Fail:Nusantara islam.JPG
Kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara
Masjid Baitul Rahman, Bandar Aceh. Aceh merupakan pusat tumpuan penyebaran Islam setelah kejatuhan Melaka.

Islam pertama kali di Nusantara sekitar kurun ke-11 melalui kerajaan Pasai (aceh). Penyebaran awal Islam di Nusantara dilakukan pedagang-pedagang Arab, Cina, India dan Parsi. Selepas itu, proses penyebaran Islam dilakukan oleh kerajaan-kerajaan Islam Nusantara melalui perkahwinan, perdagangan tempatan dan peperangan.

Pada kurun ke-14, Kesultanan Melaka berkembang menjadi pusat penyebaran Islam di Nusantara setalah kerajaan pasai (aceh). Setelah kejatuhan Melaka, pusat penyebaran Islam beralih ke Kerajaan Aceh di Sumatra. Pada lewat kurun ke-15, Hampir keseluruhan Nusantara sudah memeluk Islam kecuali di pulau Bali, Filipina dan beberapa kawasan di Borneo, Sulawesi dan Jawa Timur.

Sumatra
  1. Kepaksian Sekala Brak
  2. Kerajaan Aceh
  3. Kesultanan Asahan
  4. Kerajaan Kemuning
  5. Kerajaan Batin Enam Suku
  6. Kerajaan Inderagiri
  7. Kesultanan Lingga Riau
  8. Kesultanan Deli
  9. Kesultanan Jambi
  10. Kesultanan Kota Pinang
  11. Kesultanan Langkat
  12. Kerajaan Pagaruyung
  13. Kesultanan Palembang
  14. Kesultanan Serdang
  15. Kesultanan Siak Sri Inderapura
  16. Kerajaan Pasai
  17. Kesultanan Perlak
  18. Kesultanan Lamuri
  19. Kerajaan Dharmasraya
Semenanjung Melayu
  1. Kerajaan Naning
  2. Kerajaan Negeri Sembilan
  3. Kerajaan Perlis
  4. Kesultanan Johor
  5. Kesultanan Kedah
  6. Kesultanan Kelantan
  7. Kesultanan Perak
  8. Kesultanan Pahang
  9. Kesultanan Patani
  10. Kesultanan Selangor
  11. Kesultanan Terengganu
  12. Kesultanan Besut
  13. Kesultanan Melaka
Jawa
  1. Kesultanan Banten
  2. Kesultanan Cirebon
  3. Kesultanan Demak
  4. Kerajaan Djipang
  5. Kesultanan Pajang
  6. Kesultanan Mataram
  7. Kesultanan Kartasura
  8. Kerajaan Sumedang Larang
  9. Kasunanan Surakarta
  10. Kesultanan Yogyakarta
  11. Mangkunagaran
  12. Kadipaten Pakualaman
Borneo
  1. Kesultanan Banjar
  2. Kesultanan Bulungan
  3. Kesultanan Brunei
  4. Kesultanan Kutai
  5. Kesultanan Sambas
  6. Kerajaan Tanjungpura
  7. Kesultanan Pontianak
  8. Kesultanan Pasir Balengkong
  9. Kesultanan Gunung Tabur
  10. Kesultanan Sambaliung
Sulawesi
  1. Kerajaan Luwuk
  2. Kerajaan Wajo
  3. Kesultanan Bone
  4. Kesultanan Buton
  5. Kesultanan Gowa
  6. Kesultanan Soppeng
Filipina
  1. Kerajaan Manila
  2. Kesultanan Maguindanao
  3. Kesultanan Sulu
Maluku
  1. Kesultanan Ternate
  2. Kesultanan Tidore
  3. Kesultanan Jailolo
  4. Kesultanan Bacan
  5. Kerajaan Tanah Hitu
Nusa Tenggara
  1. Kesultanan Bima
  2. Kesultanan Dompu
  3. Kesultanan Samawa

Zaman penjajahan Eropah

Fail:Nusantara kolonial.JPG
Penjajahan Eropah di Nusantara.
Bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1842.

Zaman penjajahan Eropah bermula apabila Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Pada tahun 1521, Ferdinand Magellan tiba di Cebu, Filipina dan menjadikan pulau itu sebahagian daripada empayar Sepanyol. Pada tahun 1565, keseluruhan Filipina jatuh ke tangan Sepanyol dan dinamakan Hindia Timur Sepanyol. Pada 1602, Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuhkan dan pada tahun 1605, Ambon ditawan Belanda daripada tangan Portugis. Inggeris pula mula menapak di Nusantara apabila Sir Francis Light membuat perjanjian lisan dengan Sultan Kedah untuk mendapatkan Pulau Pinang. Belanda dan Inggeris kemudiannya bersaing untuk meluaskan pengaruh di Nusantara dan persaingan ini berhenti apabila Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimaterai. Perjanjian ini dan juga penjajahan Sepanyol merupakan titik penting dalam sejarah bila mana Nusantara mula berpecah belah, daripada sebuah rantau yang bersatu kepada beberapa negeri mengikut penjajahnya.

Belanda
  1. Zaman Syarikat Hindia Timur Belanda (1602 - 1800)
  2. Zaman Belanda (1800 - 1942)
Inggeris
  1. Syarikat Hindia Timur Inggeris
  2. Malaya British
  3. Syarikat Berpiagam Borneo Utara
  4. Rajah Putih
Portugis
  1. Timor Portugis
  2. Melaka Portugis
Sepanyol
  1. Hindi Timur Sepanyol
Jepun
  1. Empayar Jepun/ Perang Dunia Kedua (1942 - 1945)

Rujukan

  1. ^ Maklumat daripada Royal Ark

Lihat juga

Pautan luar

  • Kronologi Sejarah Indonesia dalam talian
  • Senarai kerajaan-kerajaan di Indonesia
  • Senarai kerajaan-kerajaan di Malaysia
MalaysiaMalaya BritishIndonesiaHindia Timur BelandaKerajaan PajajaranFilipinaHindia Timur SepanyolKesultanan SuluKesultanan BruneiPo niKesultanan CirebonKerajaan Sunda GaluhKerajaan TarumanagaraKesultanan AcehSinghasariPan PanKesultanan BoneKediriKerajaan MedangKerajaan SalakanagaraKesultanan Riau-LinggaKutaiChampaKesultanan PontianakKesultanan GowaLangkasukaKesultanan BanjarGangga NegaraKesultanan MataramKerajaan Mataram KunoKesultanan YogyakartaKesultanan DemakMajapahitSailendraKesultanan JohorKesultanan MelakaSrivijaya