Pulau Sebang

Pulau Sebang
NegaraMalaysia
NegeriMelaka
Zon waktuUTC+8 (MST)

Pulau Sebang merupakan sebuah pekan yang terletak dalam Daerah Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Jarak antara Bandar Alor Gajah dari Pulau Sebang sejauh 9 kilometer manakala Bandaraya Melaka dari Pulau Sebang sejauh 32 kilometer. Pulau Sebang terletak bersebelahan dengan Bandar Tampin. Kerajaan Negeri Melaka telah usahakan untuk jenamakan semula bandar Pulau Sebang, dengan mengecat bagunan bandar Pulau Sebang dengan warna oren agar pengguna dapat membezakan antara Tampin dan Pulau Sebang. Poskod di Pulau Sebang iaitu 78000.

Sempadan negeri

Keunikan Pulau Sebang ialah kerana ia bersambung dengan Bandar Tampin, Negeri Sembilan. Malah sempadan antara Negeri Melaka dan Negeri Sembilan terletak di lampu isyarat di tengah bandar Pulau Sebang dan Tampin. Orang luar yang datang ke Bandar Pulau Sebang seolah-olah tidak menyedari mereka telah pun berada di Negeri Melaka kerana merasakan mereka berada di bandar Tampin, Negeri Sembilan. Papan tanda sempadan memang wujud tetapi tidak disedari. Hal ini kerana kebanyakan sempadan antara negeri dipisahkan oleh sungai tetapi di sini dipisahkan oleh lampu isyarat. Ramai orang tidak menyedari bahawa bandar Tampin tidak mempunyai hentian teksi dan bas. Hentian teksi dan bas sebenarnya terletak dalam wilayah Melaka (Pulau Sebang) bukan di kawasan Tampin. Hentian bas dan teksi itu diselenggarakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah.

Pengangkutan

Kereta api

Stesen Keretapi Tampin

Stesen Keretapi Tampin sebenarnya terletak di Pulau Sebang dalam daerah Alor Gajah, Melaka. Nama sebenar stesen itu Pulau Sebang. Dari tahun 1905 hingga 1942, terdapat landasan kereta api ke Bandaraya Melaka dari sini, tetapi telah dibongkar Jepun sejak Perang Dunia Kedua. Bekas laluannya dan jambatan-jambatan keretapi melintasi sungai masih ada sehingga hari ini. Ada perancangan dari KTMB untuk membuka semula laluan ke bandaraya Melaka dalam Rancangan Malaysia ke-10. Projek landasan kereta api berkembar elektrik yang sedang giat dijalankan antara Seremban ke Gemas akan turut memasuki Negeri Melaka sejauh 27.84 kilometer. Stesen Kereta api Pulau Sebang yang sedia ada sekarang akan dipindah ke lokasi baru yang terletak arah selatan dari stesen kereta api sekarang atau arah utara yang akan ditentukan kemudian. Stesen KTMB Pulau Sebang yang baru kelak akan dilengkapi dengan bangunan dua tingkat dan tempat letak kereta yang sistematik. Oleh itu pengguna KTMB yang hendak ke Bandaraya Melaka atau sebaliknya akan menjadi mudah kerana ada perancangan memindahkan stesen bas dan teksi dilokasi yang berhampiran dengan stesen KTM yang baru. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012. Kerajaan Negeri Melaka juga berhasrat agar stesen KTMB Pulau Sebang tidak agi dibayangi dengan Tampin sebaliknya lebih dikenali Alor Gajah, Melaka sesuai dengan kedudukan geografinya yang sebenar.

Kemudahan awam

  • Perhentian Bas Dan Teksi Pulau Sebang
  • Stesen Kereta Api Pulau Sebang / Tampin
  • Bank
    • Maybank
    • Ambank
  • Stesen minyak
    • Petronas
    • Shell
    • Caltex
  • Masjid
    • Masjid Kampung Kuala Ina
    • Masjid Kampung Pulau Sebang
  • Balai Polis Pulau Sebang
  • Pasar Raya
    • Pasar Raya Mydin

Kampung

  • Kampung Pulau Sebang
  • Kampung Pulau Sebang Utara
  • Kampung Kuala Ina

Taman Perumahan

  • Taman Rakyat
  • Taman Baiduri

Pendidikan

Sekolah rendah

Sekolah menengah

Pekan berhampiran

  • l
  • b
  • s
Ibu negeri: Bandaraya Melaka
Topik
Masyarakat
Pemerintahan
Tuan Yang Terutama
Eksekutif
Bahagian pentadbiran
Peringkat pertama
Peringkat kedua
  • l
  • b
  • s
Mukim di Melaka
Alor Gajah
Jasin
Melaka Tengah
Lihat juga: Mukim di Melaka
Peringkat ketiga
Bandar baru
Kawasan perumahan
Kampung
Kampung baru
  • Desa Taboh Naning
  • Kampung Baru Ayer Keroh
  • Kampung Baru Air Salak
  • Kampung Baru Bertam Ulu
  • Kampung Baru Bukit Beruang
  • Kampung Baru Bukit Katong
  • Kampung Baru Bukit Rambai
  • Kampung Baru Gunung Emas
  • Kampung Baru Lendu
  • Kampung Baru Machap Baru
  • Kampung Baru On Lok
  • Kampung Baru Parit Keliling
  • Kampung Baru Paya Mengkuang
  • Kampung Maju Pondok Batang
  • Kampung Baru Simpang Bekoh
  • Kampung Baru Sungai Udang
  • Kampung Baru Tanjung Minyak
  • Kampung Baru Tiang Dua
  • Kampung Permai
Tanah rancangan
FELDA Gugusan
Tun Ghafar
  • FELDA Tun Ghafar Air Kangkong
  • FELDA Tun Ghafar Bukit Senggeh
  • FELDA Tun Ghafar Hutan Percha
  • FELDA Tun Ghafar Kemendor
  • FELDA Tun Ghafar Machap
  • FELDA Tun Ghafar Menggong
Bahagian perundangan
Bahagian pilihan raya
  • l
  • b
  • s
   

P134 Masjid Tanah
N01 Kuala Linggi
N02 Tanjung Bidara
N03 Ayer Limau
N04 Lendu
N05 Taboh Naning

P135 Alor Gajah
N06 Rembia
N07 Gadek
N08 Machap Jaya
N09 Durian Tunggal
N10 Asahan

P136 Tangga Batu
N11 Sungai Udang
N12 Pantai Kundor
N13 Paya Rumput
N14 Kelebang

P137 Hang Tuah Jaya
N15 Pengkalan Batu
N16 Ayer Keroh
N17 Bukit Katil
N18 Ayer Molek

P138 Kota Melaka
N19 Kesidang
N20 Kota Laksamana
N21 Duyong
N22 Bandar Hilir
N23 Telok Mas

P139 Jasin
N24 Bemban
N25 Rim
N26 Serkam
N27 Merlimau
N28 Sungai Rambai

Tempatan
Pihak berkuasa tempatan
  • Laman Commons Commons
  • Laman Wikisource Wikisumber
  • Kategori Kategori