Kek Lok Si


Kek Lok Si is located in Bumi
Kek Lok Si
Kek Lok Si (Bumi)
Info asasLokasiAyer Hitam, George Town, Pulau Pinang  MalaysiaKoordinat geografi5°23′58.29″N 100°16′25.43″E / 5.3995250°N 100.2737306°E / 5.3995250; 100.2737306Koordinat: 5°23′58.29″N 100°16′25.43″E / 5.3995250°N 100.2737306°E / 5.3995250; 100.2737306AgamaAgama BuddhaDaerahTimur LautNegeriPulau Pinang Pulau PinangNegaraMalaysia MalaysiaStatusActiveLaman web[1]Penerangan seni binaJenis seni binaWiharaGaya seni binaSeni Bina Cina, Seni Bina Thai, dan Seni Bina BurmaPengasasBeow LeanPecah tanah pada1890Disiapkan pada1905

Kuil Kek Lok Si (Cina ringkas: 极乐寺code: zh is deprecated ; Cina tradisional: 極樂寺code: zh is deprecated ; pinyin: Jílè sì) adalah kuil agama Buddha terletak di Ayer Itam, Pulau Pinang, Malaysia; ia merupakan kuil yang terbesar di Pulau Pinang serta antara yang terkenal di Asia Tenggara.[1] Ia dibina pada tahun 1890.

Kuil ini tidak sahaja merupakan pusat ziarah penting bagi umat Buddha dari Hong Kong, Filipina, Singapura, dan negara-negara lain di Asia Tenggara, malah juga salah satu tumpuan pelancong di Pulau Pinang.

Ia menjadi tarikan utama semasa perayaan Tahun Baru Cina masyarakat setempat di mana pintu-pintu kuil itu tetap dibuka sehingga jauh lewat malam manakala ribuan lampu bersinar sejauh mata memandang; kompleks ini turut dihiasi dengan beribu-ribu tanglung mewakili sumbangan yang ditawarkan oleh penganut. Satu lagi ciri perayaan ialah perarakan panjang yang dilakukan oleh ratusan biksu yang melawat dari Thailand ke kuil ini yang berlangsung sekali atau dua kali dalam setahun.[2]

Penamaan

Nama "Kek Lok" ialah ungkapan bahasa Hokkien (Cina ringkas: 极乐code: zh is deprecated Cina tradisional: 極樂code: zh is deprecated Pe̍h-ōe-jī: ke̍k-lo̍k) bermaksud "kegembiraan tertinggi", lebih lanjut lagi Sukhavati, suatu alam murni yang wujud dalam kepercayaan aliran Mahayana untuk Amitābha.[3]

Binaan

Bangunan

Kuil Kek Lok terletak di kaki gunung Air Itam di George Town di Pulau Pinang terletak kira-kira 3 kilometer jauh jika berjalan kaki dari Stesen Bukit Pulau Pinang.[4][5]. Ia dibina di atas plot seluas 12.1 hektar (30 ekar) yang didermakan oleh Yeoh Siew Beow.

Kebanyakan pelawat menaiki tangga ke kuil ini, tangga ini berbumbungnya menyediakan tempat berteduh dan banyak kedai yang menjual cenderamata dan komoditi lain - kebanyakannya sekular. Mereka kemudian melalui sebuah kolam dipanggil Kolam Pembebasan di mana membebaskan seekor penyu dalam kolam ini dipercayai mendapat kurniaan pahala menurut ajaran Buddha setempat.[5][6][7] Terdapat suatu pagoda utama setinggi tujuh tingkat diberi nama Ban Po Thar (万佛塔code: zh is deprecated ) kerana rupa ia yang mempamerkan 10,000 imej Buddha. Pagoda in dibina menggabungkan asas oktagon Cina dengan tingkat tengah reka bentuk Thailand dan puncak seni bina Burma mencerminkan anutan setempat menggabungkan aliran-aliran Mahayana dan Theravada.[8][4]

Ia ada menempatkan suatu biara yang menjadi tempat tinggal para sami biksu dan biarawati yang berkhidmat di sana.

Pekarangan

Pemandangan kuil
Patung Kuan Yin terletak dalam pekarangan kuil
Patung Kuan Yin terletak dalam pekarangan kuil

Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si adalah patung Dewi Kuan Yin yang besar serta tertinggi di dunia.[9] Patung ini bersebelahan suatu astaka bertingkat tiga dengan ketinggian mencecah 60.9 meter disokong 16 tiang gangsa,[8] astaka ini disiapkan tahun 2009.[10] Patung ini sering dikunjungi kaum wanita yang memohon darinya agar mendapatkan anak.[8][7]

Selain daripada biara, terdapat dataran yang ada banyak patung dewa-dewi serta laman berkolam besar dipenuhi kura-kura dan ikan kap.

Sejarah

Kuil ini mula didirikan pada 1890[8] oleh Beow Lean (Cina ringkas: 莲法code: zh is deprecated ), seorang sami berasal dari Fujian. Pembinaan kuil ini dibiayai lima peniaga terhebat Hakka sezaman itu iaitu Cheong Fatt Tze dan sepupunya Chang Yu Nan, Cheah Choon Seng, Tye Kee Yoon, dan Chung Keng Kooi. Kutipan dana untuk membina kuil ini juga dipermudahkan dengan secara mendedikasikan struktur dan artifak didirikan atas nama para dermawan kuil.[2][11][5][6]

Duta kerajaan Qing ke jajahan Pulau Pinang sangat terpegun dengan binaan yang siap ini sehingga melaporkan khabar ini kepada Maharaja Guangxu; baginda maharaja yang tertarik dengan butiran diberikan beliau menitahkan Beow berangkat ke Beijing, di sanalah Beow dikurniakan 70,000 (atau 7,000 dalam sesetengah sumber lain) jilid kitab suci serta menggelarkan kuil Kek Lok sebagai "penghulu segala kuil di Pulau Pinang".[2] [11] Beow dalam perjalanan pulang diiringi para pegawai kerajaan berpakaian warna-warni dalam kereta kuda, di mana Beow sendiri duduk memegang perutusan diraja dikurniakan kepada kuilnya.[11]

Batu asas pagoda diletakkan oleh Raja Vajiravudh yang memerintah Thailand semasa ia dibina,[12] pagoda ini siap dibina pada tahun 1930.

Kebakaran tahun 2021

Pada pagi 12 Oktober 2021, sebahagian besar Kek Lok Si terbakar, dengan khabar kebakaran diperoleh pihak bomba pada 2:56 pagi. Walaupun begitu, kebakaran itu telah merebak ke satu bangunan tokong itu ketika para bomba tiba ke situ.[13] Ketua operasi bomba negeri, Muhamad Norhisham Ibrahim mengesahkan bahawa kebakaran itu telah memusnahkan kira-kira 70% daripada tokong bersaiz 18.5 meter persegi itu, dengan kebakaran berjaya dipadamkan pada sekitar 6 pagi. Tiada mangsa direkodkan dalam insiden ini, dan punca kebakaran masih dalam siasatan setakat kini.[14]

Galeri

  • Satu lagi pemandangan Kuil Kek Lok Si
    Satu lagi pemandangan Kuil Kek Lok Si
  • Kek Lok Si dilihat dari Ayer Hitam
    Kek Lok Si dilihat dari Ayer Hitam
  • Pencahayaan selama 30 malam selepas Tahun Baru Cina
    Pencahayaan selama 30 malam selepas Tahun Baru Cina

Rujukan

  1. ^ Wendy Moore (1998). West Malaysia and Singapore. Tuttle Publishing. m/s. 104–. ISBN 978-962-593-179-1.
  2. ^ a b c Khoo, Salma Nasution (2007). Streets of George Town, Penang. Areca Books. m/s. 37–38. ISBN 978-983-9886-00-9.
  3. ^ Akira Hirakawa (1997). "極樂". Buddhist Chinese-Sanskrit Dictionary. Tokyo: Reiyukai. m/s. 664.
  4. ^ a b Davidson, Linda Kay; Gitlitz, David Martin (2002). Pilgrimage: From the Ganges to Graceland : an Encyclopedia. ABC-CLIO. m/s. 313–314. ISBN 978-1-57607-004-8.
  5. ^ a b c Cheah, Jin Seng (19 February 2013). Penang 500 Early Postcards. Editions Didier Millet. m/s. 205. ISBN 978-967-10617-1-8.
  6. ^ a b Tourism Malaysia
  7. ^ a b Brockman, Norbert (13 September 2011). Encyclopedia of Sacred Places. ABC-CLIO. m/s. 276. ISBN 978-1-59884-654-6.
  8. ^ a b c d Harper, Damian (Disember 2006). Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet. m/s. 189. ISBN 978-1-74059-708-1.
  9. ^ "Stand up for moderation". The Star Online. Dicapai pada 24 March 2015.
  10. ^ White, Daniel; Ron, Emmons; Eveland, Jennifer; Jen Lin-Liu (9 June 2011). Frommer's Southeast Asia. John Wiley & Sons. m/s. 554. ISBN 978-1-118-08767-1.
  11. ^ a b c DeBernardi, Jean Elizabeth (2009). Penang: Rites of Belonging in a Malaysian Chinese Community. NUS Press. m/s. 33. ISBN 978-9971-69-416-6.
  12. ^ Neo, Kyle (Mei 2014). 108 Places To See Before Nirvana. PartridgeIndia. m/s. 41. ISBN 978-1-4828-9734-0.
  13. ^ "In Penang, early morning fire breaks out at Malaysia's biggest Buddhist temple, Kek Lok Si". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2021.
  14. ^ "Fire breaks out at Kek Lok Si Temple in wee hours of Tuesday (Oct 12)". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Oktober 2021.

Pautan luar

  • Laman web rasmi kuil
  • l
  • b
  • s
Bangunan
Johor
Kedah
Kelantan
Kuala Lumpur
Melaka
Negeri Sembilan
Pahang
Pulau Pinang
Perak
Perlis
Selangor
Terengganu
Binaan
dan tugu peringatan
Kawasan
Bangunan
Labuan
Sabah
Sarawak
  • Chinese History Museum
  • Ching San Yen Temple
  • Fort Alice
  • Fort Hose
  • Fort Margherita
  • Fort Sylvia
  • Hong San Si Temple
  • Islamic Heritage Museum
  • Sacred Heart Cathedral, Sibu
  • Sarawak State Museum
  • The Astana
  • Tua Pek Kong Temple, Kuching
  • Tua Pek Kong Temple, Miri
  • Tua Pek Kong Temple, Sibu
Binaan
dan tugu peringatan
Kawasan
  • l
  • b
  • s
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Tokong Buddha terkemuka di  Malaysia
Petunjuk: Mahāyāna (sama ada cabang Cina atau Taiwan)  • Theravāda (sama ada cabang Burma, Sri Lanka atau Thai/Siam)
 Johor





 Kedah
  • Wat Koh Wanararm
  • Wat Tham Kisap
  • Wat Charok Padang
  • Wat Kalai (Kampung Kalai, Jeniang, Sungai Petani)
  • Wat Thammasirivararam (Kura, Jeniang, Sungai Petani)
  • Tokong Tua Pek Kong (Hock Teik Soo) (Gurun) (Cina: 峨崙福德祠)
  • Tokong Kwong Hock Keong (Kulim)
  • Tokong Cina Kota Kuala Muda
  • Tokong Thean Hou Langkawi (Pekan Kuah)
  • Tokong Tua Pek Kong Lunas (Cina: 福德祠)
 Kelantan
  • Wat Phothivihan (Bahasa Thai: วัดโพธิวิหารcode: th is deprecated )
  • Wat Prachumthat Chanaram
  • Wat Machimmaram
  • Wat Phikulyai (Wat Pikunyai)
  • Wat Uttamaram
  • Wat Khosakaram
  • Wat Pracacinaram
  • Tokong Leng Eng Tian Kiew Ong Tai Tay (Kota Bharu)
  • Tokong Mek (Kampung Cina, Kota Bharu)
 Kuala Lumpur
 Labuan
  • Tokong Ba Xian Miao (Cina: 八仙庙)
  • Tokong Guang Fu Gong (Cina: 廣福宮)
 Melaka
 Negeri Sembilan
  • Tokong Lipan (Centipede Temple)
  • Shang Di Gong
  • Tokong Sim Tong (Kuala Pilah)
  • Tokong Si Na Tok
  • Tokong Si Thian Kong (Kuala Pilah) (Cina: 西天宮)
 Pahang
 Perak
 Perlis
  • Tokong Istana Wing (Wing Palace Temple) (Cina: 永安宮)
 Pulau Pinang
 Sabah
 Sarawak
 Selangor
  • Wat Chetawan (Bahasa Thai: วัดเชตวันcode: th is deprecated )
  • Tokong Burma (Semenyih)
  • Tokong Pulau Ketam
  • Fo Guang Shan Dong Zen (Jenjarom)
  • Tokong Fu Quan Miao (Bukit Chandang, Batang Kali)
  • Kuan Inn Teng (Guan Yin Pavilion)
  • Guan Yin Ge (Kuala Kubu Baru)
  • Tokong Kuan Yin (Klang)
  • Tokong Loong Tien Koong
  • Tokong Manju Suddhi
  • Tokong Qi Jian Xian Shi Fo Zu Gu Miao (Monkey God Temple)
  • Tokong Nan Tian
  • Tokong Ular Thian Hock Keong
  • Tokong Kui Tin Biow
  • Tokong Ngok San
  • Tokong Sze Yeah Kong
  • Tokong Leng Eng Tian Kiew Ong Tai Tay (Petaling Jaya)
 Terengganu
Nota
beberapa Tokong yang beraliran Buddha Mahayana, juga dikenali sebagai Tokong Taoisme dan Konfusianisme.