Melaka Tengah

Melaka Tengah is located in Bumi
Melaka Tengah
Melaka Tengah (Bumi)
Koordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E / 2.2709660664459235; 102.28883867839546Koordinat: 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E / 2.2709660664459235; 102.28883867839546Negara MalaysiaNegeri MelakaPusatAyer KerohPihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Melaka Bersejarah
(selatan)
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
(utara)Pentadbiran
 • Pegawai daerahShamsul Ambia Abdul Aziz [1]Keluasan • Jumlah314 km2 (121 batu persegi)Penduduk
 (2020)
 • Jumlah597,135 • Kepadatan1,900/km2 (4,900/batu persegi)Zon waktuUTC+8 (WPM) • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak diamalkan)Poskod
75xxx
Kod panggilan+6-06Nombor plat kenderaanM


Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah

Melaka Tengah merupakan sebuah daerah dalam negeri Melaka, Malaysia. Daerah ini berkeluasan 314 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 597,135 orang menjadikannya sebagai daerah paling ramai penduduk di Melaka dan daerah kesembilan paling ramai penduduk di Malaysia.

Di daerah ini terletaknya ibu negeri Melaka iaitu Bandaraya Melaka. Bandar-bandar lain termasuklah Bukit Baru, Ayer Keroh, Ayer Molek, Batu Berendam, dan Bandar Hilir.

Pentadbiran

Daerah Melaka Tengah ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah di selatan dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya di utara. Daerah ini berpusat di Ayer Keroh dan dibahagikan kepada 29 buah mukim, dua bandar dan sembilan pekan:-

Peta daerah Melaka Tengah

Bandar dan Pekan

Geografi

Daerah Melaka Tengah terletak di tengah negeri Melaka bersempadan dengan daerah Alor Gajah di utara, Jasin di timur dan Selat Melaka di selatan.

Iklim

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[3] Purata suhu ialah 27.44 °C (81.4 °F). Bulan Mei merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 28.1 °C (82.6 °F). Bulan Disember dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 26.6 °C (79.9 °F).[3] Purata kerpasan di Melaka Tengah adalah 1973.6 milimeter pertahun. Bulan November merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 226.3 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 80.1 milimeter.[3]

Data iklim untuk Melaka Tengah (1990-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 26.8
(80.2)
27.5
(81.5)
27.8
(82.0)
28
(82)
28.1
(82.6)
27.9
(82.2)
27.5
(81.5)
27.4
(81.3)
27.4
(81.3)
27.4
(81.3)
26.9
(80.4)
26.6
(79.9)
27.4
(81.3)
Purata kerpasan, mm (inci) 99.9
(3.93)
80.1
(3.15)
130.3
(5.13)
167.8
(6.61)
169.3
(6.67)
160.8
(6.33)
195.4
(7.69)
220.3
(8.67)
143.9
(5.67)
193.7
(7.63)
226.3
(8.91)
185.8
(7.31)
1,973.6
(77.7)
Sumber: ClimateCharts[3]

Demografi

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1970203,695—    
1980246,163+20.8%
1991296,897+20.6%
2000371,263+25.0%
2010484,885+30.6%
2020597,135+23.1%
Pecahan etnik di Melaka Tengah - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
65.8%
Cina
  
29.5%
India
  
4.0%
Lain-lain
  
0.7%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Melaka Tengah ialah seramai 597,135 orang dengan kepadatan penduduk 1,663 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 65 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 111:100. Terdapat 196,668 tempat kediaman dengan sebanyak 160,155 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 405 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 155 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 35 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 366,952
Cina 164,433
India 22,104
Lain-lain 3,940
Bukan warganegara N/A 39,706

Agama

Agama di Melaka Tengah - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
63.4%
Buddha
  
25.2%
Kristian
  
3.7%
Hinduisme
  
3.6%
Tidak diketahui
  
3.5%
Lain-lain
  
0.5%
Tidak beragama
  
0.2%

Majoriti penduduk di daerah Melaka Tengah beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Kristian diikuti agama Hindu. Penduduk berbangsa bumiputera lain dan etnik yang lain terdiri daripada mereka yang menganut beberapa agama lain serta tidak beragama.[4]

Agama Jumlah
Islam 378,361
Buddha 150,336
Kristian 21,928
Hindu 21,419
Lain-lain 3,116
Tidak beragama 1,307
Tidak diketahui 20,668

Pengangkutan

Daerah Melaka Tengah boleh dihubungkan melalui beberapa laluan persekutuan seperti Laluan Persekutuan 5 dari arah Masjid Tanah (utara) dan Jasin (selatan), Laluan Persekutuan 19 dari arah Alor Gajah (utara) dan Jasin (selatan).

Rujukan

  1. ^ ([email protected]), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Direktori Pegawai.
  2. ^ ([email protected]), Dot Dot Holdings Sdn Bhd. "Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah : Profil Daerah.
  3. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Bemban". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  4. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/
 Kedudukan geografi
Latitud dan longitud : 2°16′15″N 102°17′20″E / 2.2709660664459235°N 102.28883867839546°E / 2.2709660664459235; 102.28883867839546 (Hang Tuah Jaya)
Alor Gajah Alor Gajah Jasin
Selat Melaka Jasin
   Melaka Tengah    
Selat Melaka Selat Melaka Selat Melaka
  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Tuan Yang Terutama
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
  • l
  • b
  • s
Daerah di Melaka
Daerah
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Melaka
Alor Gajah
Jasin
Melaka Tengah
Lihat juga: Mukim di Melaka
Peringkat ketiga
Bandar baru
Kawasan perumahan
Kampung
Kampung baru
  • Desa Taboh Naning
  • Kampung Baru Ayer Keroh
  • Kampung Baru Air Salak
  • Kampung Baru Bertam Ulu
  • Kampung Baru Bukit Beruang
  • Kampung Baru Bukit Katong
  • Kampung Baru Bukit Rambai
  • Kampung Baru Gunung Emas
  • Kampung Baru Lendu
  • Kampung Baru Machap Baru
  • Kampung Baru On Lok
  • Kampung Baru Parit Keliling
  • Kampung Baru Paya Mengkuang
  • Kampung Maju Pondok Batang
  • Kampung Baru Simpang Bekoh
  • Kampung Baru Sungai Udang
  • Kampung Baru Tanjung Minyak
  • Kampung Baru Tiang Dua
  • Kampung Permai
Tanah rancangan
FELDA Gugusan
Tun Ghafar
  • FELDA Tun Ghafar Air Kangkong
  • FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
  • FELDA Tun Ghafar Kemendor
  • FELDA Tun Ghafar Machap
  • FELDA Tun Ghafar Menggong
Bahagian perundangan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P134 Masjid Tanah
N01 Kuala Linggi
N02 Tanjung Bidara
N03 Ayer Limau
N04 Lendu
N05 Taboh Naning

P135 Alor Gajah
N06 Rembia
N07 Gadek
N08 Machap Jaya
N09 Durian Tunggal
N10 Asahan

P136 Tangga Batu
N11 Sungai Udang
N12 Pantai Kundor
N13 Paya Rumput
N14 Kelebang

P137 Hang Tuah Jaya
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
N17 Bukit Katil
N18 Ayer Molek

P138 Kota Melaka
N19 Kesidang
N20 Kota Laksamana
N21 Duyong
N22 Bandar Hilir
N23 Telok Mas

P139 Jasin
N24 Bemban
N25 Rim
N26 Serkam
N27 Merlimau
N28 Sungai Rambai

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori