Lang Buana

Lang Buana
PengarahMamat Khalid
PenulisMamat Khalid
Lakon layarMamat Khalid
Dihasilkan oleh
  • Johari Amat
  • Lazizah Ahmad
Dibintangi
  • Azlee Jaafar
  • Wahid Mohd
  • Saiful Apek
  • Lan Pet Pet
  • Kuswadinata
  • Shamsul Ghau Ghau
SinematografiIndra Che Muda
Disunting olehKamaruddin Abu
Muzik olehMamat Khalid
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 4 Disember 2003 (2003-12-04) (Malaysia)
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Lang Buana merupakan filem komedi sejarah Malaysia 2003 yang dibintangi kumpulan Senario mula ditayangkan pada 4 Disember 2003. Filem ini menggunakan lebih 2,000 pelakon tambahan yang terdiri daripada penduduk tempatan. Teknik CGI (imejan berkomputer) dapat dilihat pada tebuan tanah yang berterbangan, orang mati yang bergerak dan kepala terapung-apung dengan membabitkan kos kira-kira RM200,000. Filem ini hanya satu-satunya filem yang tidak menampilkan Yassin Yahya dan juga menampilkan Shamsul Ghau Ghau, di mana sebelum ini beliau pernah berlakon dalam filem Senario The Movie.

Sinopsis

Filem ini membawa penonton ke era zaman lampau iaitu sebelum abad ke-19 tetapi kisah yang dipaparkan berkaitan dengan masyarakat Malaysia hari ini. Ia mengisahkan tiga orang pemuda - Gunung, Daik dan Bercabang - yang melarikan diri daripada menjadi hamba abdi kepada Orang Kaya Seri Bentan. Mereka bertiga berhenti di sebuah kota bernama Lang Buana di pinggir sebuah sungai. Setibanya di kota itu, mereka disambut meriah kerana disangka putera raja yang dapat menyelamatkan kota itu daripada serangan Sang Nira. Terperangkap oleh keadaan, ketiga-tiga pemuda berkenaan terpaksa menyamar menjadi putera raja dan merangka taktik peperangan bagi memperkuatkan benteng pertahanan Lang Buana.

Pelakon

Pelakon utama

  • Azlee Jaafar sebagai Bercabang / Baginda Sultan
  • Wahid Mohd sebagai Daik
  • Saiful Apek sebagai Gunung
  • Lan Pet Pet sebagai Kiambang
  • Kuswadinata sebagai Dato' Merewang
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Orang Kaya Seri Bentan

Pelakon pembantu

Trivia

  • Filem terakhir dimana Saiful Apek tampil sebagai anggota Senario. Selepas filem ini dia bergerak solo dan dalam filem berikutnya Senario XX dia dan Yassin Yahya membuat kemunculan semula tetapi bukan sebagai ahli kumpulan Senario
  • Azlee mempunyai dua wataknya sebagai Bercabang dan Baginda Sultan.
  • Filem ini bukan sekadar lawak jenaka seperti filem Senario sebelumnya. Ianya lebih pada kritikan masyarakat Melayu yang berpecah akibat faktor taksub politik dan kepentingan masing-masing. Juga mengangkat faktor terlalu tamak pada kuasa dan ingin mengukuhkan pengaruh sampai ada pembesar yang mendapatkan bantuan kuasa asing yang bakal merugikan bangsa sendiri.
  • Filem pertama arahan Mamat Khalid.

Anugerah dan pencalonan

  • Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
  • Anugerah Khas Juri 1 - Poster terbaik
  • Anugerah Khas Juri 2 - Filem yang berunsur kesetianegaraan dan perpaduan kaum

Rujukan

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Ahli
Ahli sekarang
Bekas ahli
Album
  • Senario (1997)
  • Senario 2 (1998)
  • Senario 3 - Seantero (2000)
  • Senario 4 (2001)
  • Senario Can Mali Can (2001)
  • Senario 5 (2005)
Filem
Trilogi Asal (Aziz M.Osman)
Mamat Khalid
  • Lang Buana (2003)
Aziz M.Osman (2)
Prekuel (Ahmad Idham)
  • Senario The Movie: Episode 1
  • Senario The Movie Episode 2: Beach Boys
Era Baru
Rancangan Animasi Televisyen
Sitkom Televisyen
Kumpulan serpihan
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri