Merlimau

Merlimau
Bandar dan Mukim
Negara Malaysia
NegeriMelaka
DaerahDaerah Jasin
MukimMukim Merlimau
Keluasan
 • Jumlah4,674 ha (11,550 ekar)
Poskod
77300

Merlimau (Jawi: مرليماوcode: ms is deprecated ; Cina: 万里茂) merupakan sebuah bandar dan mukim yang terletak di Daerah Jasin, Melaka, Malaysia.[1][2] Jaraknya adalah lebih kurang 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Merlimau adalah sebuah mukim di dalam daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.

Kawasan yang berada di dalam poskod Merlimau (77300) ialah Umbai, Pulai, Serkam, dan Kampung Seri Mendapat.

Sejarah Merlimau

Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau

Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Daripada tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbesar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.

Sumber pertama: Cerita orang-orang Palembang

Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam Jumaat, keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?", mereka menjawab, "Hendak melimau", dan akhirnya tempat itu dinamakan "Merlimau".

Orang Palembang di Merlimau juga adalah dari keluarga Demang. Merlimau merupakan Perkampungan Keluarga Demang yang berada di semenanjung Melaka di zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Sumber kedua: Cerita keturunan Bugis

Pada tahun 1511, Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutamanya harimau. Harimau sentiasa mengancam pendatang baharu ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau", di mana mereka membuat pagar untuk menahan kemaraan harimau yang akan mengancam kehidupan mereka. Mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, dan akhirnya menjadi "Merlimau".[3][4]

Bugis Merlimau Dan Tun Teja

Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan pahlawan Bugis bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1511, pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipanggil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka, Sultan Melaka lari berundur ke Muar, manakala pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau. Tun Teja, nenda kepada Sultan Mahmud Syah telah jatuh gering yang berat dan mangkat di perkampungannya di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.[5]

Kampung Mentija juga dikenali sebagai Kampung Tun Teja.

Kemudahan di Merlimau

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka melalui dua jalan; Lebuh AMJ dan Jalan Melaka-Muar . Dari Jasin pula melalui Jalan Merlimau-Jasin M25 sepanjang 21 kilometer. Dari Lebuhraya Utara-Selatan E2 Tabliczka AH2.svg AH2 melalui susur keluar Jasin EXIT 233, selepas keluar dari Plaza Tol Jasin, sepanjang 5 kilometer melalui ladang kelapa sawit sehingga jumpa simpang tiga; ke kiri ke Jasin dan ke kanan ke Merlimau.

Jalanraya 4 lorong dikenali sebagai Lebuh AMJ menghubungkan dari Merlimau ke Muar, Sungai Rambai (selatan); Bandaraya Melaka, Alor Gajah dan plaza tol Simpang Ampat (utara) telah dibuka kepada orang ramai pada 2007. Persimpangan Merlimau Lebuh AMJ yang menghubungkan dengan pekan Merlimau hanya sepanjang 3 kilometer.

Ada satu syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral dan Jasin Sentral iaitu syarikat bas Panorama Melaka (dahulu kenali sebagai syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz).

Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin di Alor Gajah yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Syarikat bas Panorama Melaka yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

  • Institusi Pengajian Tinggi:
  • Sekolah Menengah:
  • Sekolah Rendah:
  • Perpustakaan Awam Merlimau
  • Terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti baharu yang dimasukkan adalah paint ball.
  • Pasaraya:
    • One Family Pasaraya
    • Sejati Supermarket
    • Pasaraya Fresco
    • Bandar Baru Sdn Bhd Minimarket
    • Gedung Big 10 Melaka Sdn Bhd
    • Pasaraya Top Opal Sdn Bhd
  • Restoran dan kafe:
    • Ayam Penyet ABC Merlimau
    • Cendol Seri Serkam Enterprise
    • Umbai Seafood
    • Ikan Bakar Hj Musa
    • Ikan Bakar Muara Duyung (2) Anjung Batu
    • MERLIMAU BURGER STATION
    • D'Merlimau Kafe
    • Pizza Hut Delivery Merlimau
    • Secret Recipe
    • Medan Ikan Bakar Serkam
    • Medan Ikan Bakar Umbai No4 Pesona Ikan Bakar
    • KFC
    • Merlimau Ria Tomyam
    • Sri Bayu Tomyam Seafood
    • Restoran Asri Rosmerah
    • Tok Abah Kafe
    • Kedai Kopi Merlimau 474
    • Restoran Ikan Bakar Anjung Muara
    • KAFE NGETEH
    • McDonald's
  • Perkhidmatan awam:
    • Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Batu Gajah
    • Klinik Kesihatan, Jalan Jasin,
    • Klinik-klinik swasta dan farmasi
    • Perhentian bas dan pejabat pos
    • Balai polis sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar.
  • Kemudahan bank:
    • Bank Simpanan Nasional Giro, Jalan Jasin
    • Maybank, Taman Debunga
    • Tabung Haji, Bangunan Mara
    • ATM Bank Islam di Politeknik Merlimau
    • ATM Public Bank di dalam 7-Eleven Taman Muhibbah, Merlimau Utara
    • Agrobank, Bandar Baru Merlimau Utara
  • Sistem pengangkutan
    • Perhentian Bas dan Teksi Merlimau (Tel: 06-263 2697)
    • Grab Car Merlimau
  • Masjid
    • Masjid Jamek Merlimau
    • Masjid As-Syuja'ah, Merlimau Utara
    • Masjid Merlimau Pasir

Tarikan

Tempat bersejarah

Rumah Penghulu Abdul Ghani

Merlimau mempunyai beberapa tempat sejarah. Antaranya ialah Rumah Penghulu Abdul Ghani,[6] Makam Tun Teja terletak di tengah-tengah sawah padi,[6] dan Perigi Portugis yang terletak di Kampung Pengkalan Samak yang merupakan bekas perigi yang digali oleh orang Portugis semasa kedatangan Portugis ke Melaka.[6]

Medan Ikan Bakar

  • Medan Ikan Bakar di Serkam
  • Medan Ikan Bakar Anjung Batu
  • Medan Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar Terapung Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer)

Jeti Nelayan Merlimau

  • Jeti Merlimau Pantai, Merlimau
  • Jeti Pantai Siring
  • Jeti Pengkalan Samak
  • Jeti Sempang Pantai
  • Jeti Anjung Batu yang menarik dan kemudahan bot untuk ke Pulau Besar

Merlimau merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang masih aktif di Melaka. Terletak di Kampung Merlimau Pantai, Kamung Tengah Padang, Pengkalan Samak, Sempang dan Serkam.

Geografi

Kampung

  1. Kampung Merlimau
  2. Kampung Merlimau Pasir
  3. Kampung Merlimau Barat
  4. Kampung Merlimau Pekan
  5. Kampung Merlimau Telok
  6. Kampung Merlimau Tengah
  7. Kampung Merlimau Timur
  8. Kampung Baru Tanah Pinggir Merian
  9. Kampung Bulang
  10. Kampung Kilang Berapi
  11. Kampung Kilang Berapi Utara
  12. Kampung Kilang Berapi Barat
  13. Kampung Koalam
  14. Kampung Mentija
  15. Kampung Parit Melintang
  16. Kampung Paya Buluh
  17. Kampung Paya Lengkong
  18. Kampung Permatang Bukit
  19. Kampung Permatang Pasir
  20. Kampung Permatang Serai
  21. Kampung Sempang Bukit Kuda
  22. Kampung Sempang Darat Seberang
  23. Kampung Sempang Pantai
  24. Kampung Sempang Pasir Gembor / Sempang Pekan
  25. Kampung Tedong Pantai
  26. Kampung Seri Lanchang
  27. Kampung Solok Pantai
  28. Kampung Sungai Renggi
  29. Kampung Telok
  30. Kampung Tengah
  31. Kampung Tengah Padang

Pekan berdekatan

  1. Sebatu
  2. Semujok

Tokoh kelahiran Merlimau

  1. Allahyarham YAB Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin, Ketua Menteri Melaka kelapan dan memegang jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.
  2. Ayda Jebat, pelakon, penyanyi, model, jurucakap produk.
  3. Anuar Zain, penyanyi, pelakon.
  4. Badrul Hisyam Abdul Manap, pelari kompetitif Malaysia.
  5. Datuk Rabuan Pit, bekas raja pecut Asia.
  6. Dira Abu Zahar, pelakon, hos TV.
  7. Khairul Hafiz Jantan, pelari kompetitif Malaysia.
  8. Roslan Ahmad, ahli politik Malaysia yang merupakan ADUN (N27) Merlimau, Melaka.
  9. Ziana Zain, penyanyi-penulis lagu pop, model, usahawan, pelakon.

Rujukan

  1. ^ "Merlimau Sentral lonjak status Merlimau". Utusan Online. 21 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017. Dicapai pada 31 Mac 2021.
  2. ^ "Merlimau makin sepi dari peta pelancongan Melaka?". Utusan Online. 22 Februari 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mac 2016. Dicapai pada 31 Mac 2021.
  3. ^ Khazanah Berharga Merlimau -Kosmo
  4. ^ [1]
  5. ^ [2]
  6. ^ a b c "Menarik juga MERLIMAU ni…". melakakini.my. Melaka Kini. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Ogos 2020. Dicapai pada 31 Mac 2021.

Pautan luar

  • Peta lokasi Merlimau
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Tuan Yang Terutama
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Melaka
Alor Gajah
Jasin
Melaka Tengah
Lihat juga: Mukim di Melaka
Peringkat ketiga
Bandar baru
Kawasan perumahan
Kampung
Kampung baru
  • Desa Taboh Naning
  • Kampung Baru Ayer Keroh
  • Kampung Baru Air Salak
  • Kampung Baru Bertam Ulu
  • Kampung Baru Bukit Beruang
  • Kampung Baru Bukit Katong
  • Kampung Baru Bukit Rambai
  • Kampung Baru Gunung Emas
  • Kampung Baru Lendu
  • Kampung Baru Machap Baru
  • Kampung Baru On Lok
  • Kampung Baru Parit Keliling
  • Kampung Baru Paya Mengkuang
  • Kampung Maju Pondok Batang
  • Kampung Baru Simpang Bekoh
  • Kampung Baru Sungai Udang
  • Kampung Baru Tanjung Minyak
  • Kampung Baru Tiang Dua
  • Kampung Permai
Tanah rancangan
FELDA Gugusan
Tun Ghafar
  • FELDA Tun Ghafar Air Kangkong
  • FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
  • FELDA Tun Ghafar Kemendor
  • FELDA Tun Ghafar Machap
  • FELDA Tun Ghafar Menggong
Bahagian perundangan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P134 Masjid Tanah
N01 Kuala Linggi
N02 Tanjung Bidara
N03 Ayer Limau
N04 Lendu
N05 Taboh Naning

P135 Alor Gajah
N06 Rembia
N07 Gadek
N08 Machap Jaya
N09 Durian Tunggal
N10 Asahan

P136 Tangga Batu
N11 Sungai Udang
N12 Pantai Kundor
N13 Paya Rumput
N14 Kelebang

P137 Hang Tuah Jaya
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
N17 Bukit Katil
N18 Ayer Molek

P138 Kota Melaka
N19 Kesidang
N20 Kota Laksamana
N21 Duyong
N22 Bandar Hilir
N23 Telok Mas

P139 Jasin
N24 Bemban
N25 Rim
N26 Serkam
N27 Merlimau
N28 Sungai Rambai

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori


Koordinat: 2°09′N 102°26′E / 2.150°N 102.433°E / 2.150; 102.433