Sansoen Phra Barami

  • fail
  • bantu

Sansoen Phra Barami atau Sanrasoen Phra Barami (Bahasa Thai: สรรเสริญพระบารมีcode: th is deprecated , lit: Muliakan keunggulannya) ialah lagu diraja Thailand. Lirik dikarang oleh Putera Narisara Nuwattiwong sekitar 1913 dan diubah suai oleh Raja Rama VI. Lagu digubah oleh seorang penggubah lagu Rusia, Pyotr Shchurovsky.[1]

Phleng Sansoen Phra Barami juga merupakan lagu kebangsaan Siam sehingga 1932 sehingga 1932 yang kemudian diggantikan dengan lagu Phleng Chat. Lagu ini sering dimainkan semasa upacara-upacara kenegaraan dan juga semasa raja atau salah seorang anggota keluarga diraja yang berpangkat tinggi hadir untuk suatu acara. Selain itu, lagu ini dimainkan di pawagam setiap kali sebelum filem dimainkan dan juga sebelum persembahan teater atau konsert. Lagu ini juga dimainkan sebagai permulaan dan penutup siaran di televisyen dan radio.

Pada April 2008, dilaporkan bahawa seorang rakyat Thai menghadapi tuduhan jenayah lèse majesté kerana tidak berdiri semasa lagu ini dimainkan di sebuah pawagam di Bangkok.[1]

Lirik

Thai Royal Anthem (instrumental)

Rakaman dalam bentuk peti nyanyi oleh kumpulan teater Boosra Mahin yang membuat persembahan di Berlin, Jerman pada 1900

Masalah mendengarkan ? Sila lihat bantuan media.
Lirik Transliterasi Thai
ข้าวรพุทธเจ้า Kha Wora Phuttha Chao
เอามโนและศิระกราน Ao Mano Lae Sira Kran
นบพระภูมิบาล บุญดิเรก Nop Phra Phummi Ban Bunya Direk
เอกบรมจักริน Ek Boromma Chakkrin
พระสยามินทร์ Phra Sayamin
พระยศยิ่งยง Phra Yotsa Ying Yong
เย็นศิระเพราะพระบริบาล Yen Sira Phro Phra Bori Ban
ผลพระคุณ ธ รักษา Phon Phra Khun Tha Raksa
ปวงประชาเป็นสุขศานต์ Puang Pracha Pen Sukkha[1] San
ขอบันดาล Kho Bandan
ธ ประสงค์ใด Tha Prasong Dai
จงสฤษดิ์ดัง Chong Sarit Dang
หวังวรหฤทัย Wang Wora Haruethai
ดุจถวายชัย ชโย Ducha Thawai Chai Chayo
Nota
  1.   Sebelumnya disebut sebagai suk.

Terjemahan

Kami, hamba Duli yang Maha Mulia
Meletakkan hati dan kepala di kakinya
Merafak sembah menjunjung kasih
Kepada raja agung dari Dinasti Chakri
Yang berdaulat atas Siam
Semoga kemuliaanmu berkekalan sepanjang zaman
Rakyat hidup aman damai kerana pemerintahanmu
Kami berdoa apa saja yang baginda inginkan
Akan dikurniakan oleh takdir
Kami menabikmu, Daulat!

Lirik semasa Perang Dunia Kedua

ข้าวรพุทธเจ้า เอามโนและศิระกราน
นบพระภูมิบาล บรมกษัตริย์ไทย
ขอบันดาล ธ ประสงค์ใด
จงสิทธิดั่ง หวังวรหฤทัย
ดุจถวายชัย ชโย

Transliterasi

Kha Wora Phuttha Chao
Ao Mano Lae Sira Kran
Nop Phra Phummiban
Borom Kasat Thai
Kho Bandan
Tha Prasong Dai
Chong Sit Dang
Wang Wora Haruethai
Dutcha Thawai Chai
Chayo

Rujukan

  1. ^ Nicholas Grossman; Dominic Faulder, penyunting (2011). King Bhumibol Adulyadej – A Life's Work: Thailand's Monarchy in Perspective. Singapore: Editions Didier Millet. m/s. 359. ISBN 978-981-4260-56-5.

Pautan luar

  • Video penutup siaran stesen PRD's Television of Thailand Channel 11
  • l
  • b
  • s
Lagu kebangsaan Asia
Kebangsaan
Negara dengan
pengiktirafan terhad
  • Abkhazia
  • Artsakh (Nagorno-Karabakh)
  • Cyprus Utara
  • Ossetia Selatan
  • Taiwan
    • Cina Taipei
Negeri/Wilayah
India
  • Andhra Pradesh
  • Assam
  • Bihar
  • Chhattisgarh
  • Gujarat
  • Karnataka
  • Madhya Pradesh
  • Odisha
  • Puducherry
  • Tamil Nadu
  • Telangana
  • Uttarakhand
Iraq
  • Kurdistan Iraq
Jepun
  • Wilayah Nagano
Malaysia
Pakistan
  • Azad Kashmir
Rusia
Uzbekistan
  • Karakalpakstan
Dalam buang/
dipertikaikan
Pertubuhan
Bekas
entiti
Bekas Empayar Rusia
atau Kesatuan Soviet
  • Rusia (1816–33)
  • Rusia (1833–1917)
  • Rusia (1917–18)
  • Kesatuan Soviet (dan RSPR Rusia, 1918–44)
  • Kesatuan Soviet (1944–90)
  • RSS Armenia (1944–91)
  • RSS Azerbaijan (1944–92)
  • RSS Georgia (1946–90)
  • Georgia (1918–21, 1990–2004)
  • RSS Kazakhstan (1945–92)
  • Kazakhstan (1992–2006)
  • RSS Kirghiz (1946–92)
  • Russia (1990–2000)
  • RSS Tajikistan (1946–94)
  • RSS Turkmenistan (1946–97)
  • RSS Uzbekistan (1946–92)
  • Tuva (1993–2011)
Lain-lain
  • China (Dinasti Qing 1911)
  • Republik Khmer (1970–75)
  • Kemboja Demokratik (1975–93)
  • Republik Rakyat Kemboja (1979–89)
  • Korea (1902–10)
  • Korea (1910–45)
  • Manchukuo (1932–45)
  • Kerajaan Nepal (1967–2006)
  • Siam (kini sebagai lagu diraja)
  • Vietnam Selatan (1948–75)
  • Vietnam Utara (1975–76)
Dunia Islam
  • Republik Arab Bersatu (1960–81)
  • Iraq (1932–58)
  • Iraq (1958–1965, 2003–2004)
  • Iraq (1981–2003)
  • Afghanistan (1926–43) (1943–73) (1973-78) (1978–92) (1992-2006)
  • Kuwait (1951–78)
  • Palestin (sehingga 1996)