Iskandar Puteri

Iskandar Puteri is located in Bumi
Iskandar Puteri
Iskandar Puteri (Bumi)
Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°E / 1.42667; 103.64028Koordinat: 1°25′36″N 103°38′25″E / 1.42667°N 103.64028°E / 1.42667; 103.64028Negara MalaysiaNegeri JohorDaerahDaerah Johor BahruMenjadi pusat pentadbiran negeri Johor16 April 2009Granted City Status22 November 2017[1]Pentadbiran
 • Kerajaan tempatanMajlis Bandaraya Iskandar Puteri • Datuk BandarDato' Haji Mohd Haffiz bin Ahmad • Ahli Parlimen Gelang PatahLim Kit Siang (DAP) • Ahli Dewan Undangan Negeri Kota IskandarDzulkefly Ahmad (AMANAH)Penduduk
 (2010)
 • Jumlah529,074Zon waktuUTC+8 (MST) • Musim panas (DST)Tidak tersediaPoskod
79000
Kod panggilan+607Laman sesawangwww.mbip.gov.my

Iskandar Puteri (Cina: 依斯干达公主城, Jawi: إسكندر ڤوتري) ialah sebuah Bandaraya di Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Nama

Pada asalnya, nama bandar ini ialah Nusajaya. Kemudian pada 7 Disember 2015, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah berkenan untuk mengisytiharkan "Iskandar Puteri" sebagai nama baharu untuk pusat pentadbiran negeri Johor.[2]

Sejarah

Projek ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007[3]. Iskandar Puteri merupakan bandar baru yang dibentuk di Daerah Johor Bahru dengan banyak pembangunan yang kini sedang berkembang pesat. [4]

Pembangunan Iskandar Puteri merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada November 2006. Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan komponen-komponen seperti Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (Kota Iskandar), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu. Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia. Kedudukannya yang hampir dengan tiga pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Johor, dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Iskandar Puteri kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Projek Pemangkin

Projek pembangunan Iskandar Puteri dengan keluasan 9,600 hektar dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 melibatkan komponen-komponen sebagai berikut.

Pusat Pentadbiran Negeri Johor

Kota Iskandar

Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor Kota Iskandar merupakan pembangunan bersepadu merangkumi kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri dan persekutuan dalam satu kawasan seluas 320 ekar. Ia dibangunkan dengan konsep persekitaran terbuka dengan taman dan lanai ala Alhambra di Sepanyol dengan rekaan bangunan berteraskan seni bina Melayu-Johor.

Komponen Pembangunan
  • Fasa 1
- Dewan Undangan Negeri
- Kompleks Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan
- Dataran Mahkota
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan negeri
  • Fasa 2a
- Masjid
  • Fasa 2b
- Kompleks perumahan kakitangan kerajaan negeri
  • Fasa 3
- Kompleks pejabat jabatan kerajaan persekutuan

Bandar Pendidikan

EduCity

Bandar Pendidikan atau EduCity@Iskandar seluas 600 ekar merupakan pusat dan komuniti pendidikan tinggi berpandukan kepada amalan terbaik dalam bidang akademik dan pendidikan dengan kerjasama dari universiti-universiti tersohor dunia seperti Newcastle University dan Marlborough University. Projek ini diambil alih oleh Iskandar Investment Bhd.

Bandar Perubatan

Columbia Asia Hospital

Pembangunan pusat perubatan yang dikenali sebagai Medical City dengan keluasan 67.2 ekar menawarkan penjagaan kesihatan menyeluruh yang merangkumi pusat kesihatan, poliklinik kerajaan, kompleks klinik umum, kompleks pakar, kolej kejururawatan dan kemudahan kesihatan yang lain. Pusat tersebut juga memberi tumpuan kepada pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan perubatan dan kesihatan. Hospital pertama yang telah beroperasi di sini ialah Hospital Columbia Asia.

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan

Kelompok Logistik dan Perindustrian Selatan (SiLC) di Iskandar Puteri adalah kawasan taman perindustrian hijau seluas 1,300 ekar. SiLC memberi tumpuan kepada pembangunan rangkaian nilai secara bersepadu untuk tiga bidang utama iaitu teknologi maju seperti teknologi bio dan nano, industri pemakanan dan kesihatan serta logistik.

Medini

Medini

Pembangunan bersepadu oleh Iskandar Investment, Mubadala, Kuwait Finance House, Aldar Properties dan Millennium Development International. Ia dibahagi kepada 3 kluster utama:

  • Kluster Rekreasi dan Pelancongan
  • Daerah Kewangan Iskandar
  • Medini Sentral

Nota kaki

  1. ^ "JB central municipal council to be upgraded to city council status - Nation - The Star Online". www.thestar.com.my.
  2. ^ "Iskandar Puteri Nama Baru Pusat Pentadbiran Johor". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-12-07.
  3. ^ 1 "Nusajaya bertaraf dunia -- PM lancar projek utama dalam Wilayah Pembangunan Iskandar" Check |url= value (bantuan). Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-02-23.
  4. ^ hermesauto (7 December 2015). "Johor's administrative capital Nusajaya to be renamed Iskandar Puteri".

Pautan luar

  • Laman web rasmi Bandar Nusajaya
  • Laman rasmi industri yang dikelola oleh UEM Land Diarkibkan 2016-03-04 di Wayback Machine
  • l
  • b
  • s
Topik
Istana
Bangunan kerajaan
Bandar raya
Bandar Diraja
Pekan
Kampung
Pulau
Bandar baru
Zon Khas
Gunung
Pintu masuk antarabangsa
Bahagian perundangan
  • l
  • b
  • s
Batu Pahat
Batu Pahat
Yong Peng
Johor Bahru
Iskandar Puteri
Pasir Gudang
Kulai
Kluang
Kluang
Simpang Renggam
Kota Tinggi
Kota Tinggi
Pengerang
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Segamat
Labis
Tangkak
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Johor Darul Takzim
Batu Pahat
Johor Bahru
Kluang
Kota Tinggi
Kulai
Mersing
Muar
Pontian
Segamat
Tangkak
Lihat juga: Mukim di Johor
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P140 Segamat
N01 Buloh Kasap
N02 Jementah

P141 Sekijang
N03 Pemanis
N04 Kemelah

P142 Labis
N05 Tenang
N06 Bekok

P143 Pagoh
N07 Bukit Kepong
N08 Bukit Pasir

P144 Ledang
N09 Gambir
N10 Tangkak
N11 Serom

P145 Bakri
N12 Bentayan
N13 Simpang Jeram
N14 Bukit Naning

P146 Muar
N15 Maharani
N16 Sungai Balang

P147 Parit Sulong
N17 Semerah
N18 Sri Medan

P148 Ayer Hitam
N19 Yong Peng
N20 Semarang

P149 Sri Gading
N21 Parit Yaani
N22 Parit Raja

P150 Batu Pahat
N23 Penggaram
N24 Senggarang
N25 Rengit

P151 Simpang Renggam
N26 Machap
N27 Layang-Layang

P152 Kluang
N28 Mengkibol
N29 Mahkota

P153 Sembrong
N30 Paloh
N31 Kahang

P154 Mersing
N32 Endau
N33 Tenggaroh

P155 Tenggara
N34 Panti
N35 Pasir Raja

P156 Kota Tinggi
N36 Sedili
N37 Johor Lama

P157 Pengerang
N38 Penawar
N39 Tanjung Surat

P158 Tebrau
N40 Tiram
N41 Puteri Wangsa

P159 Pasir Gudang
N42 Johor Jaya
N43 Permas

P160 Johor Bahru
N44 Larkin
N45 Stulang

P161 Pulai
N46 Perling
N47 Kempas

P162 Iskandar Puteri
N48 Skudai
N49 Kota Iskandar

P163 Kulai
N50 Bukit Permai
N51 Bukit Batu
N52 Senai

P164 Pontian
N53 Benut
N54 Pulai Sebatang

P165 Tanjung Piai
N55 Pekan Nanas
N56 Kukup