Khalid Abdul Samad

YBhg Tuan Haji

Khalid bin Abdul Samad

خالد بن عبد الصمد
Pengarah Komunikasi AMANAH
Penjawat kini
Memegang jawatan
2023
Dalam jawatan
2019–2023
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
Timbalan PresidenMujahid Yusof (2023-kini)
Salahuddin Ayub (2015-2023)
Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan
Penjawat kini
Memegang jawatan
2024
Didahului olehMohd Hatta Ramli
Pengerusi AMANAH Kelantan
Dalam jawatan
Mac 2023 – Disember 2023
Didahului olehMuhammad Husain
Digantikan olehAdly Zahari
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P108 Shah Alam, Selangor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Abdul Aziz Shamsuddin
Digantikan oleh Azli Yusof
Majoriti33,849 (PRU-14)
10,939 (PRU-13)
9,314 (PRU-12)
Menteri Wilayah
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Timbalan Shahruddin Md Salleh
Didahului oleh Tengku Adnan Tengku Mansor
Digantikan oleh Annuar Musa
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
Dalam jawatan
2013–2015
Dalam jawatan
2011–2013
PresidenAbdul Hadi Awang
Timbalan PresidenMohamad Sabu
Butiran peribadi
Lahir (1957-08-14) 14 Ogos 1957 (umur 66)
Kota Bharu, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PH-AMANAH (2015-kini)
(-2015)
PasanganDr. Zaitun Abu Bakar
Anak-anak4
IbuHajah Rashidah Othman
HubunganShahrir Samad (abang)
KediamanShah Alam, Selangor
Alma materUnited Kingdom University of Leeds, United Kingdom
PekerjaanAhli Parlimen
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman web rasmiLaman blog YB Khalid Laman web YB Khalid

Yang Berbahagia Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad (lahir pada 14 Ogos 1957) adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan (2018-2020) dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam selama tiga penggal. Jawatan beliau dalam parti ialah Pengarah Komunikasi AMANAH dan Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan.

Keluarga

Isterinya, Dr. Zaitun Abu Bakar dan mereka mempunyai dua anak lelaki , dua anak perempuan dan 6 orang cucu. Bapanya Haji Abdul Samad berasal dari Muar,Johor. Ibunya Hajjah Rashidah.Sebagai pegawai kerajaan, selalu berpindah dari Kelantan, Terengganu, Pahang , Selangor dan Kelantan.

Pendidikan

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Api dan Tenaga, University of Leeds, United Kingdom (1979). Ketika di UK, beliau aktif dalam 'Suara al Islam'. Selepas pulang ke Malaysia,beliau aktif dalam PAS, IRC, JIM dan pelbagai pertubuhan Islam lain.

Kerjaya

Beliau pernah bekerja di Petronas Dagangan Berhad. Kini beliau juga menyandang jawatan sebagai Presiden kelab bolasepak KL City.

Pilihan raya

Beliau menyertai PAS pada 1983 dan menjadi ahli majlis tertinggi dari 1987-1993. Beliau gagal dalam pilihan raya di Kuala Krai,Arau,Sri Gading dan shah Alam.

Pada 1987, beliau ditahan selama 9 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang.

Isu & Kontroversi

Baiah talak tiga

Pada November 2009, Khalid menyatakan wujudkan baiah talak tiga dalam PAS tetapi dinafikan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.[1]

Saman terhadap JAIS

Pada 6 November 2009, beliau sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan saman malu terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendakwa beliau mempunyai "rekod jenayah" berdasarkan surat makluman polis Selangor sebelum ini yang menyatakan beliau mempunyai rekod sedemikian. Tambahnya, pengarah jabatan tersebut Dato' Mohammed Khusrin bin Haji Munawi juga berdolak-dalik ketika diminta menjelaskan sebab tauliahnya ditolak tahun lalu.[2]

Pada 8 September 2011, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa menolak rayuan Khalid yang memohon sambung tauliah beliau melalui mesyuarat Jawatankuasa tauliah MAIS yang bersidang pada 23 Jun 2011. Oleh itu MAIS tidak membenarkan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat apa-apa penyampaian agama di masjid dan surau di seluruh Selangor kerana tidak mendapat tauliah termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah dan apa-apa pengisian agama selaras dengan perkenan DYMM Sultan Selangor untuk tidak memberi tauliah mengajar atau berceramah mengenai agama Islam kepada mana-mana ahli politik terutama di masjid dan surau di Selangor. Khalid didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Pada 6 September 2011, Khalid melanggar peraturan permit apabila memberi ceramah di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Ekoran itu beliau akan dibicarakan pada 24 November 2011 di Mahkamah Syariah Klang.[3]

Pertelagahan dengan YB Zulkifli Noordin

Pada 13 Mac 2010, beliau mencabar YB Zulkifli Noordin berdebat bagi mencari kebenaran dan membuktikan hujah siapa yang bertepatan dengan pandangan agama berhubung isu kalimah Allah yang mempertembungkan mereka berdua.[4] Akhirnya mereka akan bertembung dalam pilihan raya umum ke-13 apabila Zulkifli dipilih Barisan Nasional untuk mencabar kerusi parlimen Shah Alam Khalid.[5]

Bible berbahasa Melayu

Pada 26 Jun 2014, Khalid menggesa Enakmen Undang-Undang Islam di Pentadbiran (Enakmen No 3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003 dikaji semula.Cadangan itu selepas Mais gagal mematuhi keputusan Peguam Negara agar menyerahkan kembali Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kepada Persatuan Bible Malaysia.

Pada 15 Julai 2014, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik. Baginda turut memberi amaran kepadanya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa depan. Khalid jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Sultan dan peranan Mais di dalam menasihati Sultan mengenai agama Islam[6]

Pada 26 Ogos 2014, Khalid Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif MAIS dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun 2014. Bagaimanapun Khalid Samad mengaku tidak bersalah. Hakim Mahkamah Sesyen Aswarnida Affandi menetapkan jaminan untuk Khalid sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 September 2014 untuk sebutan kes. Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM 5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, atau kedua-duanya.Beliau boleh hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen jika didapati bersalah dan didenda lebih daripada RM 2,000 atau penjara lebih setahun. [7] Semasa keluar dari Mahkamah, sekumpulan pemuda Melayu 15 orang telah meludah tetapi terkena pada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja Terengganu.[8] [9]

Sistem Raja Berperlembagaan

Pada 21 Ogos 2014, Khalid Samad menyatakan bahawa sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan. Komuniti netizen menyatakan kuasa mutlak kepada Sultan bercanggah dengan sistem raja berperlembagaan. Pengguna Internet, ahli akademik dan Tun Dr Mahathir Mohamad turut mempunyai pandangan yang sama. Pakatan Rakyat memutuskan menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebelum itu PAS mencalonkan dua nama iaitu Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. [10]

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[11][12][13][14][15][16][17]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 P028 Kuala Krai, Kelantan Khalid Abdul Samad (PAS) 10,330 45.77% Mohamed Isa (UMNO) 12,240 54.23% 23,127 1,910 77.91%
1990 P002 Arau, Perlis Khalid Abdul Samad (PAS) 13,154 38.57% Shahidan Kassim (UMNO) 20,948 61.43% 35,196 7,794 77.42%
1999 P134 Sri Gading, Johor Khalid Abdul Samad (PAS) 11,598 28.41% Mohamad Aziz (UMNO) 29,156 71.42% 41,687 17,558 74.83%
2004 P108 Shah Alam, Selangor Khalid Abdul Samad (PAS) 19,007 36.81% Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) 32,417 62.78% 52,336 13,410 75.66%
2008 Khalid Abdul Samad (PAS) 33,356 57.90% Abdul Aziz Shamsuddin (UMNO) 24,042 41.73% 58,361 9,314 77.47%
2013 Khalid Abdul Samad (PAS) 49,009 56.16% Zulkifli Noordin (UMNO) 38,070 43.63% 88,126 10,939 88.16%
2018 Khalid Abdul Samad (AMANAH) 55,949 60.00% Azhari Shaari (UMNO) 22,100 23.70% 93,243 33,849 87.82%
Mohd Zuhdi Marzuki (PAS) 15,194 16.30%

Rujukan

  1. ^ Akhbar thesundaily "Khalid's bai'ah act an isolated case, claims Mustafa Ali"
  2. ^ "Rekod jenayah: Wakil rakyat PAS ugut saman Jais", Malaysiakini.com, 6 November 2009.
  3. ^ Khalid ke Mahkamah Syariah?
  4. ^ "Khalid cabar Zulkifli berdebat isu Allah", Malaysiakini.com, 13 Mac 2010.
  5. ^ Muhammad Faizal (16 Apr 2013). "Khalid ucap tahniah kepada Zulkifli Noordin". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-18. Dicapai pada 16 April 2013.
  6. ^ Sultan Selangor murka Khalid Samad
  7. ^ MAIS: Khalid Samad mengaku tidak bersalah
  8. ^ "Mereka tidak tahu siapa yang diludahi, kata Khalid Samad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-27. Dicapai pada 2014-08-27.
  9. ^ Khalid Samad diludah, dilempar kata-kata kesat oleh sekumpulan lelaki
  10. ^ "Netizen minta sultan tidak diberi kuasa mutlak lantik MB, kata Khalid Samad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-23. Dicapai pada 2014-08-22.
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  13. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 24 March 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
  16. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  17. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar

  • Biodata di Parlimen Malaysia Diarkibkan 2010-08-17 di Wayback Machine
  • Blog Khalid Samad
  • Khalid Abdul Samad di Facebook
  • l
  • b
  • s
Yang di-Pertua: Azhar Azizan Harun (BEBAS) (Bukan Ahli Dewan Rakyat) • Timbalan Yang di-Pertua: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
Ketua Majlis: Ismail Sabri Yaakob (UMNO) • Ketua Pembangkang: Anwar Ibrahim (PKR)
  1. Padang Besar: Zahidi Zainul Abidin (UMNO)
  2. Kangar: Noor Amin Ahmad (PKR)
  3. Arau: Shahidan Kassim (UMNO)
  4. Langkawi: Mahathir Mohamad (PEJUANG)
  5. Jerlun: Mukhriz Mahathir (PEJUANG)★
  6. Kubang Pasu: Amiruddin Hamzah (PEJUANG)★
  7. Padang Terap: Mahdzir Khalid (UMNO)
  8. Pokok Sena: Mahfuz Omar (AMANAH)
  9. Alor Setar: Chan Ming Kai (PKR)
  10. Kuala Kedah: Azman Ismail (PKR)
  11. Pendang: Awang Solahudin Hashim (PAS)
  12. Jerai: Sabri Azit (PAS)
  13. Sik: Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS)
  14. Merbok: Nor Azrina Surip (PKR)
  15. Sungai Petani: Johari Abdul (PKR)★
  16. Baling: Abdul Azeez Abdul Rahim (UMNO)
  17. Padang Serai: Karupaiya Mutusami (PKR)
  18. Kulim-Bandar Baharu: Saifuddin Ismail (PKR)★
  19. Tumpat: Che Abdullah Mat Nawi (PAS)
  20. Pengkalan Chepa: Marzuk Shaary (PAS)
  21. Kota Bharu: Takiyuddin Hassan (PAS)
  22. Pasir Mas: Ahmad Fadhli Shaari (PAS)
  23. Rantau Panjang: Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
  24. Kubang Kerian: Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
  25. Bachok: Nik Abduh Nik Abdul Aziz (PAS)
  26. Ketereh: Annuar Musa (UMNO)
  27. Tanah Merah: Ikmal Hisham Abdul Aziz (BERSATU)
  28. Pasir Puteh: Nik Zawawi Salleh (PAS)
  29. Machang: Ahmad Jazlan Yaakub (UMNO)
  30. Jeli: Mustapa Mohamed (BERSATU)★
  31. Kuala Krai: Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS)
  32. Gua Musang: Tengku Razaleigh Hamzah (UMNO)
  33. Besut: Idris Jusoh (UMNO)
  34. Setiu: Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS)
  35. Kuala Nerus: Khairuddin Aman Razali (BEBAS)
  36. Kuala Terengganu: Amzad Mohamed (PAS)
  37. Marang: Abdul Hadi Awang (PAS)
  38. Hulu Terengganu: Rosol Wahid (BERSATU)
  39. Dungun: Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
  40. Kemaman: Che Alias Hamid (PAS)
  41. Kepala Batas: Reezal Naina Merican (UMNO)
  42. Tasek Gelugor: Shabudin Yahaya (BERSATU)
  43. Bagan: Lim Guan Eng (DAP)★
  44. Permatang Pauh: Nurul Izzah Anwar (PKR)
  45. Bukit Mertajam: Steven Sim (DAP)
  46. Batu Kawan: Kasthuriraani Patto (DAP)
  47. Nibong Tebal: Mansor Othman (BERSATU)
  48. Bukit Bendera: Wong Hon Wai (DAP)
  49. Tanjong: Chow Kon Yeow (DAP)★
  50. Jelutong: Sanisvara Nethaji Rayer Rajaji (DAP)
  51. Bukit Gelugor: Ramkarpal Singh (DAP)
  52. Bayan Baru: Sim Tze Tzin (PKR)
  53. Balik Pulau: Bakhtiar Wan Chik (PKR)
  54. Gerik: Kosong
  55. Lenggong: Shamsul Anuar Nasarah (UMNO)
  56. Larut: Hamzah Zainudin (BERSATU)
  57. Parit Buntar: Mujahid Yusuf Rawa (AMANAH)
  58. Bagan Serai: Noor Azmi Ghazali (BERSATU)
  59. Bukit Gantang: Syed Hussin Fasal (BERSATU)
  60. Taiping: Teh Kok Lim (DAP)
  61. Padang Rengas: Nazri Abdul Aziz (UMNO)
  62. Sungai Siput: Kesavan Subramaniam (PKR)
  63. Tambun: Ahmad Faizal Azumu (BERSATU)★
  64. Ipoh Timor: Wong Kah Woh (DAP)
  65. Ipoh Barat: Kulasegaran Murugeson (DAP)
  66. Batu Gajah: Sivakumar Varatharaju (DAP)
  67. Kuala Kangsar: Mastura Mohd Yazid (UMNO)
  68. Beruas: Ngeh Koo Ham (DAP)
  69. Parit: Mohd Nizar Zakaria (UMNO)
  70. Kampar: Thomas Su Keong Siong (DAP)
  71. Gopeng: Lee Boon Chye (PKR)
  72. Tapah: Saravanan Murugan (MIC)
  73. Pasir Salak: Tajuddin Abdul Rahman (UMNO)
  74. Lumut: Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH)
  75. Bagan Datuk: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
  76. Teluk Intan: David Nga Kor Ming (DAP)★
  77. Tanjong Malim: Chang Lih Kang (PKR)
  78. Cameron Highlands: Ramli Mohd Nor (UMNO)
  79. Lipis: Abdul Rahman Mohamad (UMNO)
  80. Raub: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP)
  81. Jerantut: Ahmad Nazlan Idris (UMNO)
  82. Indera Mahkota: Saifuddin Abdullah (BERSATU)
  83. Kuantan: Fuziah Salleh (PKR)
  84. Paya Besar: Mohd Shahar Abdullah (UMNO)
  85. Pekan: Mohd Najib Abdul Razak (UMNO)
  86. Maran: Ismail Abd Muttalib (UMNO)
  87. Kuala Krau: Ismail Mohamed Said (UMNO)
  88. Temerloh: Mohd Anuar Mohd Tahir (AMANAH)
  89. Bentong: Wong Tack (DAP)
  90. Bera: Ismail Sabri Yaakob (UMNO)
  91. Rompin: Hasan Arifin (UMNO)
  92. Sabak Bernam: Fasiah Fakeh (BERSATU)
  93. Sungai Besar: Muslimin Yahaya (BERSATU)
  94. Hulu Selangor: June Leow Hsiad Hui (PKR)
  95. Tanjong Karang: Noh Omar (UMNO)
  96. Kuala Selangor: Dzulkefly Ahmad (AMANAH)
  97. Selayang: William Leong Jee Keen (PKR)
  98. Gombak: Mohamed Azmin Ali (BERSATU)★
  99. Ampang: Zuraida Kamaruddin (PBM)
  100. Pandan: Wan Azizah Wan Ismail (PKR)
  101. Hulu Langat: Hasanuddin Mohd Yunus (AMANAH)
  102. Bangi: Ong Kian Ming (DAP)
  103. Puchong: Gobind Singh Deo (DAP)
  104. Subang: Wong Chen (PKR)
  105. Petaling Jaya: Maria Chin Abdullah (PKR)
  106. Damansara: Tony Pua Kiam Wee (DAP)
  107. Sungai Buloh: Sivarasa Rasiah (PKR)
  108. Shah Alam: Khalid Abdul Samad (AMANAH)
  109. Kapar: Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR)
  110. Klang: Charles Anthony Santiago (DAP)
  111. Kota Raja: Mohamad Sabu (AMANAH)
  112. Kuala Langat: Xavier Arulanandam (PBM)
  113. Sepang: Mohamed Hanipa Maidin (AMANAH)
  114. Kepong: Lim Lip Eng (DAP)
  115. Batu: Prabakaran Parameswaran (PKR)
  116. Wangsa Maju: Tan Yee Kew (PKR)
  117. Segambut: Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP)
  118. Setiawangsa: Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)
  119. Titiwangsa: Rina Mohd Harun (BERSATU)
  120. Bukit Bintang: Fong Kui Lun (DAP)
  121. Lembah Pantai: Fahmi Fadzil (PKR)
  122. Seputeh: Teresa Kok Suh Sim (DAP)
  123. Cheras: Tan Kok Wai (DAP)
  124. Bandar Tun Razak: Kamarudin Jaffar (BERSATU)
  125. Putrajaya: Tengku Adnan Mansor (UMNO)
  126. Jelebu: Jalaluddin Alias (UMNO)
  127. Jempol: Mohd Salim Shariff (UMNO)
  128. Seremban: Anthony Loke Siew Fook (DAP)★
  129. Kuala Pilah: Eddin Syazlee Shith (BERSATU)
  130. Rasah: Cha Kee Chin (DAP)
  131. Rembau: Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO)
  132. Port Dickson: Anwar Ibrahim (PKR)
  133. Tampin: Hasan Bahrom (AMANAH)
  134. Masjid Tanah: Mas Ermieyati Samsudin (BERSATU)
  135. Alor Gajah: Mohd Redzuan Md Yusof (BERSATU)
  136. Tangga Batu: Rusnah Aluai (PKR)
  137. Hang Tuah Jaya: Shamsul Iskandar Md Akin (PKR)
  138. Kota Melaka: Khoo Poay Tiong (DAP)
  139. Jasin: Ahmad Hamzah (UMNO)
  140. Segamat: Edmund Santhara Ramanaidu (PBM)
  141. Sekijang: Natrah Ismail (PKR)
  142. Labis: Pang Hok Liong (DAP)
  143. Pagoh: Mahiaddin Md Yasin (BERSATU)
  144. Ledang: Syed Ibrahim Syed Noh (PKR)
  145. Bakri: Yeo Bee Yin (DAP)
  146. Muar: Syed Saddiq Abdul Rahman (MUDA)
  147. Parit Sulong: Noraini Ahmad (UMNO)
  148. Ayer Hitam: Wee Ka Siong (MCA)
  149. Sri Gading: Shahruddin Md Salleh (PEJUANG)
  150. Batu Pahat: Mohd Rashid Hasnon (BERSATU)
  151. Simpang Renggam: Maszlee Malik (PKR)
  152. Kluang: Wong Shu Qi (DAP)
  153. Sembrong: Hishammuddin Hussein (UMNO)
  154. Mersing: Abdul Latiff Ahmad (BERSATU)
  155. Tenggara: Adham Baba (UMNO)
  156. Kota Tinggi: Halimah Sadique (UMNO)
  157. Pengerang: Azalina Othman Said (UMNO)
  158. Tebrau: Steven Choong (PBM)
  159. Pasir Gudang: Hassan Abdul Karim (PKR)
  160. Johor Bahru: Akmal Nasrullah Nasir (PKR)
  161. Pulai: Salahuddin Ayub (AMANAH)★
  162. Iskandar Puteri: Lim Kit Siang (DAP)
  163. Kulai: Teo Nie Ching (DAP)
  164. Pontian: Ahmad Maslan (UMNO)
  165. Tanjung Piai: Wee Jeck Seng (MCA)
  166. Labuan: Rozman Isli (WARISAN)
  167. Kudat: Abd Rahim Bakri (BERSATU)
  168. Kota Marudu: Maximus Johnity Ongkili (PBS)
  169. Kota Belud: Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN)
  170. Tuaran: Wilfred Madius Tangau (UPKO)
  171. Sepanggar: Mohd Azis Jamman (WARISAN)
  172. Kota Kinabalu: Chan Foong Hin (DAP)
  173. Putatan: Awang Husaini Sahari (PKR)
  174. Penampang: Ignatius Dorell Leiking (WARISAN)★
  175. Papar: Ahmad Hassan (WARISAN)
  176. Kimanis: Mohamad Alamin (UMNO)
  177. Beaufort: Azizah Mohd Dun (BERSATU)
  178. Sipitang: Yamani Hafez Musa (BERSATU)
  179. Ranau: Jonathan Yasin (BERSATU)
  180. Keningau: Jeffrey Kitingan (STAR)★
  181. Tenom: Noorita Sual (DAP)
  182. Pensiangan: Arthur Joseph Kurup (PBRS)
  183. Beluran: Ronald Kiandee (BERSATU)
  184. Libaran: Zakaria Mohd Edris (BERSATU)
  185. Batu Sapi: Kosong
  186. Sandakan: Vivian Wong Shir Yee (DAP)
  187. Kinabatangan: Bung Moktar Radin (UMNO)★
  188. Lahad Datu: Mohamaddin Ketapi (PBM)★
  189. Semporna: Mohd Shafie Apdal (WARISAN)★
  190. Tawau: Christina Liew Chin Jin (PKR)★
  191. Kalabakan: Ma'mun Sulaiman (WARISAN)
  192. Mas Gading: Mordi Bimol (DAP)
  193. Santubong: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)
  194. Petra Jaya: Fadillah Yusof (PBB)
  195. Bandar Kuching: Kelvin Yii Lee Wuen (DAP)
  196. Stampin: Chong Chieng Jen (DAP)★
  197. Kota Samarahan: Rubiah Wang (PBB)
  198. Puncak Borneo: Willie Mongin (PBB)
  199. Serian: Richard Riot Jaem (SUPP)
  200. Batang Sadong: Nancy Shukri (PBB)
  201. Batang Lupar: Rohani Abdul Karim (PBB)
  202. Sri Aman: Masir Kujat (BEBAS)
  203. Lubok Antu: Jugah Muyang (BEBAS)
  204. Betong: Robert Lawson Chuat (PBB)
  205. Saratok: Ali Biju (BERSATU)
  206. Tanjong Manis: Yusuf Abd Wahab (PBB)
  207. Igan: Ahmad Johnie Zawawi (PBB)
  208. Sarikei: Wong Ling Biu (DAP)
  209. Julau: Larry Sng Wei Shien (PBM)
  210. Kanowit: Aaron Ago Dagang (PRS)
  211. Lanang: Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
  212. Sibu: Oscar Ling Chai Yew (DAP)
  213. Mukah: Hanifah Hajar Abdul Taib (PBB)
  214. Selangau: Baru Bian (PSB)★
  215. Kapit: Alexander Nanta Linggi (PBB)
  216. Hulu Rajang: Wilson Ugak Kumbong (PRS)
  217. Bintulu: Tiong King Sing (PDP)★
  218. Sibuti: Lukanisman Awang Sauni (PBB)
  219. Miri: Michael Teo Yu Keng (PKR)
  220. Baram: Anyi Ngau (PDP)
  221. Limbang: Hasbi Habibollah (PBB)
  222. Lawas: Henry Sum Agong (PBB)

★Mempunyai kerusi di Dewan Undangan Negeri


Kerajaan: (116) Barisan Nasional (41) Perikatan Nasional (39) Gabungan Parti Sarawak (19) Gabungan Rakyat Sabah (8) Parti Bangsa Malaysia (6) Bebas (3)
Pembangkang: (103) Pakatan Harapan (90) Parti Warisan (7) Parti Pejuang Tanah Air (4) Parti Sarawak Bersatu (1) Ikatan Demokratik Malaysia (1)
Berkecuali: (1) Barisan Nasional (1)
Kosong: (1) Kosong (2)

Keanggotaan terdahulu: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
  • l
  • b
  • s
Pakatan Harapan
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia
Majlis Presiden
Pengerusi
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Ketua Setiausaha
Bendahari
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Ketua Penerangan
Ahli Majlis
Parti Komponen
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Agung
Ketua Penerangan
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Pengerusi Kebangsaan
Timbalan Pengerusi Kebangsaan
Naib Pengerusi Kebangsaan
Setiausaha Agung
Timbalan Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Bendahari Kebangsaan
Setiausaha Publisiti Kebangsaan
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Hasbie Muda
Bendahari Agung
Pengarah Komunikasi
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Nelson Angang
Ketua Wanita
Juliana Jani
Ketua Pemuda
Felix Joseph Sitin Saang
Bendahari Agung
Laurentius Nayan Ambu
Ketua Penerangan
Joisin Romut
Majlis Pimpinan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri
Ketua Menteri Pulau Pinang
Menteri Besar Selangor
Menteri Besar Negeri Sembilan
Parti Politik
Parti komponen
Parti kerjasama
Bekas parti komponen
Kategori Kategori
  • l
  • b
  • s
Parti Amanah Negara
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia
Jawatankuasa Pimpinan Pusat
Presiden
Timbalan Presiden
Naib Presiden
Setiausaha Agung
Bendahari Agung
Ketua Wanita
Ketua Pemuda
Mohd Hasbie Muda
Pengarah Komunikasi
Pengarah Strategi
Pengarah Pilihan Raya
Ahli Jawatankuasa Pusat
Jawatankuasa Pimpinan Negeri
Pengerusi
Kerajaan Persekutuan
Mahathir VII (2018-2020)
Kerajaan Negeri
Ketua Menteri Melaka
Adly Zahari (2018-2020)
Parti Politik
Pecahan dari
Kategori Kategori
Kawalan kewibawaan Sunting ini di Wikidata
Umum
Perpustakaan negara
  • Amerika Syarikat