I Know What You Did Last Raya

I Know What You Did Last Raya
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisWan Aida Wan Yahya
Lakon layarAzhari Zain
Dihasilkan olehAhmad Puad Onah
Dibintangi
  • Erra Fazira
  • Lan Pet Pet
  • Waheeda
  • Zamarul Hisham
  • Azlee Jaafar
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 14 November 2004 (2004-11-14) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

I Know What You Did Last Raya ialah filem komedi seram Malaysia 2004 arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen dan merupakan parodi kepada filem Amerika Syarikat, I Know What You Did Last Summer. Filem ini mula ditayangkan 14 November 2004 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movies pada bulan Mac 2005.

Sinopsis

Dr. Mira bersama kawan-kawannya, Roslan, Fazzley, Yassir dan Shahida telah diculik oleh penjahat bernama Man akibat dari dendam yang telah sekian lama tersimpan. Sementara itu, ada misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan huru-hara satu kampung. Pada malam raya iaitu ketika mereka semua pulang ke kampung, mereka terlanggar seekor kambing dan seorang lelaki. Mulai saat itu mereka diganggu.

Pelakon

Pelakon utama

  • Erra Fazira sebagai Dr. Mira
  • Lan Pet Pet sebagai Roslan
  • Waheeda sebagai Shahida
  • Zamarul Hisham sebagai Yassir
  • Azlee Jaafar sebagai Fazzly

Pelakon pembantu

Pelakon undangan

Pelakon kanak-kanak

  • Fiffy Natasya sebagai Shahida kecil
  • Mohammad Ariff sebagai Yassir Kecil
  • Eric Fuzi sebagai Fazzly Kecil
  • Fatin Nasuha sebagai Mira kecil
  • Aedy Ashraf sebagai Roslan kecil
  • Mohammad Harith Fahmi sebagai Man kecil

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri