Stesen MRT Semantan

سمنتنcode: ms is deprecated
Pintu B stesen MRT Semantan di Jalan Dungun.
LokasiStesen Semantan, Jalan Semantan, 50490 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, MalaysiaKoordinat3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417Koordinat: 3°8′36.28″N 101°39′44.07″E / 3.1434111°N 101.6622417°E / 3.1434111; 101.6622417Dimiliki olehMRT CorpLaluan9 Laluan KajangPlatform2 platform sisiTrek2Pengendali kereta apiRapidKL (subsidiari Prasarana Malaysia)SambunganPengangkutan bas Rapid Bus: T818, T819, T820, T821, T850, T852PembinaanJenis strukturBertingkatTemplat letak kenderaanTiadaKemudahan OKUYa Akses OKUMaklumat lainKod stesen SBK14 SejarahDibuka16 December 2016Perkhidmatan
Stesen sebelumnya   RapidKL MRT   Stesen berikutnya
menghala ke Kwasa Damansara
Laluan SBK
menghala ke Kajang
LokasiMap

Stesen MRT Semantan (atau sebelumnya Stesen MRT Manulife-Semantan atas sebab penajaan)[1][2] ialah stesen transit aliran massa (MRT) di Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. Stesen ini adalah salah satu stesen dalam Laluan Sungai Buloh-Kajang. Stesen ini dinamakan sempena pusat perniagaan Semantan yang terletak berhampiran stesen. Stesen ini dibuka pada 16 Disember 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 laluan ini.[3]

Ciri-ciri stesen

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang E23 Lebuhraya Sprint atau Jalan Semantan berhampiran Persimpangan Semantan di Kuala Lumpur, Malaysia. Terdapat banyak pejabat di sekitar stesen seperti Wisma HRDF, Menara Manulife Insurans, Plaza Zurich, Wisma Chase Perdana, Wisma UOA Damansara, Wisma HELP, Menara Yayasan ECM Libra, bangunan MRT Corp dan bangunan Indah Water Konsortium. Juga terletak berhampiran stesen adalah Taman Damansara Endah, Semantan Villas, Idamansara dan Gereja Pentecostal Calvary.

Pelan stesen

L2
Platform
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
SBK Arah Selatan 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK35  Kajang (Muzium Negara)
SBK Arah Utara 9 Laluan Kajang menghala ke  SBK01  Sungai Buloh
(Pavillion-Pusat Bandar Damansara)
Platform sisi, pintu tren akan dibuka di sebelah kiri Akses OKU
L1 Aras legar Kedai serbaguna, mesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan Akses OKU
G Aras tanah Pintu masuk/keluar, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian Akses OKU

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai dua platform sisi di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sungai Buloh-Kajang. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti tanjakan, blok sentuh di lantai, tandas mesra OKU, butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda, braille di butang lif dan kaunter rendah untuk pengguna kerusi roda.[4]

Perkhidmatan bas

Bas RapidKL laluan T818, T819, T820, T821, T850, dan T852 berkhidmat di stesen ini.

Galleri

Rujukan

  1. ^ M. Hafidz Mahpar (11 Jul 2017). "Four MRT stations along SBK Line to be 'branded'" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  2. ^ "Manulife granted naming rights for Semantan MRT station" (dalam bahasa Inggeris). 22 Ogo 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Mei 2019. Dicapai pada 20 Mei 2019.
  3. ^ Hussaini, Amran; Norhawa, Mohd. Ali (15 Dec 2016). "PM rasmi Fasa 1 MRT laluan Sungai Buloh - Kajang". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-22. Dicapai pada 15 Nov 2018.
  4. ^ "Manulife Semantan — MRT Corp". MRT Corp. 14 Mei 2018. Dicapai pada 29 Mei 2019.
  • l
  • b
  • s