Lurah Dendam

Lurah Dendam
PengarahRaja Ahmad Alauddin
Dibintangi
  • Ridzuan Hashim
  • Raja Azura
  • Eizlan Yusof
  • Chef Wan
  • Janet Khoo
  • T.S. Jeffry
Syarikat
penerbitan
Grand Brilliance
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
1996
Masa tayangan
95 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Lurah Dendam ialah sebuah filem aksi pengembaraan Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Lurah Dendam ialah filem pertama terbitan Grand Brilliance.

Sinopsis

Sekumpulan ahli kelab payung terjun yang terdiri daripada Farid, Rizal, Sharifah, Ivy Low dan Rozaidah dengan diketuai oleh Kapten Hanafi memulakan penerbangan untuk membuat pertunjukan payung terjun. Ketika dalam penerbangan ke tempat pertunjukan, kapal terbang yang dinaiki oleh mereka terlanggar seekor burung menyebabkan kerosakan pada kipas kapal terbang tersebut. Mereka mendarat di tengah hutan tebal yang terpisah dari dunia luar. Masing-masing mendapatkan satu sama lain untuk berkumpul semula tetapi seorang di antara mereka iaitu Ivy tidak dapat ditemui melainkan cebisan bajunya sahaja. Farid yang juga teman lelaki Ivy mempersalahkan Kapten Hanafi. Usaha mencari Ivy dan jalan keluar menemui jalan buntu di samping persekitaran hutan yang seolah-olah menyimpan suatu misteri yang sukar dihuraikan. Bukan sahaja mereka diganggu oleh pelbagai peristiwa aneh, malah seorang demi seorang daripada mereka mula hilang. Dalam keadaan tertekan, mereka terpaksa menempuh segala rintangan dan dugaan sehinggalah mereka terjumpa sebuah gua. Di situlah segala misteri yang terpendam selama ini terbongkar!

Pelakon

  • Ridzuan Hashim sebagai Kapten Hanafi
  • Raja Azura sebagai Sharifah
  • Eizlan Yusof sebagai Farid
  • Chef Wan sebagai Rizal
  • Janet Khoo sebagai Ivy Low
  • T.S. Jeffry sebagai Taro
  • Onie Hartina sebagai Rozaidah
  • Mohd. Azim Abdullah sebagai Tokogawa

Anugerah dan pencalonan

  • Festival Filem Malaysia ke-13, 1997
  • Anugerah Khas Juri - Usaha gigih dalam sinematografi

Rujukan

Pautan luar

  • Lurah Dendam di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
  • l
  • b
  • s
Filem terbitan Grand Brilliance
Filem tunggal
Filem aksi
Filem komedi
Filem cinta
Filem seram
Filem drama
Filem bersiri
Ikon tunas

Rencana berkenaan filem ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.

  • l
  • b
  • s