Mohd Khairuddin Aman Razali

YBhg Dato' Dr.

Mohd Khairuddin Aman Razali

DIMP (Pah); Ph.D
Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1
Penjawat kini
Memegang jawatan
22 Mac 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAhmad Zahid Hamidi
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO
Penjawat kini
Memegang jawatan
22 Februari 2023
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Nerus, Terengganu
Dalam jawatan
2013 – 10 Oktober 2022
Didahului olehMohamed Nasir Ibrahim Fikri
Digantikan olehAlias Razak
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS
Dalam jawatan
15 Disember 2020 – 9 Februari 2022
Didahului olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Digantikan olehNik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri
Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin
TimbalanYang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng (Timbalan I)
Yang Berhormat Datuk Willie Mongin (Timbalan II)
Didahului olehYang Berhormat Teresa Kok Suh Sim
Digantikan olehZuraida Kamaruddin
Kawasan pilihan rayaKuala Nerus
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS
Dalam jawatan
2013–2020
Butiran peribadi
LahirMohd. Khairuddin bin Aman Razali
(1973-12-09) 9 Disember 1973 (umur 50)
Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu
Parti politik UMNO (2022-kini)
Bebas (bermula 14 Mac 2022)
Parti Islam Se-Malaysia (1989-2022)
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional (2020-22)
Barisan Nasional
PasanganDatin Anili Ramli
Alma materUniversiti Aal al-Bayt
GajiRM71,505.26 sebulan
Nilai bersihRM2.5 ke 5 juta
[1]

Ustaz Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebelum keluar parti pada 14 Mac 2022[2]. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[3] dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.[4] Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia.

Latar belakang

Mohd Khairuddin dilahirkan di Kampung Baru, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 9 Disember 1973. Merupakan anak sulung daripada 16 orang adik-beradik.[5]

Pendidikan

Pendidikan menengah awal di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu pada tahun 1986. Setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SRP pada tahun 1988, mendapat tawaran ke Kolej Islam Klang. Namun hati lebih terpaut untuk memasuki aliran Thanawi yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Namun, pengajian di aliran Thanawi tak sempat diselesaikan kerana setelah mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang diambil secara persendirian pada tahun 1990, beliau lebih berminat untuk segera ke luar negara menuntut ilmu. Justeru, tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 1992 ke Universiti Jordan diterima.

Berjaya mendapat Sarjana Muda dengan kepujian di bidang Bahasa & Kesusasteraan Arab di Universiti Jordan pada tahun 1996. Seterusnya pengajian di peringkat Sarjana diteruskan dan berjaya mendapat Sarjana Bahasa dan Kesusateraan Arab di Universiti Aal al-Bayt, Mafraq, Jordan pada tahun 2000. Tajuk tesis sarjana beliau ialah Signifikan Partikel Setara dan Genetif di sisi Sarjana Sintaksis dan Sarjana Usul Fiqh serta pengaruhnya terhadap Kefahaman Teks Syarak.

Seterusnya beliau melanjutkan ke pengajian kedoktoran dan memperoleh Ph.D Pengajian Islam (2011) di Jabatan Arab & Tamadun Islam, FPI, UKM dengan tesis bertajuk Retorik Partikel Waw Dalam al-Qur'an Dan Pengaruhnya Terhadap Penterjemahan Makna al-Qur'an ke Dalam Bahasa Melayu.

Kerjaya

Kerjaya pendidikan

Pada tahun 1999 diterima bertugas sebagai guru bahasa di Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setelah menamatkan pengajian Sarjana di awal tahun 2000, beliau dilantik sebagai Pensyarah di Fakulti Bahasa UIAM sehingga tahun 2002.

Beliau mendapat tawaran sebagai pensyarah bahasa di UITM pada tahun 2002 namun ditolak kerana ingin bertugas di UKM. Beliau bertugas sebagai Tutor pada tahun 2002, dan menjadi Pensyarah bermula pada tahun 2006 di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada Ogos 2008, beliau meletakkan jawatan sebagai Pensyarah untuk memfokuskan kerja-kerja dakwah, pendidikan dan perniagaan.

Kerjaya korporat

Beliau mengusahakan sebuah syarikat pengeluaran, pengilangan dan pemasaran produk kosmetik dan makanan kesihatan iaitu RD Beauty Industries Sdn Bhd dan menjadi Pengarah pada 2008 sehingga 2020. Semasa masih bertugas di universiti, beliau turut mengusahakan sebuah syarikat penerbitan buku, Darul Fuqaha Enterprise bermula 2002 hingga 2013. Beliau turut aktif dalam bidang hartanah dan pembinaan apabila menjadi Pengarah bagi DUPP Management Sdn Bhd (2010-2020) dan Lepu Development Sdn Bhd (2018-2020). Dalam pada itu, beliau juga pernah menjadi pengurus di Al Marabi Management pada 2004 hingga 2013, iaitu syarikat berupa butik pakaian, penyediaan makanan, restoran, bakeri & pengurusan Umrah & Haji.

Kontroversi

Ketika pandemik COVID-19, Teresa Kok (Seputeh-PH) pada 18 Ogos 2020 telah membangkitkan di dalam Parlimen bahawa Khairuddin telah ke Turki atas urusan peribadi dan telah pulang ke Malaysia pada 7 Julai, dan pada 13 Julai, Khairuddin telah hadir ke Parlimen meskipun sepatutnya, berdasarkan undang-undang pencegahan COVID-19, Khairuddin perlu dikuarantin selama 14 hari. Oleh itu, pada 22 Ogos, pihak Kementerian Kesihatan telah mengenakan kompaun sebanyak RM1,000 terhadap Khairuddin atas perlanggaran perintah kuarantin tersebut.[6] Khairuddin telah memohon maaf atas perlanggaran perintah tersebut, dan memulangkan gajinya sebanyak empat bulan terhadap Tabung Bantuan Bencana Negara sempena pandemik COVID-19.[7]

Hal ini telah menimbulkan kemarahan rakyat serta ahli-ahli politik pembangkang dan kerajaan[8] disebabkan oleh hukuman yang dikatakan berat sebelah terhadap seorang menteri, dengan perbandingan antara hukuman ini dengan hukuman yang diterima oleh golongan rakyat yang menerima denda yang lebih berat banyak diutarakan.[9][10] Meskipun begitu, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 hanya memperuntukkan Ketua Pengarah dan penjawat-penjawat awam (dalam hal ini, pihak Kementerian Kesihatan) untuk memberi kompaun sehingga nilai RM1,000, dan pihak polis sedang meneruskan siasatan tentang perlanggaran ini.[9][11][12] Kontroversi ini mendorong pihak kerajaan untuk mencadang untuk meminda semula akta tersebut.[11]

Penglibatan kemasyarakatan

Dr. Khairuddin mula berceramah di radio dan televisyen sejak pulang ke Malaysia pada tahun 1999. Pernah mengendalikan rancangan belajar bahasa Arab bermula tahun 2000 di Radio Nasional jam 6.15 ptg selama 3 tahun. Berceramah di pelbagai slot di Radio Nasional dan Radio IKIM. Juga di TV 1, Tv 3 dan lain-lain. Begitu juga aktif berceramah, berdiskusi, berseminar di seluruh negara di masjid, surau dan jabatan kerajaan dan kementerian. Pada tahun 2004 mengasaskan pusat pendidikan dan kebajikan Darul Fuqaha di Sg. Merab Bangi, Selangor dan Sek ren Islam Pintar Tahfiz pada tahun 2007. Beliau cergas sebagai Penceramah (di masjid, televisyen dan radio), Penulis (buku, artikel dan makalah), Penerbit (buku-buku Islam, Penggiat Sosial dan Pengamal Perubatan Islam.

Penglibatan dalam pertubuhan pendidikan

  1. Pengasas dan Pengerusi Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha (2004 – sekarang)
  2. Pengasas dan Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar Tahfiz Fuqaha (2008 – sekarang)
  3. Pengerusi Sekolah Rendah Islam Pintar, Kuala Terengganu (2008 – sekarang)

Penglibatan dalam pertubuhan dakwah

  1. Ahli Kluster Politik, Majlis Perundingan Islam (2016-2018)
  2. Pengasas dan Presiden Nadwah Ilmuwan Muslim (2007 – 2013)
  3. Pengasas dan Pengerusi Persatuan Prihatin Ummah Malaysia (2013 – 2018)
  4. Pengasas Sekretariat Penerbit dan Pengedar Buku Islam Malaysia ( 2008-2013)
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Ulamak Malaysia (2007 – 2011)

Penglibatan politik

Parti PAS

Beliau menyertai PAS pada 1989[2] dan mula dilihat aktif dalam PAS sebaik sahaja meninggalkan kerjaya dalam bidang pendidikan. Beliau aktif dalam Dewan Ulamak PAS dan pernah menjawat beberapa jawatan sejak 1999. Beliau pernah menjadi Bendahari Dewan Ulamak PAS Pusat pada penggal 2009-2011, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat (2011-2013) dan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat (2013-2017). Selain itu, beliau juga telah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sejak 2013 sehingga kini. Sebagai AJK PAS Pusat, beliau pernah memegang portfolio sebagai Pengerusi Lajnah Ekonomi, Hartanah dan Pembangunan Usahawan PAS Pusat (2013-kini), Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat (2015-2017) dan Pengarah Institut Strategi PAS Pusat (2013–2021). Beliau turut dipilih mengganggotai Majlis Syura Ulamak PAS sejak 2013. Pada Disember 2020, beliau dilantik menjadi Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS[13] dan meletak jawatan sebagai setiausaha dan ahli pada 20 Februari 2022[14]. Beliau mengumumkan keluar parti pada 14 Mac 2022[2].

Pilihan raya

Beliau merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu bertanding di atas tiket PAS sejak tahun 2013.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia: P35 Kuala Nerus, Terengganu
Tahun Kawasan Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
2013 P35 Kuala Nerus, Terengganu Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS) 33,861 50.45% Mohd Nasir Ibrahim Fikri (UMNO) 33,251 49.55% 68,036 610 89.24%
2018 Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS) 37,974 52.66% Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad (UMNO) 29,527 40.95% 73,211 8,447 87.51%
Abdullah Mohamed (AMANAH) 4,604 6.39%

Kerajaan Negeri

Sebaik sahaja berakhir Pilihan raya umum Malaysia 2018, Negeri Terengganu telah ditadbir oleh PAS. Beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah bagi 4 syarikat milik kerajaan negeri bermula 2018, iaitu Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Darul Iman Training Center (DITC), Paya Bunga Hotel, dan Duyong Marina & Resort. Terdahulu, beliau telah dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai Panel Penasihat Ekonomi Kerajaan Kelantan sejak 2014.

Kerajaan Persekutuan

Beliau telah dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia dalam barisan Kabinet Malaysia 2020 pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Penglibatan antarabangsa

Beliau aktif dalam beberapa pertubuhan antarabangsa antaranya menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan Penolong Setiausaha bagi Persidangan Antarabangsa bagi Ahli Parlimen Islam (IIFP) bermula tahun 2018 sehingga kini. Beliau juga merupakan Bendahari Sayap Pemuda, Persidangan Antarabangsa bagi Parti-parti Politik Asia (ICAPP) bermula tahun 2019 sehingga kini.

Anugerah & Pengiktirafan

Bibliografi

Antara buku beliau bertajuk:

  1. Membina Negara Sejahtera (2018)
  2. Suara politik Islam (2017)
  3. Solusi Rakyat (2016)
  4. Membina Negara Sejahtera (2014)
  5. Mohd Khairuddin Aman Razali (2014). "Taknin Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M: Satu kewajipan & langkah dakwah". Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaaan 2014. Universiti Kebangsaan Malaysia.
  6. Bahtera Ilmu dan Politik (2013)
  7. Politik & Pilihanraya menurut Islam (2012)
  8. Hiburan & Gurau Senda Menurut Islam (2006)
  9. Perspektif Islam Dalam Pelbagai Isu Semasa (2005)
  10. Intipan Khalwat Menurut al-Qur'an dan al-Sunnah; Menilai Pandangan Kontroversi Mufti Perlis (2005)
  11. Hukum Wanita Menjadi Imam Solat Jumaat; Kontroversi Solat Jumaat Dr Amina Wadud (2004)
  12. Adab-Adab Berdoa Dalam Islam (2002)
  13. Terjemahan Tafsri Munir Juzuk 30 (2002)
  14. Farouk Masahil & Mohd Khairuddin Aman Razali (2001). Kenapa Haram Berurusniaga dengan Yahudi Dunia. Malaysia: Pustaka Syuhada. ISBN 9831440587.
  15. Hak-hak Bukan Islam Dalam Negara Islam (2000)

Rujukan

  1. ^ "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  2. ^ a b c Muhammad Yusri Muzamir (Mac 14, 2022). "Khairuddin umum keluar PAS serta merta". BHarian. Dicapai pada 15 Mac 2022.
  3. ^ "Senarai Majlis Syura Ulamak Sesi 2015-2020". Parti Islam Se-Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Julai 2016.
  4. ^ "Senarai Pimpinan PAS Pusat Sesi 2015-2017". Parti Islam Se-Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Oktober 2015.
  5. ^ http://drtakiri.blogspot.my/2015/05/biodata-dato-dr-mohd-khairuddin-bin.html
  6. ^ Povera, Adib (22 Ogos 2020). "Khairuddin slapped with RM1,000 fine for breaching quarantine". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  7. ^ Zainal, Fatimah (22 Ogos 2020). "Khairuddin apologises for violating quarantine, donates four months minister's salary to Covid-19 fund". The Star (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  8. ^ Zainal, Fatimah (23 Ogos 2020). "Umno leader wants Khairuddin to be charged in court with breaking quarantine rule" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  9. ^ a b Povera, Adib (22 Ogos 2020). "Act 342 only provides maximum compound of RM1k, cops still probing Khairuddin's case". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020.
  10. ^ Kaur, Minderjeet (23 Ogos 2020). "Why wasn't minister charged in court for flouting quarantine rule, asks opposition". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
  11. ^ a b Yusof, Teh Athira (25 Ogos 2020). "Health Ministry wants fine for flouting SOPs raised from RM1,000 to RM10,000". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2020.
  12. ^ "Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit" (PDF). Kementerian Kesihatan Malaysia. m/s. 20. Dicapai pada 24 Ogos 2020. 25. Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya bagi maksud ini secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai boleh dikompaun dengan mendapatkan daripada pesalah itu sejumlah wang yang tidak melebehi seribu ringgit.
  13. ^ Mohd Hafiz Abd Mutalib (15 Disember 2020). "Hashim Jasin kekal Mursyidul Am Pas, Ahmad Timbalan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 16 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  14. ^ Mahani Ishak (Februari 21, 2022). "Khairuddin letak jawatan Setiausaha Majlis Syura PAS". BHarian. Dicapai pada 15 Mac 2022.

Pautan luar

  • Mohd Khairuddin Aman Razali di Facebook
  • Mohd Khairuddin Aman Razali di Instagram
  • Mohd Khairuddin Aman Razali di Twitter
  • Saluran Mohd Khairuddin Aman Razali di YouTube
Rencana berkaitan Mohd Khairuddin Aman Razali
  • l
  • b
  • s
Kabinet Muhyiddin II (2021)
Jemaah Menteri Muhyiddin Yassin kedua (2021)
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Kanan
Jemaah Menteri
Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Menteri Kanan
Shamsul Anuar Nasarah dan Noraini Ahmad meletakkan jawatan setelah diarahkan oleh Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, Ahmad Zahid Hamidi
Kabinet terdahulu <> Kabinet seterusnya
  • l
  • b
  • s
  1. Abdul Taib Mahmud (1972-1974)
  2. Musa Hitam (1974-1977)
  3. Abdul Taib Mahmud (1977-1978)
  4. Paul Leong Khee Seong (1978-1986)
  5. Lim Keng Yaik (1986-2004)
  6. Peter Chin Fah Kui (2004-2009)
  7. Bernard Giluk Dompok (2009-2013)
  8. Douglas Uggah Embas (2013-2016)
  9. Nancy Shukri (2016)
  10. Mah Siew Keong (2016-2018)
  11. Teresa Kok Suh Sim (2018-2020)
  12. Mohd Khairuddin Aman Razali (2020-2021)
  13. Zuraida Kamaruddin (2021-2022)
  14. Fadillah Yusof (2022-kini)
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Azhar Azizan Harun (BEBAS) (Bukan Ahli Dewan Rakyat) • Timbalan Yang di-Pertua: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
Ketua Majlis: Ismail Sabri Yaakob (UMNO) • Ketua Pembangkang: Anwar Ibrahim (PKR)
  1. Padang Besar: Zahidi Zainul Abidin (UMNO)
  2. Kangar: Noor Amin Ahmad (PKR)
  3. Arau: Shahidan Kassim (UMNO)
  4. Langkawi: Mahathir Mohamad (PEJUANG)
  5. Jerlun: Mukhriz Mahathir (PEJUANG)★
  6. Kubang Pasu: Amiruddin Hamzah (PEJUANG)★
  7. Padang Terap: Mahdzir Khalid (UMNO)
  8. Pokok Sena: Mahfuz Omar (AMANAH)
  9. Alor Setar: Chan Ming Kai (PKR)
  10. Kuala Kedah: Azman Ismail (PKR)
  11. Pendang: Awang Solahudin Hashim (PAS)
  12. Jerai: Sabri Azit (PAS)
  13. Sik: Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
  14. Merbok: Nor Azrina Surip (PKR)
  15. Sungai Petani: Johari Abdul (PKR)★
  16. Baling: Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)
  17. Padang Serai: Karupaiya Mutusami (PKR)
  18. Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Ismail (PKR)★
  19. Tumpat: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)
  20. Pengkalan Chepa: Marzuk Shaary (PAS)
  21. Kota Bharu: Takiyuddin Hassan (PAS)
  22. Pasir Mas: Ahmad Fadhli Shaari (PAS)
  23. Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
  24. Kubang Kerian: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
  25. Bachok: Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)
  26. Ketereh: Annuar Musa (UMNO)
  27. Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)
  28. Pasir Puteh: Nik Zawawi Salleh (PAS)
  29. Machang: Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)
  30. Jeli: Mustapa Mohamed (BERSATU)★
  31. Kuala Krai: Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS)
  32. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO)
  33. Besut: Idris Jusoh (UMNO)
  34. Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS)
  35. Kuala Nerus: Khairuddin Aman Razali (BEBAS)
  36. Kuala Terengganu: Amzad Mohamed (PAS)
  37. Marang: Abdul Hadi Awang (PAS)
  38. Hulu Terengganu: Rosol Wahid (BERSATU)
  39. Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
  40. Kemaman: Che Alias Hamid (PAS)
  41. Kepala Batas: Reezal Naina Merican (UMNO)
  42. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (BERSATU)
  43. Bagan: Lim Guan Eng (DAP)★
  44. Permatang Pauh: Nurul Izzah Anwar (PKR)
  45. Bukit Mertajam: Steven Sim (DAP)
  46. Batu Kawan: Kasthuriraani Patto (DAP)
  47. Nibong Tebal: Mansor Othman (BERSATU)
  48. Bukit Bendera: Wong Hon Wai (DAP)
  49. Tanjong: Chow Kon Yeow (DAP)★
  50. Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
  51. Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh (DAP)
  52. Bayan Baru: Sim Tze Tzin (PKR)
  53. Balik Pulau: Bakhtiar Wan Chik (PKR)
  54. Gerik: Kosong
  55. Lenggong: Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
  56. Larut: Hamzah Zainudin (BERSATU)
  57. Parit Buntar: Mujahid Yusuf Rawa (AMANAH)
  58. Bagan Serai: Noor Azmi Ghazali (BERSATU)
  59. Bukit Gantang: Syed Hussin Fasal (BERSATU)
  60. Taiping: Teh Kok Lim (DAP)
  61. Padang Rengas: Nazri Abdul Aziz (UMNO)
  62. Sungai Siput: Kesavan Subramaniam (PKR)
  63. Tambun: Ahmad Faizal Azumu (BERSATU)★
  64. Ipoh Timor: Wong Kah Woh (DAP)
  65. Ipoh Barat: Kulasegaran Murugeson (DAP)
  66. Batu Gajah: Sivakumar Varatharaju (DAP)
  67. Kuala Kangsar: Mastura Mohd Yazid (UMNO)
  68. Beruas: Ngeh Koo Ham (DAP)
  69. Parit: Mohd Nizar Zakaria (UMNO)
  70. Kampar: Thomas Su Keong Siong (DAP)
  71. Gopeng: Lee Boon Chye (PKR)
  72. Tapah: Saravanan Murugan (MIC)
  73. Pasir Salak: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)
  74. Lumut: Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH)
  75. Bagan Datuk: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
  76. Teluk Intan: David Nga Kor Ming (DAP)★
  77. Tanjong Malim: Chang Lih Kang (PKR)
  78. Cameron Highlands: Ramli Mohd Nor (UMNO)
  79. Lipis: Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
  80. Raub: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
  81. Jerantut: Ahmad Nazlan Idris (UMNO)
  82. Indera Mahkota: Saifuddin Abdullah (BERSATU)
  83. Kuantan: Fuziah Salleh (PKR)
  84. Paya Besar: Mohd Shahar Abdullah (UMNO)
  85. Pekan: Mohd Najib Abdul Razak (UMNO)
  86. Maran: Ismail Abd Muttalib (UMNO)
  87. Kuala Krau: Ismail Mohamed Said (UMNO)
  88. Temerloh: Mohd Anuar Mohd Tahir (AMANAH)
  89. Bentong: Wong Tack (DAP)
  90. Bera: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
  91. Rompin: Hasan Arifin (UMNO)
  92. Sabak Bernam: Fasiah Fakeh (BERSATU)
  93. Sungai Besar: Muslimin Yahaya (BERSATU)
  94. Hulu Selangor: June Leow Hsiad Hui (PKR)
  95. Tanjong Karang: Noh Omar (UMNO)
  96. Kuala Selangor: Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
  97. Selayang: William Leong Jee Keen (PKR)
  98. Gombak: Mohamed Azmin Ali (BERSATU)★
  99. Ampang: Zuraida Kamaruddin (PBM)
  100. Pandan: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
  101. Hulu Langat: Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH)
  102. Bangi: Ong Kian Ming (DAP)
  103. Puchong: Gobind Singh Deo (DAP)
  104. Subang: Wong Chen (PKR)
  105. Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah (PKR)
  106. Damansara: Tony Pua Kiam Wee (DAP)
  107. Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah (PKR)
  108. Shah Alam: Khalid Abdul Samad (AMANAH)
  109. Kapar: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
  110. Klang: Charles Anthony Santiago (DAP)
  111. Kota Raja: Mohamad Sabu (AMANAH)
  112. Kuala Langat: Xavier Arulanandam (PBM)
  113. Sepang: Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH)
  114. Kepong: Lim Lip Eng (DAP)
  115. Batu: Prabakaran Parameswaran (PKR)
  116. Wangsa Maju: Tan Yee Kew (PKR)
  117. Segambut: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
  118. Setiawangsa: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
  119. Titiwangsa: Rina Mohd Harun (BERSATU)
  120. Bukit Bintang: Fong Kui Lun (DAP)
  121. Lembah Pantai: Fahmi Fadzil (PKR)
  122. Seputeh: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
  123. Cheras: Tan Kok Wai (DAP)
  124. Bandar Tun Razak: Kamarudin Jaffar (BERSATU)
  125. Putrajaya: Tengku Adnan Mansor (UMNO)
  126. Jelebu: Jalaluddin Alias (UMNO)
  127. Jempol: Mohd Salim Shariff (UMNO)
  128. Seremban: Anthony Loke Siew Fook (DAP)★
  129. Kuala Pilah: Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
  130. Rasah: Cha Kee Chin (DAP)
  131. Rembau: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
  132. Port Dickson: Anwar Ibrahim (PKR)
  133. Tampin: Hasan Bahrom (AMANAH)
  134. Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU)
  135. Alor Gajah: Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU)
  136. Tangga Batu: Rusnah Aluai (PKR)
  137. Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar Md Akin (PKR)
  138. Kota Melaka: Khoo Poay Tiong (DAP)
  139. Jasin: Ahmad Hamzah (UMNO)
  140. Segamat: Edmund Santhara Ramanaidu (PBM)
  141. Sekijang: Natrah Ismail (PKR)
  142. Labis: Pang Hok Liong (DAP)
  143. Pagoh: Mahiaddin Md Yasin (BERSATU)
  144. Ledang: Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)
  145. Bakri: Yeo Bee Yin (DAP)
  146. Muar: Syed Saddiq Abdul Rahman (MUDA)
  147. Parit Sulong: Noraini Ahmad (UMNO)
  148. Ayer Hitam: Wee Ka Siong (MCA)
  149. Sri Gading: Shahruddin Md Salleh (PEJUANG)
  150. Batu Pahat: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
  151. Simpang Renggam: Maszlee Malik (PKR)
  152. Kluang: Wong Shu Qi (DAP)
  153. Sembrong: Hishammuddin Hussein (UMNO)
  154. Mersing: Abdul Latiff Ahmad (BERSATU)
  155. Tenggara: Adham Baba (UMNO)
  156. Kota Tinggi: Halimah Sadique (UMNO)
  157. Pengerang: Azalina Othman Said (UMNO)
  158. Tebrau: Steven Choong (PBM)
  159. Pasir Gudang: Hassan Abdul Karim (PKR)
  160. Johor Bahru: Akmal Nasrullah Nasir (PKR)
  161. Pulai: Salahuddin Ayub (AMANAH)★
  162. Iskandar Puteri: Lim Kit Siang (DAP)
  163. Kulai: Teo Nie Ching (DAP)
  164. Pontian: Ahmad Maslan (UMNO)
  165. Tanjung Piai: Wee Jeck Seng (MCA)
  166. Labuan: Rozman Isli (WARISAN)
  167. Kudat: Abd Rahim Bakri (BERSATU)
  168. Kota Marudu: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  169. Kota Belud: Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)
  170. Tuaran: Wilfred Madius Tangau (UPKO)
  171. Sepanggar: Mohd Azis Jamman (WARISAN)
  172. Kota Kinabalu: Chan Foong Hin (DAP)
  173. Putatan: Awang Husaini Sahari (PKR)
  174. Penampang: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)★
  175. Papar: Ahmad Hassan (WARISAN)
  176. Kimanis: Mohamad Alamin (UMNO)
  177. Beaufort: Azizah Mohd Dun (BERSATU)
  178. Sipitang: Yamani Hafez Musa (BERSATU)
  179. Ranau: Jonathan Yasin (BERSATU)
  180. Keningau: Jeffrey Kitingan (STAR)★
  181. Tenom: Noorita Sual (DAP)
  182. Pensiangan: Arthur Joseph Kurup (PBRS)
  183. Beluran: Ronald Kiandee (BERSATU)
  184. Libaran: Zakaria Mohd Edris (BERSATU)
  185. Batu Sapi: Kosong
  186. Sandakan: Vivian Wong Shir Yee (DAP)
  187. Kinabatangan: Bung Moktar Radin (UMNO)★
  188. Lahad Datu: Mohamaddin Ketapi (PBM)★
  189. Semporna: Mohd Shafie Apdal (WARISAN)★
  190. Tawau: Christina Liew Chin Jin (PKR)★
  191. Kalabakan: Ma'mun Sulaiman (WARISAN)
  192. Mas Gading: Mordi Bimol (DAP)
  193. Santubong: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  194. Petra Jaya: Fadillah Yusof (PBB)
  195. Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
  196. Stampin: Chong Chieng Jen (DAP)★
  197. Kota Samarahan: Rubiah Wang (PBB)
  198. Puncak Borneo: Willie Mongin (PBB)
  199. Serian: Richard Riot Jaem (SUPP)
  200. Batang Sadong: Nancy Shukri (PBB)
  201. Batang Lupar: Rohani Abdul Karim (PBB)
  202. Sri Aman: Masir Kujat (BEBAS)
  203. Lubok Antu: Jugah Muyang (BEBAS)
  204. Betong: Robert Lawson Chuat (PBB)
  205. Saratok: Ali Biju (BERSATU)
  206. Tanjong Manis: Yusuf Abd Wahab (PBB)
  207. Igan: Ahmad Johnie Zawawi (PBB)
  208. Sarikei: Wong Ling Biu (DAP)
  209. Julau: Larry Sng Wei Shien (PBM)
  210. Kanowit: Aaron Ago Dagang (PRS)
  211. Lanang: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  212. Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
  213. Mukah: Hanifah Hajar Abdul Taib (PBB)
  214. Selangau: Baru Bian (PSB)★
  215. Kapit: Alexander Nanta Linggi (PBB)
  216. Hulu Rajang: Wilson Ugak Kumbong (PRS)
  217. Bintulu: Tiong King Sing (PDP)★
  218. Sibuti: Lukanisman Awang Sauni (PBB)
  219. Miri: Michael Teo Yu Keng (PKR)
  220. Baram: Anyi Ngau (PDP)
  221. Limbang: Hasbi Habibollah (PBB)
  222. Lawas: Henry Sum Agong (PBB)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri


Kerajaan: (116) Barisan Nasional (41) Perikatan Nasional (39) Gabungan Parti Sarawak (19) Gabungan Rakyat Sabah (8) Parti Bangsa Malaysia (6) Bebas (3)
Pembangkang: (103) Pakatan Harapan (90) Parti Warisan (7) Parti Pejuang Tanah Air (4) Parti Sarawak Bersatu (1) Ikatan Demokratik Malaysia (1)
Berkecuali: (1) Barisan Nasional (1)
Kosong: (1) Kosong (2)

Keanggotaan terdahulu: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata