Kesultanan Johor-Riau

Kesultanan Johor-Riau
کسلطانن جوهر رياوcode: ms is deprecated
1528–1855


Bendera
Atas: (~1855)
Bawah: (1855–1865)
Peta menunjukkan bahagian Empayar Johor sebelum dan selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Kesultanan Johor pascapemisahan ditunjukkan dengan warna ungu cerah, di hujung Semenanjung Melayu[1]
Peta menunjukkan bahagian Empayar Johor sebelum dan selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, dengan Kesultanan Johor pascapemisahan ditunjukkan dengan warna ungu cerah, di hujung Semenanjung Melayu[1]
Ibu negara
  • Pekan Tua (Sungai Telur, Kota Tinggi)
  • (s. 1528–1530an)
  • Kota Kara, Pulau Bintan
  • (1530an-1536)
  • Sayong Pinang
  • (1536–1540)
  • Johor Lama
  • (1540–1564)
  • (1571–1587)
  • Bukit Seluyut
  • (1564–1570)
  • Batu Sawar
  • (1587–1617)
  • (1640–1675)
  • Pulau Bintan
  • (1617–1618)
  • Pulau Lingga
  • (1618–1625)
  • (1812–1824)
  • Kepulauan Tambelan
  • (1625–1641)
  • Kota Tinggi
  • (1641–1642)
  • (1688–1699)
  • Tanjung Pinang
  • (1680–1688)
  • (1708–1715)
  • (1720–1788)
  • Panchor
  • (1700–1708)
  • (1715-1720)
  • Kuala Pahang
  • (1720)
  • Pekan, Pahang
  • (1675–1680)
  • (1788–1795)
  • Daik, Lingga
  • (1795-1819)
  • Singapura
  • (1819–1824)
Bahasa yang umum digunakanBahasa Melayu Klasik
Agama
Islam, Ahli Sunah Waljamaah
KerajaanRaja mutlak, monarki
Sultan 
• 1528–1564
Sultan Alauddin Riayat Shah II(pertama)
• 1812–1830
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (pemerintah rasmi terakhir)
• 1819 – 1835
Sultan Hussain Shah (Pemerintah boneka)
• 1835 – 1855
Sultan Ali Iskandar Shah (sultan terakhir Johor-Riau)
Bendahara 
• 1513–1520
Tun Khoja Ahmad (pertama)
• 1806–1857
Tun Ali (akhir)
Sejarah 
• Didirikan
1528
• Dibubarkan
1855
Mata wangJongkong timah, emas and syiling perak
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Pahang
Kesultanan Siak
Kesultanan Riau-Lingga
Negeri-Negeri Selat
Johor Moden
Kesultanan Selangor
Kerajaan Negeri Sembilan Lama
Kerajaan Pahang
Sekarang sebahagian dariMalaysia
Singapura
Indonesia
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
Prasejarah Malaysia
Prasejarah Malaysia 100–kurun-6
Kerajaan awal
Chih Tu kurun-2–7
Gangga Negara kurun-1–11
Langkasuka kurun-1–15
Pan Pan kurun-3–5
Kedah Tua kurun-4–12
Pahang Tua kurun-5–15
Melayu Jambi kurun-6
Kota Gelanggi kurun-7–9
Srivijaya 650-1377
Majapahit 1293-1500
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah 1136–sekarang
Sultan Kelantan 1267-sekarang
Kesultanan Brunei 1363–sekarang
Kesultanan Melaka 1402–1511
Kesultanan Sulu 1450–1899
Kesultanan Pahang 1470-sekarang
Kesultanan Perak 1528–sekarang
Kesultanan Terengganu 1725-sekarang
Kesultanan Selangor 1743-sekarang
Negeri Sembilan 1773-sekarang
Kerajaan Perlis 1843-sekarang
Parti Politik dan Pertubuhan
UMNO1946-sekarang
MIC1946-sekarang
MCA1949-sekarang
Parti Islam Se-Malaysia1951-sekarang
Parti Perikatan1952-1973
Parti Tindakan Demokratik1965-sekarang
Barisan Nasional1973-sekarang
Parti Bersatu Sabah1985-sekarang
Pertubuhan BERSIH2006-sekarang
Pakatan Rakyat2008-2015
Pertubuhan Hindraf2009-2019
Pakatan Harapan2015-sekarang
Parti Pribumi Bersatu Malaysia2016-sekarang
Muafakat Nasional2019-2022
Gabungan Parti Sarawak2019-sekarang
Parti Perikatan Nasional2020-sekarang
Parti Pejuang Tanah Air2020-sekarang
Ikatan Demokratik Malaysia2020-sekarang
Peristiwa
Hartal Tanah Melayu 19471947
Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak1946-1950
Peristiwa Bukit Kepong1950
Rusuhan kaum 19641964
Krisis Perlembagaan Sarawak1966
Rusuhan Pulau Pinang1967
Pertikaian Pulau Ligitan dan Sipadan 1969-2002
Kebangkitan mahasiswa Malaysia 1971-19751971-1975
Krisis tebusan Bangunan AIA 19751975
Peletupan Tugu Negara1975
Kebakaran Kompleks Campbell1976
Tragedi Double Six1976
Tragedi Penerbangan MH6531977
Darurat Kelantan1977-1978
Dawn Raid1981
Serangan hendap Lahad Datu 19851985
Peristiwa Memali1985
Rusuhan Senyap Sabah1986
Operasi Lalang1987
Urusan Mahkamah Ming 19871987
Tragedi Terminal Feri Sultan Abdul Halim1988
Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah1989
Tragedi letupan kilang mercun Bright Sparklers1991
Pindaan Perlembagaan Malaysia 19931993
Tragedi Highland Towers1993
Ribut Tropika Greg1996
Krisis Kewangan Asia1997-1998
Sukan Komanwel 19981998
Gerakan Reformasi Malaysia1998-sekarang
Wabak virus Nipah di Malaysia1998-1999
Al-Ma'unah2000
Peristiwa Kampung Medan2001
Tsunami Malaysia 20042004
Pembunuhan Altantuya Shaariibuu2006
Perhimpunan Bersih 20072007
Perhimpunan Hindraf 20072007
Gelombang Politik 20082008
Himpunan Anti-ISA2009
Pandemik H1N1 di Malaysia2009-2010
Perhimpunan Bersih 20112011
Perhimpunan Bersih 20122012
Himpunan Kebangkitan Rakyat 20132013
Pencerobohan Lahad Datu2013
Himpunan Black Out 20132013
Langkah Kajang2014
Tragedi Penerbangan MH3702014
Tragedi Penerbangan MH172014
Banjir 2014-152014-2015
Skandal 1Malaysia Development Berhad2015-sekarang
Perhimpunan Bersih 20152015
Gempa bumi Sabah 20152015
Deklarasi Rakyat2016
Serangan bom tangan Movida Bar2016
Perhimpunan Bersih 20162016
Pembunuhan Kim Jong-nam2017
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah2017
PRU-14 - Peralihan kerajaan2018
Protes terhadap ICERD di Malaysia2018
Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman2018
Perhimpunan Anti-ICERD2018
Pandemik COVID-19 di Malaysia2020-kini
Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia2020-2021
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan2021-2022
Kemalangan LRT Kelana Jaya 20212021
Hartal Doktor Kontrak2021
Banjir 2021-222021-2022
Tanah runtuh Batang Kali 2022 2022
Tragedi pesawat Elmina 2023
Mengikut topik
Ikon portal Portal Malaysia
  • l
  • b
  • s
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Singapura
Sejarah Awal (pra-1819)
Srivijaya 650–1377
Temasek, Batu Berlayar,
Pancur
s. abad ke-14
Kerajaan Singapura 1299–1398
Kesultanan Melaka 1400–1511
Kesultanan Johor 1528-1819
Zaman British (1819–1942)
Perjanjian Johor-SHTI1819
Founding 1819–1826
Negeri Selat 1826–1867
Jajahan Mahkota 1867–1942
Zaman pasca-perang (1945–1962)
Sidang Dewan
Undangan Pertama

1948–1951
Rusuhan Natrah 1950
Sidang Dewan
Undangan Kedua

1951–1955
Rusuhan Khidmat Negara 1954 1954
Pemerintahan sendiri (1955–1963)
Rusuhan bas Hock Lee 1955
Dalam Malaysia (1963–1965)
Singaporean referendum 1962
Operasi Coldstore 1963
Rusuhan kaum 1964 1964
Pengeboman MacDonald House 1965
Republik merdeka (1965–kini)
Deklarasi dan penubuhan ASEAN 1967
Rusuhan kaum 1969 1969
Singaporean haze crisis 1972–present
Kejadian Laju 1974
Operasi Spectrum 1987
Krisis kewangan Asia 1997 1997
Embassies attack plot 2001
Wabak SARS2003
Pandemik H1N12009-2010
Rusuhan Little India 20132013
Pandemik virus korona2020–kini
By topic
  • Timeline
  • Riots
Ikon portal Portal Singapore
  • l
  • b
  • s
Sebahagian daripada siri tentang
Sejarah Indonesia
Prasejarah
Manusia Jawa 1,000,000 BP
Manusia Flores 94,000–12,000 BP
Bencana alam Toba 75,000 BP
Kebudayaan Buni 400 SM
Kerajaan Hindu-Buddha
Kerajaan Salakanagara 130–362
Kerajaan Kutai 350–1605
Kerajaan Tarumanagara 358–669
Kerajaan Kalingga 500an–600an
Kerajaan Melayu 600an
Kerajaan Sriwijaya 600an–1025an
Kerajaan Kanjuruhan 700an
Wangsa Sailendra 800an–900an
Kerajaan Galuh 669–1482
Kerajaan Medang 752–1006
Kerajaan Bali 914–1908
Kerajaan Sunda 932–1579
Kerajaan Kahuripan 1006–1045
Kerajaan Janggala 1042–1136
Kerajaan Kadiri 1045–1222
Kerajaan Dharmasraya 1183–1347
Kerajaan Singasari 1222–1292
Kerajaan Majapahit 1293–1527
Kerajaan Islam
Penyebaran Islam di Indonesia 1200–1600
Kerajaan Aru 1225–1613
Kesultanan Ternate 1257–1914
Kesultanan Samudera Pasai 1267–1521
Kerajaan Pagaruyung 1347–1833
Kesultanan Brunei 1368–1888
Kesultanan Melaka 1405–1511
Kesultanan Sulu 1405–1851
Kesultanan Cirebon 1430–1677
Kesultanan Demak 1475–1554
Kesultanan Aceh 1496–1903
Kesultanan Banten 1526–1813
Kesultanan Kalinyamat 1527–1599
Kesultanan Pajang 1549–1587
Kesultanan Mataram 1558–1830
Kesultanan Kasepuhan 1679–1815
Kesultanan Kanoman 1679–1815
Kasunanan Kartasura 1680–1745
Kesultanan Siak 1725–1946
Kasunanan Surakarta 1745–1946
Kesultanan Yogyakarta 1755–1945
Kadipaten Mangkunegaran 1757–1946
Kadipaten Pakualaman 1813–1950
Kesultanan Deli 1814–1946
Kesultanan Riau-Lingga 1824–1911
Kerajaan Kristian
Kerajaan Larantuka 1515–1904
Kolonialisme Eropah
Portugis 1512–1850
VOC 1603–1800
Jeda kekuasaan Perancis dan Britania 1806–1815
Hindia Belanda
1800–1942
1945–1950
Kemunculan Indonesia
Kebangkitan Nasional Indonesia 1908–1942
Pendudukan Jepun di Hindia Belanda 1942–1945
Revolusi Nasional Indonesia 1945–1949
Kemerdekaan
Republik Indonesia Serikat 1949–1950
Demokrasi liberal 1950–1957
Demokrasi terpimpin 1957–1965
Transisi 1965–1966
Orde Baru 1966–1998
Reformasi 1998–sekarang
Ikon portal Portal Indonesia
  • l
  • b
  • s

Kesultanan Johor-Riau (Jawi: کسلطانن جوهر رياوcode: ms is deprecated ), turut dikenali sebagai Kesultanan Johor Lama, Kesultanan Johor-Riau-Lingga-Pahang dan Empayar Johor, ialah sebuah kesultanan Melayu yang diasaskan oleh putera Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah II pada 1528. Johor ialah sebahagian daripada Kesultanan Melaka sebelum Portugis menakluk ibu kota Melaka pada 1511. Dengan penguasaannya, kesultanan ini memerintah kawasan yang kini merupakan Johor, Pahang, Terengganu, dan kawasan yang terbentang dari Sungai Klang ke Sungai Linggi (merangkumi Selangor dan luak-luak di Negeri Sembilan kini), Tanjung Tuan (Melaka), Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Karimun, pulau-pulau di Bintan, Bulang, Lingga dan Bunguran, dan Bengkalis, Kampar dan Siak di Sumatera.[2] Semasa zaman penjajahan, kawasan tanah besar ditadbir oleh British, manakala bahagian kepulauan ditadbir oleh Belanda, menyebabkan pemecahan kesultanan kepada Johor dan Riau. Pada 1946, bahagian yang ditadbir British menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudiannya, ia menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya membentuk Persekutuan Malaysia pada 1963. Pada 1949, bahagian yang ditadbir Belanda pula menjadi sebahagian daripada Indonesia.

Kejatuhan Kesultanan Melaka

Kesultanan Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan yang penting. Asal usul nama Johor ialah Tanjung Puteri atau ianya juga dikenali sebagai Ujong Tanah bagi orang Bugis atau Gangganu bagi orang Siam. Panggilan Ujong Tanah bagi orang Bugis ketika itu adalah sebagai Tempat untuk mencari jodoh. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor dan menubuhkan pusat pemerintahan baharu iaitu Kota Kara.

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan Kota Kara di bandar Bentan. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[perlu rujukan]

Raja Mudzaffar Jelani II seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan ini dikenali sebagai Kesultanan Johor-Riau.

Kesultanan Johor dan pengaruh luar

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1672 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal, yang kini terletak di Kabupaten Tanjung Jabung Barat, Jambi moden. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda Sepe. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi,Puteri Jelani pada tahun 1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Pada tahun 1673, perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Pengaruh Bugis dan Minangkabau

Sultan Mahmud Shah II (Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kechil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

Sejarah Kesultanan Johor

Mengawal Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan Temenggung Johor.Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja.Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja.Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.

Kekuasaan Empayar Johor

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.

Karya Sejarah

Kehadiran Penjajah kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama

Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.

Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bangkahulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisinya berangkat untuk mencari petempatan baru.

Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, berada di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".[3][4]

Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Riau) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Riau sebenar di Lingga.

Perjanjian Anglo-Belanda

Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.

Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.

Kuasa-kuasa yang bernafsu

Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.

Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.[7] Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.

Sultan mencuba untuk membaiki situasi

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau terkorban lalu dimakan ayam dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.[8] Baginda memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. Islam dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai Jelani dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.

Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.

Setelah menunggu sejak 1830 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali telah memutuskan untuk 'Pulang ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan hubungan mereka rapat.

Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor

Penyatuan tanah daratan Johor dengan Riau

Setelah penggulingan Sultan Mahmud IV Muzaffar oleh Belanda, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa Empayar Johor.[12] Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[13] Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada Belanda. Ini juga menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.

Johor dan Pahang

Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.[14] Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[15] Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan Pahang.

  1. ^ Turner, Peter; Hugh Finlay (1996). Malaysia, Singapura dan Brunei. Lonely Planet. ISBN 978-0-86442-393-1.
  2. ^ Winstedt, R. O. (1992). A history of Johore, 1365–1895. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. m/s. 36. ISBN 983-99614-6-2.
  3. ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang, halaman 57
  4. ^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat Adat
  5. ^ (Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang 1857-63, Karisma Publications, 2007, ISBN 9769831952825, halaman 90
  6. ^ Ibid, halaman 46
  7. ^ Ibid, halaman 40
  8. ^ Ibid, halaman 67
  9. ^ Ibid, halaman 68
  10. ^ Ibid, halaman 70
  11. ^ Ibid, halaman 75
  12. ^ Ibid, halaman 87
  13. ^ Ibid, halaman 87
  14. ^ http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahara Bendahara
  15. ^ Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855-1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya, Fajar Bakti, 1988, halaman 33-34