Sifu & Tongga

Sifu & Tongga
Poster Filem Sifu & Tongga
PengarahAbdul Razak Mohaideen
PenulisAbdul Shukor Mohaideen
Lakon layarA. Latiff Mohaideen
Dihasilkan oleh
  • A. Latiff Mohaideen (Penerbit Eksekutif)
  • Ahmad Puad Onah[1]
Dibintangi
  • Saiful Apek
  • Nabil Ahmad
  • Erra Fazira
  • Fouziah Gous
  • Azad Jasmin
  • Piee
SinematografiMohd Erman
Disunting olehFaizul A. Rashid
Muzik olehKRU Studios
Syarikat
penerbitan
  • Grand Brilliance
  • LineClear Motion Pictures
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
  • 29 Januari 2009 (2009-01-29) (Malaysia)
Masa tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.60 juta
Pecah panggungRM 2.57 juta [2]

Sifu & Tongga ialah sebuah filem komedi Malaysia 2009 arahan Abdul Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 29 Januari 2009. Filem ini dibintangi oleh Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Erra Fazira. Filem ini juga turut bertanding pada Festival Filem Malaysia Ke-22[3] dan merupakan filem pertama di mana Erra Fazira membawa watak antagonis. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan Jun 2009.

Sinopsis

Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila. Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Ketua iaitu ketua puak kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh ketua, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan, Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini. SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Anugerah dan pencalonan

Festival Filem Malaysia Ke-22, 3 pencalonan

  • Filem Komedi Terbaik
  • Pereka Kostum/Busana Terbaik-Amandus
  • Pelakon Harapan Lelaki -Nabil

Sambutan

Filem ini dikeluarkan pada 29 Januari 2009 dan mendapat sebanyak kutipan RM 2.57 juta.

Rujukan

  1. ^ Sifu & Tongga - komedi kitar semula
  2. ^ http://www.finas.gov.my/index.phpmod=industry&sub=cereka&p=Filem2009
  3. ^ http://www.gua.com.my/Entertainment/Reviews-Detail.aspx?ArticleID=2992

Pautan luar

  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri