Untuk Negeri Kita

  • fail
  • bantu
"Untuk Negeri Kita" (chorus)

Official anthem of Penang (vokal)

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.
Rakaman instrumental lagu

Untuk Negeri Kita (Jawi: اونتوق نڬري كيت) merupakan lagu negeri Pulau Pinang, Malaysia.[1] Ia dikarang sepenuhnya oleh Mantan Leftenan Kedua Allahyarham Awaluddin Zainal Alam, anak kepada Allahyarham Dato’ Zainal Alam SM Zainul Abidin, bekas pengarah penyiaran RTM Pulau Pinang dan pengacara upacara popular.[2][3]

Perihal

Sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Pulau Pinang selalu menggunakan versi ringkas lagu kebangsaan, Negaraku, di majlis dan upacara rasmi negeri. Pada 2 Mac 1972, Speaker Dewan Undangan Negeri waktu itu Dato’ Harun Sirat mengumumkan sebuah pertandingan dengan menjemput pengarang dan pemuzik dalam negara untuk mengarang sebuah lagu untuk digunakan sebagai Lagu Negeri Pulau Pinang. Terdapat lebih 40 sertaan memasuki pertandingan itu, tetapi jawatankuasa pertandingan itu hanya menyenarai pendek 10 buah lagu. Panel pengadil kemudiannya mencadangkan tiga buah lagu kepada kerajaan Negeri untuk pemilihan terakhir pada pada 15 November 1972. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memilih lagu Untuk Negeri Kita daripada tiga sertaan terakhir sebagai Lagu Negeri Pulau Pinang. Lagu ini diperkenalkan dan dimainkan buat kali pertama pada 22 Disember 1972, semasa sambutan hari jadi Gabenor Pulau Pinang, Tun Syed Sheh Hassan Barakbah di Stadium Bandaraya.

Pada asalnya lagu ini dimainkan pada tempo yang lebih perlahan, rentak gubahannya diubah suai pada tahun 1993 untuk menjadi lebih pantas.[4] Tindakan khusus ini yang diumumkan oleh Ketua Menteri ketika itu, Koh Tsu Koon, dikatakan mencerminkan semangat dan dinamisme rakyat Pulau Pinang terhadap kemajuan negeri ini.

Lirik

Tulisan Rumi [5][6] Tulisan Jawi

Selamat Tuhan kurniakan, [5][6]

Selamat Pulau Pinang, [5][6]

Negeriku yang mulia, [5][6]

Kutaat dan setia, [5][6]

Aman dan bahagia. [5][6]

Majulah, jayalah, [5][6]

Negeriku yang ku-cinta, [5][6]

Bersatu dan bersama, [5][6]

Untuk negeri kita. [5][6]

،سلامت توهن كورنياكن
،سلامت ڤولاو ڤينڠ
،نڬريكو يڠ موليا
،كوتاعت دان ستيا
،امن دان بهاڬيا
،ماجوله، جايله
،نڬريكو يڠ كوچينتا
،برساتو دان برسام
،اونتوق نڬري كيت

Penggunaan

Pada permulaan semua majlis rasmi yang diadakan di dalam negeri Pulau Pinang, lagu negeri Pulau Pinang mesti dimainkan selepas lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku. Lagu negeri mesti dinyanyikan mengikut lirik Melayu rasmi. Bendera Pulau Pinang turut dinaikkan serentak dengan nyanyian lagu negeri. Setiap orang yang hadir mesti berdiri memberi perhatian semasa menyanyikan lagu negeri.

Selain itu, lagu negeri dinyanyikan seminggu sekali di semua sekolah kebangsaan di seluruh Pulau Pinang.

Lihat Juga

  • Jata Pulau Pinang
  • Bendera Pulau Pinang

Nota


Rujukan

  1. ^ Wong Chun Wai (4 January 2014). "Penang's Kelawi Road where the Eurasians set words to music". The Star. Dicapai pada 4 January 2017.
  2. ^ The story behind the Penang state anthem
  3. ^ Anthem reflects multi-racial element
  4. ^ Goh, Beng-Lan (2002). Modern Dreams: An Inquiry Into Power, Cultural Production, and the Cityscape in Contemporary Urban Penang, Malaysia. SEAP Publications. ISBN 9780877277309.
  5. ^ a b c d e f g h i j Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  6. ^ a b c d e f g h i j My Penang. "Lagu Negeri Pulau Pinang - Untuk Negeri Kita". mypenang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan luar

  • Lagu Negeri Pulau Pinang di national-anthems.org
  • l
  • b
  • s
Bendera Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Mutiara Lambang Pulau Pinang
Ibu Negeri: George Town
Topik
Masyarakat
  • Senibina
  • Budaya
  • Jenayah
  • Masakan
  • Demografi
  • Ekonomi
  • Pendidikan
  • Politik
Tarikan pelancong
Bahagian pentadbiran
Ibu Negeri
Bandaraya
Daerah
Pinggir bandar
Hab kediaman
Hab kediaman lama
Pulau
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
Pulau Pinang Bahagian pilihan raya di Pulau Pinang
   

P041 Kepala Batas
N01 Penaga
N02 Bertam
N03 Pinang Tunggal

P042 Tasek Gelugor
N04 Permatang Berangan
N05 Sungai Dua
N06 Telok Ayer Tawar

P043 Bagan
N07 Sungai Puyu
N08 Bagan Jermal
N09 Bagan Dalam

P044 Permatang Pauh
N10 Seberang Jaya
N11 Permatang Pasir
N12 Penanti

P045 Bukit Mertajam
N13 Berapit
N14 Machang Bubuk
N15 Padang Lalang

P046 Batu Kawan
N16 Perai
N17 Bukit Tengah
N18 Bukit Tambun

P047 Nibong Tebal
N19 Jawi
N20 Sungai Bakap
N21 Sungai Acheh

P048 Bukit Bendera
N22 Tanjong Bunga
N23 Air Putih
N24 Kebun Bunga
N25 Pulau Tikus

P049 Tanjong
N26 Padang Kota
N27 Pengkalan Kota
N28 Komtar

P050 Jelutong
N29 Datok Keramat
N30 Sungai Pinang
N31 Batu Lancang

P051 Bukit Gelugor
N32 Seri Delima
N33 Air Itam
N34 Paya Terubong

P052 Bayan Baru
N35 Batu Uban
N36 Pantai Jerejak
N37 Batu Maung

P053 Balik Pulau
N38 Bayan Lepas
N39 Pulau Betong
N40 Telok Bahang

  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisource
  • Kategori Kategori
  • p
  • b
  • s
Malaysia Lagu negeri, wilayah dan wilayah persekutuan di Malaysia
Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) Johor Johor  · Kedah Kedah  · Kelantan Kelantan  · Melaka Melaka  · Negeri Sembilan Negeri Sembilan  · Pahang Pahang  · Perak Perak  · Perlis Perlis  · Pulau Pinang Pulau Pinang  · Selangor Selangor  · Terengganu Terengganu
Timur Malaysia (Malaysia Borneo) Sabah Sabah  · Sarawak Sarawak
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  · Labuan Wilayah Persekutuan Labuan  · Putrajaya Wilayah Persekutuan Putrajaya
lihat juga: Malaysia Malaysia
  • l
  • b
  • s
Kebangsaan
Negara dengan
pengiktirafan terhad
  • Abkhazia
  • Artsakh (Nagorno-Karabakh)
  • Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Taiwan
    • Cina Taipei
Negeri/Wilayah
India
  • Andhra Pradesh
  • Assam
  • Bihar
  • Chhattisgarh
  • Gujarat
  • Karnataka
  • Madhya Pradesh
  • Odisha
  • Puducherry
  • Tamil Nadu
  • Telangana
  • Uttarakhand
Iraq
  • Kurdistan Iraq
Jepun
  • Wilayah Nagano
Malaysia
Pakistan
  • Azad Kashmir
Rusia
Uzbekistan
  • Karakalpakstan
Dalam buang/
dipertikaikan
Pertubuhan
Bekas
entiti
Bekas Empayar Rusia
atau Kesatuan Soviet
  • Rusia (1816–33)
  • Rusia (1833–1917)
  • Rusia (1917–18)
  • Kesatuan Soviet (dan RSPR Rusia, 1918–44)
  • Kesatuan Soviet (1944–90)
  • RSS Armenia (1944–91)
  • RSS Azerbaijan (1944–92)
  • RSS Georgia (1946–90)
  • Georgia (1918–21, 1990–2004)
  • RSS Kazakhstan (1945–92)
  • Kazakhstan (1992–2006)
  • RSS Kirghiz (1946–92)
  • Russia (1990–2000)
  • RSS Tajikistan (1946–94)
  • RSS Turkmenistan (1946–97)
  • RSS Uzbekistan (1946–92)
  • Tuva (1993–2011)
Lain-lain
  • China (Dinasti Qing 1911)
  • Republik Khmer (1970–75)
  • Kemboja Demokratik (1975–93)
  • Republik Rakyat Kemboja (1979–89)
  • Korea (1902–10)
  • Korea (1910–45)
  • Manchukuo (1932–45)
  • Kerajaan Nepal (1967–2006)
  • Siam (kini sebagai lagu diraja)
  • Vietnam Selatan (1948–75)
  • Vietnam Utara (1975–76)
Dunia Islam
  • Republik Arab Bersatu (1960–81)
  • Iraq (1932–58)
  • Iraq (1958–1965, 2003–2004)
  • Iraq (1981–2003)
  • Afghanistan (1926–43) (1943–73) (1973-78) (1978–92) (1992-2006)
  • Kuwait (1951–78)
  • Palestin (sehingga 1996)
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata