Gemerlapan

Gemerlapan
Poster keluaran tayangan
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisShahrulezad Mohameddin
Lakon layarAbdul Razak Mohaideen
Dihasilkan olehKhalid Mohd Zain
Dibintangi
  • Baby Res 2
  • Lan A To Z
  • Maya Matahari
  • Eisya
  • Shafi Khan
  • Sham Visa
  • Umi Res 2
  • Bob Kuman
  • Amir & Group
Disunting oleh
  • Zul Kiara
  • Jamaluddin Ahmad
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
1997
Masa tayangan
111 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Gemerlapan ialah filem drama muzikal Malaysia 1997 arahan Abdul Razak Mohaideen dengan skrip oleh Shahrulezad Mohameddin.

Plot

Mimi menggemari muzik dangdut. Kehadirannya di sebuah kolej elit telah menimbulkan pelbagai reaksi. Antaranya, Danial (Nel) yang merasakan muzik dangdut agak kekampungan, dan Pam yang bimbang popularitinya tergugat. Ketibaan seorang pelajar baru (Mr. X) menyemarakkan lagi persaingan di antara mereka semua. Dalam diam Nel menyukai Mimi dan selalu menghantar kad-kad misteri kepadanya, tetapi secara amnya, mereka tidak boleh bertembung dan selalu bertekak sesama sendiri.

Pada suatu hari, pihak kolej telah mengadakan pertandingan nyanyian. Pam yakin dapat mengekalkan kejuaraannya, dan dia juga cuba menyekat penyertaan Mimi. Walau bagaimanapun, rancangan jahat Pam diketahui oleh Mimi dan dia telah bertindak balas melakukan sesuatu yang akan membuat Pam gagal dalam pertandingan itu.

Pada malam pertandingan, Pam memotong tali gitar elektrik kepunyaan Along dan Sam yang membuatkan mereka tidak dapat bertanding secara berkumpulan (Nel and the Gang). Perbuatan jahatnya itu dilihat oleh sekuriti yang cuba mengejarnya tetapi dia sempat melarikan diri ke pentas untuk mulakan persembahan.

Perkara ini sampai ke pengatahuan En.Rashid yang memarahinya di belakang pentas tetapi Nel and the Gang tetap tidak ada cukup peralatan untuk bertanding. Nel kemudiannya mencapai sebuah gitar klasik lalu menyanyikan sebuah lagu yang senikatanya terdapat dalam kad-kad yang diterima oleh Mimi. Akhirnya, keputusan pertandingan pun diumumkan di mana Mimi telah memenangi pertandingan itu dan dia berkongsi kemenangannya dengan Nel. Dua tahun kemudian, mereka semua pun tamat pengajian dan menerima diploma masing-masing.

Pelakon

  • Baby (Res 2) sebagai Mimi
  • Lan (A to Z) sebagai Mel
  • Maya Matahari sebagai Pam
  • Umi (Res 2) sebagai Kawan Mimi
  • Sham Visa sebagai Sam
  • Bob Kuman sebagai Along
  • Eisya sebagai Wawa
  • Azean Irdawaty sebagai Puan Habibah
  • Ismail Din sebagai Tuan Syed
  • Shafi Khan sebagai Mr. X
  • Kartina Aziz sebagai Puan Jamilah
  • Jaafar Onn sebagai Encik Rashid
  • Zami Ismail sebagai Abang Man, pemandu
  • Anne Ngasri sebagai Deela
  • Amir & Group sebagai Pelajar Kolej
  • Farouk Hussain sebagai Pengacara
  • Aswa Eswan sebagai Nana

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri
Ikon tunas

Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s